Dulu Benci, Sekarang Suka
Bab 8
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 18 Jun 2013
Benci! Itulah yang Hazrel Hardy rasakan setiap kali bertemu dengan Nur Ain Zafira. Pelbagai rancangan diatur untuk mengenakan gadis itu. Disebabkan perbuatan seseorang, mereka terpaksa bernikah tanpa rela.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
3536

Bacaan






WHAT? Rel jangan nak buang tebiat. Mama tak setuju!” bantah Datin Salina, meninggi.

“Awak ni Sal, dah tiba masanya Rel uruskan Cahaya Sdn. Bhd. Syarikat tu pun dah semakin berkembang,” tegur Dato Ridzuan.

“Saya tetap tak setuju. Rel kerja dengan Permata Holdings dan bukan Cahaya Sdn. Bhd.”

Dato Ridzuan melepaskan nafas berat.

“Mama, Rel nak uruskan Cahaya. Mama tak perlulah risau. Setiap minggu Rel baliklah,” sampuk Hazrel.

“Mama tetap tak setuju. Mama tak nak Rel terpikat dengan perempuan kat sana. Rel faham tak?” jerkah Datin Salina.

“Ma, Rel tahu dan Rel ingat pesanan mama tu. Mama fahamlah kehendak Rel.”

“Mama tetap tak setuju!”

“Cuba awak berfikiran positif, Sal. Anak awak tu nak bekerja, bukannya nak enjoy.”

“Saya tak nak Rel jadi macam Rul. Disebabkan perempuan kampung, Rul membantah cakap kita. Abang dah lupa ke semua tu?”

“Saya tak pernah lupa, Sal. Tapi semua tu dah takdir. Kita tak boleh nak melawan takdir ALLAH. Awak ingat semua tu, Sal,” nasihat Dato Ridzuan, lembut.

Datin Salina mendengus keras. Wajah Dato Ridzuan dan Hazrel dipandang tajam. Sungguh, dia tidak bersetuju dengan niat Hazrel untuk tinggal di Shah Alam sekali gus menguruskan Cahaya Sdn. Bhd. Dia tidak mahu anaknya itu berjauhan daripadanya.

“Mama, percayalah pada Rel. Rel janji akan ingat pesanan mama tu. Rel janji akan balik sini setiap minggu dan Rel janji akan callmama setiap malam. Boleh ya mama,” pujuk Hazrel, lembut seraya menghampiri Datin Salina. Dipeluk erat bahu mamanya itu.

“Kalau Rel mungkir janji, macam mana? Rul pun pernah janjikan yang sama pada mama. Tapi apa yang terjadi dulu. Rul...” Sukar untuk Datin Salina meneruskan kata-kata. Sebak di dada tatkala nama Hazrul meniti di bibir.

“Mama, percayalah pada Rel. Rel takkan jadi macam arwah abang. Rel sentiasa ingat pesanan mama. Jangan risau ya mama,” pujuk Hazrel lagi seraya mencium pipi Datin Salina.

“Boleh ke mama percaya cakap Rel?”

“Boleh, mama. Rel akan kotakan janji Rel tu.”

“Kalau Rel berubah macam arwah abang...”

“Tak. Rel takkan berubah,” pintas Hazrel, laju.

“Kalau macam tu, Rel kahwin dengan Qis. Tak adalah Rel terpikat dengan perempuan kat sana nanti,” cadang Datin Salina.

“Awak ni dah buang tebiat ke, Sal? Awak nak paksa budak tu kahwin pulak semata-mata tak nak budak tu terpikat dengan perempuan kat sana. Gila ke awak ni, Sal?” sampuk Dato Ridzuan, keras.

Hazrel meleraikan pegangan dan melangkah ke sofa. Dilabuhkan punggungnya di situ.

“Saya tak gila. Saya nak Rel berkahwin dengan Qis. Dengan cara tu, Rel takkan mungkir janji dengan saya. Rel setuju ya nak.”

“Ma, Rel tak sedia lagi nak kahwin. Umur Rel muda lagi,” tolak Hazrel, lembut.

“Muda Rel cakap? Umur dah masuk 25 tahun dah memang layak untuk kahwin. Cuba Rel tengok kawan-kawan Rel, anak kawan-kawan mama, semuanya dah beranak-pinak dalam usia yang muda,” cerita Datin Salina, bersungguh.

“Tapi mama, Rel tak cintakan Qis. Rel anggap Qis macam adik Rel sendiri.”

“Mama tak peduli. Rel kena jugak kahwin dengan Qis!” putus Datin Salina seraya beredar dari situ. Sakit hatinya mendengar penjelasan Hazrel itu.

Hazrel mengeluh berat. Sukar untuk melawan dan membantah kata-kata Datin Salina. Apa yang harus dilakukannya sekarang? Sungguh, dia belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga, malah untuk bercinta juga tidak pernah terfikir dek akalnya. Selagi dia belum berjumpa dengan gadis yang boleh membuatkan jantungnya berdegup kencang, selagi itulah dia takkan berkahwin.



AIN, kenapa mak su call Ain tak dapat? Ain off telefon ke?” tanya Humaira sambil melangkah masuk ke dalam bilik Nur Ain.

“Abang Die callpun tak dapat, kenapa?”

HandphoneAin hilang. Ain tak tahu kat mana hilangnya,” jawab Nur Ain jujur.

“Kenapa Ain cuai sangat ni? Bila hilangnya?”

“Masa Ain accident dulu. Ain dah cari dalam beg, tapi tak ada.”

“Ya ALLAH, kan dah lama tu. Kenapa Ain tak beritahu mak su dan Abang Die?”

“Erk...” Nur Ain menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

“Patutlah selama ni mak su calltak dapat-dapat. Rupa-rupanya...”

“Maafkan Ain,” pintas Nur Ain, laju.

“Mak su pun silap jugak tak tanya pasal ni.”

“Ain rasa tak penting, mak su.”

“Tak penting Ain kata? Walaupun Ain guna telefon tu sekadar untuk menelefon dan menerima panggilan, ia tetap penting, Ain,” bebel Humaira.

“Mak su, Ain...” Sukar untuk Nur Ain bersuara.

Ada benarnya kata-kata Humaira. Malah telefon itu begitu penting buatnya.

“Ain ada cuba call tak? Selama ni mak su dan Abang Die calltak dapat-dapat, apa kata Ain cuba pulak. Manalah tahu kali ni dapat,” cadang Humaira, bersungguh.

“Ain tak pernah cuba, mak su.”

“Apa kata Ain cuba call. Mak su pasti ada orang yang jumpa dengan phoneAin tu dan dia baik hati untuk serahkan semula telefon Ain,” usul Humaira pula.

Diserahkan telefon bimbitnya dan disambut baik Nur Ain. Segera Nur Ain mendail nombor telefon bimbitnya.

“Dapat, mak su,” bisik Nur Ain, perlahan.

Humaira mengangguk sambil tersenyum.

“Assalamualaikum,” sapa Nur Ain tatkala panggilannya berjawab.

“Hmm... siapa ni?” tanya Hazrel, kasar.

“Saya nak tanya, nombor ni milik encik ke?”

“Bukan, kenapa?”

“Sebulan yang lepas, encik ada jumpa telefon kat mana-mana ke?

“Ada, kenapa?”

“Maknanya telefon tu bukan milik encik ke?”

“Haah, kenapa?” tanya Hazrel, meninggi.

Terkejut Nur Ain mendengar suara lantang lelaki itu. Sungguh tidak beradab dan tidak berbudi bahasa lelaki itu.

“Telefon tu milik saya. Boleh tak encik serahkan telefon tu semula pada saya?”

“Kau siapa? Kau jangan nak buat cerita. Entah-entah telefon ni bukan kau yang punya, pandai-pandai kau mengaku yang telefon ni kau yang punya,” bidas Hazrel, sinis.

“Saya Ain. Nur Ain Zafira Ibrahim. Telefon yang encik pegang tu memang milik saya. Dah sebulan telefon saya hilang. Boleh tak encik pulangkan semula telefon tu pada saya?” pinta Nur Ain mengharap.

Tersentak Hazrel mendengar nama itu. Nur Ain Zafira Ibrahim, ulang Hazrel dalam hati. Adakah perempuan di hujung talian itu adalah pekerjanya di Cahaya Sdn. Bhd.?

“Kau kerja kat mana? Nanti aku serahkan telefon ni pada kau,” tanya Hazrel ingin kepastian.

“Cahaya Sdn. Bhd.,” jawab Nur Ain.

Matanya mengerling ke arah Humaira yang berada di sisi. Menanti penuh setia akan perbualannya dengan lelaki itu.

Huh! Perempuan tu lagi. Rupa-rupanya telefon ni milik dia. Mungkin terjatuh masa aku bawak dia ke hospital dulu. Kau ingat senang-senang aku nak bagi balik kat kau? Sakit hati aku pada kau masih lagi bersisa. Bila Eddie membela kau, bertambah sakit hati aku dibuatnya. Apa yang dipandang sangat Eddie tu pada kau, aku pun tak tahu. Monolog Hazrel.

“Esok aku jumpa kau kat Cahaya Sdn. Bhd. Aku serahkan telefon kau ni balik. Aku pun jijik nak simpan lama-lama. Buat kotor bilik aku aje. Lepas tu terpaksa chargekau punya handphoneni lagi, memang menyusahkan. Tapi aku ada syarat buat kau. Kalau kau tak boleh nak patuhinya, aku takkan serahkan telefon ni pada kau,” jelas Hazrel, sinis.

Terkebil-kebil mata Nur Ain dibuatnya. Syarat? Syarat apa yang perlu dipatuhi demi mendapatkan telefonnya semula? Adakah syarat itu akan memudaratkan dirinya atau pun tidak?

“Baiklah,” balas Nur Ain, pendek. Tawakal sajalah.

“Semoga kau tidur dengan aman malam ni,” ucap Hazrel dan mematikan talian.

Nur Ain melepaskan keluhan. Diserahkan semula telefon bimbit kepada Humaira. Apa maksud lelaki itu tadi? Adakah lelaki itu mengenalinya?

“Apa katanya, Ain?” tanya Humaira ingin tahu.

“Esok dia serahkan telefon tu pada Ain. Tapi ada syaratnya, mak su. Kalau Ain tak ikut syarat dia, Ain takkan dapat telefon tu balik,” jawab Nur Ain, jujur.

“Syarat? Syarat apa? Bukan ke dia yang sepatutnya serahkan telefon tu pada Ain? Kenapa pulak nak syarat bagai?” Suara Humaira tidak puas hati.

“Entahlah, mak su. Ain pun tak faham. Tak apalah, esok Ain jumpa dia kat tempat kerja Ain. Nanti Ain tahulah apa syaratnya,” pujuk Nur Ain, lembut.

“Ain nak mak su atau Abang Die temankan?”

“Tak apalah, mak su. Ain jumpa kat tempat kerja Ain. Lagipun Kak Gie ada. Apa-apa nanti, Ain mintak tolong Kak Gie.”

“Hmm... kalau ada apa-apa nanti, cepat-cepat callmak su atau Abang Die,” pesan Humaira seraya bangun.

“Insya-ALLAH, mak su. Ain nak tanya mak su sesuatu boleh tak?”

“Apa dia?”

“Kenapa Abang Die ambil berat tentang Ain? Maksud Ain, kenapa semua yang terjadi pada Ain perlu diberitahu Abang Die?” tanya Nur Ain ingin tahu.

Selama ini, persoalan itulah yang menjadi tanda tanya. Keprihatinan Eddie melebihi keprihatinan Humaira.

Humaira terkedu seketika. Apa jawapan yang harus diberikan pada Nur Ain? Dia juga merasakan perkara yang sama.

“Mungkin Abang Die sayangkan Ain. Sebab tulah semua tentang Ain, Abang Die perlu tahu,” jawab Humaira sekadar menyedapkan hati Nur Ain.

“Oh, mungkin jugak. Bertuah Ain kan, mak su. Ain ada mak su dan Abang Die yang sayangkan Ain,” ujar Nur Ain tersengih.

Humaira hanya mengangguk. Seminit kemudian dia melangkah keluar daripada bilik Nur Ain. Hatinya turut tertanya-tanya. Kenapa Eddie bersikap ambil berat terhadap Nur Ain?



HAZREL mencampak telefon bimbit milik Nur Ain ke atas katil. Dia perlu memikirkan beberapa rancangan untuk mengenakan Nur Ain. Perlukah dia meneruskan niatnya dahulu untuk menjadikan Nur Ain sebagai orang gajinya? Bagaimana jika Eddie mendapat tahu akan perkara ini? Ah! Peduli apa aku dengan Eddie, rengus Hazrel kasar.

Hazrel mencapai telefon bimbitnya tatkala telefon itu menjerit. Dia mendengus kasar tatkala ketenangannya diganggu.

“Kau dah tidur ke?” tanya Izzuddin.

“Belum lagi, kenapa?” jawab Hazrel.

“Kau dah dapat rumah ke? Kalau belum, kau duduklah kat rumah aku dulu. Lagipun aku duduk seorang.”

“Tak nak aku duduk dengan kau. Aku tak suka persekitarannya dan jugak rumah kau. Nampak sempit dan tak terurus,” kutuk Hazrel, selamba.

Otaknya memutarkan semula memori ketika menemani Izzuddin mencari rumah sewa seminggu yang lepas.

“Janji ada tempat berteduh, Rel. Walaupun sempit dan tak terurus, tapi aku bersyukur dengan apa yang aku perolehi.”

“Papa aku nak belikan rumah kat sana. Buat masa ni aku tinggal kat rumah yang papa aku beli untuk disewakan dulu.”

“Kalau macam tu aku jumpa kau esok kat ofis. Banyak perkara yang nak aku bincang dengan kau. Tentang Cahaya dan jugak Ain,” jelas Izzuddin.

“Ain? Kenapa dengan dia? Dia buat hal lagi ke? Dia datang lewat ke hari ni?” tanya Hazrel, bertubi-tubi. Sakit telinganya mendengar nama Nur Ain.

Izzuddin ketawa kecil. Kenapa Hazrel bersuara cemas tatkala nama Nur Ain disebut?

“Tak adalah, Rel. Yang kau risau sangat ni, kenapa? Kau ada hati dengan Ain ke?”

“Huh! Tak ada maknanya aku nak ada hati dengan perempuan kampung macam dia tu. Apa kelas? Sebelah mata pun aku takkan pandang,” bidas Hazrel, keras.

“Kau jangan cakap besar, Rel. Macam mana kalau kau jatuh cinta dengan dia? Aku pun dah terjatuh cinta dengan dia, Rel,” beritahu Izzuddin, jujur.

Buntang mata Hazrel mendengarnya. Izzuddin jatuh cinta dengan Nur Ain? Biar betul? Seminit kemudian dia ketawa besar. Kau dengan Die sama aje. Mudah sangat jatuh cinta dengan perempuan kampung, kutuk Hazrel dalam hati.

“Yang kau ketawa ni, kenapa?” jerkah Izzuddin. Kurang senang dengan tingkah Hazrel.

“Kau dengan Die, sama aje. Mudah sangat jatuh cinta. Dengan perempuan kampung dan tak berharta pulak tu. Apa yang kau orang berdua tengok, hah?” balas Hazrel, sinis.

“Bahasa tu biar elok sikit, Rel. Biar miskin harta asal kaya budi bahasa,” bidas Izzuddin, keras. Sakit telinganya mendengar kenyataan Hazrel itu.

“Izz...Izz...tak faham aku dengan kau nilah. Apa yang kau pandang dengan Ain tu? Bukannya cantik mana. Kekampungan dan tak berharta. Tak layak untuk kau,” ujar Hazrel sinis.

Seolah-olah orang yang tidak berhati perut dan berhati busuk lagaknya.

“Hati dia baik, Rel. Dia dah selamatkan aku daripada dilanggar kereta sebulan yang lepas. Aku terhutang budi dengan dia,” jelas Izzuddin, jujur dan ikhlas.

“Takkan sebab tu kau terus jatuh cinta dengan dia? Habis tu kalau mak cik tua yang selamatkan kau, automatik kau akan suka dengan mak cik tu jugaklah?” sindir Hazrel, pedas.

Izzuddin menarik nafas dan melepaskan perlahan-lahan. Sukar untuk mengertikan Hazrel. Masih prejudis terhadap orang kelas bawahan.

“Dahlah Rel, kau takkan pernah berubah sampai bila-bila. Apa-apa pun, aku tunggu kau esok kat Cahaya.”

“Sebelum tu, kau pastikan Ain datang on timeesok. Aku nak jumpa dia. Ada perhitungan dengan dia,” pesan Hazrel seraya mematikan talian.

Berkerut dahi Izzuddin mendengarnya. Apa yang dimaksudkan Hazrel itu? Perhitungan? Perhitungan apa di antara Hazrel dan Nur Ain? Takkan Rel nak buli Ain? Duga Izzuddin dalam hati.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Prolog | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku