Mr.Hotter Guy
Bab 7
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 20 Jun 2013
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
5055

Bacaan






Bab 7

“Nurin, masuk sekejap!”. Suara diintercom sudah berbunyi. Aku ingat Mr. Hotter Guy sudah hilang suara untuk bercakap. Lepas aku bacakan senarai temujanji dan mesyuarat hari ini dia diam membisu. Ucap terima kasih pun tidak untuk air liur yang aku bazirkan semasa memperincikan schedulenya hari ini. Namun aku rasa lega juga kerana tak perlu berlama menunggu seperti tiang telefon menanti arahan seterusnya dari dia.

“Hari ini teman saya jumpa client”. Dia sudah keluarkan arahan yang sama seperti semalam. Aku mula rasa tidak sedap hati. Jangan-jangan dia nak kenakan aku seperti semalam.

“Kalau berdua saya tak nak!”. Amboi, beraninya aku demand. Macam aku bos kat sini. Dia panggung kepala tenung aku macam nak makan. Aku tertelan liur. Rasa dah over limit.

“Siapa bos, siapa kuli?’. Nampak…Cik Nurin. Pandai sangat demand. Alamat bakal hilang kerja ni!. Otak ligat berfikir.

“Saya kuli…bos”. Perlahan aku jawab.

“Tahu tak apa. Pasal semalam saya minta maaf. Memang salah saya. Hari ini memang betul. Saya tak main-main”. Dia beriak tenang. Aku pula yang terlopong. Tak sangka Mr.Hotter Guy yang kerek boleh minta maaf pada aku?…kuli je. Hmm…bagus!. Ada perubahan nak jadi Mr. humble lepas ni.

“Maaf diterima”. Aku balas suka. Sebenarnya aku bukan seorang pendendam pun. Kalau dah orang minta maaf, kita wajib memaafkan orang itu. Lagipun bukan dia buat dosa besar pun.

“Nanti bawa sekali dokumen mengenai bajet perumahan elit di Rawang eh”. Sekali lagi dia mengarah. Aku sudah mencatat dibuku nota. Penting tu!.

“Kalau tak ada apa lagi, saya minta diri dulu”. Aku sudah mahu melangkah keluar.

“Nurin”. Lembut suaranya membuatkan langkahku terhenti. Alahai…lemah gemalainya. Sampai aku pula yang terbuai.

“Er…ada apa bos?”.

“Temujanjinya pukul 11 pagi ni di Nusantara Holding. Remember that?’. Aku angguk kepala. Aisye…siapa bos siapa secretary ni! Bila dia pula yang ingatkan appointment dengan client itu.

“Saya tahu bos”. Aku jawab lagi. Dia tersengih. Senyum kat aku ke?. Hailah…cair mak macam ni. Cik Nurin…sedar diri. Dia tukan orang kaya-kaya yang kau tak suka. Huh…terus tersedar dari mimpi. Aku angkat kaki pula terus keluar dari bilik bos. Tubuh sudah rasa hendak demam dek serangan senyum dari bos tadi. Cik Nurin…jangan jatuh hati. Nanti kena mandi bawah jambatan!. Aku tersenyum pula.

Luqman Hakimi menyambung semula tugasnya. Hari ini dia ada mesyuarat penting dengan Nusantara Holding itu. Kalau segalanya berjalan lancar. Projek 20 Billion tu akan masuk ke tangannya. Rezeki tu. Barulah terbukti yang dia memang darah keturunan pedagang dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Hoila…terlanjak sudah memuji salasilah keturunan sendiri.

Dia membuka lappynya. Menyemak dokumen buat kali terakhir dan presentation yang akan disampaikan nanti. Kalau semuanya lengkap dan dapat menarik hati Chairman Nusantara Holdings itu, maka secara sahnya, projek itu akan menjadi miliknya. Dia menguntum senyum pula.

“Jom”. Dia sudah mengetuk meja setiausahanya itu. Spontan gadis comel itu mengangkat kepala. Dia sudah membulatkan mata tanda tunggu apa lagi!.

“Err…baik bos. Give me 10 second”. Kalut aku mengemas dokumen yang diminta aku sediakan tadi. Dia hanya memandang aku atas bawah. Aku pula yang rasa tidak selesa.

“Kenapa bos?”. Pantas aku menyoal.

“Cantik awak hari ni. Kiut sungguh dengan kebaya nyonya. Barulah bersemangat sikit nak jumpa client”. Aku rasa pipiku sudah blushing barangkali dengan pujian mendadak dari Mr. Hotter Guy itu.

Seperti biasa aku sudah terkedek-kedek menyaingi langkahnya yang serupa langkah zirafah itu. Sepanjang jalan, aku tidak lokek memberikan senyuman. Dari jauh aku sudah nampak Pak Berahim peon syarikat ini yang membawa beberapa keping surat. Nak je aku tanya apa jadi dengan pakcik yang jatuh di bilik wuduk tempohari. Tapi disebabkan mengejar masa. Aku hanya sempat memberi salam je. Tak apalah. Masa masih panjang. Nanti balik, boleh tanya lagi.

“Awak kenal Pak Berahim?”. Dia soal aku bila tubuh sudah kuhenyakkan di kusyen tempat duduk di sebelahnya.

“Ha…aaa”. Laju aku menjawab.

“Peramah betul awak ye…baru masuk kerja dua hari semua orang awak kenal”. Dia puji ke perli ni?. Aku pula tak dapat agak. Namun aku buat tak endah. Tapi tangan sudah menadah untuk membaca doa masuk kenderaan. Mulut pula sudah terkumat-kamit.

“Hmm…baca jampi serapah apa, naik kereta saya ni?. Takut saya sentuh tangan awak macam semalam ke?. Saya janji saya tak buat lagi. Kan dah minta maaf tadi”. Laju je dia menembak tanpa tahu sebab musabab yang sebetulnya. Aku pula yang angkat kening dengar segala tohmahannya itu.

“Bos…bila kita naiki kenderaan kita kena baca doa minta perjalanan kita ini selamat sampai ke destinasinya. Lagipun kita pergi atas urusan kerja. Minta urusan kita ini dipermudahkan ALLAH.”. Dia sudah terdiam bila aku membalas anggapannya yang bukan-bukan itu.

“Hmm…lagi satu…kita nak pergi atas urusan rezeki yang halal. Kenalah berdoa dulu. Minta pada ALLAH agar dimurahkan rezeki itu buat kita”. Aku tambah lagi biar dia sedar yang jangan sesuka hati membuat tanggapan yang bukan-bukan. Apa dia ingat aku ni kaki mandrem ke nak jampi serapah bagai. Hish…mengarut betul.

“Err…”. Dia sudah terkedu. Akhirnya aku dan dia hanya diam membisu je sampailah Merc SLK ini masuk ke perut bangunan Nusantara Holdings.

Dia keluar dari perut kereta. Kot yang tersidai di kerusi belakang diambil lalu dipakaikan ke tubuhnya. Nampak smart sangat. Dia angkat kening pandang aku.

“Okey tak?”. Dia soal.

“Smart and hot bos…err...” Aku terlebih pujilah pulak. Dia sudah menguntum senyum. So sweet. Ingat Nurin…jangan melebih. Nanti kena mandi bawah jambatan. Otak tak habis memberi peringatan. Kami melangkah masuk ke perut lif yang sudah terbuka.

“Nurin…”Aku dongak kepala lihat wajahnya yang kacak itu memanggil namaku. Mak…cair aku macam ni. Kenapa mamat kaya bajet hensem ni… hmm…handsome betul?. Lepas ni kena tukarlah pula ayat panggilan ini. Dah tak sesuai diguna pakai buat dia. Sebab dia memang handsome.

“Yes bos”. Aku pandang sambil bibir mengorak senyum.

“Boleh baca doa mohon rezeki. Saya harap sangat hari ini ALLAH memberikan rezeki ini buat saya”. Pintanya. Aku pula yang rasa nak nangis dengar permintaannya itu. Very Humble!.

“Bos angkat tangan AMINkan apa yang saya baca eh”. Laju je dia angkat tangan patuh pada arahan aku. Nak tergelak je tengok mukanya yang handsome menurut perintah.

“YA ALLAH, Ya Tuhanku. Jika rezekiku berada di atas langit, maka turunkanlah ia. Dan jika berada diperut bumi, maka keluarkan ia. Dan jika sukar maka mudahkanlah ia, dan jika haram maka sucikanlah ia, jika masih jauh dekatkanlah ia. Ya ALLAH, Limpahkanlah kami rezeki sepertimana rezeki yang Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMU yang soleh. AMIN YA ROBBAL ALAMIN”.

Dia sudah meraup kedua tangannya ke muka setelah aku selesai membaca doa itu. Kemudian pintu lif berdeting tanda kami sudah sampai ke tingkat yang menempatkan bilik mesyuarat. Aku seperti biasa terkedek-kedek mengekor langkah kakinya yang panjang macam zirafah itu. Dalam hati aku sudah berdoa. Harapanku mamat kaya memang hensem ini akan berubah menjadi Mr. Hotter Guy a.k.a Mr Humble sedikit masa lagi. AMIN.

“How are wonderful world?”. Dia sudah ucap begitu sambil sengih sampai ke telinga. Aku hanya melihat dengan pandangan gembira. Akhirnya projek RM20 juta menjadi miliknya juga.

“ALHAMDULILAH bos…kalau rezeki tu dah ALLAH tetapkan jadi milik bos. Maka jadilah”. Aku sudah mengorak senyum pula. Dia masih tersenyum-senyum.

“Lepas ni teman saya makan?”. Aku sudah menganga. Terkejut!. Ingatkan lepas selesai urusan dengan Nusantara Holdings kami dah nak balik semula ke pejabat. Dah bertukar agenda pula saat-saat akhir.

“Err…”. Aku rasa serba salah. Rasa macam dah langgar etika kerja pun ada. Keluar makan dengan bos sesaja…bukan termaktub dalam perlembagaan jawatan aku. Pergh…perlembagaan tu!...

“Jangan menganga macam tu. Saya tahulah saya hensem.” Aku rasa macam nak termuntah je dengar ayat yang keluar dari mulutnya walau aku tak nafikan dia memang hensem. Segera aku tutup mulut. Asalnya aku menganga bukan sebab dia hensem tapi terkejut dengan ajakannya itu. Mula-mula dia ajak aku makan, lepas ni nak ajak aku pergi mana pula…entah-entah hotel?. Ishy…aku sudah menggeleng kepala. Cuba menghindar prasangka yang bukan-bukan. Nurin…Nurin…kuat betul perasan!...tak ada maknanya dia nak bawa kau ke hotel…

“Tak sudi?”. Dia soal aku pula. Pantas aku menggeleng. Sekejap aku menggangguk. Tak tahu nak jawab mana satu. Dia pula sudah kerut dahi tanda tidak faham.

“Sudi ke tak?”.

“Maaf bos…kalau bukan urusan kerja…saya tak mahu. Langgar perlembagaan jawatan saya bos”. Selamba aku jawab. Dia sudah ketawa. Hish…manis sungguh tawanya. Macam coklat Cudbury.

“Perlembagaan jawatan…”. Dia sambung ketawa lagi. Aku pula yang terkulat-kulat. Salah sebut ke?.

“Keluar makan dengan bos lepas selesai urusan bisnes…salah satu perlembagaan jawatan. Take note okey?”. Dia sudah keluarkan arahan. Aku pula yang tertelan liur. Hmm…nak ikut ke tak?...tak ikut kang…hilang kerja. Tapi bos dah keluarkan arahan, aku kena ikut. Perlembagaan jawatan tu!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku