KUBUR BERNYAWA
BAB 8 : Masing-Masing Tarik Nafas Lega
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 12 April 2013
Sekumpulan remaja dari Kolej Imanshah telah mengadakan perkhemahan di Hutan Simpan Kaffi ketika bermulanya cuti semester pertama di tahun yang terakhir itu.
Penilaian Purata:
(6 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1030

Bacaan






Masing-masing menarik nafas lega apabila van yang mereka sewa sudah selamat kembali ke tempat asalnya. Riuh-rendah suara mereka dalam melafaskan erti kata yang bermacam-macam intonansi. Di dalam kepala masing-masing kini cuma ada satu tujuan iaitu tidak sabar-sabar untuk kembali ke rumah masing-masing dan mendapatkan rehat yang secukupnya.

Kini kelihatan mereka sedang memunggah turun beg pakaian masing-masing dari terus berada di dalam van. Sementara itu, Syed Dahuri dan Firdee Aqasha telah ke kaunter pembayaran untuk melunaskan wang sewa van mereka itu.

“Hei kau orang, macam mana lima bungkus beg plastik kepah ni ada di sini? Bukan kau orang tak ambik ke dari nenek tua tu?” lontaran vokal yang berupakan pertanyaan dari rongga tekak Nisrinah benar-benar telah memeranjatkan mereka semua.

“Mana ada kita ambik kepah dari nenek tu? Yang ada sebungkus sajalah milik Azi.” Era Kasmiran membetulkan fakta. Mungkin Nisrinah salah melihat.

“Jadi, kau orang cakap aku menipulah ya? Kejap ya.” Nisrinah telah mengeluarkan lima bungkus beg plastik yang mengandungi kepah di dalam setiap beg plastik itu. Penuh-penuh pula tu. Mata mereka sememangnya tidak mampu untuk mempercayai apa yang sedang berlaku. Kehairanan demi kehairanan membelitkan tali pusat akal mereka. Sedikit perasaan galau bercampur baur di dalam diri masing-masing.

“Nampak tak apa yang aku pegang? Macam mana lima bungkus kepah ni boleh ada di sini? Azi, kepah kau mana?” tanya Nisrinah dengan satu pandangan sinis ke arah teman-temannya. Apa lagi, terloponglah mulut masing-masing dengan pemandangan yang di luar alam itu.

“Kepah aku ada di sini.” Aziham menunjukkan kepahnya.

“Habis tu, yang lima bungkus ni siapa punya?” sekali lagi suara Nisrinah berbaur sindiran.

Masing-masing mengangkat bahu tanda tidak tahu. Rasa gerun menyelinap masuk tanpa mereka sedari.

“Sayang betul roh nenek tua tu dengan kau orang yang bertanggungjawab melepaskannya. Sampai membekalkan buah tangan. Bertuah badan.” Nisrinah mengusik sekaligus menyindir sehingga menjentik rasa tidak senang di dalam hati kaum Adam.

“Hei, mulut kau tu sopan-santun sikit ya? Yang bertanggungjawab Jhaz dengan Firdee aje, bukannya kami.” Khirulnizan menempelak.

“Haah, betul tu. Jhaz yang jumpa dulu. Firdee yang membangkitkannya. Jadi, kami di zon terkecuali.” Zularman sudah pun bercekak pinggang membuatkan Nisrinah ketawa geli hati.

Manakala Jhaznarul dan Firdee Aqasha hanya membutakan mata serta menulikan telinga mereka kerana apa yang dikatakan itu benar-benar belaka. Tidak ada yang salahnya.

“Haa ... Jhaz wajib ambik buah tangan dari nenek tua tu sebab kalau bukan dia merayau di tengah-tengah hutan tu, pasti nenek tu takkan muncul.” Zunika berkata selamba membuatkan telinga Jhaznarul berdesing.

Jhaznarul merengus dan terpaksa akur dengan buah bicara pedas yang semakin menjunam ke arahnya. “Iyalah. Iyalah. Semuanya memang salah aku. Menyesal betul aku merayau malam tu. Biarlah aku aje yang ambik buah tangan nenek tua tu. Lagipun, bukan murah kalau nak beli kepah sekarang,” Jhaznarul telah pun maju ke hadapan untuk mengambil kepah yang dibekalkan oleh nenek tua itu kepada dirinya. Tersengih Nisrinah dengan kemenangan yang digenggamnya.

“Bagi aku sebungkus lagi, boleh Jhaz?” baru sahaja kepah berpindah ke tangan Jhaznarul, pantas sahaja Aziham meminta sebungkus lagi. Dia yang sememangnya hantu kepah, mana mungkin mensia-siakan buah tangan yang terbentang di hadapan mata.

“Lah, teringin juga buah tangan dari nenek tua ni,” usik Jhaznarul sambil memberikan sebungkus pada Aziham.

Tersengih-sengih Aziham menerima bungkusan kepah daripada Jhaznarul. “Terima kasih Jhaz. Benda percuma, mana boleh tolak,” selepas mengambil kepah dari tangan Jhaznarul, dia sudah bersiap-siap hendak pulang.

“Errr ... habib. Habibi nak sebungkus kepah boleh?” teringin pula Husnariyam melihat pada saiz kepah yang besar-besar itu. Bukan senang nak jumpa kepah yang bersaiz sebegitu. Alang-alang sudah ada di hadapan mata, baik rembat sekali.

“Boleh. Nah.” Jhaznarul pula tidak lokek untuk memberikan sebungkus buat buah hati kesayangannya.

Husnarisyam mengambil dengan hati yang cukup riang sekali.

“Hmm ... padanlah habib dan habibi, sama-sama gilakan kepah. Serasi betul kau orang ya. Patutlah ALLAH telah tetapkan dua hati ini menjadi satu,” sindir Nisrinah pada pasangan Jhaznarul dan Husnarisyam.

Berubah merah ala-ala tomato ranum roman wajah uda dan dara itu. Tiba-tiba sahaja Nisrinah melarikan dirinya apabila dia melihat pasangan itu sedang menghayunkan beg plastik yang terisi kepah kepadanya. Hisy, buatnya betul-betul dua bungkus beg plastik terhempas di kepalanya, takkah naya tu? Tidak pasal-pasal benjol seminggu. Tak sanggup, tak sanggup.

Seketika kemudian, terlantun gemersik ketawa dari rongga tekak Jhaznarul dan Husnarisyam melihat pada aksi spontan Nisrinah yang terhidang di hadapan mata mereka.

“Sayang, yang minta maaf ya sebab telah mencacatkan perkhemahan kita. Yang janji takkan buat benda-benda yang mengarut tu lagi. Yang janji takkan timbul huru-hara lagi. Sorrysayang.” Di satu sudut kelihatan Firdee Aqasha sedang mengayat Era Kasmiran bagi sesi pembujukan di atas apa yang telah berlaku.

“Betul ni? Jangan main nombor ekor lagi. Haram tu. Tak berkat tau duit yang kita dapat. Sayang tak mau jadi kaya dengan duit nombor ekor,” nada suara Era Kasmiran kini mengendur terus dan tidak jadi hendak melancarkan rajuk yang berpanjangan.

“Ya .... yang janji akan cari kekayaan dengan membanting tulang empat kerat ni. Yang takkan sia-siakan cinta sayang. Sebabnya, I love you so much,” manis berbisa mulut Firdee Aqasha dalam melafazkan ayat cinta sehingga tercengkam naluri kewanitaan Era Kasmiran. Makin lama gadis itu makin sayang pada Firdee Aqasha yang bijak menabur madu dari racun berbisa.

I love you too.” Era Kasmiran membalasnya dengan malu-malu.

“Wei, sudah-sudahlah tu buat cinta Korea pula kat sini. Muaklah kami tengok.” Syed Dahuri mencantas adegan asmara sebabak yang sedang tercetus antara Firdee Aqasha dan Era Kasmiran. Kali ini roman wajah pasangan itu pula yang memerah bagaikan tomato terlebih masak.

Rakan-rakan yang lain turut mencemuh ayat-ayat berbisa yang keluar dari celah bibir Firdee Aqasha sehingga terlantun ketawa uda dan dara itu.

“Binawe punya member. Dia orang cemuh kita, sayang.” Firdee Aqasha menunjuk penumbuk sulung ke arah mereka membuatkan ketawa masing-masing kedengaran semakin kuat.

“Biarlah dia orang cemburu tu sebab tak reti nak romantik,” balasan berbisa daripada Era Kasmiran.

“Haahkan. Patutlah dia orang macam kera kena belacan.” Firdee Aqasha menokok tambah perisa cili padi sehingga terasa ke tulang tekak masing-masing.

“Kurang asam punya Firdee, tak kuasa kami nak jealous,” laung Khirulnizan pula. Dan sekali lagi masing-masing meruahkan ketawa. Nampak riang sungguh kumpulan itu.

“Okeylah, aku nak balik dulu. Jumpa lagi semua. Jumpa lagi habibi.” Jhaznarul melayangkan kenyitan mata buat pacarnya. Husnarisyam malu-malu menerima layangan itu kerana Jhaznarul jarang sekali mahu romantik dengannya. Mungkin hari ini sudah tersampuk dengan babak asmara spontan yang dilakonkan oleh Firdee Aqasha dan Era Kasmiran membuatkan Jhaznarul agak lain sedikit.

“Jumpa lagi. Kirim salam bonda dan ayahanda ya? Bye.” Husnarisyam melambai-lambaikan tangannya buat Jhaznarul sebelum menghilangkan diri di dalam perut bas yang membawanya menuju ke rumah. Jhaznarul membalas lambaian Husnarisyam. Tenang hatinya melihat keindahan ciptaan ALLAH yang dimiliki oleh Husnarisyam.

“Tunggu aku Jhaz. Kita balik sekali,” laung Firdee Aqasha sesudah menghantar Era Kasmiran menaiki bas yang sama dengan Husnarisyam.

“Kenapa pula kau nak balik dengan aku? Kita tinggal serumah ke?” Jhaznarul berseloroh dengan Firdee Aqasha.

Firdee Aqasha menayang sengihan yang cukup menjengkilkan buat Jhaznarul. “Kau jangan lupa ya, yang rumah aku di belakang rumah kau. Kita berjiran jauh, remember? Haa ... kepah tu pula, bila dah masak tolong pas sikit kat rumah belakang ya? Jangan makan sorang pulak. Kedekut namanya tu,” balas Firdee tajam dengan seloroh Jhaznarul.

Jhaznarul gelak besar. “Haahlah. Macam mana pula aku boleh lupa yang kau duduk belakang rumah aku. Mungkin otak aku dah biul hari ni.” Jhaznarul terus memulakan langkahnya sebaik sahaja selepas berkata-kata.

Firdee Aqasha menggebam bibir. Aku lunyai juga kepala si Jhaz ni. Hee ... Sambil membuntuti langkah Jhaznarul.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku