Suamiku, Encik Sotong
BAB 25
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 Mei 2013
Erica Soffea melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan.
Penilaian Purata:
(35 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
25119

Bacaan






Izhan menunggu dengan sabar. Sudah lama dia tidak menemui Erica. Malam ini buat kali ketiga dia akan bersua muka dengan gadis yang semakin mendapat tempat di hatinya. Sebelum ini, Farish akan selalu ada di antara dia dan Erica. Tapi pada malam ini dia hanya berdua-duaan dengan Erica. Izhan meneliti dekorasi di rumah itu. Cantik dan tenang. Sesekali dia menjeling ke arah Zahid yang sedang ralit membaca majalah, langsung tidak dihiraukan dirinya.Izhan tahu dari gerak-geri Zahid, dia tahu kehadirannya di rumah tidak diingini.

Tidak lama kemudian, turunlah Erica dengan memakai skirt labuh, bajunya yang sendat ditutupi dengan sehelai cardigan berwarna merah. Rambutnya diikat satu. Kemas dan menarik.

“Papa, kami pergi dulu.” Erica meminta izin dari Papanya. Dia tahu Papanya memang tidak merestui hubungannya dengan Izhan.

“Jangan balik lambat sangat. Before midnight kena ada kat rumah,” pesan Zahid. Namun dia langsung tidak menganggkat mukanya dari majalah.

“InsyaAllah, Uncle. Kami pergi dulu ye.” Izhan memberi jaminan.

“Em,” hanya itu yang keluar dari mulut Zahid. Erica hanya melihat. Kecewa dengan sikap papanya yang tidak memahami rasa cinta yang ada di jiwanya.

“Papa Rica tak sukakan Abangkan?” Tengku Izham mengeluarkan rasa dihati. Terkilan dengan sikap endah tak endah Zahid tadi. Erica mendiamkan diri. Mengiya pun tidak, menolak pun tidak. Dibiarkan Izhan mencari sendiri jawapannya.

“Kenapa diam je?” soal Izhan lagi.

“Abang sihat? Rica tengok Abang dah makin kurus je,” jawab Erica tanpa menjawab soalah dari Izhan.

“Iya ke? Jadi kurang hensem lah sekarang. Kenapa? Farish lagi hensem ke?” duga Izhan, matanya menyinggah sebentar ke wajah Erica. Ingin melihat reaksi Erica. Ternyata Erica hanya tenang sahaja.

“Tak ada maknanya. Abang pun tahu kan dia kan dah ada Dhia Adirra. Gadis itu lah yang banyak mengubah dia jadi macho semacho-machonya,” Erica menjawab.

“Abang tak macho?” Izhan menduga lagi. Erica tergelak.

“Gelak pulak, serius ni. Abang ni macho tak?”

“Em, macho, hensem, kacak bergaya. Puas hati?” kali ini Erica pula yang menyoal.

“Perli lah tu. Mentang-mentanglah buah hati dia dah macho. Kita ni perli-perli je,” balas Izhan, pura-pura merajuk.

“Memang buah hati Rica ni hensem.”

“Jadi betullah Farish tu buah hati Rica. Kalau macam tu, Abang hantar Rica ke rumah dia nak?”

“Memang betul buah hati Rica hensem, tapi Farish bukan buah hati Rica.”

Izhan tersenyum, seolah-olah faham dengan maksud Erica. “ Jadi buah hati Rica ni siapa? Abang ke? Sebab Abang kan hensem, kacak bergaya.”

Erica mengerutkan dahinya, walaupun ingin rasanya dia hendak memeluk jejaka di hadapannya, namun ditahan perasaannya itu.

“Salah ke?” tanya Izhan.

“Emmm, lambat lagi ke kita nak sampai?” Erica mengubah perbualan. Malu jika berbual tentang hati dan perasaannya.

“Nak sampai dah ni. Betul ke Abang ni buah hati Rica?” Izhan bertanya lagi. Tidak puas hatinya jika Erica tidak menjawabnya.

“Tepuk dada, tanyalah hati. Kalau Abang rasa macam tu, macam tu lah.”

“Em, Abang memang rasa macam tu pun.” Balas Izhan lalu memegang tangan Erica. Erat.

“Ikhlas ni tau, tak ada rahsia yang tersembunyi. Bukan sebab harta, bukan sebab rupa. Semuanya kerana cinta.” Sambung Izhan lagi. Dia semakin berani, diambilnya tangan Erica, lalu di ciumnya. Malam ini dalam sejarah, dia benar-benar ikhlas terhadap Erica. Rasa pada Erica tidak sama dengan rasa pada wanita-wanita sebelum ini. Siapa sangka siapa menduga, sepupunya sendiri yang berjaya menawan hati playboynya.

Erica menjadi sebak dengan tingkah Izhan. Dia cuba menahan airmata dari menuruni pipi gebunya, namun gagal. Air matanya tetap mengalir.

“Kenapa ni?” Izhan bertanya lembut. Enjin kereta dimatikan, mereka sudah sampai ke destinasi.

“Rica jatuh cinta pandang pertama dengan Abang. Sebelum ini Rica tak percaya pada cinta. Dan di saat Rica benar-benar cinta, Rica pulak jadi ditakdirkan jadi isteri orang. Walaupun kami berkahwin tanpa rela, dia tetap ada hubungan dengan Rica.”

Izhan menarik nafas yang panjang. Kadang-kadang rasa bersalah juga kerana mendekati Erica walaupun dia tahu tentang perkahwinan tanpa rela Erica dan Farish.

“Abang minta maaf sebab buat Rica dalam keadaan macam ni” Izhan berkata lemah.

“Abang sanggup tunggu Rica?” Izhan menganggukkan kepalanya bagi menjawab soalan Erica.

“Rica, setahun setengah je lagi kan. Kita tunggu sama-sama. Janji Rica tak berubah hati.” Pujuk Izhan.

“Rica cuma takut Abang yang akan berubah hati.”

“InsyaAllah, malam ini Abang ikrar janji Abang. Sebelum ni, Abang tak pasti dengan perasaan Abang. Abang pun tak sangka, dalam banyak-banyak perempuan yang Abang dampingi, hati Abang akhirnya terpaut pada Rica. Abang mengaku sebelum ni memang Abang banyak teman wanita, tapi sejak kita rapat, Abang dah tak ada ‘mood’ nak layan perempuan lain. Entahlah, Abang pun tak tahu macam mana nak terang kat Rica. Tak tahu Rica nak percaya atau tak, terpulang. Tapi biarlah Merce ni jadi saksi,” seloroh Izhan.

“Cakaplah biar bulan jadi saksi,” balas Erica sambil ketawa.

“Bulan tak boleh jauh sangat. Tak sampai tangan nak capai.”

“Okey. Tapi ikrar Abang tu, Rica pegang sampai bila-bila.” Sekali lagi Izhan mencium belakang tangan Erica.

“Saja nak tanya, makan kat sini lagi ke?” Erica bertanya bila dilihatnya destinasi yang dituju adalah di Haven, Ampang Look Point.

“Murah dan romantik. Save cost,” jawab Izhan dengan selamba. Dia membuka pintu keretanya, begitu juga dengan Erica.

“Kedekut, pakai merce tapi kedekut,” bebel Erica dengan manja.

“Bukan kedekut tapi nak simpan duit, nak pinang janda lepas ni. Janda mahal tau,” usik Izhan. Erica menjengilkan matanya. Dengan cepat dia mencubit lengan sasa Izhan. Izhan langsung tidak mengelak, sebaliknya dia merangkul bahu Erica dengan kuat. Seolah-olah tidak mahu dilepaskannya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku