Mr.Hotter Guy
Bab 41
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 20 Jun 2013
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
4739

Bacaan






Bab 41

Andrea mengambil jaket rona hitam itu lalu dipakaikan ke tubuhnya. Sudah lama dia terperuk di dalam bilik menangisi apa yang berlaku. Dia perlu keluar untuk mengambil angin supaya hatinya menjadi tenang semula. Kunci kereta yang tergantung di rak kunci dicapai sebelum kaki melangkah keluar dari rumahnya. Puan Shima yang masih menghadap tv terkejut melihat kelibat Andrea yang baru hendak melangkah keluar. Segera dia berlari mendapatkan Andrea.

“Nak kemana Drea?”. Soalnya cemas. Bimbang juga Andrea membuat sesuatu perkara di luar jangkaan. Maklumlah hati masih runsing.

“Please mummy. Drea nak keluar.”

“Mummy tak izinkan. Drea tak sihat tu”.

“Drea ok mummy. Drea nak tenangkan diri.Please!”. Andrea sedikit merayu. Puan Shima perhatikan raut wajah Andrea yang masih kusut itu. Perlahan dia menggangguk. Setuju untuk membenarkan Andrea keluar bertenang.

Andrea menghidupkan enjin kereta Ford Fiesta rona merah itu. Hati masih lagi berkecamuk memikirkan masalah hubungannya dengan Ariel Zen. Dia menolak gear mengarah ke huruf D, perlahan minyak ditekan. Kereta rona merah itu melujur laju di atas jalan raya. Dia menekan butang radio dan mencari frekuensi Hot FM. Terdengar lagu nyanyian Dayang Nurfaizah berkumandang di situ. Hati yang berkecamuk semakin resah. Tanpa sedar airmata makin laju menitis. Lagu yang menjadi soundtrack filem ‘Badai Rindu’ itu seakan memutarkan kembali setiap adegan yang dilakonkannya bersama Ariel Zen. Dia tekan pedal minyak menambah kelajuan supaya kereta bergerak laju menuju ke destinasi yang tak terfikir olehnya lagi.

LUQMAN Hakimi berbaring di atas superbike sambil menikmati panorama malam di atas jambatan Putrajaya itu. Hembusan angin yang dingin membuatkan kulitnya kebas. Segera dia menarik zip jaketnya menutup seluruh tubuh. Hati yang panas dan sedih memikirkan perkara yang berlaku taditerasa kembali normal. Namun otak masih ligat berfikir. Masih mempersoalkan apa yang kurangnya pada dia sehingga semudah itu perasaannya diketepikan. Apa yang kurang sehingga dengan mudah ucapan keramat itu dipandang murah oleh cik adik sayang.

Dia ramas kepalanya. Sakit hati memikirkan cintanya ditolak mentah-mentah oleh cik adik sayang. Dia punya segala. Rupa, harta, pangkat malahan kaya. Tiada apapun yang kurang. Kenapa semua itu tak dapat menarik hati cik adik sayang. Dia bangun dari perbaringan. Kali ini sudah menapak ke tepi jambatan pula. Dia duduk melongo di situ. Punahlah harapan dan makan hatilah dia kerana tak lama lagi cik adik sayang bakal bergelar cik puan. Dia pula yang menggigit jari. Suluhan lampu dari sebuah kereta membuatkan dia mengecilkan matanya.

Sebuah kereta Ford Fiesta rona merah berhenti berhampirannya. Lampu dimatikan dan sesusuk tubuh dibaluti jaket rona gelap melangkah keluar dari perut kereta itu. Dia kembali fokus pada batang tubuh itu apabila mata sudah dibesarkan seperti biasa. Lihat saja kelibat wanita itu dia mendengus marah.

“Kau nak apa…sampai ke sini kau cari aku?”. Herdiknya.

Andrea yang baru melangkah terhenti seketika.

Sentap!.

Bukan niatnya hendak mencari lelaki ini. Segalanya adalah kebetulan. Hati lara yang membawanya ke sini untuk bertenang. Tidak disangka pula akan bertembung dengan lelaki hati kering dan penuh egois ini.Segera di lap air mata yang merembes.

“Hei…mr.hopeless guy…kuat perasan betul kau ya?”. Kuat suara Andrea melengking. Marah benar. Rasa tegang dan serabut kerana masalah dengan Ariel Zen sudah terhambur keluar. Lega rasa hati kerana bertemu mangsa melepas geram. Sesuai benar lelaki di depannya ini jadi ‘punch bag’ untuk masalahnya yang tak berkesudahan itu.

“Macamana kau tahu aku kat sini?. Kau intip akukan?”. Soal Luqman Hakimi bongkak.

“Hello…Malaysia ini luas. Bukan milik kau sorang je. Ikut aku la nak lepak kat mana pun. Jangan perasan aku cari kau”. Balas Andrea geram.

“Ingatkan kau intip aku. Manalah tahu, takut bakal kalah dengan cabaran dulu”. Andrea menjeling geram. Dalam hati berdongkol rasa marah. Lelaki ini tak habis lagi dengan sikap perasannya itu.

“Come on Luke…aku dah malas nak fikir pasal cabaran tu. Apa kata kita batalkan je?”. Pinta Andrea mengalah.

“Betul?. Kau tak menyesal?. Mak kau tak menyesal tak dapat aku jadi menantunya?”. Soal Luqman Hakimi sengih. Hendak juga dia tahu apa yang Andrea dan ibunya rasa jika terlepas dirinya yang berharga bak permata di limbahan itu.

Andrea jungkit bahu. Menggeleng. Dalam hati rasa nak termuntah saja melihat aksi angkuh lelaki ini.

“Kau ni tak habis dengan angkuh dan cepat perasan. Kau dengar sini. Aku memang tak ingin nak bersuamikan kau. Dulu aku silap sebab terpengaruh dengan mummy aku. Sekarang ni memang aku tak hadap dengan kau. Dasar lelaki tak tahu asal keturunan. Entah dari mana mak kau pungut. Sombong bongkak”. Tohmah Andrea sambil mencebir.

Luqman Hakimi terasa panas telinga mendengar bebelan Andrea itu. Dia angkat kening. Pelik pula mendengar Andrea mengungkit asal keturunan dirinya.

“Kau cakap apa?. Ulang, aku nak dengar”. Pintanya masih lagi dengan nada bongkak. Andrea menceber meluat.

“Kau jangan perasan ya Mr. Hopeless Guy. Kau balik rumah…tanya Puan Sri Khalida, dari mana dia kutip kau. Jangan perasan kau tu anak konglomerat terkenal. Kau tu cuma anak angkat…anak pungut”.

“Shut up”. Marah Luqman Hakimi. Kemudian dia ketawatidak percaya.

“Apa yang kau merepek ha…perempuan?”.

“Aku tak merepek. Tidak juga gila. Aku masih waras. Aku dengar dengan telinga aku sendiri, masa Puan Sri berbual dengan mummy aku tempohari. Aku rasa baik kau tanya sendiri dengan Puan Sri…yalah kau kan kuat perasan. Berlagak pulak tu. Aku nak tengok macamana kau nak berlagak kalau kau tahu perkara sebenar”.

“Nonsense!”. Jeritnya sakit hati. Segera dia berlalu dari tepi jambatan lalu melangkah naik ke atas belakang superbike miliknya. Topi fullface dipakaikan di kepala. Kunci dipulas untuk menghidupkan enjin superbike. Mengaum bunyi enjin superbike itu apabila gear dipulas. Kemudian superbike itu meluncur laju membelah angin.

Andrea hanya memerhati dengan perasaan meluat. Dia ketawa kecil. Biar padan muka mr.hopeless guy itu terima kenyataan nanti. Dia ketatkan lagi jaket hitam yang membaluti tubuhnya. Angin malam yang sejuk membuatkan dia memeluk tubuh. Perlahan dia berjalan ke tepi jambatan. Hati mula rasa sedih. Air mata kembali menitis. Hati yang diharap tenang kembali serabut. Bayang Ariel Zen kembali bermain diruangan mata.

PUAN SRI Khalida meraba dahinya berkali-kali. Entah kenapa terasa lagi hangatnya kucupan yang diterima tadi. Hati terasa senang. Dia melangkah menaiki tangga untuk ke tingkat atas semula. Rasa hati hendak menonton televisyen terasa hambar. Dia menuju ke biliknya. Tetapi langkahnya mati saat melewati bilik bacaan. Pintu yang sedikit renggang menarik minatnya. Puan Sri Khalida mengarah pula ke pintu bilik bacaan. Hajat hati hendak menutup pintu, terbantut seketika. Sebaliknya kaki sudah melangkah masuk ke bilik bacaan itu. Ada sesuatu yang menyebabkan hati ingin berlama di situ.

Dia berjalan mundar mandir melihat susunan buku-buku ilmiah yang tersusun kemas di rak bertingkat-tingkat itu. Begitu banyak sekali buku ilmiah, ada yang dalam bahasa Melayu dan ada juga dalam bahasa Inggeris. Tetapi banyak sekali buku-buku agama yang dibeli suaminya itu.

Puan Sri Khalida melihat dan meneliti setiap buku-buku agama yang tersusun kemas di atas rak itu. Sesekali dia menceber apabila melihat beberapa tajuk yang seakan memerlinya pula. Dia angkat kaki untuk segera keluar dari bilik bacaan itu. Baru tubuh hendak berpaling, tangannya tanpa sengaja terlanggar suatu kotak yang berada di tepi meja paras pinggangnya itu. Bersepah segala isi perut kotak itu terhambur ke lantai. Berkerut dahi Puan Sri Khalida apabila melihat beberapa keping gambar berada di atas lantai marmar biru itu.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku