Diari Cik Ilham
AKU ROHINGYA. KAU PUN ROHINGYA. KAU DAN AKU ROHINGYA
kemaskini pada 04/04/2018

Bermula hari Jumaat ini, akhbar Sinar Harian akan mengadakan program amal 'UNTUKMU ROHINGYA' bertempat di Dewan Karangkraf, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam  selama 3 hari berturut-turut.

Banyak aktiviti diaturkan sepanjang program ini berlangsung seperti :

1. Townhall
2. Wacana
3. Pameran
4. Pleno
5. Puisi
6. Kongsi Kisah
7. Jualan

Sinar Harian turut menampilan penyanyi asal 'SELAMAT MALAM ROHINGYA' iaitu SYED AMRAN SYED OMAR pada 6 April 2018 di Dewan Karangkraf sempena Perasmian Program Keranamu Rohingya.



Terkini, kutipan tabung #sinar4rohingya yang telah dilancarkan kini mencecah lebih RM 1 juta. Sinar Harian memohon agar lebih ramai lagi badan NGO atau badan kerajaan tampil memberikan sumbangan.

Dalam acara ini, anda berpeluang untuk mengetahui situasi sebenar yang berlaku di Rohingya dengan melihat pameran pelbagai foto situasi di sana.

Pintu gerbang khas di kem tersebut turut akan dibina.

AYUH BERSAMA KITA MENYOKONG PROGRAM AMAL INI. MOHON WAR-WARKAN KEPADA RAKAN-RAKAN ANDA.



ACARA LAIN : SABTU 7 APRIL 2018 
TEMPAT : DEWAN KARANGKRAF
            
9.00 PAGI - 12 TENGAHARI  : PERTANDINGAN MEWARNA
8.00 MALAM :
MALAM PUISI KEMANUSIAAN

 

GEDUNG ILMU UNTUK WARGA SELANGOR
kemaskini pada 30/03/2018
Bagi yang menetap di sekitar negeri Selangor, jangan lepaskan peluang untuk ke Pesta Buku Selangor 2018.

Acara yang diadakan setiap tahun ini sememangnya dinantikan dan tidak pernah menghampakan para pengunjung.

Selain diskaun harga yang ditawarkan amat berpatutan, aktiviti yang direncanakan sepanjang ianya berlangsung juga menarik pengunjung ke sini.

Tahun ini, anda berpeluang untuk menemui Maskot Didi & Friends dan memiliki buku-buku aktiviti dari Kids Prima dengan harga menarik.



BILA & DI MANA LOKASI??
 
- TARIKH: 29 MAC - 8 APRIL 2018
- LOKASI: PAVILION KARANGKRAF, PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM (SACC)
- MASA: 10.00 PAGI - 9.00 MALAM (ISNIN-KHAMIS) & 10.00 PAGI - 11 MALAM (JUMAAT-AHAD)


Number of Record: 20