Mr.Hotter Guy
Bab 13
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 20 Jun 2013
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
3858

Bacaan






Bab 13

“Sudah-sudahlah Andrea. Lemas I dengan rangkulan you. Luqman Hakimi sudah merenggangkan pautan tangan Andrea dilengannya itu. Andrea menghentak stiletto rona pink kerana marah dengan tindakan Luqman Hakimi.

“Tadi bukan main you suka I pegang dan himpit you. Kenapa dah kat luar ni you buat I macam kucing kurap pulak?”. Andrea meninggi suara. Sakit hati kerana dilayan serendah itu oleh Luqman Hakimi.

“Tadi I berlakon je. I nak dia cemburu”. Balas Luqman Hakimi. Andrea sudah tergelak. Rasa lucu pula mendengar kata-kata lelaki di depannya itu.

“I rasa you akan kalah tak lama lagi Luke. Terima hakikat. you tak akan boleh lari dari I. you akan jadi milik I jugak”. Andrea bernada angkuh.

“Masih ada 4 bulan lagi. Masa masih panjang. I tak akan menyerah sebelum mencuba”. Luqman Hakimi membalas yakin. Andrea memeluk tubuh. Kemudian dia mencebik. Benci mendengar kata-kata yakin dari mulut Luqman Hakimi.

“ I tak nampak pun dia cemburu. Dia tak ada perasan pada you. I pasti, you bakal kalah Luke”.

“No..never”.

“Kalau you menang pertaruhan ini pun. You fikir mama you akan dengar cakap you. Mama you nak I jadi menantu dia. Jadi isteri you. Come on Luke. Kita hentikan saja permainan ni”.

“Never. You yang mulakan. Biar I yang tamatkan. Soal mama I..biar I yang tentukan. You fikir?. I satu-satunya anak yang dia ada. Dia nak ikut kehendak you ke atau I…anak kesayangan dia?”. Luqman Hakimi juga tidak mahu kalah berdebat dengan Andrea. Sakit hatinya kerana Andrea mahu tamatkan permainan ini sedangkan dia berkobar-kobar hendak menyudahkan misi mengorat cik adik sayang.

“Dengar cakap I. You bakal kalah Luke”. Andrea masih tidak berputus asa. Dia cuba memujuk lelaki itu untuk menamatkan permainan yang dimulakannya itu.

“Shut up. I rimaslah. I nak masuk dulu. Rimas dengar you membebel”. Balasnya lalu mengorak langkah masuk ke dewan semula. Andrea menarik muncung. Nampaknya dia gagal memujuk lelaki itu. Dia pejam mata. Cuba mengusir rasa sakit hati. Tiba-tiba dia senyum.

“Hmm…kalau dia aku gagal pujuk. Yes…si salesgirl kampung tu tentu termakan hasutan aku”. Dia petik jari. Seolah mendapat idea yang bernas. Dia senyum lalu ketawa. Kemudian langkah diatur masuk semula ke dalam dewan.

SAAT kereta Merc itu berhenti di persimpangan lampu isyarat, Tan Sri Hisyam menjengah keluar cermin kereta. Mata seakan terpaku melihat kelibat seorang wanita sedang menjinjit sebuah beg berisi pakaian menghala ke perhentian teksi yang berada di seberang jalan. Lenggok gaya dan bentuk tubuh seakan seperti wanita yang pernah dikenalinya dulu. Serentak itu bebayang Zaimah muncul di ruangan matanya. Spontan dia membuka pintu kereta. Kaki sudah melangkah keluar dari perut Merc itu. Dalam benaknya dia perlu mendapatkan wanita itu. Dia perlu pastikan adakah wanita itu benar-benar Zaimah. Wanita yang pernah dicintai 25 tahun lepas. Walau dia tahu Zaimah sudah lama ditelan bumi, namun kata hatinya kuat menyatakan yang isteri mudanya itu masih lagi bernafas di muka bumi ini.

“Tuan…nak kemana?”. Terkejut Pak Sahak drebar setia Tan Sri Hisyam apabila melihat lelaki tua itu sudah melangkah keluar tanpa dapat ditahan lagi. Segera dia keluar dari tempat pemandu. Ingin menegah Tan Sri Hisyam dari meneruskan langkahnya.

“Tuan nak kemana?. Kita ada majlis ni. Nanti Encik Luqman dan Puan Sri tertunggu-tunggu pulak”. Pak Sahak mengingatkan pula tujuan mereka keluar hari ini. Namun kata-kata Sahak tidak kedengaran langsung di telinga. Apa yang menarik perhatiannya adalah wanita di seberang sana. Segera dia memanjangkan langkah untuk ke seberang dengan tergopoh gapah. Dia tak mahu jika terlambat langkah, wanita itu juga bakal hilang ditelan perut teksi.

“Tuan!!!” Sahak sudah menjerit. Serentak itu satu cahaya menyuluh matanya. Dia terasa tubuhnya melayang di udara lalu tanpa sedar dia sudah terbaring di atas jalan raya. Matanya kelam dan dia sudah tidak ingat apa-apa lagi.

“Zaimah”. Dia seru nama itu dalam hatinya.

TEKSI berwarna merah putih itu menurunkan penumpang di perhentian teksi yang terdapat di kawasan perumahan Taman Bukit Angkasa itu. Mencanak tubuh kurus tinggi itu melangkah keluar dari perut teksi. Mata meliar mencari arah flat Seri Cempaka yang dihuni anaknya. Walau hari sudah semakin gelap, namun persekitaran perumahan flat yang disimbahi cahaya lampu jalan menyebabkan kawasan itu terang benderang.

Perlahan-lahan wanita itu menapak ke arah rumah dihuni anaknya. Dalam hati mengucap syukur walau sudah 2 tahun dia tidak datang menjengah, keadaan persekitaran langsung tidak berubah. Dia menghayun langkah selaju mungkin. Tak sabar hendak melihat wajah anak kesayangan yang sudah lama tidak pulang ke kampung. Apa agaknya yang dicari anak gadisnya di kota metropolitan ini walau ijazah sudah lama berada digenggaman. Entah apalah sumpah yang dibuat. Selagi belum dapat kerja yang bersesuaian, memang anak gadisnya itu tidak mahu pulang ke kampung.

Kalau tak disebabkan kerana hal penting yang bersangkut paut dengan anak gadisnya itu, tak ingin dia datang ke kota metropolitan ini. Kota Kuala Lumpur yang mencatat kisah hitam dalam hatinya. Namun kerana rindu yang menggunung, dia redah juga menemui anaknya ini, walau hati masih terasa sakit dengan peristiwa yang berlaku 25 tahun dahulu.

LUQMAN Hakimi kalut meneruskan langkah ke bilik ICU di Ampang Medical Center itu. Pak Sahak drebar abahnya masih menunggu di luar bilik. Segera dia mendapatkan lelaki tua itu.

“Apa dah jadi?”. Tanpa sabar dia menyoal.

“Tan Sri dilanggar kereta”. Balas Sahak berdebar-debar. Takut hendak bertentang mata dengan Luqman Hakimi. Takut jika dia dipersalahkan atas insiden yang berlaku.

“Macamana boleh kena langgar?”

“Masa saya nak hantar Tan Sri ke hotel. Kami berhenti sekejap di persimpangan jalan kerana lampu merah. Masa tu lah Tan Sri keluar dari kereta tergesa-gesa menyeberang jalan. Tak sempat saya nak halang”. Balas Sahak tergagap-gagap. Luqman Hakimi sudah merah mukanya kerana menahan marah. Ada drebar pun tak boleh diharap. Dia mengomel dalam hati. Baru nak memberi sepatah dua kata berbentuk amaran pada Pak Sahak. Doktor dan jururawat yang berada di bilik ICU itu keluar dari bilik. Segera dia mendapatkan doktor tersebut. Dia perlu tahu keadaan abahnya itu.

“Macamana abah saya?”

“ALHAMDULILAH. Tan Sri dah sedar. Dia sudah melepasi tahap kritikal. Kami akan pindahkan dia ke wad biasa. Encik boleh melawatnya nanti”. Doktor muda itu senyum. Luqman Hakimi menarik nafas lega. Tak jadi dia hendak marah Sahak apabila mendengar perkhabaran dari doktor muda itu. Menonong dia mengikut abahnya yang disorong keluar dari bilik ICU itu untuk dipindahkan ke wad biasa. Lega kerana abahnya sudah sedar.

“Abah okay?”. Tan Sri Hisyam mengangguk lemah.

“Mama kamu mana?”. Mata Tan Sri Hisyam meliar mencari wajah Puan Sri Khalida. Namun dia sedikit hampa kerana tiada pun bebayang isterinya itu saat dia terlantar sakit sebegini. Luqman Hakimi tidak terkata. Hendak dibohong apa lagi dia pun tidak tahu. Yang pasti memang mamanya tahu abahnya berada di hospital kerana kemalangan. Cuma sehingga saat ini dia tidak tahu kenapa mamanya belum sampai-sampai lagi.

“Mama on the way”. Cekap saja dia mencipta alasan untuk menyedapkan hati abahnya. Tan Sri Hisyam hanya memejamkan mata. Wajah Zaimah kembali bermain di ruangan matanya. Tanpa sedar ada air mata yang menitis.

“Luqman baliklah dulu. Abah tak apa-apa. Abah nak berehat. Abah nak tidur”. Ucapnya sambil mata masih terpejam. Luqman Hakimi mengeluh. Terbit rasa sedih melihat wajah kehampaan abahnya. Dia tidak dapat meneka apa yang bermain di fikiran abahnya itu sehingga menitiskan air mata sebegitu.

“Luke balik dulu ye…esok Luke datang lagi”. Balasnya. Dia menarik kain selimut lalu menutup tubuh abahnya. Dalam hati dia mengucap syukur kerana abahnya tidak apa-apa.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku