KUBUR BERNYAWA
BAB 7: Pertelagahan Antara Makwe dan Pakwe
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 12 April 2013
Sekumpulan remaja dari Kolej Imanshah telah mengadakan perkhemahan di Hutan Simpan Kaffi ketika bermulanya cuti semester pertama di tahun yang terakhir itu.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1060

Bacaan






“Bagaimana nenek tua tu boleh muncul secara tiba-tiba semalam? Siapa yang bertanggungjawab yang mewujudkan dia dan sekaligus membawa dia ke tempat kita?” Era Kasmiran melontarkan pertanyaan setelah perjalanan mereka jauh dari kawasan itu dan sesudah lama mereka membisu sejuta bahasa. Dia teringin benar hendak tahu, siapakah gerangan yang telah mengejutkan nenek tua itu?

Syed Dahuri menjeling pada Jhaznarul yang duduk di sebelahnya. Jelingan Syed Dahuri sudah jelas memberitahunya, baik kau cerita cepat. Jhaznarul yang seakan mengerti akan jelingan maut Syed Dahuri itu menarik nafas yang agak panjang sebelum mengeluarkan suara berliannya dari peti yang disimpan.

“Panjangnya nafas kau Jhaz? Ada apa-apa yang perlu kami tahu?” Zunika seakan mengerti akan aturan pernafasan yang sebegitu. Sudah pastilah angkara Jhaznarul yang membawa nenek tua itu pada mereka.

Guys, aku nak minta maaf pada kau orang semua. Aku memang tak sengaja, okey?” Jhaznarul sudah memulakan mukadimah dalam sesi penceritaannya.

“Maksud habib apa?” Roman wajah Husnarisyam ternyata berubah.

“Maafkan habib, habibi. Aku mengaku aku ada merayau dalam hutan selepas kumpulan perempuan masuk tidur. Niat aku hanya satu, ingin menikmati keindahan alam semula jadi saja. Tak lebih dari tu. Tapi mana aku sangka, kaki aku tersepak batu. Dan batu tu pula batu nisan. Lepas itulah, timbul kubur sesat. Asap berkepul-kepul keluar, baru muncul nenek tua tu. Masa aku lari balik, nenek tua tu tak ikut pun. Tapi ....” Jhaznarul sengaja menggantungkan ayatnya sambil membetulkan aturan pernafasannya yang terasa berat tadi.

“Tapi apa?” Era Kasmiran kembali menyoal tegas.

“Aku rasa nenek tua tu ikut kumpulan Firdee.” Jhaznarul melafaskan dengan tenang.

“Kenapa nenek tua tu harus mengikut kumpulan Firdee?” semangat ingin tahu Era Kasmiran semakin meninggi. Pandangan mata gadis itu telah pun ditajamkan menjunam ke wajah Firdee Aqasha.

Manakala Firdee Aqasha pula mengunci bibirnya. Dia tidak mahu pergelutan bicara bakal tercetus antaranya dengan Era Kasmiran kerana ternyata sah-sah dia yang bersalah di dalam hal ini.

“Sebab Firdee ajak yang lain untuk minta nombor ekor dari nenek tua tu. Dia kata nak cepat kaya,” tanpa rasa berdosa langsung Jhaznarul mengeluarkan fakta yang cukup membunuh. Selamba pula tu. Bengang sahaja kumpulan Firdee Aqasha. Namun suara kumpulan kaum Adam tetap dikunci dengan baik.

What? Yang, kenapa minta yang bukan-bukan ni? Sekarang tengok, apa dah yang cetuskan? Puas hati yang sekarang? Tempiasnya terkena pada kita semua, tahu tak?” volum suara Era Kasmiran yang meninggi itu membuatkan kumpulan Firdee Aqasha menikus. Tidak berani untuk melantun sebarang suara. Apabila suara Era Kasmiran telah naik satu oktaf, itu memberi amaran, bahawa mereka patut menulikan telinga. Jika tidak, pasti akan meledak bom jangka yang tidak disangka-sangka.

“Memang tak salah tekaan Nisrin semalam. Memang kaulah puncanya, kan Firdee? Suka sangat buat benda-benda yang mengarut. Sekarang bukan faedahnya saja yang kita tak dapat, malahan bala pula yang menimpa. Apalah nak kaya cara macam tu. Tak berkat tahu tak?” Aziham pula menambahkan asam garam agar kesalahan yang telah dilakukan oleh Firdee Aqasha nampak jelas di mata semua.

Firdee Aqasha hanya mampu melepaskan keluhan. Menyesal pula dengan apa yang telah berlaku. Seandainyalah niatnya tidak buruk ketika itu, sudah pasti nenek tua itu takkan mengekori mereka. Huh! Tapi apa hendak buat, bak kata pepatah menyesal dahulu pendapatan, menyesal sekarang tiada gunanya. Kan?

“Yang, lain kali sematkan dalam kepala otak tu elok-elok. Jangan buat dah benda-benda mengarut tu. Ada banyak cara lagi yang boleh capai impian kita. Bukan mudah hendak menjadi senang kalau tak menggunakan tulang empat kerat kita sendiri. Ingat tu yang. Jadikan apa yang berlaku pada kita ni sebagai pengajaran,” kata-kata manja Era Kasmiran berbaur ancaman keras. Sekali lagi Firdee Aqasha menghela nafasnya yang terasa berat pada saat itu.

“Kau orang ni memang sengaja mencari bala yang telah lama lena,” tiba-tiba Nisrinah bersuara dengan intonansi yang cukup menggerunkan sekali. Matanya pula terhala ke luar tingkap van yang sedang dipandu. Bagaikan hendak tercabut jantung masing-masing. Kenapa Nisrinah bersuara sedemikian.

“Apa maksud kau, Nisrin?” tanya Aziham yang agak penakut itu.

Nisirina ketawa (masih dalam nada yang mampu menyentap tangkai hati mereka yang mendengar).

“Hei, Nisrin. Kau jangan buat kami gerun boleh tak? Kami tak faham maksud kau.” Zularman pula bersuara bagi menutup semangatnya yang semakin hilang.

Kali ini Nisrinah menyimpul senyuman yang cukup pelik. Sekali pandang, macam dirasuk pun ada juga. 

“Maksud aku mudah. Kau orang yang telah pergi ke kubur sesat bernyawa selepas Jhaz, benar-benar telah membangkitkan roh nenek tua yang telah lama bersemadi dengan begitu lamanya. Mungkin, kau orang berempat ni mempunyai aura yang cukup kuat untuk membawa roh nenek tua itu ke alam yang nyata,” mata Nisrinah meliar ke arah Firdee Aqasha, Syed Dahuri, Khirulnizan dan Zularman silih berganti. Pergerakan mata Nisrinah pada waktu itu benar-benar telah memasung perasaan teman-teman yang bersama-sama dengannya.

“Nisrin ...” Husnarisyam ingin berkata-kata tetapi dengan pantas dipasung oleh Nisirinah.

“Aku yakin, pasti ada sesuatu yang tertinggal semasa kau orang mengunjungi kubur sesat bernyawa itu sehingga ia terbangun setelah bertahun bersemadi hanya untuk satu tujuan. Tapi aku tak tahu apakah tujuan roh nenek tua yang terbangkit itu. Jawapannya bagaikan satu misteri,” lembut sahaja ton suara Nisrinah seakan berbisik meremangkan lagi bulu roma mereka yang berada di dalam van itu. Apatah lagi disertai dengan ketawa seram Nisrinah, lagilah membuatkan pergerakan mereka tidak tentu hala. Sudahlah tidak dapat lari ke mana-mana, Nisrinah pula buat hal.

“Nisrin? Apa yang kau mengarut ni?” tolakan kasar Zunika telah mengejutkan Nisirinah.

Nisrinah memandang Zunika dengan sebuah pandangan yang kabur. Kerutan yang timbul di dahi Nisrinah jelas kelihatan. “Aku mengarut apa?” Nisrinah semakin kabur.

“Kau sedar tak apa yang kau cakap tadi?” Zunika cuba mengembalikan memori Nisrinah beberapa saat yang telah berlalu.

Bertambah banyak kerutan di dahi Nisrinah. “Aku cakap apa? Kau orang dah gila ya? Akukan tengah hayati permandangan di luar tu. Bila masa aku cakap?” apa yang melantun keluar dari bibir Nisrinah benar-benar telah mengejutkan mereka. Jantung masing-masing bagaikan direntap saat itu. Kesemua mata melorong ke arah Nisrinah (kecuali Syed Dahuri yang sedang memandu) dengan satu frasa, ‘kau biar betul?’

“Hei, yang kau orang tenung aku ni apasal? Ada muka nenek tua semalam yang terlukis kat muka aku?” Nisrinah menjeling geram dengan gelagat teman-temannya itu sebelum meneruskan aktiviti menghayati panorama alam kembali.

Masing-masing hanya mampu menelan liur. Tiada lagi lantunan suara yang mampu keluar dari rongga tekak masing-masing. Mereka tidak mengerti apakah yang sedang berlaku pada mereka pada saat ini. Namun, satu kenyataan yang berlegar di minda masing-masing ialah apakah sebab musababnya sehingga roh nenek tua itu kembali semula ke dunia ini?



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku