Suamiku, Encik Sotong
BAB 21
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 Mei 2013
Erica Soffea melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan.
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
10353

Bacaan






Sudah dua minggu Farish berada di Melaka , setelah selesai peperiksaan terakhir dia bergegas pulang. Rasa rindu pada rumah agam itu benar-benar membuatkan Farish tidak sabar untuk pulang. Farish sedang bersiap untuk pergi ke butik. Banyak idea-ideanya yang ingin dibentangkan kepada Mama Lia. Farish masih lagi ingat saat dia sampai ke rumah agam itu, Mama Lia hampir tidak percaya apa yang dilihatnya. Farish tidak seperti dulu. Lain benar. Tingkah laku dan juga bentuk badan serta penampilan Farish amat berbeza dari dulu.

“Dah siap ke Farish?” Amylia mengetuk pintu bilik Farish.

Farish keluar dengan membawa satu buku skrap. Hasil nukilannya semua ditafsirkan ke dalam buku skrap itu.

“Amboi, kacak bergaya nampak, mana baju bunga-bunga?” usik Amylia.

“Biasa je. Tukar karektor. Jom, Mama Lia. Tak sabar rasanya nak masuk ke butik. Dua minggu asyik terperuk kat rumah sahaja. Boring giler,” Farish merungut. Rambutnya di biarkan sedikit panjang di hadapan.

“Mama Lia nak tanya sikit. Dah lama nak tanya ni, tapi tak berkesempatan,” Amylia meminta kebenaran terlebih dahulu. Bimbang apa yang ditanyakan nanti akan menyebabkan Farish terasa.

Kereta dipandu perlahan. Walaupun kesesakkan di Melaka bukanlan sesak seperti di Kuala Lumpur tapi masih perlu berhati-hati.

“Nak tanya apa pulak, Mama Lia. Macam perkara penting je yang nak tanya?”

“Macam mana Farish boleh berubah sampai macam ni? Ada apa-apa yang berlaku?” Soal Amylia. Farish tergelak. Dia tahu memang itu yang akan di tanya.

“Apa lah Mama Lia ni. Farish macam dulu jugak, yang berubah hanyalah penampilan Farish sahaja.”

“Apa yang menyebabkan Farish berubah. Mesti ada sesuatu yang menyebabkan Farish sanggup berubah. Beritahulah Mama Lia. Sebab nak tawan hati Erica ke?”

“Ke situ pulak Mama Lia ni. Tak ada kena mengenalah dengan dia. Farish berubah sebab Farish nak berubah. Dulu tu bukan apa, krisis identiti je. Mana taknya, dari kecil sampai umur dua puluh tahun, asyik dengan butik dengan spa dan butik pengantin.”

“Nak salahkan Mama Lia pulak? Siapa suruh ikut Mama Lia. Suruh duduk rumah tak nak. Sibuk nak ikut Mama Lia pergi butik la, pergi make-up pengantin lah.” Amylia bersuara. Terkilan juga dengan kata-kata Farish seolah-olah dia yang menyebabkan Farish menjadi ‘lembut’.

“Mama Lia ni jangan marah. Merajuk pula. Farish bersyukur sebab Mak Engku dengan Mama Lia sanggup jaga Farish. Walaupun Farish ni anak bekass pemandu, tapi Mak Engku dan Mama Lia jaga Farish macam keluarga sendiri. Dah lah tu, Farish minta maaf. Farish tak nak lukakan hati Mama Lia.”

“Kalau macam tu, pikatlah Erica. Jangan buat kontrak kahwin tiga tahun sahaja. Biar untuk selama-lamanya,” pujuk Amylia. Kalau boleh biar Farish dan Erica terus bersatu.

Farish sekadar mendiamkan diri. Malas dia hendak memberi renspon pada kata-kata Amylia.

“Farish dengar tak apa yang Mama Lia cakapkan ni,” panggil Amylia. Tangannya mencubit peha Farish.

“Sakitlah Mama Lia. Dengar. Bukan pekak pun. Farish dengan Erica memang dah tak boleh. Farish kenal dia dari kecil, tak boleh lah. Mama Lia jangan lah paksa macam ni. Lagipun Erica tu memang tak boleh nak terima Farish.”

“Itu masa dia belum tengok Farish macam ni. Lagipun Farish sendiri yang cerita kan, nama je satu kampus tapi tak jumpa. Cakap tak nak hampakan Mama Lia,” rajuk Amylia.

“Dah lah tu, tak payah lah nak ungkit cerita tu. Lagi dua tahun kita bincang. Okey sekarang ni Mama Lia masuk jalan depan tu. Lagi lima minit kita dah nak sampai kat butik. Asyik bersembang je nanti terlajak pulak.” Tegur Farish. Amylia menjeling, marah.

Pintu butik di buka perlahan, Farish tersenyum. Lega rasanya bila dapat menjejakkan kaki ke butik ini. Kemudian, Farish duduk di sofa yang berwarna merah hati.

“Tadi beria-ia sangat nak datang sini. Nak tolong Mama Lia buat kerja lah, nak bentang idea lah. Tapi bila dah sampai sibuk nak goyang kaki pulak. Kalau takat nak goyang kaki tu. Pergi balik rumah.”

“Mama Lia ni, nak menopos ke? Dari tadi asyik merungut je.”

“Amboi, budak ni,” Amylia tidak menunggu lama. Dia terus mendapatkan Farish yang enak-enak sedang mengoyangkan kaki, Dipulasnya telinga anak teruna itu. Sayangnya pada Farish tiada tandingan walaupun tiada sedikit pun darah yang mengalir di tubuh Farish yang berasal darinya.

“Okey, okey. Farish buat kerja sekarang ni. Tapi sebelum tu jom kita telefon Mc D. Buat delivery, kelaparanlah. Mama Lia belanja. Mana staf lain tak datang lagi ke?” Farish mengalah.

“Pukul 10 nanti sampai lah. Kan kita datang awal hari ni.”

Amylia sedang memerhatikan lakaran-lakaran yang dibuat oleh Farish. Satu-satu lakaran itu dibeleknya.

“Amacam?” tanya Farish.

“Emm, cantik. Tapi boleh laku ke? Kalau nak buat ni, kos tinggi ni. Kain chiffon yang jenis ni mahallah.” Balas Amylia.

“Mama Lia, yang penting kepuasan. Lagipun Mama Lia kan ada pelanggan yang pelbagai jenis. Mak-mak datin tu kan ada. Lagipun mak-mak Engku kan bersepah. Tak kan nak berkira.”

“A’ah. Farish reka sahaja, yang nak buat Mama Lia, yang nak pergi buat sale pun Mama Lia.”

“Kali ni, Farish akan design dan Farish juga akan buat. Mama Lia cuma pergi jual je.”

“Pandai ke nak potong kain tu?”

“Bukan takat kain, badan Mama Lia nak suruh potong 16 lepas tu cantum balik pun boleh,” Farish mendabik dada.

“Cakap besarlah sekarang. Okey. Cuti lagi sebulan kan. Mama Lia nak upah dulu. Kalau Mama Lia selesa dan berkenan barulah Mama Lia rekomenkan pada Mak-mak datin. Tapi kalau dah glamour di kalangan Mak datin jangan lupakan Mama Lia pulak. Janji.”

“Mama Lia ingat Farish ni jenis yang lupakan kulit ke? Tak baik main tuduh-tuduh. Sekarang ni pilih nak design yang mana? Lepas tu petang nanti ke kedai kain, cari kain.” Amylia membelek lagi lakaran itu. Mencari yang mana satu berkenan di hati.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku