Mr.Hotter Guy
Bab 8
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 20 Jun 2013
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
4582

Bacaan






Bab 8

Luqman Hakimi hanya memerhati saja kelibat setiausaha comelnya itu melangkah pergi tanpa menoleh lagi padanya. Hati memang berasap tahap terbakar skala besar dan bakal rentung dalam 5 minit lagi. Dia mendengus. Tak pernah sepanjang hidupnya, seberani itu seorang perempuan membantah cakapnya. Makanan yang dipesan sedia terhidang elok di meja makan. Hilang selera hendak menjamah dek kerana selesai bertengkar dengan setiausahanya itu. Nak je dia balik ke pejabat dan arahkan Puan Liza Ketua Setiausaha Berjaya Corporation taipkan surat pemecatan jawatan Nurin Kamila Hisyam itu berkuatkuasa serta merta.

“Hai…sorang je?”. Dia panggung kepala melihat siapa gerangan yang menegurnya itu. Andrea senyum sinis dengan wajah bermekap tebal. Salah satu trademark pelakon filem yang tengah naik itu. Luqman Hakimi terasa rimas. Sudahlah hatinya berasap belum lagi hendak surut asapnya, ditambah pula melihat wajah Andrea yang serupa pelakon opera Cina itu.

“May I?”. Tanpa sempat dia membalas, Andrea sudah melabuhkan punggung duduk setentang dengannya. Luqman Hakimi hanya senyum kelat. Bolognese Carbonara yang sedia terhidang dikuis sedikit dengan garfu. Patah selera kerana menahan sakit bertengkar tadi. Sekarang hilang selera terus gara-gara menatap wajah opera Cina milik Andrea.

“Bagus…dah maju setapak!”. Dia pandang wajah Andrea dengan dahi berkerut. Andrea buat wajah selamba lalu menyisip sedikit air sirap laici yang sudah di depan mata. Luqman Hakimi masih memandang dengan seribu persoalan. Apa yang bagus? Apa yang maju?. Dia berteka-teki pula.

“Maju setapak sebab keluar dengan salesgirl tu?”. Andrea mencebik. Luqman Hakimi menarik nafas. Oh…hal itu rupanya untuk pujian yang Andrea berikan tadi.

“She not salesgirl anymore. But my secretary right now”. Kali ini Andrea pula yang melopong. Tak sangka, maju betul. Dari salesgirl dah naik pangkat jadi secretary. Merah sedikit telinganya kerana menahan cemburu.

“So…cabaran I tu macamana? Masih berjalan?”.

“Yup. Dengan jayanya. U tak nampak yang dia dah sudi keluar makan dengan I”. Luqman Hakimi sudah senyum. Andrea sekadar menjeling. ‘Ingat aku bodoh, tak nampak apa yang berlaku tadi’. Andrea bermonolog pula.

“Dahlama I perhatikan. Bukan U bertengkar dengan dia ke?”. Luqman Hakimi terkebil-kebil. Agaknya sandiwaranya tadi dengan Nurin sudah sampat tahap mana diperhatikan Andrea. Dia kalut berfikir pula.

“I nak perbaharui cabaran”. Luah Andrea. Luqman Hakimi sedikit kusut. Bukan senang hendak pikat Nurin Kamila itu. Ajak makan pun dah liat, banyak pantang larang. Inikan pula nak teruskan langkah ke fasa seterusnya. Namun bila mata bertembung dengan wajah opera Cina milik Andrea, cepat benar semangatnya datang. Semangat berjuang sampai dapat!.

“Apa?”. Dia menyoal tidak sabar.

“U knows?. U lovely mom dah masuk meminang I”. Andrea sudah menguntum senyum. Luqmah Hakimi pula yang rasa nak pengsan dengar apa yang diluahkan Andrea. OMG!...dia sudah mengeluh dalam hati.

“But…I minta tangguh sampai hujung tahun ni. That means ada 6 bulan lagi”. Luqman Hakimi menarik nafas lega. Syukur! 6 bulan…macam-macam boleh jadi.

“So..apa kaitannya?”.

“I nak U pikat salesgirl kampung tu, bukan setakat dia jadi girlfriend. Malah I nak dia jadi tunang U. 6 bulan I bagi tempoh pada U. Kalau gagal…maksudnya I yang menang cabaran ini. Automatiknya I yang jadi tunang U”.Luqman Hakimi sudah menelan liur. Dalam hati sudah berkira-kira hendak memecat Nurin Kamila. Tak sangka pertaruhan dengan Andrea menjadi sengit. Nampaknya berkubur saja hajatnya itu.

Hmm…nak buat macamana? Nampaknya terpaksalah ikut cakap cik adik sorang tu. Akhirnya dia yang kena mengalah. Mati-matian mereka berdebat alias bertengkar tadi. Akhirnya dia kena akur pada kata-kata cik adik secretarynya itu. OH…what the hell!. Dia sudah menyumpah. Tapi bila mata terpandang wajah opera Cina milik Andrea. Cepat benar dia mengubah hala. Teruskan saja. Mengalah demi untuk melepaskan diri dari si muka opera yang berada didepannya ini. Dia mendengus lagi.

“Ok…done…” Akhirnya dia setuju untuk ke sekian kalinya. Dia bangun dari kerusi lalu tinggalkan beberapa keping wang di atas meja sebelum berlalu pergi. Dia biarkan saja Andrea menghabiskan makanan yang sudah dipesan. Hati masih sebal. Patutnya, Nurin Kamila yang menemankannya makan bukan Andrea. Dia melangkah pergi tanpa menunggu Andrea lagi. Memang dia ingin cepat pergi dari situ. Tak sanggup nak pandang lama-lama muka opera Cina itu.

Bergegas aku masuk ke dalam perut lif tatkala pintu itu terbuka. Nasib baik masih awal. Sempat lagi untuk aku makan dan solat. Harapnya Shira masih menungguku di bilik fail untukku ajak keluar makan. Muka masih lagi mencuka. Geram dengan apa yang dilalui tadi. Memang mamat hensem tu kerek. Betul kata Kak Liza. Sumpah lepas ni tak nak aku pandang wajahnya lagi. Dalam mimpi pun tak ingin!. Tiba-tiba aku seperti tersedar sesuatu. Nurin…chek dah lupa ka chek tu kerja ngan sapa?!!...Haila macamana boleh lupa akukan secretary mamat kaya bajet hensem tu. Aku tarik nafas dalam-dalam. Kemudian hembuskan perlahan. Aku sedut nafas lagi. Kemudian hembus, kena selalu praktik begini kalau tidak alamat bakal dapat darah tinggi sebelum waktunya…

Bila dengar ada suara orang terbatuk di belakangku baru aku sedar yang aku bukan keseorangan di dalam perut lif ini. Aku kalih belakang. Lelaki tua baya-baya pakcik tukang sapu itu senyum pada aku. Eh…rasa macam pernah jumpa?. Aku pandang dia lagi, kemudian mata beralih ke kakinya yang berbalut. Ha…tiba-tiba ingatanku kembali normal.

“Eh…pakcik bilik wudukkan?”. Aku soal. Pantas lelaki itu mengangguk. Hari ini nampak dia berlainan sekali. Dah tak serupa peon dengan baju kot yang tersarung di badan. Dah serupa Chaiman pulak aku tengok.

“Pakcik sihat?. Macamana kaki tu?”. Ramah betul aku menyoal. Lelaki itu senyum lagi. Kalau tengok cara dia senyum dah ada iras aku pulak. Hailah…apa ke hal aku melalut yang bukan-bukan ni. Nurin…Jangan perasan!

“ALHAMDULILAH. Dah okey…lepas urut dah tak bengkak. Hari ini dah boleh masuk kerja”. Balasnya ramah.

“Anak ni baru kerja sini ke? Tak pernah nampak pun sebelum ni”.

“Aha…pakcik. Baru masuk seminggu. Setiausaha Encik Luqman Hakimi”. Jawabku ramah. Baru nak memanaskan enjin keramahanku lif berdeting tanda aku sampai ke tingkat 7. Terpaksa aku padamkan enjin keramahan. Tak apalah masih banyak waktu. Nanti boleh berborak lagi.

“Saya minta diri dulu ye”. Pintaku sebelum melangkah keluar. Dia mengangguk pula. Pintu lif tertutup semula. Kesian pula aku tengok. Kaki masih berbalut pun datang kerja. Tentu pakcik tu orang susah. Anak-anak tak ada yang nak jaga. Kalau tidak, kenapa datang kerja jugak walau kaki dah berbalut macam itu. Hmm…banyak betul persoalan yang bermain di otakku ini. Nampaknya lepas ni kena selalu berbaik-baik dengan pakcik tu. Kesian! Sekurang-kurangnya dapat juga aku merasa adanya seorang ayah.

Kaki terusku hayunkan ke bilik fail. Tentu Shira masih menunggu di situ. Nasib baik Shira belum keluar makan lagi saat aku telefon tadi. Kalau tak, terpaksa aku tapau lagi. Kalau tak disebabkan mamat kerek itu. Tentu sekarang aku sedang melantak dengan lahapnya Bolognese Carbonara yang kupesan saat bersamanya itu.

“Syukur. Nasib baik kau tunggu. Kalau tak…terpaksa tapau”. Shira hanya tersengih.

“Pagi tadi yoyo o…keluar makan dengan bos. Apsal tetiba tak jadi?”. Soal Shira semula. Mata tak habis merenungku. Aku pula buat muka selengai. Malas nak cerita. Perut lapar, mood nak berborak lambat benar nak mari…

“Lepas makan…aku cerita dari A sampai Z. La ni jom kita makan. Dah lapaq”. Kataku dalam loghat Kedah sambil menepuk perut. Shira tidak terkata apa. Sebaliknya kakinya sama rancak melangkah seiring denganku untuk ke Restoran Umi yang terdapat di seberang jalan bangunan Berjaya Corporations ini.

“Aku sarankan kat bos minta dia buat majlis amal kat rumah anak-anak yatim. Atas kesyukuran sebab tender RM20 juta tu jadi milik Berjaya Corporation”. Aku mula bercerita setelah kami selesai membalun sepinggan nasi campur tadi. Shira hanya mengangkat kening mendengar cerita aku. Mungkin tidak menarik kut.

“Habis tu..dia tolak?”. Soal Shira. Laju aku mengangguk.

“Biarlah…itukan duit dia. Yang kau nak arah-arah dia tu apsal”. Sambung Shira pula.

Hmm…betul juga kata Shira. Itukan duit dia. Ikut dialah nak buat apa. Tapi aku sarankan benda baik dari ikut kepala otak dia yang asyik nak bermaksiat je. Amboi…bahasa!. Sedar diri dah terlajak kata.

“Cadangan aku okey apa?…daripada ikut kepala otak dia tu. Ada pulak nak buat party…nyanyi-nyanyi kat kelab malam. Nak raikan kejayaan. Bukan maksiat ke semua tu?”. Aku mula nak tegakkan kebenaran. Shira hanya tergeleng-geleng kepala.

“Idea kau bagus. Baik. Suci. Murni”. Kembang pula dengar pujian Shira.

“Tapi kau kena sedar diri. Dia tu bos…kita ni kuli. Kalau nak sampaikan hasrat murni kau sekalipun kena tengok orang. Tak pasal bakal hilang kerja ni”. Shira dah mengingatkan. Aku pula yang tergeleng-geleng kepala. Kenapa eh…susah betul nak minta orang buat kebaikan? Dapat pahala apa?”

“Lagi satu…kalau nak minta orang buat baik…bukan boleh paksa terus. Kena ambil masa. Bersabar!”. Kali ini Shira sudah berceramah pada aku. Hmm…betul jugak. Kali ini aku pula yang rasa bersalah. Nak suruh orang buat baik... tapi salah caralah pula.

“Tapi yang buat aku berasap, bukan pasal idea aku dia tolak. Dia ajak aku temankan dia ke kelab malam. Apa dia ingat aku perempuan jenis itu…jenis…” Kata-kataku mati di situ. Dah tak sanggup nak teruskan. Kalaulah aku tahu dari awal niat dia, tak mahu aku temankan dia makan. Nasib baik aku cepat angkat kaki dari situ. Ingatkan dia bakal jadi Mr.Humble. Nampaknya angan aku akan terus jadi angan-angan kosong. Tak ada maknanya mamat kaya bajet hensem plus kerek tu nak jadi Mr.Humble.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku