Soalan  Lazim

  • Saya sudah menyiapkan sebuah manuskrip novel. Perlukah saya mencetaknya untuk dihantar kepada Ilham Online?
    J: Tidak perlu. Postkan data-data karya di ruangan Cetusan Karya

  • Saya baru berjinak-jinak dengan dunia penulisan novel. Bolehkah saya menghantar bab demi bab?
    J: Boleh. Pastikan anda menghantar bab demi bab tidak lebih 1 minggu.

  • Sekiranya karya saya sudah tersiar di Ilham Online, bolehkah saya menarik balik karya saya itu?
    J: Boleh. Namun, sila maklumkan kepada pihak Ilham Online mengapa anda berbuat demikian.

  • Bolehkah saya menuntut bayaran kerana karya saya sudah disiarkan di Ilham Online?
    J: Tidak. Sebarang bayaran tidak boleh dituntut kerana Ilham Online ini merupakan ruang untuk mempromosikan karya tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Instagram @ilhamkarangkraf