Suamiku, Encik Sotong
BAB 17
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 Mei 2013
Erica Soffea melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan.
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
10771

Bacaan







Kertas-kertas yang bertimbun di atas meja tidak dihiraukan oleh Izhan. Jari-jemarinya sedang sibuk mendail nombor telefon Erica. Sejak dari tadi dia cuba menghubungi sepupunya itu, namun tidak dijawab. Sudahnya dia meletakkan telefon itu kembali ke atas meja.

Pintu biliknya di buka, kelihatan Tengku Atylia sedang melenggok masuk.

“Macam mana? Dapat hubungi dia tak?” soal Tengku Atylia.

“Tak, entah ke mana dia pergi pun Iz tak tahu. Dah naik lenguh dah jari ni ha,” jawab Izhan.

“Dia ada kelas kot. Tak apa, nanti Iz cuba lagi. Cuma pastikan malam ni dia datang makan kat rumah kita. Jangan lupa hubungi Uncle Zahid sekali tau,” pesan Tengku Atylia lagi sejurus sebelum dia keluar dari pejabat anaknya. Di mukanya terukir senyuman, dia akan cuba mengambil hati Erica untuk menjadi menantunya tiga tahun dari sekarang.

Izhan mencuba lagi, namun Erica masih lagi gagal dihubungi.

Erica baru sahaja selesai menghadiri kuliah, dia mengambil telefon bimbit yang ada di dalam beg galasnya.

“Mak aii, banyaknya missed call,” kata Erica. Dia kemudiannya menekan butang di telefon itu untuk melihat siapakah gerangan yang berusaha menghubunginya itu.

“Ala Abang Iz ke?” Erica berkata sendirian. Melihat nama yang terpampang di skrin itu membuatkan hatinya berbunga riang. Di dailnya kembali nombor itu. Hatinya bedebar-debar, rasa rindu pada pemilik suara di hujung talian itu benar-benar mendera hati dan jiwa milik Erica.

“Assalamualaikum,” Erica memberi salam. Dan Izhan tidak membiarkan Erica, salam Erica disambut dengan suara yang riang.

“Susahnya Abang nak dengar suara Rica, dari tadi Abang cuba telefon Rica.”

“Maaflah, tadi Rica ada kuliah. Telefon sengaja bagi silent. Ada apa Abang Iz?” tanya Erica.

“Em,, saja. Rindu pada Rica. Salah ke?”

“Banyaklah Abang Iz punya rindu. Cakaplah betul-betul, ada apa Abang Iz telefon Rica sampai tujuh kali ni?” Erica bertanya lagi. Kalau diikutkan hati rasanya tiang bendera di hadapannya boleh dia panjat sampai kepuncak bila mendengar apa yang dikatakan oleh Izhan tadi. Tapi apakan daya, kalau di panjat juga tiang bendera itu, sah-sahlah pihak kolej terpaksa membuat panggilan kecemasan ke hospital sakit jiwa.

“Apa pulak tak betulnya, Abang betul-betul rindukan Rica. Tapi Abang tahu Rica langsung tak rindukan Abang, maklumlah buah hati ada kat depan mata,” Izhan sengaja bermain dengan kata-kata.

“La, Abang Iz ni ke situ pulak, he is not my selera. Tak pasal-pasal hari-hari kena makan sotong rebus.”

“Habis tu selera Rica macam mana? Yang hensem macam Abang ke?”

“Ish, perasan lah Abang Iz ni. Abang Iz tak kerja ke?” soal Erica, mengalih topik perbualan. Perbualan tentang rindu dan perasaan kena tolak tepi, bimbang dia tidak dapat mengawal gelodak di jiwanya.

“Tengah kerja lah ni. Abang buat kerja part-time.”

“Hai, duit dah berlambak kena buat kerja part-time lagi ke? Tamak haloba lah Abang Iz ni.”

“Abang bukan macam Rica, Rica Pengerusi kat Khaleeda Holdings. Abang orang bawahan je, kenalah kerja kuat sikit.”

“Janganlan cakap macam tu, nama je Pengerusi tapi itukan hak keluarga kita bersama. Bukan hak Rica seorang je, hak Abang Iz juga.” Kata Erica. Dia benar-benar maksudkannya.

“Abang Iz cakap betul-betul ni. Betul ke Abang Iz buat part-time ni?” sambung Erica lagi.

“Betul lah, ada pulak nak tipu. Abang tengah usaha nak isi hati Rica dengan kasih Abang, boleh ke?”

‘Ha, ha, ha, Lawak di siang hari lah pulak,” jawab Erica, padahal mukanya sudah bertukar warna menjadi merah, malu yang teramat sangat.

“Tak percaya sudahlah, tapi itu kerja Abang sekarang. Em.. Rica kita jumpa malam ni boleh?”

“Boleh, tapi macam biasalah Abang kena ambil Rica. Rica ni nama je ada lesen kereta tapi Papa tak bagi bawak.”

“Abang pun tak bagi Rica bawak kereta. Nanti accident susah pulak Abang. Kalau macam tu pukul 8.30 Abang ambil Rica kat rumah okey.”

“Okey. Rica tunggu.”

“Okey. Bye Sayang. Take care.”

Erica terkedu mendengarnya.

Erica melihat jam tangan yang terbelit rapi di pergelangan tangannya. Baru masuk ke pukul 8.15 minit malam. Tangannya sesekali membetulkan alunan rambutnya. Malam ini di mengenakan gaun paras lutut yang berwarna ungu pekat. Wajahnya hanya di palit dengan tata rias yang ringkas namun menawan. Kemudian dia membelek tubuhnya di cermin besar yang terletak di ruang tamu, sesekali dia tersenyum sendiri, mengagumi kejelitaan sendiri. Di rumahnya sunyi sepi, papanya belum pulang, begitu juga dengan ibu tirinya. Kalau tidak sudah pasti riuh dengan suara-suara pertengkaran mereka berdua.

Erica tersentak apabila mendengar bunyi hon kereta di luar pagar rumahnya. Dia menjenguk, senyumannya semakin melebar bila melihat kereta itu milik pujaan hatinya, Izhan. Erica dengan pantas mengambil tas tangannya, lalu keluar. Pintu rumah itu dikunci rapi, namun lampu luar tidak dipadamnya. Dia lega kerana keluar malam ini, tidak perlu lagi mendengar pentengkaran antara Zahid dan Shirin.

“Amboi, cantiknya malam ni,” tegur Izhan. Pertama kali dia melihat Erica seanggun ini. Kalau tidak Erica hanya lebih selesa mengenakan jeans atau skirt. Tidak pernah Erica secantik malam ini. Erica melemparkan senyuman. Bangga bila dipuji begini apatah lagi yang memujinya adalah buah hati tidak rasminya.

“Papa mana? Abang ingat nak jumpa dengan papa kejap,” kata Izhan.

“Papa tak balik lagi. Jom kita pergi,” ajak Erica.

Izhan menganggukkan kepalanya. Pada mulanya dia bercadang untuk membawa Erica pulang ke rumah mamanya, tetapi di batalkan disaat-saat akhir. Mamanya ada program dengan persatuannya.

So, kita nak ke mana ni?” Erica bertanya.

“Rica nak pergi mana? Ke bulan, atau ke langit atau ke awan biru. Abang rela,” kata Izhan, Erica tersipu malu.

“Abang Iz ni ke situ pulak. Nak buat apa pergi bulan, ke awan biru, bukan ada tempat makan pun,” jawab Erica.

“Tapi ada abang kan. Janganlah panggil Abang Iz, panggil Abang.” Kata Izhan sambil menjeling. Hampir hendak gugur jantung, limpa dan hati Erica menerima jelingan dari Izhan. Jelingan yang benar-benar menyentuh dan menusuk ke jiwa, memecahkan bongkah hatinya, mencairkan cintanya. Erica tahu dia telah kalah, kalah dengan jelingan itu. Erica memandang ke luar tingkap, tidak mampu bertentang mata dengan Izhan, semakin lama dia melihat renungan itu, semakin dia lemas dan hanyut di dalam jiwa cintanya.

“Kita pergi Ampang nak?” ajak Izhan.

“Ampang?”

“Em, kita makan di Haven, di Ampang Look Out Point,” Izhan mencadangkan.

“Haven? Best ke?” tanya Erica.

“Nama pun syurga mestilah best, kita ke sana ye. Abang suka pergi situ, view memang cantik. Rica mesti suka kalau pergi ke situ, I guarantee.”

Sure?”

Off course my dear. Tapi esok tak ada kelas ke? Pasal tu Abang nak jumpa dengan Uncle Zahid, mungkin kita balik lambat sikit.”

“Esokkan cuti. Tapi jangan lambat sangatlah.”

“Kenapa, Rica ni keturunan Cinderella ke?”

“Ish, bukanlah, keturunan Snow White je,” seloroh Erica.

“Okeylah, Abang pulak keturunan Prince Charming.” Erica ketawa. Ketawa dan bahagia. Kali pertama hatinya di rasakan dipenuhi cinta.

“Cantik tak?” soal Izhan.

“Cantiknya, dari jauh dah nampak KLCC. Cantiknya lampu-lampu. Meriahkan,” jawab Erica.

“Kan Abang dah cakap, Rica tak nak dengar cakap Abang. Romantikkan?”

“Emm, mesti ni port bawak girlfriend ni,” serkap Erica.

“Emmmmm.. tak semua, selalunya yang special sahaja yang Abang bawak.”

“Rica yang ke berapa?”

“Yang ke dua. Yang pertama dulu tak ada jodoh, dia dah kahwin. Tapi yang kedua ni pun dah kahwin jugak kan?”

Erica menganggukkan kepalanya. Dihatinya menyumpah-nyumpah Farish.

“Semua tu sebab Nenda. Rica pun tak faham kenapa kena berkahwin dengan Farish.”

“Ialah, kenapa bukan Abang. Untung Farish dapat Rica,” kata Izhan.

Sorry, dia hanya dapat nikah tapi dia tak dapat Rica. Abang pun tahu dia macam mana kan. Susah nak cerita. Tak sabar nak tunggu lagi tiga tahun. Tambahan pulak, sekarang ni mengada-ngada pulak datang belajar kat sini,” marah Erica.

“Jangan marah-marah, lupakan dia. Abang tahu Rica terpaksa. Tak apa, tiga tahun tu bukan lama. Jangan tiga tahun, tiga puluh tahun pun Abang sanggup tunggu Rica,” kata Izhan, kali ini dia memberanikan diri memegang tangan lembut milik Erica. Erica tersentak.

“Abang ni main-main pulak,” balas Erica, namun tangannya masih lagi di dalam gengaman Izhan, sedikit pun tidak dialihnya.

“Apa pulak main-main, Abang serius ni. Sebenarnya Abang dah lama pendam, Abang tak mampu nak luahkan sebab arwah Nenda mesti tak suka. Sejak kita dari budak-budak lagi. Orang cakap cinta monyet. Dah lama Abang tunggu saat ni,” perbualan mereka terganggu dengan kehadiran pelayan yang membawa dua pinggan chicken chop.

Erica menarik nafas panjang, antara untuk mempercayai atau tidak dengan apa yang dikatakan oleh Izhan. Pelayan yang menghantar makanan berlalu pergi.

“Kenapa Rica tengok Abang macam tu?” tanya Izhan, namun tangannya sedang asyik memotong ayam panggang itu menjadi ketulan-ketulan kecil.

“Tak ada apalah makanlah, sedap lah jugak makanan kat sini.” Balas Erica. Namun di dalam hatinya terdetik untuk mempertikaikan apa yang dikatakan oleh Izhan sebentar tadi. Bukan tidak percaya tetapi kurang yakin. Kenapa baru sekarang? Kenapa tidak dari dulu? Kenapa setelah dia dilantik menjadi Pengerusi di Khaleeda Holdings.

Tidak banyak yang mereka bualkan semasa dalam perjalanan pulang. Izhan dapat menangkap ada sedikit kelainan di dalam diri Erica Soffea.

“Kenapa diam je ni?” tanya Izhan ketika betul-betul sampai di perkarangan rumah Erica.

“Ada apa-apa yang Rica tak puas hati dengan Abang ke?” tanya Izhan lagi.

“Tak ada apa lah,” jawab Erica dengan ringkas.

“Tadi ceria je, sekarang ni macam lepas kena ambush dengan askar Israel je. Cakaplah, Abang ada buat salah apa-apa ke,” Izhan bertanya lagi.

Erica memandang ke wajah tampan milik Izhan. Memang sejuk mata memandang wajah itu. Dengan bibir yang kecil dan nipis serta sepasang lesung pipit yang menghiasi kedua-dua belah pipinya memang membuatkan Erica jatuh hati.

“Pasal tengok Abang macam tu?”

“Rica tengah fikirkan tentang apa yang Abang beritahu Rica tadi,” jawab Erica.

“Emm, tentang apa?” soal Izhan sambil keningnya dikerutkan untuk menangkap apa yang dimaksudkan oleh Erica.

“Tentang apa yang beritahu tadi, tentang perasaan Abang pada Rica,” Erica berterus-terang.

“Alamak, mati aku. Jangan kantoi dah,” bisik Izhan didalam hati. Dia ingat tentang apa yang dikatakan olehnya tadi. Apa yang dikatakan tadi adalah rekaan semata-mata, sekadar untuk mengambil hati Erica.

“Kenapa Rica tak percaya?”

“Bukan tak percaya tetapi...” kata-kata Erica mati di situ.

“Tetapi apa? Tak apalah Abang bukan minta Rica untuk percaya pun, Abang sekadar ingin memberitahu Rica sahaja.”

“Tapi bukan sebab Rica sekarang ni Pengerusi Khaleeda Holdings?” Erica bertanya.

“Apa yang Rica cakap kan ni?” Izhan sedikit gelabah.

“Ialah sebelum ni, Abang tak pernah pun macam ni dengan Rica. Rica tak nak semua ni disebabkan wasiat Nenda,” kata Erica lagi.

Izhan mengelengkan kepalanya berkali-kali, kemudian dia tersenyum sinis.

“Tak sangka pulak Abang, Rica boleh fikir sampai macam tu sekali,” balas Izhan.

“Bukan apa, Rica cuma bimbang,” kata Erica terhenti di situ bila Izhan mula menyampuk.

“Okey, kalau dah macam tu Abang tak payahlah keluar dengan Rica. Malam ni malam terakhir kita keluar.”

“Jadi betullah, semua ni sebab Rica jadi Pengerusi?”

“Rica, apa yang Rica cakap ni. Ini semua tak ada kena mengena dengan jadi Pengerusi ke atau tak. Selama ni, Abang tak berkesempatan nak buat macam ni. Rica pun tak sedar abang wujud ke tak. Masing-masing buat hal sendiri. Jadi bila kita jumpa, mana Abang tahu perasaan Abang masa dulu-dulu tu datang balik selepas jumpa dengan Rica. Abang senang dengan Rica, salah ke? Okeylah, Abang nak balik. Selamat malam,” Izhan berpura-pura marah, mukanya sengaja dipalingkan ke sebelah sana.

“Abang, Rica tak maksudkan macam tu. Tapi Rica cuma nak..”

“Cukuplah tu. Sekarang ni Rica dah selamat sampai kat rumah kan. Abang nak balik. Abang minta maaf jika ada salah Abang pada Rica. Abang cuma nak beritahu, apa yang Abang katakan tadi, ikhlas. Abang betul-betul maksudkanya. Bukan sebab Rica Pengerusi atau apa. Dulu Abang tak ada keberanian macam ni. Tapi sekarang Abang dah ada keberanian, jadi macam ni pulak. Lagipun dulu Rica kan masih sekolah lagi. Budak-budak lagi. Takkan lah Abang nak luah rasa suka Abang pada Rica, apa ingat Nenda suka ke?” sambung Izhan.

“Abang, Rica minta maaf,” rayu Erica. Dia mengambil tangan Izhan. Tapi Izhan menarik tangannya kembali.

“Sudahlah Rica. Abang nak balik. Rica masuk lah,” balas Izhan, sengaja ingin menanam rasa bersalah di hati Erica.

“Abang,” panggil Erica lagi.

“Cukup. Abang nak balik. Sakit kepala lah.”

Erica membuka pintu kereta dengan perlahan, pintu kereta ditutup cermat. Izhan tidak menunggu lama, dia terus mengerakkan kenderaannya meninggalkan Erica termangu. Erica menarik nafas yang panjang. Rasa menyesal menerjah-nerjah hatinya. Menyesal kerana menaruh syak pada Izhan. Dia melangkah longlai menuju kepintu rumah. Dikuaknya pintu besar itu dengan perlahan. Kelihatan Papanya sedang menonton di ruang tamu.

“Rica dari mana?” tegur Zahid kepada anaknya.

“Keluar makan,” jawab Erica dengan malas.

“Dengan Izhan?” Soal Zahid lagi. Langkah Erica terhenti.

“Apa Izhan tak tahu ke yang Rica ni isteri Farish?”

“Papa ni bebel apa ni?” bentak Erica, sudahlah tadi Izhan marah padanya. Balik-balik Papanya pula tak habis-habis berleter.

“Rica kan isteri Farish. Tak kiralah apa pun, Rica ni isteri orang. Ingat baik ke keluar dengan lelaki lain malam-malam ni,” kata Zahid.

“Papa jangan masuk campur urusan Rica, Papa jaga bini Papa tu. Sampai sekarang pun tak tahu jalan balik rumah lagi. Ingat Rica tak tahu ke apa yang di buat kat luar. Papa tu yang tak ada mata,” jawab Erica.

“Rica, Rica tahu tak dengan siapa Rica cakap ni. Rica ni kenapa? Semakin hari semakin tak hormat Papa?” Zahid bangkit dari duduknya.

“Sakit kepalalah duduk dalam rumah ni,” kali ini sengaja Erica meninggikan suaranya. Dia kemudiannya melangkah masuk ke bilik, dengan sengaja dia menutup pintu bilik dengan kuat.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku