Dulu Benci, Sekarang Suka
Bab 14
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 18 Jun 2013
Benci! Itulah yang Hazrel Hardy rasakan setiap kali bertemu dengan Nur Ain Zafira. Pelbagai rancangan diatur untuk mengenakan gadis itu. Disebabkan perbuatan seseorang, mereka terpaksa bernikah tanpa rela.
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
3985

Bacaan






“ADA apa, Encik Hazrel?” tanya Nur Ain setibanya di hadapan Hazrel.

“Kau ni pekak ke apa? Telinga kau tu letak kat mana? Dua kali aku panggil kau buat tak tahu aje kenapa? Kau ingat suka sangat ke aku tunggu kau kat sini?” marah Hazrel, meninggi.

“Maaf, saya kurang dengar tadi,” ujar Nur Ain menunduk.

“Kurang dengar? Sah-sah kau ni memang dah pekak,” kutuk Hazrel pula.

Nur Ain hanya menunduk. Menahan rasa di hati.

“Aku nak kau ikut aku sekarang.”

“Ke mana, Encik Hazrel?”

“Boleh tak jangan banyak tanya? Aku plaster mulut tu baru kau tahu. Kalau kau nak balik telefon kau tu semula, kau ikut aje cakap aku tanpa banyak bunyi, faham!”

“Maaf!”

Hazrel mendengus kasar. Langkah dibawa menuju ke kereta. Dia perlu berjumpa dengan Faizal, rakan seuniversitinya dahulu.

“Apa yang kau menungkan lagi tu? Cepat masuk!”

Tersentak Nur Ain seketika. Lantas dia menuju ke kereta Hazrel dan memboloskan diri masuk ke dalam perut kereta.

“Hari ni kau kena dengar cakap aku. Lepas kau settlekan syarat aku ni, aku serahkan telefon kau tu balik,” beritahu Hazrel tatkala mereka berdua berada di dalam kereta.

Nur Ain hanya mengangguk. Nasibnya hanya diserahkan pada ALLAH. Semoga ALLAH melindunginya ketika ini.

“Kau ni tak ada mulut dah ke? Tadi telinga kau bermasalah, sekarang mulut pulak?”

“Saya tak tahu nak cakap apa.”

“Tak tahu nak cakap apa? Itulah kau, orang suruh belajar, kau menggatal. Memang kau orang yang macam tu, kan? Belajar sampai SPM. Lepas tu tackle lelaki kaya. Tak payah fikir-fikir kat mana nak cari duit. Senangkan hidup macam tu,” hina Hazrel, selamba.

Nur Ain pantas menoleh tatkala mendengar penghinaan Hazrel itu. Riak selamba terlukis di wajah Hazrel.

“Suka hati Encik Hazrellah nak cakap apa. Saya terima dengan hati yang ikhlas,” balas Nur Ain, perlahan.



BRO, sorry lambat. Aku ada hal sikit tadi,” tegur Hazrel tatkala tiba di hadapan Faizal.

“Tak apa. Aku pun baru aje sampai. Kau seorang aje ke? Mana Izz? Bukan ke dia kerja dengan kau?” tanya Faizal, bertubi-tubi. Matanya mengerling sekilas ke arah Nur Ain.

“Mana kau tahu dia kerja dengan aku?” tanya Hazrel pula sambil melabuhkan punggung di hadapan Faizal.

Tangannya melambai ke arah pelayan yang sedang berdiri tidak jauh dari tempat mereka duduki. Setelah memberi pesanan, dihalakan pandangan ke muka Faizal.

“Semalam Izz callaku. Beritahu yang dia kerja dengan kau. Wah! Kau dah jadi bos nampak. Bolehlah aku tumpang sekaki,” seloroh Faizal, tergelak.

“Banyaklah kau punya kaki. Aku pun baru ambil alih syarikat tu. Sebelum ni ikut suka hati aku ajelah nak jenguk syarikat tu atau tak,” bidas Hazrel, pantas.

Suasana hening seketika tatkala pelayan meletakkan minuman yang dipesan di atas meja. Setelah itu, Hazrel mencapai gelas minuman dan meneguk rakus air dari dalamnya. Tekaknya yang terasa kering, sudah pun dibasahkan.

Sorrylah bro, sebab aku tak join reunion tu sekali. Ada hal yang tak boleh nak dielakkan.” Suara Faizal, kesal.

“Hmm... elok pun kau tak datang malam tu. Buat sakit hati aje.”

“Kenapa pulak?”

“Aku gaduh dengan Die malam tu. Habis muka aku ditumbuknya,” cerita Hazrel.

Tergelak Faizal mendengar cerita Hazrel itu. Matanya menjamah wajah tegang Hazrel.

“Yang kau gelakkan aku ni, kenapa? Kau jangan nak tambah marah aku pulak.”

“Okey...okey...aku mintak maaf. Belum pernah lagi aku dengar kau dan Die bergaduh. Bukan ke kau, Die dan Rul berkawan baik sejak universiti lagi?”

“Memanglah. Tapi ada jugak yang kami tak sebulu dengan Die.”

“Kau orang bergaduh pasal perempuan ke?” tebak Faizal.

Buntang mata Hazrel dengan pertanyaan itu. Dikalihkan matanya ke arah Nur Ain yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka berdua duduk.

“Haah, sebab perempuan kampung lagi menyusahkan.”

Faizal melepaskan ketawanya lagi. Geli hati mendengar ayat yang keluar daripada mulut Hazrel itu.

“Kau bawak siapa tu, Rel?” tanya Faizal ingin tahu.

Sejak tadi matanya memerhati susuk tubuh Nur Ain yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka berdua.

“Orang gaji aku. Kau berkenan ke?” balas Hazrel tergelak.

“Orang gaji kau? Takkan sampai ke sini kau bawak orang gaji kau tu,” bidas Faizal kurang percaya. Matanya mengerling sekilas ke wajah Nur Ain.

“Kenapa? Kau tak percaya ke?”

“Eh, apa pulak aku tak percaya? Aku percaya. Tapi cantik jugak orang gaji kau tu. Mana kau dapat orang gaji kau tu?”

“Cantik kau kata? Mata kau ni dah rabun ke? Kau tengoklah dressingdia tu, kekampungan. Muka dia tu, tak cantik dan berparut. Hisy, tak faham aku dengan kau dan Izz ni. Muka macam tu kau boleh kata cantik?” kutuk Hazrel, selamba.

Faizal ketawa. Matanya masih lagi menjamah susuk tubuh Nur Ain. Walaupun hanya berbaju kurung, tetapi masih menarik pada pandangan lelakinya.

“Kau bayar dia berapa, Rel?”

“Bayar? Maksud kau?” tanya Hazrel berkerut dahi.

“Eh, maksud aku gaji dia. Berapa kau bayar gaji dia?” jawab Faizal tersengih.

“Oh, aku ingatkan apa tadi. Dia kerani aku merangkap orang gaji aku.”

“Kerani kau? Habis tu macam mana pulak boleh jadi orang gaji kau?”

“Dia ada hutang dengan aku. Tu yang aku jadikan dia orang gaji aku,” jawab Hazrel, selamba dan tergelak.

Matanya mengerling sekilas ke arah Nur Ain yang sedang berdiri seperti patung cendana lagaknya. Baru puas hati aku, Die, bisik Hazrel.

“Aku ke tandas dulu. Kau tolong awasi dia untuk aku. Nanti lari pulak dia tu.”

“Okey, no problem. Ayam, takkan aku nak lepaskan. Mestilah aku akan tambat elok-elok,” balas Faizal tergelak.

Hazrel turut sama tergelak. Mengerti maksud tersirat Faizal itu.

Nur Ain masih menunggu. Panas hatinya ketika ini. Sengaja Hazrel menyuruhnya tunggu di situ. Ikutkan hati, mahu sahaja dia beredar dari situ. Demi telefon bimbitnya, disabarkan hati dengan menunggu dan melayani perangai Hazrel itu.

“Hai,” tegur Faizal tiba-tiba.

Tersentak Nur Ain buat seketika. Dihalakan mata ke arah lelaki di hadapannya itu.

“Saya Faizal. Awak?” sambung Faizal lagi.

“Err... Nur Ain Zafira Ibrahim. Panggil Ain aje,” balas Nur Ain. Ditundukkan muka mewakili salaman di tangan.

Faizal menarik tangan. Terasa hati dengan tingkah Nur Ain.

“Awak tunggu Rel ke?”

“Haah. Mana Encik Hazrel?” balas Nur Ain sambil melilaukan mata mencari kelibat Hazrel.

“Dia ada urusan penting, jumpa client. Dia mintak saya hantar awak balik ke pejabat. Mari saya hantarkan awak ke pejabat,” beritahu Faizal berserta senyuman tersirat.

“Hah? Jumpa client?” ulang Nur Ain, terkejut.

“Kalau macam tu, saya mintak diri dululah,” pamit Nur Ain tatkala melihat anggukan Faizal.

“Nantilah dulu. Rel mintak saya hantarkan awak ke pejabat. Jadi biar saya aje yang hantar awak ke sana,” tegah Faizal lagi seraya menarik lengan Nur Ain.

“Tak apalah. Saya boleh balik sendiri. Terima kasih,” tolak Nur Ain seraya menarik lengannya.

Tanpa menunggu, dibawa langkah beredar dari situ. Takut melihat pandangan Faizal.

Faizal hanya memandang. Kelibat Hazrel yang baru melangkah keluar dari bilik air menyapa mata. Dia melemparkan sebuah senyuman buat Hazrel.

“Mana Ain?” tanya Hazrel, kehairanan.

“Ain?” ulang Faizal, pura-pura.

“Orang gaji aku tulah. Mana dia?”

“Oh! Dia dah balik ofis.”

What? Dah balik ofis? Suka-suka hati dia aje nak balik ofis. Aku tak suruh pun dia balik ofis. Yang kau lepaskan dia kenapa?” soal Hazrel, meninggi.

“Manalah aku tahu. Aku ingatkan kau suruh dia balik. Lagipun aku tengok dia macam bosan aje tunggu kau.”

“Hisy, angin aku dibuatnya. Tak apa, siaplah dia nanti kat ofis. Kaw-kaw aku marahkan dia nanti.”

“Kau ni Rel, cuba kawal sikit panas baran kau tu. Asyik nak mengamuk ajelah kau ni,” tegur Faizal ketawa kecil. Geli hati melihat wajah tegang Hazrel itu.

“Banyaklah kau punya kawal. Tak apa, tahulah aku macam mana nak buat nanti.”

“Apa yang kau nak buat?” tanya Faizal penuh minat.

Hazrel tidak membalas. Sakit hatinya tatkala Nur Ain mengingkari arahannya. Siap kau nanti! Azam Hazrel dalam hati. Lantas dikeluarkan telefon bimbit dari dalam poket seluar. Nombor Izzuddin didail dan menanti sapaan dari hujung talian.

“Kau kat mana, Izz?” tanya Hazrel, serius.

“Aku kat ofis. Kenapa?” jawab Izzuddin berkerut dahi.

“Ain ada tak?”

“Ain? Bukan ke dia ikut kau time rehat tadi?”

“Mana kau tahu?”

“Fauziah beritahu aku tadi bila aku tanya pasal Ain pada dia.”

Hazrel melepaskan dengusan kasar.

“Tadi dia ada dengan aku, tapi dia dah balik ofis.”

“Kau bawak dia ke mana, Rel?”

“Kau tak perlu sibuk dengan urusan aku. Kalau dia balik nanti, kau suruh dia tunggu aku balik. Jangan benarkan dia balik selagi aku tak masuk ofis.”

“Tapi kenapa?”

“Adalah. Aku nak suruh dia buat kerja sikit.”

“Kau nak suruh dia buat apa lagi, Rel? Tak cukup lagi ke kau suruh dia ikut arahan kau?”

“Sekarang siapa yang bos? Kau ke aku?” marah Hazrel, meninggi.

Izzuddin menarik nafas dan melepaskannya lembut.

“Kau bos aku. Tapi tu tak bermakna kau boleh sesuka hati menindas pekerja.”

“Ah! Dahlah, Izz. Malas aku nak dengar ceramah free kau tu. Ingat pesanan aku tadi. Selagi aku tak masuk ofis, selagi tu kau jangan lepaskan Ain balik, faham!” pesan Hazrel kemudian mematikan talian.

Tersentak Izzuddin dengan perilaku Hazrel itu. Dia menggeleng kecil memikirkan perangai Hazrel yang tidak pernah nak berubah. Hazrel masih dengan sikapnya yang panas baran dan suka memberontak.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Prolog | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku