Suamiku, Encik Sotong
BAB 10
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 Mei 2013
Erica Soffea melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan.
Penilaian Purata:
(5 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
12837

Bacaan






Farish melihat di sekeliling kondominium yang baru didudukinya. Cantik dan menawan. Tengku Khaleeda seolah-olah tahu dan memahami akan citarasanya.

“Emm, pandai arwah pilihkan warna dinding kondo ni kan Farish? Colour hijau lumut. Favorite colour Farish kan?” Soal Amylia. Farish menganggukkan kepalanya. Dimatanya ada air mata yang ditahannya dari keluar. Dibiarkan air mata itu hanya bergenang di kelopak bawah matanya.

“La, kenapa pula sedih-sedih ni? Esok kan kita nak pergi daftar. Petang ni kita ke rumah Uncle Zahid nak?” tanya Amylia lagi.

“Farish rindukan dia Mama Lia, betul-betul rindukan dia. Hanya dia yang faham hati dan perasaan Farish,” Farish berkata di dalam suara yang ditahan-tahan.

“Mama Lia pun rindukan dia. Tapi ALLAH lebih sayangkan dia. Kita doakan agar dia ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang dikasihi Allah. Tapi Mama Lia terasa dengan Farish lah.”

“Kenapa? Apa yang Farish dah buat?” tanya Farish kehairanan.

“Ialah kata-kata Farish tu, seolah-olah Mama Lia tak faham dan langsung tak memahami perasaan Farish,” rajuk Amylia.

“Farish tak maksudkan macam tu Mama Lia. Hanya dua orang yang Farish sayang dalam dunia ni selain dari ibu dan bapa Farish. Mak Engku dan Mama Lia. Tolong jangan salah faham dengan kata-kata Farish tadi, please.”

Amylia hanya melemparkan senyuman. Di hatinya dia tahu malah yakin dengan apa yang dikatakan oleh Farish.

“Erica macam mana? Farish tak sayangkan dia? Dia kan isteri Farish,” duga Amylia.

Farish menjeling geram.

Sorry lah, dia jadi isteri Farish masa kat Melaka je, sampai K.L , I’m bachelor. Lagipun dia tu bini bersyarat tau,” kata Farish sambil mengeluarkan ‘lip ice’ dari beg galasnya. Disapunya ‘lip ice’ itu ke bibirnya.

“Dalam ni pun nak pakai ‘lip ice’?” tegur Amylia.

“Bibir kering, nanti merekah pula, tak cantik,” jawab Farish bersahaja. Amylia mengelengkan kepalanya.

Patutlah Erica mengamuk,” kata Amylia perlahan. Mujurlah ketika itu Farish sudah pun bangun dan menuju ke dapur.

Malam itu Amylia dan Farish hanya makan Pizza yang dibeli.

“Farish, esok lepas habis pendaftaran Farish di kolej, Mama Lia kena balik tau.”

“Mama Lia duduk lah sini dulu. Bukan ada pun kat Melaka tu. Kerja kan semuanya sudah diselesaikan,” Farish bersuara.

“Banyak kerja lagi lah, tak kan Farish tak tahu stok tu kan baru sampai. Tak lama lagi dah nak sambut raya puasa. Farish, esok pagi kita ke rumah Erica nak?”

“Tak payah. Okey. Farish tak nak dia tahu yang Farish sambung belajar kat K.L. Biar dia ingat Farish masih lagi kat Melaka. Kalau dia tahu Farish kat sini, emmm, malas nak ceritalah.”

At least bagi tahulah kat bapak mertua Farish tu,”

“Oppss.. A... Sebenarnya Mama Lia nak jumpa dengan Uncle Zahid kan? Pandai Mama Lia, dia nak jumpa dengn Uncle Zahid buat cerita nak suruh Farish jumpa Erica, pandai” kata Farish, mengusik Amylia yang sudah padam mukanya.

“Mana ada,” dalih Amylia. Sedangkan hatinya benar-benar ingin bersua dengan lelaki yang masih lagi bertakta dihatinya.

“Elleh nak tipu orang, tahulah.” Usik Farish lagi. Namun dihatinya terbelit rasa simpati kepada Amylia. Cintanya tidak kesampaian.

“Dahlah, makan lah Pizza tu. Cakap banyak pula,” marah Amylia.

Mata kiri Erica tak berhenti-henti berkedip-kedip. Dari semalam lagi,matanya rasa tidak selesa, sesekali dia mengeyehkan matanya walaupun dia tahu perbuatan itu boleh mencalarkan kornea matanya.

Hari ini dia ke kolej dengan Izhan, baliknya nanti juga dijemput oleh Izhan. Izhan sudah berjanji kepadanya. Erica masih lagi menunggu teman-teman baiknya di kafeteria.

“Amboi, tuan puteri awal hari ni? Tak minta restu mak tiri ke pagi ni?” usik Sarah yang baru tiba.

“Tak,” jawab Erica ringkas.

“Ceria hari ni, baru puku 10.00 pagi dah tersengih-sengih ni, apa cerita?” soal Sarah lagi.

“Cerita apa? Tak ada pun,” dalih Erica.

“Semalam pukul berapa balik? Amboi dah keluar dengan Izhan, lupa nak telefon member. Tak baik tau kau ni Rica. Lupa daratan,” kata Sarah lagi.

“Mana ada. Kau ingat aku ke laut ke, nak lupa-lupa daratan ni?” jawab Erica.

“Tahu lah bukan ke laut, tapi ke kebun bunga. Agak-agak lah sikit kot iya pun nak bertaman dalam hati,” usik Sarah.

“Kau ni kan, ada-ada je tau. Fatin dengan Lissa mana?”

“Itulah, Lissa tak datang hari ni. Hari ini dia ada hal. Fatin ni entahlah, sesat di Kuala Lumpur kot, dah pukul 10.00 lebih tak sampai-sampai lagi ni.”

Tidak lama kemudian datang lah Fatin dengan muka yang merah padam.

“Wei, kau ni kenapa pagi-pagi dah macam cekodok tak laku je? Datang bulan ke?” soal Sarah kepada Fatin.

“Banyaklah kau punya cekodok, aku tengah hangin satu badan ni tau,” kata Fatin sambil menghempaskan beg galasnya ke atas meja.

“Agak-agak lah wei, kalau nak hempuk beg ni pun. Terburai kau punya laptop nanti,” Erica mengingatkan. Fatin menutup mulutnya, dengan segera dia mengeluarkan komputer riba yang baru di belinya. Di gosok-gosok komputer riba itu.

“Tahu takut,” sampuk Sarah.

“Kau ni kenapa Fatin?” soal Erica.

“Aku tengah geram kat spesis yang hampir nak pupus di abad ini,” kata Fatin dengan geram.

“Sotong?” hampir serentak Erica dan Sarah bersuara.

“A’ah. Kau bayangkan aku nak masuk parking, aku berhenti kat belakang sikit dari lot yang kosong tu, alih-alih datang sebiji kereta take over depan aku. Selamba badak aje dia terus masuk parking tu, seketul kau tahu tak. Apa dia ingat kereta aku tak bayar road tax ke?” marah Fatin lagi.

“Sabar-sabar, kau bawak bertenang. Sotong mana? Kau cakap kat aku. Aku bab-bab sotong ni, hangin naik ke kepala. Budak-budak fashion tu ke?” Erica terus bertanya.

“Tak pasti pulak aku, tak pernah tengoklah sotong ni. Yang bestnya siap bawak kakak lagi. Rasanya nak daftar kot,” Fatin membuat andainya sendiri.

“Nak daftar apa kebendanya, kan minggu lepas dah daftar untuk budak-budak degree,” jawab Sarah.

“Ini kan kolej private, masa untuk mendaftarkan dua minggu.” Erica mengingatkan.

“Tak pa, kalau kita jumpa sotong tu, kita bakar dia,” Sarah berkata.

“Sebelum tu nak tanya, kau mengalah ke?”

“Emm,,, itu yang lambat, nak kena parking kat tempat lain,” jawab Fatin perlahan. Sarah dan Erica hanya ketawa. Fatin memuncungkan mulutnya.

“Kata belajar aikido, takat sotong macam tu kau takut?” Sarah bersuara sambil ketawa.

“Wei, sotong tu bawak kakak lah wei. Aku ni hormat orang-orang tua. Kalau tak aku panggang je sotong tu,” jawab Fatin.

“Dah-dah jom masuk kelas. Nanti lambat, tak boleh nak masuk,” ajak Erica.

“Yang kau ni apa citer? Semalam pergi date kat mana?” soal Fatin pula.

“Rahsia,” jawab Erica ringakas.

“Rica, kalau kahwin sepupu ni tak elok tau. Genetik tak berkembang. Nanti keturunan kau ada masalah genetik. Jadi, aku rela tau berkorban demi rakan taulan. Apa kata, kau pas je Izhan tu pada aku,” Fatin mengutarakan pendapatnya.

“Banyaklah kau punya korban. Langkah mayat aku dulu,” Sarah pula bersuara.

“Tak payah nak gaduh-gaduh.Jodoh kan di tangan tuhan. Relekslah,” Sarah dan Fatin saling berpandangan mendengar apa yang dikatakan oleh Erica.

Mereka bertiga beriringan menuju ke kelas Ekonomi dan Serantau yang diajar oleh Prof. Ikram Hassan. Pensyarah yang terkenal dengan garang dan serius sewaktu mengendalikan kelas.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku