Diari Cik Ilham
BACA WORLD 2017
kemaskini pada 03/05/2017

Tahun ini merupakan kali kedua penganjuran BACA WORLD 2017 yang merupakan pemangkin transformasi industri konten tempatan, dari medium cetak kepada pemasaran ecommerce, dan penerbitan digital.

Portal Ilham sekali lagi akan turut sama menyertai acara ini yang menjadi komponen gaya hidup digital selaras dengan konsep Portal Ilham yang memberi pembacaan karya secara digital sama ada melalui laman web ataupun aplikasi.

Sedikit info ringkas mengenai BACA WORLD :

1. Pertama kali dianjurkan pada tahun 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
2. Mengetengahkan konsep gaya hidup digital yang tercanggih dan terkini di Malaysia. Ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan; bagaimana kita berkomunikasi, mencari maklumat, berita, hiburan, bagaimana kita bekerja, membeli-belah, mengakses data, perkhidmatan, pendidikan dan lain-lain.
3. Fokus kepada 4 aspek utama bagi seorang yang aktif digital iaitu buzz, apps, content dan access atau b.a.c.a

● Buzz bermaksud trend, topik, kandungan dan perbualan popular dan viral yang mendominasi dunia di atas talian, media sosial dan laman web perkongsian media masakini.

● Apps bermaksud aplikasi mudah-alih dan perkhidmatan yang boleh dicapai melalui perkakasan mudah-alih atau gadget.

● Content bermaksud kandungan di atas talian dan digital yang boleh dicapai melalui pelbagai platform, laman web, saluran dan aplikasi samada di desktop atau perkakasan mudah-alih

● Access bermaksud akses kepada maklumat melalui talian tetap, jalur lebar tanpa wayar dan telekomunikasi selular melalui perkakasan desktop dan mudah-alih bagi memuat-naik atau memuat-turun data.

Kunjungi reruai Portal Ilham di Baca World 2017 yang akan berlangsung pada 5 hingga 7 Mei 2017 ini di Level 5, PWTC. Masuk adalah PERCUMA.