Diari Cik Ilham
AKU ROHINGYA. KAU PUN ROHINGYA. KAU DAN AKU ROHINGYA
kemaskini pada 04/04/2018

Bermula hari Jumaat ini, akhbar Sinar Harian akan mengadakan program amal 'UNTUKMU ROHINGYA' bertempat di Dewan Karangkraf, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam  selama 3 hari berturut-turut.

Banyak aktiviti diaturkan sepanjang program ini berlangsung seperti :

1. Townhall
2. Wacana
3. Pameran
4. Pleno
5. Puisi
6. Kongsi Kisah
7. Jualan

Sinar Harian turut menampilan penyanyi asal 'SELAMAT MALAM ROHINGYA' iaitu SYED AMRAN SYED OMAR pada 6 April 2018 di Dewan Karangkraf sempena Perasmian Program Keranamu Rohingya.



Terkini, kutipan tabung #sinar4rohingya yang telah dilancarkan kini mencecah lebih RM 1 juta. Sinar Harian memohon agar lebih ramai lagi badan NGO atau badan kerajaan tampil memberikan sumbangan.

Dalam acara ini, anda berpeluang untuk mengetahui situasi sebenar yang berlaku di Rohingya dengan melihat pameran pelbagai foto situasi di sana.

Pintu gerbang khas di kem tersebut turut akan dibina.

AYUH BERSAMA KITA MENYOKONG PROGRAM AMAL INI. MOHON WAR-WARKAN KEPADA RAKAN-RAKAN ANDA.



ACARA LAIN : SABTU 7 APRIL 2018 
TEMPAT : DEWAN KARANGKRAF
            
9.00 PAGI - 12 TENGAHARI  : PERTANDINGAN MEWARNA
8.00 MALAM :
MALAM PUISI KEMANUSIAAN