Suamiku, Encik Sotong
BAB 27
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 Mei 2013
Erica Soffea melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan.
Penilaian Purata:
(76 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
67040

Bacaan






Tengku Atylia membuka pintu kamar anaknya dengan perlahan. Walaupun dia tahu anaknya tiada di rumah ketika ini, namun dia berasa bersalah kerana masuk ke bilik itu tanpa kebenaran tuannya. Tengku Atylia memerhatikan di sekeliling bilik yang di susun kemas oleh Neng, pembantu rumahnya yang sudah pun menjejak ke usia 50 tahun. Dia mencari sesuatu. Apa yang dikatakan oleh Neng pagi benar-benar membuatnya gusar, tambahan pula dengan sikap dan perangai anaknya sejak akhir-akhir ini benar-benar menyesakkan.

Tengku Atylia menghampiri meja tulis yang berada di sebelah katil. Meja tulis itu mengadap tingkap yang di hiasi dengan langsir berwarna ungu. Meja itu kemas tersusun. Buku-buku berdiri tegak, setia di rak. Komputer riba yang berwarna merah hati terletak di bahagian agak hujung. Kemudian Tengku Atylia membuka laci meja tulis itu, riak mukanya terkejut bila melihat apa yang ada di dalam laci itu. Gambar Erica yang bingkai kemas. Kenapa harus anaknya menyimpan gambar Erica? Desir Tengku Atylia sendirian. Dia sememangnya maklum tentang hubungan mereka. Tetapi hubungan itu hanyalah untuk mengaburi mata Erica dengan cinta Izhan. Apabila mereka berjaya mendapatkan kembali kerusi Pengerusi Khaleeda Holdings, Tengku Atylia berharap agar anaknya itu akan memilih anak Tan Sri Khalil sebagai teman hidupnya. Itu rancangan Tengku Atylia yang dipersetujui oleh Izhan, kecuali bab untuk memperisterikan anak Tan Sri Khalil. Hal itu belum sempat dinyatakan secara serius.

Tengku Atylia meletakkan kembali fota Erica yang cantik di bingkai ke dalam laci. Dia mengomel-ngomel bimbang jika anaknya itu benar-benar jatuh cinta dengan Erica. Tidak dia tidak pernah bersetuju untuk menerima Erica sebagai menantu, tidak sekali-kali. Jika bukan kerana Erica yang memegang tampuk Khaleeda Holdings jangan diharaplah dia untuk melayan Erica. Marahnya pada Erica bukan kepalang. Bertambah-tambah lagi bila bondanya sendiri menyerahkan KHALEDDA HOLDING kepada budak hingusan itu. Biarpun Erica adalah anak saudaranya sendiri.

“Apa yang diomelkan tu?” tegur Tengku Eddrus. Dari tadi dia hanya melihat mulut isterinya itu tidak berhenti mengomel. Entah apa yang dibebelkannya pun tidak dapat dipastikan.

“Anak abang tu lah. Abang tahu tak, dia simpan gambar Erica dalam laci. Gila ke apa dia tu?” Tengku Atylia mula bercerita.

“Baguslah. Bukan ke dulu awak yang suruh dia pikat si Erica tu? Jadi apa masalahnya sekarang?” bidas Tengku Eddrus. Isterinya menjeling. Marah kerana di bidas.

“Memanglah, tapi bukan nya untuk di buat bini sampai mati. Saya suruh dapatkan kerusi Pengerusi tu dari tangan Erica. Bukannya suruh dia bercinta sakan. Sekarang ni, anak teruna kita dah tak pandai dah nak main curang-curang. Dah dua tahun dia asyik berkepit dengan Erica. Anak Tan Sri Khalil tu balik bercuti, sekali sekala pergi jumpa pun tidak. Asyik berkepit dengan perempuan tu je.”

“Pulak dah. Awak ni saya tak faham betullah. Saya tengok awak pun bukan main lagi melayan Erica masa dia datang sini. Macam nak masuk dalam kain je. Siap bawak pergi Spa Salina lagi. Hari ni awak cakap macam ni pula?” soal Tengku Eddrus, kehairanan. Dia sendiri pun tidak faham apa yang dimahukan oleh isterinya. Baginya kalau benar Izhan menyintai Erica, setuju benar dia.

“Itu saya berlakon sahaja. Takkan saya nak tunjukkan pula yang saya tak suka pada dia. Nanti dia tak layan si Iz tu pulak.”

“Pandai awak ye, sampai saya pun tertipu dengan lakonan awak. Kalah Norkumalasari. Aty, saya rasa biarkanlah Izhan dengan Rica. Kalau mereka betul-betul bercinta pun apa salahnya. Saya suka, dari Izhan tu nak main-mainkan dia sebab mengikut cakap awak.” Kata Tengku Eddrus lagi.

“Kalau macam tu, tak dapat Pengerusi tu pun tak apa. Biar dia sendiri yang uruskan. Asalkan bukan dia jadi menantu saya.”

“Aty, awak ni dah semakin menjadi-jadi. Cukuplah tu. Apa salah Rica tu pada awak. Awak dendam lagi ke dengan arwah Emilna. Emilna tu kakak awak tau. Dia dah tak ada kat dalam dunia ni. Apa lagi yang awak nak berdendam dengan dia?”

“Erica tu anak dia. Sekali saya dah benci, dengan keturunan dia dah benci,” Tengku Atylia menjengilkan matanya.

“Aty, secarik-carik bulu ayam, bercantum jugak. Air dicincang tak kan putus, kecuali kalau tak bayar bil air, mesti kena potong. Tapi awak ni keras hati. Bukan salah Emilna lah kalau saya jatuh cinta dengan dia dulu. Awak akhirnya yang saya pilih. Apa lagi awak nak ni?’

“Lepas dia tolak awak. Lepas dia kahwin lari dengan Si Zahid tu. Awak jangan ingat saya tak tahu, lepas kahwin dengan saya pun, awak masih ada hati dengan dia kan? Bonda pun satu, dari kecil sampai besar, asyik menangkan dia. Kalau saya yang kahwin lari, percayalah sampai mati pun Bonda tak kan maafkan saya. Bila Emilna tu dah conteng muka dia pun dia tak kisah.” Tengku Atylia meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

“Aty, benda tu dah lama berlalu. Dah hanpir 25 tahun, takkan dendam awak pada Emilna tak sudah-sudah lagi. Emilna dah 15 tahun tinggalkan kita. Buat apa lagi awak nak berdendam. Tak ada maknanya. Dia tetap kakak awak. Erica tetap anak saudara awak. Darah yang mengalir dalam darah awak, turut mengalir dalam darah Erica. Kita dah tua Aty. Awak ni lawak betullah. Dengan orang yang dah mati pun awak nak berdendam. Agaknya macam mana awak nak balas pada dia? Sah-sah dia tak tahu.”

“Awak ingat saya ni bodoh sangat ke, nak balas dendam pada yang dah mati? Saya balas pada anak dia lah. Lagipun anak dia tu kurang ajar jugak. Baik dengan saya pun sebab Iz sahaja. Awak ingat nak hormat saya ke?” tegas Tengku Atylia.

“Sebelum kita nak hormatkan orang, kita cermin dulu diri kita macam mana?” Tengku Eddrus kemudiannya bangun dari duduknya. Malas dia nak bertekak dengan isterinya.

Tengku Atylia mendiamkan dirinya. Mati dalam kata-kata suaminya.

Hari sudah sudah menginjak ke jam 8.00 malam. Tengku Atylia sedang menunggu kepulangan anak terunanya. Suaminya, awal-awal lagi sudah keluar, ada majlis makan malam. Kali ini dia tidak mengikut suaminya, di suruhnya suaminya membawa Salina. Dia mengambil minyak angin dan di sapu ke kepala. Sakit kepalanya menyerang lagi. Sudah lama dia tidak diserang dengan sakit kepala sebegini.

“Mama, tak keluar ke?” tanya Izhan ketika melangkah masuk ke dalam rumah. Dia melihat Mamanya sedang terbaring di atas sofa. Setahunya malam ini ada makan malam di rumah Tengku Naufal, sepupu papanya.

“Sakit kepala,” jawab Tengku Atylia ringkas.

“Habis tu, yang tidur kat sini kenapa pula. Kenapa tak tidur dalam bilik?” Izhan bertanya lagi.

“Mama tunggu Iz balik, ada hal yang Mama nak bincang.”

“Nak bincang tentang apa?” Izhan kehairanan. Mesti ada yang penting sampai mamanya menunggu kepulangannya.

“Ni apa?” Tengku Atylia kemudiannya menunjukkan gambar Erica yang disimpan di laci anaknya.

“Er, gambar Erica. Apa Mama dah tak kenal dengan Erica ke?” Izhan menjawab dengan selamba.

“Apa ke halnya, sampai siap simpan-simpan gambar ni? Iz jangan nak serius dengan dia. Mama tak kebulur nak bermenantukan dia. Lupakan hasrat untuk jadi Pengerusi kat Khaleeda Holdings. Tak payah nak bercinta sakan dengan dia. Mama tak mahu Iz ada hubungan yang serius dengan Erica.”

“Tapi Mama jugak yang suruh Iz pikat Erica. Bila Iz tak nak, Mama paksa. Sekarang ni Mama cakap apa ni? Dah dua tahun Iz dengan Erica Mama. Mama nak suruh Iz buat apa sebenarnya ni? Tak fahamlah Iz dengan Mama ni?” Izhan mula meninggikan suara.

“Itu dulu. Sekarang lain. Mama nak Iz putuskan hubungan dengan dia. Mama tak rela Iz. Mama tak nak. Lagipun Mama dah janji dengan Tan Sri Khalil, please jangan buat Mama tertekan. Iz tahu kan keadaan Mama,” Tengku Atylia bersuara perlahan. Dia kemudiannya duduk dan memegang kepalanya. Dia merasakan kepalanya sakit yang teramat. Dia kemudiannya rebah di atas sofa.

“Mama,” jerit Izhan.

“Izhan, mama you ni ada hipertension. Sekarang ni tekanan darahnya dah meningkat 140/95. Kalau boleh jangan bagi tekanan pada dia. Sekarang ni Idah bagi ubat, lepas ni dia kena rehat yang betul-betul. Orang yang ada hipertension ni tak boleh ada tekanan, jangan bagi dia marah. Kalau tak, tekanannya akan terus melambung, sampai ke satu tahap akan menyebabkan strok, dan kegagalan buah pinggang jika tidak di kawal.”terang Doktor Tan, doktor keluarga Izhan. Izhan menganggukkan kepalanya.

“Tengku Edd mana?” tanya Doktor Tan lagi ketika berjalan menuruni anak tangga banglo tiga tingkat itu, Izhan ada disampingnya.

“Ada dinner. Tapi I dah maklumkan pada dia. Mother I okey ke doc?” Ada getaran kegusaran dalam suara Izhan.

“Macam I beritahu tadi, dia okey kalau tekanan darahnya stabil. So, jangan bagi dia tekanan pada , jangan naikkan kemarahan dia, kawal pemakanan. Jangan bagi yang masin-masin. Kalau itu you control, your mother will be okay,” kata Doktor Tan lagi. Izhan menganggukkan kepalanya.

“Mama macam mana?” kelam-kabut Tengku Eddrus bertanya. Dia balik serta merta bila mendapat panggilan daripada anaknya.

“Iya lah Iz, macam mana dengan Mama? Macam mana boleh jadi macam ni?” tanya Salina pula. Dia pun susah hati bila mendengar berita itu. Sebelum ini madunya sentiasa sihat, tak pernah diserang sebarang penyakit. Alih-alih malam ini dia mendapat berita Tengku Atylia pengsan.

“Ada kat dalam bilik, tengah tidur. Doktor suruh dia berehat.” Kata Izhan dengan lemah.

“Apa yang berlaku ni, sampai Mama pengsan? Tak kan Iz tak tahu kot? Doktor kata apa?” bertalu-talu pertanyaan dari Tengku Eddrus.

“Mama kena hypertension. Tekanan. Blood pressure dia 140 over 94. Kami bertengkar sikit tadi. Iz tak sangka Mama serius sampai macam ni,” Tengku Izhan menundukkan kepalanya, rasa bersalah memenuhi dadanya. Melihat keadaan Mamanya yang tidak sedarkan diri benar-benar membuatkan dia berada dalam penyesalan.

“Pasal apa? Pasal Erica?” teka Tengku Eddrus.

“Dah lah tu bang. Abang pergi naik atas temankan Kak Aty. Lina balik naik teksi. Selagi Kak Aty tak sembuh, abang tak payah balik rumah Lina. Abang jaga Kak Aty. Esok, Lina datang. Lina akan jaga dia.”Salina berbicara.

“Tak apa lah Mummy, Iz hantar Mummy balik. Terima kasih sebab izinkan Papa temankan Mama malam ni,” kata Izhan. Tengku Eddrus menganggukkan kepalanya.

“Iz okey ke?” tanya Salina kepada anak tiri yang dianggap sebagai anaknya sendiri.

“Susah nak cakap lah Mummy.”

“Mummy tahu, pasal Erica kan?” Izhan terdiam mendengarnya.

“Papa dah ceritakan pada Mummy. Tapi Iz bukan ke main-mainkan dia? Apa masalahnya sekarang ni?” sindir Salina. Dia memang tidak setuju dengan sikap buaya Izhan.

“Tak baik Iz main-mainkan perasaan orang,” sambung Salina lagi.

“Siapa cakap Iz main-main. First time Mummy, Iz jatuh cinta sampai macam ni,” dia sudah tidak malu untuk meluahkan perasaannya di hadapan Salina. Dia sendiri pun sebenarnya sudah lama tertekan dengan persoalan ini. Dia cintakan Erica, tetapi dia tahu mamanya pasti tidak bersetuju. Kerana pada dasarnya, dia hanya perlu bermain cinta dengan Erica sehinggalah Erica menyerahkan kerusi Pengerusi padanya, dan dia pula akan menyerahkan kerusi itu pada mamanya. Itu rancangan asal yang akhirnya telah diubah jalan ceritanya ekoran dari cinta yang hadir di dalam jiwa.

“Iz, kalau dah betul-betul cinta, apa masalahnya sekarang ni? Apa yang Mama dan Iz gaduhkan. Bukan itu yang Mama nak kan? Supaya Iz dengan Erica bersatu. Biar Khaleeda Holdings jatuh ketangannya?”

“Masalahnya, Mama tak mahu Iz serius dengan Rica. Setelah Iz dapat jadi Pengerusi Mama suruh tinggalkan Erica dan memilih anak Tan Sri Khalil. Macam mana Iz nak buat macam tu Mummy? You just tell me.”

“Cinta. Memang berkuasa untuk mengubah kita. Iz, sabarlah ye. Mungkin kekuatan cinta Rica dan Iz mampu merobohkan ego Mama, siapa tahu. Dulu Mama tak boleh terima Mummy sebagai madunya. Tak kan Iz lupa apa yang Mummy kena lalui. Tapi Mummy sabar, sebab apa? Sebab Mummy really, really love your Papa Iz. Sebab Mummy percaya demi cinta Mummy pada Papa, Mama Iz akan terima Mummy. Tengok sekarang, kan Mama dengan Mummy dah jadi baik. So, jangan putus asa. Tapi buat masa sekarang, jangan bagi tekanan pada Mama. Kasihan dia. Okay,” panjang lebar nasihat Salina untuk Izhan. Izhan mendengarnya.

“Habis tu Iz nak buat apa sekarang? Tak kan Iz nak cerita pada Rica hal yang sebenarnya. Pada Mama pula, takkan Iz nak mengaku yang Iz betul-betul cintakan Rica?”

“Nampaknya dalam keadaaan sekarang. Iz tipu sunat je lah. Cakap pada Mama, yang Iz still stick to the plan. Dengan Erica buat macam biasa.” Salina memberikan cadangannya.

“Habis tu kalau Mama tanya pasal bila nak jadi Pengerusi, apa Iz nak jawab. Terus-terang Iz bagitahu Mummy, dulu memang itu tujuan Iz, tapi bukan sekarang. Sekarang benda tu langsung tak pernah Iz fikirkan.”

“Yang tu jangan susah hati, Iz kahwin dengan Erica dulu. Pandai-pandailah Iz kelentong Mama Iz. Bukan Mummy nak ajar jadi anak derhaka. Tapi Mummy percaya, bila Iz dan kahwin dengan Rica, lambat-laun Mama akan terima juga Rica. Lagipun Rica tu anak saudara dia jugak.”

So, at the end, Iz dapat Rica tanpa sakitkan hati Mama. Dan Rica, tak kan tahu apa

yang Iz dan Mama rancangkan sebelum ni.” Sambung Salina lagi.

“Pandai jugak Mummy ni.” Puji Izhan. Dia sedikit kelegaan bila mendengar buah fikiran yang diutarakan oleh ibu tirinya. Kenapalah dia tak pernah terfikirkan hal ini, rungutnya sendirian.

“Berapa lama lagi Rica nak kena jadi isteri Farish tu?” soal Salina walaupun dia hanya kenal pada Erica bukan Farish. Namun cerita tentang perkahwinan pelik mereka itu dia tahu dari suaminya. Antara dia dengan Tengku Eddrus tiada rahsia.

“Lebih kurang 8 bulan lagi.” Jawab Izhan. Seperti Erica, dia juga tidak bersabar untuk melihat perkahwinan itu ditamatkan.

“Tak lama lah lagi. Si Farish tu macam mana?”

“Dia okay Mummy. Lagipun dia pun dah ada buah hati. Dah macho sekarang. Nama buah hati dia Dhia Adirra. Tapi perempuan tu tak tahu kisah dia dengan Erica.” Cerita Izhan. Salina menganggukkan kepalanya. Dalam hatinya berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar. Jika tidak semua orang akan merana. Semuanya gara-gara wasiat Tengku Khaleeda.

“Terima kasih sebab hantar Mummy balik. Ingat tau Iz jangan buat Mama tension. Kasihan kat dia.” Pesan Salina sebelum keluar dari kereta Izhan. Dia kemudiannya mencium tangan ibu tirinya seperti selalu.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku