Oh, My FIRST LOVE !
Genre: Cinta
Kategori: Cerpen
Paparan sejak 17 April 2013
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)
2941

Bacaan






BAB 1 : Melangkah Ke Universiti

Raudhah terjaga dari tidurnya sebaik sahaja jam loceng yang diletakkan di penjuru katilnya berdering kuat. Matanya digosok-gosok beberapa kali sambil merungut malas.

“ Ya Allah! Saya sudah terlewat untuk ke dewan kuliah!” jeritnya.

Tanpa berlengah, bahu rakan sebiliknya, Elisa yang sedang tidur dengan nyenyak di katil atas digoyang-goyangkan.

“ Elisa! Bangun!” jeritnya lagi.

Elisa terpisat-pisat bangun sambil menggeliat malas.

“ Kenapa ini? Ganggu saya tidur sahaja!” rungut Elisa, masih lagi mamai.

Raudhah mendengus geram seraya mencapai jam locengnya. Mata Elisa terbuka luas sebaik sahaja melihat jarum pada jam tersebut.

“ Apa?! Sudah pukul 8.00 pagi?! Kita sudah lewat!” bergema suara Elisa di segenap ruang di dalam bilik tidur tersebut.

“ Pagi ini kelas siapa?” tanya Elisa lagi.

Raudhah membesarkan biji matanya lantas menjerit,

“ Pagi ini ada kuliah dengan pensyarah singa!” jeritnya

“ Apa?! Cepat, pergi bersiap! Mandi ala kadar!” arah Elisa.

Kelam kabut dan riuh dibuatnya bilik bernombor 98 itu. Elisa sibuk berlari ke hulu hilir mencari tuala mandinya. Manakala Raudhah pula kecoh mencari seliparnya. Masing-masing memasang larian pecut pada pagi itu menuju ke bilik mandi.

BAB 2 : Pensyarah SINGA !

Kala itu, Encik Shahir sudah pun tercegat di hadapan dewan kuliah sambil memegang rotan sepanjang 50 centimeter. Siapa tidak kenal dengan Encik Shahir? Pensyarah paling garang dan tegas di university tersebut. Sebut sahaja pensyarah singa, pasti semua sudah menggigil ketakutan.

Seisi dewan kuliah menjadi senyap. Tidak kira pelajar perempuan mahupun pelajar lelaki, masing-masing tidak berani untuk membuka mulut apatah lagi memulakan gossip pagi mereka.

“ Semua sudah sampai?” tanya Encik Shahir.

Belum sempat para pelajar itu menjawab, kelihatan daun pintu dewan dikuak dari luar. Kelihatan kelibat Raudhah dan Elisa, tercungap-cungap di hadapan pintu.

“ Hah, seronok berlari? Agak-agaknya, kamu berdua sudah layak mendaftarkan diri sebagai atlit larian pecut bagi mewakili Negara Malaysia,” sindir Encik Shahir.

Raudhah dan Elisa masing-masing menundukkah wajah. Tidak berani mahu bertentang mata dengan pensyarah singa di hadapan itu.

“ Kamu berdua buat pembentangan di hadapan dewan sekarang juga! Sebagai denda kerana datang lewat sepuluh minit ke kelas saya! Bergerak sekarang!” arah Encik Shahir, serentak dengan itu, rotan di tangannya dihempaskan ke pintu.

BAB 3 : Pelajar Baharu

Raudhah dan Elisa berjalan seiringan menuju ke Café Adorra. Siapa tidak kenal dengan Café Adorra? Café yang paling terkenal di university tersebut. Sebut sahaja nama Café Adorra, pasti semua pelajar sudah pernah menikmati menu yang disediakan di café tersebut. Selain menunya yang sedap, harga juga berpatutan. Kebersihan makanan juga dapat dijamin seratus peratus.

“ Dengar-dengar, ada pelajar baharu akan masuk ke dalam kelas kita,” beritahu Elisa.

Raudhah tersenyum lebar sebaik sahaja mendengar berita tersebut.

“ Pelajar lelaki atau perempuan?” soalnya.

Elisa mengangkat sebelah keningnya lantas menjawab, “ Lelaki.”

“ Berita menarik!” jerit Raudhah.

Elisa sekadar menggeleng-gelengkan kepalanya. Sebentar kemudian, mereka berdua segera mengambil tempat duduk di meja yang bersebelahan dengan tingkap. Masing-masing memesan menu yang sama iaitu Laksa Pedas dan Jus Tembikai. Ais krim vanilla bersalut strawberi pula dijadikan sebagai pencuci mulut.

“ Raudhah, kerja kursus awak sudah siap?” soal Elisa, sambil membetulkan tudungnya.

Raudhah yang sedang mengelamun jauh tidak sedar namanya dipanggil.

“ Cik Raudhah, saya tanya ini. Kerja kursus awak sudah siap atau belum?” soal Elisa sekali lagi . Kini, nada suaranya sengaja ditinggikan.

Lamunan Raudhah serta merta terhenti sebaik sahaja mendengar ketinggian suara Elisa itu.

“ Eh! Oh! Ya! Sudah siap! Belum, eh! On the way!” balasnya.

Elisa ketawa terbahak-bahak sambil menekan-nekan perut. “ Kelakarlah awak ini. Melatah pun sedemikian rupa,” ucap Elisa.

Raudhah mencubit lengan Elisa. “ Banyaklah awak punya latah. Awak ini buat saya terkejut sahaja,” marah Raudhah.

Elisa mengahabiskan tawanya sebelum menyambung, “ Awak itu yang salah. Siapa suruh mengelamun jauh! Orang tua-tua kata, tidak baik mengelamun. Nanti, tidak ada orang mahu masuk meminang,” gurau Elisa lagi.

Belum sempat Raudhah mahu membalas, datang seorang pelayan sambil melabuhkan dua pinggan Laksa Pedas ke atas meja mereka. Dua gelas Jus tembikai turut diletakkan di atas meja tersebut.

Raudhah dan Elisa menadah tangan membaca doa makan sebelum memulakan sesi makan-makan mereka pada tengah hari itu.

BAB 4 : Emirul Adzuan Shah

Seisi dewan kuliah kembali senyap sebaik sahaja bunyi tapak kasut Encik Shahir kedengaran jelas di telinga para pelajar tersebut. Masing-masing sibuk mengambil tempat duduk .

“ Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,” ucap Encik Shahir.

“ Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, tuan!” balas pelajar-pelajar itu.

Semua mata tertumpu kepada seorang pelajar lelaki yang berdiri di belakang Encik Shahir. Pelajar lelaki tersebut bertubuh tegap, berkulit hitam manis, bersongkok, berpakaian kemas, dan yang lebih menawan lagi, dia tersenyum lebar sambil menampakkan barisan gigirnya yang putih dan lesung pipit di kedua belah pipinya.

“ Tolong perkenalkan diri kamu,” arah Encik Shahir kepada pelajar lelaki itu.

Pelajar lelaki itu berganjak ke hadapan.

“ Assalamualaikum dan salam ukhuwah. Nama saya Emirul Adzuan Shah Bin Shahrizan. Pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa. Berpindah ke sini atas urusan peribadi keluarga.” Ucapnya.

Seketika kemudian, Encik Shahir meminta Emirul untuk mengambil tempat duduk di bahagian tempat duduk kaum adam. Kala itu, pandangan mata Emirul dan Raudhah bertaut. Emirul melemparkan senyuman manis kepada Raudhah.

BAB 5 : Oh, My Emirul !

Elisa sibuk mengemaskan buku-buku rujukannya yang berserakan di atas meja. Manakala, Raudhah pula sibuk membuat ulang kaji di atas katilnya.

“ Amboi, bukan main mesra lagi awak dengan Emirul, ya!” tegur Elisa sambil ketawa kecil.

Raudhah yang sedang khusyuk menelaah buku, terus mengangkat muka dan mengalihkan pandangan matanya ke arah Elisa. Ton warna pada wajahnya berubah merah.

“ Mana ada! Janganlah buat-buat cerita,” dalih Raudhah.

“ Buat-buat cerita, apanya? Sudah terang lagi bersuluh, awak dan Emirul sangat mesra!” gurau Elisa lagi.

Raudhah ketawa kecil lantas mencubit lengan Elisa.

“ Kami berdua BFF sahajalah,” tegas Raudhah, sambil tersenyum malu,

“ BFF? Apa benda tu? Boyfriend Forever, ya? Hehehe.” Gurau Elisa lagi.

Semakin gamat jadinya bilik bernombor 98 itu. Elisa dengan tawanya, Raudhah pula dengan senyum-senyum kucingnya.

“ Bukanlah, BFF tu maksudnya, Best Friend Forever…” jelas Raudhah .

Elisa menahan ketawanya sambil memasang lagu menerusi komputer riba di hadapannya. Elisa menyanyi-nyanyi riang ,

“ Oh My English! Oh My English! Oh My Emirul!” jerit Elisa lagi sambil ketawa berdekah-dekah.

Raudhah sekadar tersenyum kucing. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah rakan sebiliknya itu.

BAB 6 : Saya Suka Dia

Malam itu, satu majlis bacaan surah yaasin berjemaah dan solat Isyak berjemaah akan dijalankan di Masjid Universiti.

Hazman dan Emirul yang tinggal sebilik itu sibuk membetulkan songkok di kepala masing-masing. Buku bacaan yaasin dimasukkan ke dalam poket baju melayu yang disarungkan di badan.

Masing-masing kelihatan segak dengan baju melayu yang siap di saterika , berwarna hijau muda.

“ Bukan main rapat lagi kamu dengan budak Raudhah itu, ya. Siap lambai-lambai tangan lagi,” beritahu Hazman sambil tersenyum lebar, cuba menyakat rakan sebiliknya itu.

Emirul ketawa kecil lantas membalas, “ Tidak ada apa-apa lah. Kami kawan biasa-biasa sahaja,” dalih Emirul.

Hazman ketawa terbahak-bahak sambil menekan-nekan perutnya.

“ Kawan biasa apanya? Tidak perlu berahsia lah, kawan!” ucap Hazman lagi.

Emirul tersengih.

“ Sebenarnya, saya tidak pernah bercinta sebelum ini,” jujur Emirul berkata.

Hazman menghentikan hayunan langkahnya. Dia tersenyum lebar.

“ Jadi, Raudhah itu first love kamu, lah ya?” soalnya.

“ Entahlah, saya tidak tahu dan kamu juga tidak perlu tahu. It’s a secret ,” balas Emirul sambil melebarkan lagi senyumannya sehingga ke telinga.

Hazman ketawa lagi. “ Tapi, saya tidak pernah nampak kamu keluar makan bersama pun?” tanya Hazman sambil mengerutkan dahinya.

“ Sebab kami tidak pernah keluar makan bersama. Kami berhubung melalui Allah SWT. Hanya kepada Allah SWT tempat kami memohon diberikan perlindungan. Dan hanya kepada Allah SWT tempat kami memohon doa, agar suatu hari nanti, kami dapat disatukan menjadi satu pasangan yang bahagia sehingga ke pintu syurga,” jelas Emirul.

Hazman mengangguk tanda faham. “ Good job, friend!” pujinya.

BAB 7 : Cinta dalam diam

Setahun kemudian,

“ Raudhah, saya suka dekat awak,” ucap Danial secara terus terang.

Raudhah yang baru sahaja mahu melangkah keluar dari dalam dewan kuliah tersentak lalu menoleh ke belakangnya. Kelihatan wajah Danial, pelajar terbaik semester merangkap pelajar cemerlang di university itu tercegat di belakangnya.

Siapa tidak kenal dengan Danial? Pelajar paling aktif dalam akademik dan ko-kurikulum. Bahkan, Danial juga merupakan jejaka idaman kebanyakan pelajar perempuan di universiti tersebut. Jumlah crush kepada Danial boleh dikira menggunakan kalkulator. Hampir melebihi 20 orang!

“ Apa awak cakap ini, Danial?” balas Raudhah sambil mengerutkan dahinya.

“ Saya sukakan awak, Raudhah. Walaupun sejuta perempuan tergila-gilakan saya, namun hati saya tercipta hanya untuk awak seorang sahaja,” Ucap Danial dengan wajah yang serius.

Raudhah mengeluh kesal.

“ Saya minta maaf, Danial. Hati awak mungkin memang untuk saya, tetapi hati saya hanya untuk Emirul seorang sahaja,” jelas Raudhah .

Danial tertunduk kesal lantas membalas, “ Jikalau itulah keputusan awak, saya terima. Saya menghormati keputusan awak. Tetapi, jika awak perlukan seseorang untuk menjadi peneman hidup awak, terus terang saya katakan, sayalah orangnya.”

“ Terima kasih,” balas Raudhah sebelum melangkah pergi meninggalkan Danial.

BAB 8 : Cinta Yang Kekal Abadi Selamanya

Raudhah tersenyum lebar sambil membaca surat yang dikirimkan oleh Emirul kepada dirinya.

“ Assalamualaikum, Ameerah Raudhah Binti Shariman. Saudari yang menyinari hari demi hari saudara Emirul Adzuan Shah Bin Shahrizan di sini. Semoga saudari sihat wal afiat di samping redhaNya. Ingin saya katakan di sini bahawa, selepas tamat pengajian Master, saya akan menyambung pembelajaran saya ke peringkat PHD. Saya akan mengajak awak bersama untuk melanjutkan pembelajaran ke peringkat PHD dan menyandang gelaran doktor. Selepas tamat pengajian nanti, In shaa Allah, saya akan menikahi awak,”

“ Amboi, baca surat daripada siapa itu?” tegur Elisa, yang muncul entah dari mana.

Raudhah yang terkejut dengan kehadiran secara mendadak rakan sebiliknya itu segera melipat kembali surat tadi dan disisipkan ke dalam diari hariannya.

“ Tidak ada apa-apa,” balas Raudhah sambil tersenyum lebar.

Tiba-tiba, telefon Raudhah berdering kuat. Raudhah hampir pengsan apabila diberitahu bahawa bas yang dinaiki oleh Emirul dan lapan orang pelajar lain telah terbabas ke dalam gaung semasa dalam perjalanan menuju ke Utara Malaysia, bagi menghadiri Ceramah Agama Imtiyaz.

“ Ya Allah!” jerit Raudhah.

“ Kenapa ini, Raudhah?” soal Elisa, sambil menggoyang-goyangkan bahu rakannya itu.

“ Emirul! Emirul! Dia kemalangan!” beritahu Raudhah.

Elisa terkejut sebaik sahaja mendengar berita sedih tersebut. Tanpa berlengah , mereka berdua segera bersiap untuk menuju ke hospital.

BAB 9 : Takdir Menentukan Segalanya

Ibu bapa, para pensyarah, para pelajar serta beberapa kakitangan universiti duduk menanti dengan penuh sabar di ruang menunggu. Sembilan orang pelajar universiti yang terbabit dalam kemalangan tadi dikejarkan ke hospital dan sedang menjalani rawatan di bilik rawatan kecemasan. Yang mendukakan, salah seorang daripada mangsa ialah Emirul.

“ Bawa bersabar, Raudhah. You have to be strong,” pujuk Elisa.

Raudhah kelihatan lemah sekali. Dia tidak berhenti menangis dari tadi. Elisa turut bersedih apabila melihat keadaan rakan baiknya itu.

How can I continue this live without him? I want him to be me to Jannah,” sahut Raudhah dengan linangan air mata.

You have to accept this. You have to be strong to faced with difficulties,” tambah Elisa lagi.

Raudhah terus menangis di bahu Elisa. Saat itu, kelihatan seorang doktor keluar dari dalam bilik rawatan kecemasan dengan raut wajah yang sedih.

“ Saya minta maaf, tetapi mangsa yang bernama Emirul tidak dapat diselamatkan lagi kerana kecederaan yang sangat parah di bahagian otak kirinya. Emirul disahkan meninggal dunia sebentar tadi,” beritahu doktor itu sambil mengeluh kesal.

Kala itu, degupan jantung Raudhah seakan-akan terhenti. Baru sahaja pagi tadi dia mendapat surat daripada Emirul siang tadi. Tetapi, pada sebelah petangnya pula, Emirul telah terlebih dahulu menyahut seruan ilahi.

“ Allah SWT lebih sayangkan arwah,” ucap Elisa sambil menepuk bahu Raudhah.

BAB 10 : Hanya Aku Cinta Kau Seorang

Lima tahun kemudian,

Kini, Raudhah dan Elisa telah pun berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat PHD di Universiti Al Azhar , Mesir. Masing-masing sibuk menyiapkan tesis terakhir untuk projek hujung tahun nanti.

“ Bila tarikh perkahwinan awak dan Danial itu?” tanya Elisa sambil membancuh kopi di ruang makan dalam bilik hostel tersebut.

“ In shaa Allah, selepas selesai tesis terakhir ini, kami akan melangsungkan perkahwinan.” Beritahu Raudhah sambil tersenyum.

Selesai segala urusan, Elisa terus mengajak Raudhah untuk pergi menunaikan solat Isyak berjemaah di Masjid Al Azhar sekaligus menyedekahkan bacaan yaasin buat arwah Emirul.

Sepanjang perjalanan ke masjid, Raudhah berfikir berkenaan kehidupan di dunia yang hanya sementara sahaja. Dia berfikir, segala apa yang manusia rancang, belum tentu dapat ditentukan kerana,

Manusia hanya mampu merancang, tetapi hanya Allah SWT yang berhak menentukan.”


Hak  Cipta  Terpelihara  :  ARDANIA  FIEYQA  @  2013/2014



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku