Mr.Hotter Guy
Bab 16
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 20 Jun 2013
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
4081

Bacaan






Bab 16.

Luqman Hakimi melangkah ceria masuk ke pejabatnya hari itu. Perkara pertama yang dibuatnya adalah menuju ke arah meja milik setiausahanya itu.

“Hai…Cik Nurin!. Boleh masuk ke bilik saya sekejap?”. Pintanya sambil menayang sengihan pada cik adik sayang yang sedikit blur itu. Mungkin setiausahanya itu terkejut kerana melihat wajahnya yang hensem ini di depan mata.

“Ya…yup…yup…”. Tergagap-gagap setiausaha comelnya itu membalas. Kemudian dia mengenyitkan mata pula sebelum melangkah masuk ke dalam biliknya. Setiausaha comelnya itu sudah terbeliak biji mata. Mungkin bertambah dos terkejutnya kerana menerima kenyitan spontan dari bos hensem pagi ini.

AKU mengurut dada berkali-kali. Entah mimpi apalah mamat kerek bajet hensem tu tetiba mengenyit mata padaku. Mahu luruh jantung barangkali kerana tak tertahan menanggung serangan dari makhluk hensem ciptaan ALLAH itu. Tanpa membuang masa, aku mengambil diari catatan lalu mengorak langkah masuk ke bilik bos. Apalah yang penting sangat, tanpa menyempat masuk ke biliknya dia sudah memanggil aku. Mungkin penting agaknya!. Fikirku berteka-teki.

“Assalammualaikum bos”. Ucapku tatkala pintu biliknya ku buka. Dia tersenyum memandangku. Haila…mimpi apa bos malam tadi!. Jarang benar dia nak tersenyum pada aku kalau awal pagi masuk opis.

“Untuk awak”. Dia suakan padaku kotak kecil berbaldu biru itu. Serta merta aku tertelan air liur. Kotak apa ni?. Apa isi dalamnya?. Tak akan cincin melamar kot. Penat aku berteka-teki. Kalaulah tekaanku betul. Pengsan aku barangkali. Disini juga!. Sudah-sudahlah perasan cik Nurin oii…cer kau buka tengok isi dalamnya dulu. Jangan nak perasan tak tentu pasal. Otak sudah ligat menasihat pula.

“Apa ni bos?”. Aku soal teragak-agak.

“Bukalah. Saya beli khas untuk awak”. Tuturnya lembut. Alahai…gaya cakap macam nak melamar aku pun ada. Aku buka. Lalu lihat isi dalamnya. Sebentuk kerongsang dipenuhi mutiara nampak cantik pada pandangan mataku. Kalau disematkan di tudung bawalku. Memang amat cantik sekali. Tapi cepat-cepat aku tersedar. Macam rasuah pun ada. Bos nak sogok aku ke? Atas urusan apa pula?.

“Er…saya tak boleh terima bos. Rasuah ni”. Spontan, mulut tanpa insurans sudah berbicara. Serentak itu, dia ketawa berdekah-dekah. Isy…aku salah cakap ke?

“Ini bukan rasuah. Saya ikhlas. Lagipun sebagai penghargaan untuk idea awak pasal majlis kesyukuran tu”. Balasnya bersahaja. Namun sisa tawa itu masih terlukis di wajahnya. Terkulat-kulat aku menahan malu. Cepat sangat buat serkap jarang. Dah tu serkap jarang yang memalukan pulak.

“Saya tak boleh terima bos. Mahal ni”.

“Saya ikhlas Nurin. Awak patut terima hadiah tu”. Tegasnya pula. Aku serba salah. Aku bukan tak nak terima. Tapi rasanya tak berbaloi dengan idea yang kuberi. Lagipun aku tak minta apa-apa balasan untuk idea yang tak seberapa itu.

“Maaf bos”. Aku ulang lagi. Kotak berbaldu biru itu aku letak kembali di atas meja kerjanya. Serta merta dia ambil kotak itu lalu bergerak ke arahku dengan mata yang merenung tajam. Aku pula yang terkaku di situ. Dipaku terus dengan panahan mata helangnya itu.

“Saya nak awak ambil”. Tanpa dapat kuelak dia telah memegang tanganku. Kotak baldu itu diletakkan di atas telapak tanganku. Lama dia memegang tanganku. Terkejut aku tatkala tangan disentuh bos. Terpana sekejap. Rasa adrenalin bergerak laju mengepam seluruh darah ke tubuhku. Rasanya pipiku sudah blushing kerana seumur hidup tak pernah aku disentuh seorang lelaki yang bukan mahram.

“Lepaslah”. Aku merayu. Tangan yang berada dalam genggamannya ku tarik kuat. Namun sedikit pun dia tak mahu lepaskan.

“Lepaslah”. Kali ini suaraku sedikit kuat. Namun dia masih buat tak peduli.

“Saya akan lepas, kalau awak ambil hadiah ini”. Dia mengugut aku pula. Nak tak hendak terus aku mengangguk.

“Okey. Saya ambik”. Jawabku. Namun tanganku masih lagi dalam genggamannya.

“Kan saya kata nak ambik. Kenapa pegang lagi?. Lepaslah”. Aku dah mula meradang. Dia cuma tersengih. Spontan tanganku diciumnya. Terkejut aku bukan kepalang. Memang bos ini dah tahap kurang ajar. Mukaku masam mencuka. Aku berdecit. Tanpa kata terus aku keluar dari biliknya. Kotak baldu biru itu aku campak dalam laci meja kerja. Mood sudah bertukar menjadi marah berapi. Hish…mamat kerek ni suka sangat ambil kesempatan.

Luqman Hakimi tidak henti tersenyum. Kemudian dia menelek pula wajahnya di cermin besar yang tergantung di belakang tempat duduknya. Tak habis-habis dia menayang sengih. Kening sudah terangkat-angkat kerana bangga dengan apa yang berlaku tadi.

‘Hmm…bukan setakat gold and diamond, kiss pun sudah. Huh…dua kaedah terus aku praktik. Tak adalah susah mana. Sekarang fikir macamana nak praktik kaedah ketiga pula’. Dia sudah terkekeh-kekeh ketawa. Dalam fikiran sudah memikirkan gelagat cik adik sayang yang tak adalah garang mana. Setakat garang macam kucing siam. Dua tiga kali kena belai, yang garang akan berubah jadi manja. Siap bergesel di kaki minta dibelai. Dia sambung ketawa lagi. Yang pasti Andrea bakal kalah dalam permainan ini.

‘Nasiblah cik adik sayang. Terpaksa jadi kambing hitam untuk memuaskan hati aku’. Dia bermonolog lagi.

“WHAT wrong with you Drea?. Dua tiga hari ni, mama tengok Drea macam orang susah hati. Cuba cerita pada mama.” Datin Shima renung wajah Andrea yang kusut itu. Andrea hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Hendak makan pun dia tak berselera. Makanan yang sedap di depan mata pun tidak dapat menggoda hatinya. Akhirnya dia bangun dari tempat duduk tanpa menjamah apa-apa.

“Kenapa Drea?”. Datin Shima sudah mengekor langkah anaknya yang berjalan malas ke arah ruang tamu. Patah juga seleranya bila melihat wajah anak kesayangan yang kusut seperti menanggung masalah yang besar.

“Drea tak yakin yang Luke akan jadi suami Drea dalam masa 6 bulan lagi”. Andrea duduk memeluk lutut di atas sofa berangkat tiga itu. Datin Shima menghenyakkan punggungnya duduk di sebelah Andrea. Tubuh anaknya itu dipeluk mesra.

“Kenapa anak mama cakap macam tu?”. Dia soal dengan lemah lembut.

“Drea takut Luke akan menang dalam permainan ini”. Datin Shima sudah mengerut dahi. Permainan apa pula?. Dia sudah menjadi keliru.

“Sebenarnya Luke tak ada hati dengan Drea. Tapi Drea nak juga Luke terikat dengan Drea. Maka Drea suruh Luke mengorat salesgirl kampung. Kebetulan Drea beli cenderamata kat The Curve. Sebarang saja Drea suruh Luke mengorat awek kat situ. Lagipun Drea sakit hati sebab salesgirl tu berani-berani nak marahkan Drea”. Datin Shima sudah membulat matanya. Tak sangka Andrea boleh cipta permainan bodoh ini.

“Drea..Drea…kenapalah tak fikir dulu sebelum buat yang bukan-bukan? Kalaulah Luke dapat mengorat salesgirl tu macamana?”.

“Itulah yang buat Drea kusut sekarang ni. Yang buat Drea bertambah kusut. Salesgirl tu dah jadi secretary Luke pula. Lagilah Luke ada banyak peluang nak menang dalam permainan ini”. Andrea sudah menarik nafas pula. Datin Shima hanya menggeleng kepala. Rasa Andrea sudah jauh tersasar. Asalnya hanya satu permainan sudah menjadi sungguhan pula.

“Tak apalah Drea. Nanti mama bincang dengan Puan Sri Khalida. Dia tu diktator. Setakat nak guna kuasa vetonya. Apalah sangat posisi secretary tu. Tak lambat adalah yang kena pecat nanti”. Datin Shima sudah tersenyum.

“Thanks mama”. Andrea terus memeluk tubuh mamanya. Dia juga turut mengukir senyum.

‘Tak lama mana si salesgirl kampung itu terpaksa balik kampung tanam jagunglah jawabnya. Bakal hilang kerja. Luke..luke…kau tak akan dapat lari dari aku.’



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku