Diari Cik Ilham
Kami Mai PERLIS!!!
kemaskini pada 11/09/2015
Sudah menjadi acara wajib bagi Karangkraf untuk melibatkan diri dalam Pesta FESTKON 10 UniMAP'15 yang akan bermula pada  16 hingga 21 September 2015 bermula jam 9.00 pagi - 11.00 malam bertempat di Dataran Boulevard, Kampus Pauh Putra, UniMAP, Perlis.

Tahun ini, aktiviti-aktiviti yang diadakan lebih menarik berbanding dulu. Jangan lupa untuk bertemu mesra dengan rakan-rakan Cik Ilham yang akan turun beramai-ramai bagi memeriahkan fiesta ini.

Novelis dari Alaf 21 dan Buku Prima pun ada tau.. Nak tahu siapa? Tunggu... Cik Ilham akan update nanti di Facebook ya..

Paling penting, jangan lupa beli buku-buku yang di inspirasikan dari portal ilham.karangkraf.com. Kalau anda beli di sini, dapat diskaun 20% diberikan..

Antara aktiviti yang akan diadakan :
  • Temui Faizal Tahir dan Dayang Nurfaizah
  • Ikuti siri Bicara Cinta Anak Muda bersama Amin Idris, PU Azman dan Dr Danial Zainal Abidin
  • Forum Bercinta Selepas Nikah bersama Ahmad Fedtri Yahya, Ustazah Isfadiah dan Farah Asyikin
  • Demo lukisan doodle terbesar bersama PEKOMIK
  • Temu mesra bersama Novelis Alaf 21 dan Buku Prima
  • Bengkel melukis kartun bersama kartunis Gayour
  • Sesi bersama maskot Chichi & Chacha




Ilham Karangkraf dalam Remaja September 2015
kemaskini pada 02/09/2015


Bagi pembaca-pembaca Majalah Remaja, pasti anda semua sedar akan kehadiran satu ruangan dalam majalah ini yang diberi nama ILHAM.

Sedar tak sedar, hampir setahun juga ruangan ini diwujudkan. Ianya memberi peluang kepada Cik Ilham untuk mendekati para pembaca majalah ini di samping mempromosikan portal Ilham Karangkraf. Jutaan terima kasih di ucapkan kepada Majalah Remaja yang memberikan sokongan penuh terhadap portal ini.

Untuk edisi bulan September ini, Cik Ilham ada kongsikan satu ruangan terbaharu yang terdapat di portal Ilham Karangkraf. Jangan lupa untuk dapatkan majalah kegemaran ramai ini yang menampilkan Kaka sebagai penghias kulit. Harganya hanya RM6.90 sahaja. Memang berbaloi!


Number of Record: 10