Suamiku, Encik Sotong
BAB 26
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 Mei 2013
Erica Soffea melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan.
Penilaian Purata:
(50 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
13295

Bacaan






Dua tahun sudah berlalu. Erica sudah pun selesai menduduki peperiksaan terakhirnya. Dalam tempoh dua tahun dia berubah dari seorang gadis yang mementingkan diri dan sombong kepada seorang gadis yang baik hati, cakapnya sudah lembut. Tiada lagi perkataan yang kasar keluar dari mulutnya. Hubunganya dengan Izhan semakin hari semakin mekar. Tetapi mereka jarang sekali berjumpa. Hubungan Erica dengan Tengku Atylia juga bertambah baik. Tengku Atylia sudah boleh menerimanya. Kadang-kadang dia akan menemani Tengku Atylia ke spa milik madunya. Cuma hubanganya dengan papanya sendiri agak dingin, semuanya kerana cintanya pada Izhan. Sampai sekarang papanya masih tidak dapat menerima Izhan. Bagi papanya, Izhan sekadar ingin mempermainkan dirinya. Susah benar dia hendak membetulkan tanggapan papanya. Mujurlah Izhan bukan yang jenis berputus asa, walaupun kedatangannya sering disambut dengan muka yang masam namun dia tetap bersabar menghadapi papanya.

Farish, Erica tersenyum sendiri bila nama itu yang muncul dimindanya. Sudah lama dia tidak bersua dengan Farish. Erica tahu Farish kini sibuk dengan kuliah dan Dhia Adirra. Hubungannya dengan Farish bertambah-tambah baik. Kini Farishlah tempatnya untuk meluahkan rasa. Dia menganggap Farish sebagai abangnya. Walaupun jarang bertemu tetapi dia sentiasa menghubungi Farish dan kadang-kadang Farish yang menghubungi dia. Cuma sehingga kini dia tidak diperkenalkan lagi dengan Dhia Adirra oleh Farish. Mungkin sehingga kini Dhia Adirra masih lagi tidak tahu siapa dia di dalam hidup Farish.

Erica membelek kelendernya, lagi setahun dia akan menjadi milik Izhan, tidak sabar rasanya dia untuk menungggu hari itu. Dan lagi setahun juga dia akan bergelar Pengerusi di Khaleeda Holdings. Cepatnya masa berlalu.

So, apa plan Rica sekarang ni? Nak sambung lagi ke?” Zahid bertanya.

“Em, nak rehat dulu. Ingat nak sambung lah jugak, tapi nak apply tempat lainlah.” Jawab Erica.

“Buat masa sekarang, nak rehatkan minda selama setahun.” Sambung Erica lagi.

“Sampai setahun nak berehat. Kalau macam tu bolehlah tolong Papa kat company?”

“Em, boleh jugak, timba pengalaman. At the same time, ingat nak masuk ke Khaleeda Holdings lah, nak tahu selok belok syarikat tu,’ jelas Erica lagi. Zahid menganggukkan kepalanya.

“Farish macam mana?” Zahid mengalih tajuk.

“Farish, okey je. Baru tadi dia telefon, Papa tak jumpa dia ke? Dia kata dia jumpa Papa minggu lepas?”

“Jumpa sekejap je, dia dengan kawan kuliah dia. Cantik juga perempuan tu. Kecil molek orangnya, tapi rasanya cantik anak Papa lagi,” Zahid memuji.

“O. Itu Dhia Adirra. Kalau Papa nak tahu, itulah buah hati Farish sekarang ni. Berkepit setiap masa. Lama jugak dia orang bercinta, rasanya dah nak masuk setahun.” Zahid sedikit kaget mendengar cerita dari Erica. Ini kali pertama dia mendengar cerita tentang cinta Farish.

“Itulah, Rica tak nak pedulikan dia. Sekarang hati dia dah ada yang punya, Rica macam mana?” marah Zahid. Yakin benar dia, ini semua salah Erica.

“Macam mana apa nya? Lagi setahun je Pa, kami jadi suami isteri, selepas tu semua akan selesai.”

“Takkan Rica nak lepaskan Farish macam tu sahaja. Sikit pun tak ada rasa sayang pada dia?” Zahid terus mengaju pertanyaan walaupun dia tahu apa yang bakal dijawab.

“Papa, berapa kali Rica nak cakap. Rasanya kalau Rica record, dah setinggi bukit tingginya. Antara Rica dengan Farish tak kan ada apa-apa hubungan selain apa yang ada sekarang. Hubungan kami lain Pa. Dia sekarang tengah bercinta dengan Dhia Adirra dan Rica pula..” Erica diam. Tidak berani untuk meneruskan kata-katanya lagi.

“Kenapa tak cakap? Rica sekarang tengah hangat bercinta dengan Izhan tu. Kenapa Rica buta sampai macam tu sekali. Percaya lah Rica, rancangan Izhan tu senang je, Papa dah boleh baca pun. Lepas Rica bercerai dengan Farish, dia akan ambil Rica jadi isteri dia. Lepas tu dia akan pujuk Rica serahkan hak Rica pada dia. Kemudian dia akan tendang Rica macam kain buruk.” Tuduh Zahid.

“Papa, susah sangat Papa nak terima Abang Iz tu. Jahat sangat ke dia, sampai macam tu sekali Papa boleh tuduh dia? Papa ini bukan sahaja tentang Rica, tapi tentang Farish. Dia sama seperti Rica, tak boleh nak terima Rica sebagai pasangan hidup dia. Kenapa nak dipaksa kami. Pasal harta, pasal Pengerusi ke, Papa tengok lah sampai masanya nanti. Apa yang Papa katakan tadi, semua tu tak akan berlaku. Abang Iz cintakan Rica, sayangkan Rica sebab Rica adalah Rica. Bukan sebab harta yang arwah nenda tinggalkan untuk Rica. Rica tak nak dengar lagi cerita yang mengarut ni.” Erica menjawab dengan tenang walaupun dengan nada yang agak keras. Zahid menahan marahnya, marah dengan keangkuhan Erica mempertahankan Izhan. Marah kerana dia juga tahu antara Erica dan Farish tidak mungkin akan menyatu.

Tepat jam 7 malam Zahid sudah tiba di Bistro, dari jauh dia melihat Farish yang sedang melambaikan tangannya. Zahid menuju ke arah Farish. Sebelum duduk dia sempat memesan segelah jus oren untuk membasahi tekaknya.

“Lama dah ke sampai Farish?” Zahid bertanya setelah melabuhkan duduknya.

“Tak sampai 5 minit pun. Air pun tak sampai lagi ni,” jawab Farish. Tangannya dihulurkan untuk bersalamanan dengan bapa mertuanya.

“Papa ada hal nak bincang dengan Farish ni.” Zahid memulakan bicara.

“Ada hal? Hal apa?” Farish bertanya dengan hairan.

“Tentang Erica dengan Farish.”

“O, ingatkan hal apa tadi. Nak bincang apa pulak ni?”

“Papa tengok Izhan tu semakin rapat dengan Rica. Sebagai suami, takkan Farish nak biarkan Rica terus menerus hanyut dalam cinta palsu Izhan tu,” Zahid memasukkan jarumnya.

Farish mengeleng-gelengkan kepalanya. Kenapa susah sangat Zahid mahupun Amylia memahami perasaannya terhadap Erica dan perasaan Erica terhadap Izhan.

“Papa, saya ni nama je suami dia, tapi saya tak pernah nak jalankan tanggungjawab saya sebagai suami dia. Saya dah bagi kebebasan malah saya sendiri yang baikkan Erica dengan Izhan. Saya percaya Pa, mereka tahu jaga adab. Lagipun hubungan saya dengan Rica tak sampai setahun je lagi. Dalam 10 bulan akan datang semua akan selesai. Masa tu, Papa kena terima jugak Izhan tu sebagai menantu.”

“Masalahnya dia tu hanya mahukan Khaleeda Holdings, bukannya Erica. Apa Farish tak nampak ke?” rungut Zahid.

“Yang nak Khaleeda Holdings tu, Tengku Atylia. Bukan Izhan. Papa ni tak kenal Izhan tu. Dia tak hairanlah benda-benda macam ni. Lagipun saya tengok dia layan Rica dengan baik.” Farish memihak kepada Izhan.

“Okey, katakan Izhan tu memang tak nak Khaleeda Holdings walaupun 101% Papa yakin itu yang dia mahukan. Tapi Farish tahu tak siapa Izhan tu. Dia tu ‘playboy’. Entah berapa anak dara dia dah rosakkan. Tak kan Farish nak tengok dia rosakkan Erica?”

“Papa ni, tahuluh Erica jaga diri sendiri. Lagipun Izhan ni dah berubah. Sejak dia bercinta dengan Erica dia dah tinggalkan segala perbuatan jahat dia tu. Bagilah peluang kat dia. Farish tahu Papa tak nak bagi kami berceraikan? Papa, cukuplah penyeksaan yang kami tanggung selama ni. Kalau tak kerana perkahwianan kami, Erica dan Izhan mesti dah bersatu. Dan saya tak perlu menipu kekasih saya tentang siapa diri saya. Dan saya rasa hubungan saya dengan Erica lagi bertambah baik. Saya tak boleh nak sayang Erica sebagaimana saya nak sayang isteri saya. Erica saya dah anggap macam adik saya. Jangankan nak buat bini, saya nak sentuh dia lebih-lebih pun tak boleh. Susah saya nak terangkan,” jelas Farish panjang lebar.

“Itu sebab Farish tak pernah berdua-duan dengan dia. Cuba Farish luangkan masa dengan dia, ajak dia balik rumah. Mesti ‘on’ punya. Dia hak Farish yang sah. Apa sahaja Farish nak buat semuanya halal. Farish nak tunggu apa lagi,” Zahid masih belum berputus asa.

“Dulu Papa jugak yang halang perkahwinan kami. Masa tu saya ni lembut, macam sotonglah. Sekarang lain pula ceritanya,” Farish memulangkan paku buah keras kepada Zahid.

“Dulu lain. Dulu Farish pakai baju bunga-bunga. Sekarang jalur-jalur. Pasal yang dulu, Papa nak mintak maaf. Tapi sekarang Papa tak boleh terima orang lain jadi menantu Papa selain dari Farish.” Zahid berterus-terang,

“Papa, saya dah ada Dhia Adirra dalam hidup saya. Terima cadangan Papa, maknanya 4 jiwa akan terseksa. Jiwa saya, jiwa Rica, Jiwa Dirra dan jiwa Izhan. Mungkin saya sanggup nak kecewakan diri sendiri, tapi saya tak sanggup nak kecewakan insan yang saya cinta. Saya tak boleh nak melukakan hati Dhia Adirra. Dia satu-satunya yang berjaya mengubah saya, yang terima saya dari dulu hingga sekarang. Saya harap Papa faham. Baik Papa mahupan Mama Lia, tak kan mengubah apa-apa. Lagi 10 bulan saya akan ceraikan Erica. Papa cubalah belajar menerima Izhan. Dia yang terbaik untuk Erica bukan saya. Dan Dhia Adirra yang terbaik untuk saya bukan Erica,” Tegas bunyi yang keluar dari mulut Farish. Zahid mengeluh. Nampaknya dia bakal gagal dalam mempertahankan rumahtangga yang tidak pernah ada.

Zahid mengosok-gosok mukanya dengan tangan. Dua-dua keras kepala.

“Farish, cinta tak akan memberikan kebahagian setelah kita lukakan hati orang tua. Farish ingat tu.” Kata-kata terakhir dari Zahid sebelum bangun dari duduk. Jus oren yang dipesannya tidak seteguk pun masuk ke kerongkong.

Farish hanya mampu mengelengkan kepalanya.

Erica ketawa sahaja bila mendengar cerita dari Farish tentang papanya. Patutlah muka papanya macam pisang kelat. Masam sahaja. Sampai di ajak makan pun tidak diendahkannya. Fikir Erica papanya sedang marahkan dia sebaliknya, papanya marahkan Farish suaminya.

“Ha,ha,ha. Sekarang baru kau tahu macam mana aku alami selama ini. Kau okeylah Dirra tak tahu tentang hubungan kita,” kata Erica.

“Peninglah kepala aku dengan warga emas macam ni. Tu tak balik Melaka lagi.” Rungut Farish.

“Sampai masa kita buat je apa yang perlu kita buat. Tak payah nak pening-pening lah Farish. Bila kau nak kenalkan aku dengan Dirra? Tak sabar lah aku nak cerita betapa kesotonggan kau dulu.”

“Gila kau, tunggu kau habis eddah, kau nak menikah dengan Izhan baru aku cerita. Sekarang ni tak boleh lah, nak cover line beb,” kata Farish bersahaja.

“Entahlah, nanti Papa mesti halang gila-gila punya.” Ucap Erica perlahan. Bimbang impiannya untuk membina istana bahagia dengan Izhan tidak tercapai ekoran dari tentangan dari Papanya.

“InsyaALLAH. Sampai masa nanti dia akan terima Izhan. Kau sabar je lah Rica. Sekarang kau nak buat apa?” soal Farish, kasihan juga dengan delima yang dihadapi oleh Erica.

“Buat bodoh je.”

“Tak yah lah buat bodoh, menyampah aku tengok. Kata nak cari pengalaman kat Khaleeda Holdings sebelum diangkat jadi Pengerusi.”

Plan macam tu lah jugak, tapi tengok dulu. Sekarang aku nak enjoy,” balas Erica dengan riang. Tangannya diangkat tinggi walaupun dia tahu sangat Farish bukannya nampak apa-apa.

“Okeylah, Rica aku nak telefon Dirra pulak. Nanti kan mengamuk pula mentara guru tu.”



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku