Mr.Hotter Guy
bab 10
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 20 Jun 2013
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
4284

Bacaan






Bab 10

Luqman Hakimi masih lagi tayang sengih pada wajahnya yang dibias cermin setinggi tubuhnya itu. Terakam kembali peristiwa semalam dari mindanya. Tak adalah susah mana untuk mencairkan hati Cik Nurin Kamila Hisyam itu. Minta maaf dan ikut ideanya, cepat saja wajah cerianya terpamer dimuka. Hmm…Mr. Hotter Guy…sikit lagi kau kipas dan ambil hati cik adik sayang, tak sampai 6 bulan dia pasti melutut di kaki kau. Yakin benar dan sangat yakin yang dia akan menang dalam pertaruhannya dengan Andrea.

“Fuh..lega. Lepas ni kau dah tak payah tengok muka opera Cina si Andrea tu”. Dia luah begitu pada dirinya yang terpamer di cermin tinggi setentang dengannya itu. Selepas membetulkan anak rambut yang berjuntaian di dahi, dia melangkah keluar dari bilik. Hendak mandi pula di kolam renang yang terdapat di luar rumah agam milik mereka sekeluarga.

“Hah…Luke…happy nampak”. Tegur Puan Sri Khalida yang bersidai di bangku panjang sambil meneguk fresh oren. Badan berbalut bath rub. Mungkin baru lepas berenang agaknya. Hujung minggu begini, Puan Sri Khalida memang akan lepak sekejap di kolam renang sebelum agenda untuk memeriahkan kelab dengan kawan-kawannya akan dipenuhi pula.

Hajat hati hendak berenang terbantut sekejap apabila disapa ibunya. Serentak itu bayang Andrea muncul dibenaknya. Segera dia duduk dikerusi panjang yang setentang ibunya. Dia perlu tahu agenda pertunangan dengan Andrea yang dirancang ibunya itu.

“Ma…kenapa mama pinang Andrea tanpa bincang dengan Luke?”. Dia sudah tarik muncung. Puan Sri Khalida tersenyum menatap wajah kacak anaknya yang cemberut itu.

“Bukan Luke suka dengan Andrea ke?Kemana saja berdua?”. Puan Sri Khalida menyoal pelik.

“Ma…Andrea tu stok pegang-pagang dan pandang-pandang bolehlah. Luke bukan suka pun. Sekadar teman isi masa lapang je.”. Balasnya seraya mencebik. Puan Sri Khalida masih lagi tersenyum.

“Tapi ma berkenan dengan Andrea tu. Ma rasa memang dia sesuai benar dengan Luke. Cantik dan terkenal. Pandai berfesyen”. Puji Puan Sri Khalida. Baginya Andrea itu memang sesuai untuk dibuat menantu. Baru kena dengan taraf mereka yang sentiasa punya stail. Luqman Hakimi sekadar mengeluh. Nampaknya ibu sendiri tidak memahami selera anaknya dalam memilih pasangan hidup.

“Ma…boleh tak soal teman hidup biar Luke pilih sendiri. Biar Luke yang buat keputusan”.

“No way…Luke tu anak mama sorang. Dah tak ada yang lain. Biar mama saja yang pilih. Nanti entah perempuan mana yang Luke berkenan”. Puan Sri Khalida sudah menaikkan suaranya. Pantang sekali orang membantah keputusannya. Putih katanya, maka putihlah yang harus terjadi. Tak mungkin boleh bertukar menjadi warna lain.

Luqman Hakimi sudah berdiri dari kerusi yang didudukinya. Hati terasa panas. Dia melontarkan tubuh terus menjunam ke dasar kolam. Kemudian dia berenang ke hulu dan ke hilir dengan sepantas mungkin. Hati berdongkol dengan rasa marah. Puan Sri Khalida tak habis dengan kuasa vetonya. Sudahlah menjadi raja pada si suami, sekarang hendak menjadi raja pada anaknya pula. Luqman Hakimi sangat tidak berpuas hati. Dia tiada pilihan lagi. Nampaknya dia mesti menang dalam pertaruhannya dengan Andrea.

Luqman Hakimi mengelap tubuhnya. Dia membaringkan tubuh di tepi kolam renang. Wajah cik adik sayang Nurin Kamila terlayar di matanya. Dia tersenyum sendiri. Baginya tak ada kurangnya mantan salesgirl itu. Muka cantik. Comel. Bentuk badan mantap. Habis di’scan’ semalam semasa bertemu mata dengan setiausahanya itu. Punya otak yang bijak. Kalah Andrea si muka opera itu.

“Hish…Mr.Hotter Guy tak akan dah jatuh hati kut”. Dia cepat-cepat menyangkal rasa hati. Tak mungkin dia boleh jatuh hati pada cik adik sayang Nurin Kamila. Tak setaraf. Dia yang sah-sah anak konglomerat terkenal mana padan nak disesuaikan dengan hanya anak-anak setaraf kuli di syarikatnya itu. Segera dia bangun dari perbaringan. Tak boleh terlalu memikir cik adik sayang. Takut nanti tanpa sedar dia tak boleh menidakkan rasa hati pula.

“Luke…baru habis berenang?”. Sapa Tan Sri Hisyam sekadar berbasa-basi.

“Yup”.

“Boleh abah nak bincang sikit pasal majlis kesyukuran yang kita rancang semalam?”.

“Boleh. Tapi bagi Luke pakai baju dulu.” Pintanya kerana baru lepas berenang tadi. Tan Sri Hisyam hanya mengangguk. Luqman Hakimi segera berlari anak mendaki tangga ke biliknya. Puan Sri Khalida yang anggun berpakaian kasual itu bertembung dengan Luqman Hakimi.

“Tergesa-gesa nak kemana?”. Soalnya pada Luqman Hakimi yang sudah menghilang di balik pintu biliknya. Pertanyaan ibunya itu dipandang sepi. Puan Sri Khalida meneruskan langkahnya. Terbit rasa tidak puas hati dengan tindakan anak kesayangannya itu. Dia segera menapak ke bawah. Terlihat si suami sedang ralit membaca Berita Minggu.

“Luke pun dah serupa perangai awak. Melawan cakap saya?”. Luah Puan Sri Khalida pada suaminya yang sedang duduk bersantai di ruang tamu. Mencerun pandangan mata Tan Sri Hisyam pada wajah isterinya yang tiba-tiba naik angin tak tentu fasal.

“Hai…selama ini bukan si Luqman tu anak kesayangan awak. Apa kata awak dia ikut je. Awak kan diktator”. Tan Sri Hisyam menjawab jengkel. Puan Sri Khalida melabuhkan punggung di sofa berangkai dua itu.

“Saya tak kira. Awak pujuk si Luke tu sampai dia setuju nikah dengan gadis pilihan saya. Dalam diamnya tu, saya tahu dia protes tindakan saya”.

“Siapa yang awak pilih?”

“Andrea anak Datin Shima”. Tan Sri Hisyam sudah menggeleng.

“Benda paling penting pun, awak nak juga orang ikut telunjuk awak. Kesian si Luqman tu. Satu-satunya anak kita pun, awak nak juga guna kuasa veto”. Marah Tan Sri Hisyam. Memang dia tak berkenan dengan siapa pilihan isterinya itu hendak dibuat menantu.

“Mestilah…nanti tak pasal dia ikut perangai awak. Kalau tak sebab saya, tak mungkin awak berjaya sampai sekarang. Kalau tak kerana saya, entah kemana hubungan awak dengan Zaimah dulu. Saya tak nak apa yang berlaku dulu terulang pada si Luke. Memang dasar tak sedar dek untung.” Puan Sri Khalida mengutuk suaminya itu. Tan Sri Hisyam hanya melongo. Sakit hati mendengar kata-kata si isteri yang bernada angkuh itu.

“Awak ingat!...jangan berlagak dengan saya. Kalau tak kerana bapak saya kesiankan awak. Tak ada maknanya awak nak senang lenang macam sekarang.” Puan Sri Khalida masih lagi dengan sikap angkuhnya. Tan Sri Hisyam sudah meletakkan suratkhabar Berita Minggu di meja konsul. Segera dia bangun. Malas hendak bertekak dengan si isteri yang sentiasa angkuh dengan kekayaannya itu. Dia menapak ke tingkat atas. Segera mahu ke bilik bacaan. Duduk berlama di situ lagi bagus dari dilayan perangai angkuh Puan Sri Khalida yang tidak berkesudahan itu.

“Huh…cakap sikit je mula nak protes. Lari dari aku. Luke pun lelama ikut perangai dia jugak”. Bentak Puan Sri Khalida. Dia angkat punggung dari sofa yang didudukinya itu.

“Pergi kelab. Lagi bagus dari tengok muka orang tua yang tak sedar dek untung tu”. Dia merengus pula. Langkah diatur keluar dari rumah agam keluarga mereka. Dalam kepala sudah memikirkan beberapa agenda yang perlu dipenuhi bersama kawan-kawannya itu.

Luqman Hakimi yang sedari tadi berada di anak tangga paling bawah, hanya memasang telinga. Sejak balik dari UK lagi, hubungan ibu dan abahnya tak pernah baik. Ada saja yang tak kena. Telinganya baru saja menangkap beberapa butir bicara yang keluar dari mulut ibunya. Siapa Zaimah?. Apa hubungannya dengan abahnya sampai ibunya seradang itu. Dia pula yang kalut memikir. Bertembung dengan abahnya semasa hendak ke tingkat atas, matanya disapa dengan wajah bening milik lelaki tua itu. Terbit rasa sedih dalam hati Luqman Hakimi.

Ibunya sudah makin hilang rasa hormat pada abah. Semua ini juga berpunca dari abah yang tak pernah mahu menunjukkan kuasa sebagai ketua keluarga. Sudahnya Luqman Hakimi hanya menggeleng kepala. Kelibat si ibu sudah lama menghilang dari rumah agam keluarga mereka. Mungkin keluar berlibur dengan kawan-kawan agaknya. Luqman Hakimi segera menapak ke tingkat atas semula. Mahu menyambung perbincangan dengan abahnya yang tertangguh tadi. Soal apa yang didengar, dia hanya mahu mengambil jalan tengah. Tak perlu masuk campur.

“Mummy tak faham betul dengan Andrea. Kenapa minta tangguhkan pertunangan sampai 6 bulan?. Elok-elok Puan Sri nak hantar peminangan. Minta tangguh pula. Dulu bukan Andrea yang tak sabar nak disatukan dengan Luke?”. Datin Shima sudah berkerut kening. Tak faham dengan karenah anak perempuan kesayangannya ini.

“Mummy…Drea tahu apa yang Drea mahu. 6 bulan bukan lama mana pun. Lagipun Drea perlu habiskan kontrak lakonan Drea baru boleh move on kepada benda lain”.

“Jangan nanti Andrea gigit jari sudah. Luke tu macam goreng pisang panas. Cepat je laku”. Andrea sudah tergelak kuat mendengar apa yang keluar dari mulut Datin Shima. Tak sesuai langsung disamakan Luqman Hakimi the hotter guys dengan goreng pisang panas.

“Mummy…Drea peliklah…kenapa banyak-banyak gadis hot kat KL ini, Andrea yang dipilih jadi menantu pilihan Puan Sri Khalida.” Kali ini Andrea pula yang berkerut kening. Seingatnya Puan Sri Khalida fussy orangnya. Tak akanlah dia sudah memenuhi kriteria menantu pilihan wanita fussy itu.

“Oh…gosh!”. Datin Shima sudah menarik nafas. Tak sangka soalan itu pula yang ditanya Andrea. Hmm…siapa yang tak kenal dengan Puan Sri Khalida. Memang fussy tahap tak boleh diukur. Mujurlah dia ada menyimpan rahsia besar mengenai Puan Sri Khalida masa mudanya dulu. Dek kerana rahsia itulah Puan Sri Khalida tiada pilihan. Andrea yang tak memenuhi kehendak itu juga yang dipilih.

“Anggaplah jodoh Andrea dengan Luqman Hakimi. Dah tak payah fikir perkara tu lagi. Fikir pasal persiapan tunang yang akan berlangsung 6 bulan lagi”. Datin Shima cepat-cepat mengubah tajuk. Andrea sudah mengangkat kening. Pelik pula memikirkan apa rahsia antara ibunya dengan Puan Sri Khalida hingga semudah itu dia yang jadi menantu pilihan.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku