Mr.Hotter Guy
bab 18
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 20 Jun 2013
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
4363

Bacaan






Bab 18

“Kau balik dululah. Aku kerja overtime hari ini. Nak prepare fail untuk mesyuarat esok”. Terang Shira tatkala telefon di meja kerjaku jawab.

“Kau nak pesan apa-apa tak?Kutla nanti lewat balik tak sempat makan?”. Soalku pula.

“Beli burger special dua. Dah gianlah. Lama tak pekena burger Abang Zack”

“Okey…nanti aku beli. Aku balik dulu ye”. Balasku sebelum ganggang telefon aku letak.

Aku menuruni perlahan-lahan tangga bangunan Berjaya Corporations sebelum kaki melangkah menuju ke perhentian bas yang tak sampai 10 meter dari bangunan pejabat. Seperti selalu perhentian bas itu memang ramai orang menunggu. Ada yang menunggu bas termasuk aku. Ada juga yang menunggu orang datang menjemput. Aku duduk di kerusi batu yang kosong. Sesekali mata meninjau kalau bas yang dinanti sudah sampai di tempat aku menunggu ini. Sesekali aku melihat jam di pergelangan tangan. Sudah hampir pukul 6 petang. Nasib baik aku dah selesai solat Asar seperti selalu kerana biasanya bila sampai di rumah memang waktu Asar sudah di hujung waktu.

Sebuah kereta Ford Fiesta berwarna merah berhenti di depan aku. Bunyi hon yang ditekan membuatkan aku bingkas berdiri. Perlahan-lahan cermin kereta itu diturunkan.

“You!”. Suara perempuan memanggilku dengan kuat membuatkan aku menjengah ke arah pemandu kereta itu.

“You!”. Dia ulang lagi sambil jari sudah menunding ke arahku. Aku tenung wajah perempuan itu. Macam pernah aku lihat. Oh…si tepung gomak!. Aku kembali ingat pada wajah perempuan yang mula-mula aku jumpa masa di kedai cenderamata Heart itu.

“You…masuk. I ada benda nak cakap”. Dia sudah mengarah pula. Asalnya aku nak buat tak peduli. Tapi memandangkan bas yang dinanti para penunggu di perhentian bas ini sudah kalut membunyikan hon, nak tak nak aku terpaksa melangkah masuk ke dalam perut kereta si tepung gomak itu.

“I ada benda nak cakap dengan you. Mmmm…siapa nama you eh?. I tak tahulah”. Dia beramah pula denganku.

“Nurin Kamila Hisyam”. Balasku.

“I Andrea Dato’ Zakri”. Dia hulur tangan untuk berjabat denganku. Pelik pula aku rasa. Kenapalah si tepung gomak ini ramah semacam saja?. Aku sambut juga huluran salamnya. Yelah…dah orang nak berbaik. Buat apa aku nak mencari musuh.

“Kita singgah di mana-mana sekejap. Ada perkara I nak bincang?. Tak sesuai nak bincang dalam kereta ni”. Dia putus begitu. Aku hanya mengangkat bahu. Setuju dengan kehendaknya. Walau hati rasa walang. Entah apalah perkara yang dibincangkan. Aku tetap ikut permintaannya. Lagipun badan tengah penat selepas balik kerja. Jadi aku malas nak berfikir banyak. Ikut dan dengar sajalah apa yang nak dibincangkan itu.

Akhirnya kami berhenti singgah di Tutty Fruity yang terdapat di Bangsar ini. Selepas memilih minuman yang kami hendak, aku mengekor langkah Cik Andrea ke tempat yang agak privacy sedikit. Lega tekakku saat yogurt itu singgah di kerongkong. Hmm…sedapnya tak terkata.

“Sebenarnya apa hubungannya you dengan Luke?”. Soalan pertama yang keluar dari mulut Cik Andrea buat aku tersedak yogurt. Benar-benar terkejut.

“Bos dan pekerja”. Aku jawab yakin walau masih terkejut lagi.

“Betul?”. Dia tanya lagi seolah tak percaya. Aku angguk mengiyakan kata-kataku. Memang betullah aku kan setiausahanya. Setakat itu sajalah hubungan kami.

“Sebenarnya I dan Luke akan bertunang tak lama lagi. Kami dah lama bercinta”.

“Jadi?. Apa kena mengena dengan saya”. Soalku pula.

“Luke dah tak macam dulu. Dia dah berubah”. Cik Andrea sudah bersuara lirih.

“Maksud cik?”.

“I rasa dia sukakan you!”. Kali ini aku betul-betul tersedak. Terbatuk-batuk aku sehingga yogurt yang kutelan sudah terkeluar melalui hidung. Pedih, ALLAH saja yang tahu. Cepat-cepat aku mengambil tisu lalu aku lap air hidung.

“Cik Andrea ni buat lawak ke?”. Aku terkekek ketawa pula. Memang lawak sungguh. Tak akanlah si hotter guy tu boleh ada hati dengan gadis kampung macam aku ni!. Cik Andrea yang tip top ni tak akan boleh kalah dengan aku.

“Sebenarnya salah I. Semuanya salah I.” Aku kerut dahi pula bila Cik Andrea mula menyalahkan dirinya.

“Saya tak faham”.

“ I cabar Luke supaya goda you. Pikat you sampai melutut dikakinya. Pikat you sampai berjaya. I bagi tempoh 6 bulan pada Luke untuk pikat you”. Aku terlopong mendengar apa yang Cik Andrea cakap. Hailah…kenapalah aku terlibat sama dalam permainan ini. Jadinya selama ini bos baik dengan aku cuma pura-pura. Berlakon?. Isy…susah nak percaya. Hatiku berbolak balik pula.

“Cik Andrea susah saya nak percaya”. Ucapku. Dengan apa yang berlaku petang tadi memang buat aku susah nak percaya. Bos betul-betul ikhlas layan aku. Betul-betul baik dengan aku. Kalau tidak buat apa dia nak menitis air mata bagai jikalau dia cuma berlakon. Mana ada orang lelaki senang-senang nak menitiskan airmata tanpa alasan yang logik.

“Cik Andrea percayalah pada saya…hubungan saya atas dasar kerja semata-mata. Saya tahu batas saya. Tak mungkin pipit nak terbang sama enggang. Cik Andrea tak perlu risau. Kalau betul bos sukakan saya, tak semestinya saya suka pada dia.” Balasku yakin. Memang aku cari pasal kalau sukakan bos. Tak nak aku lukakan hati emak. Awal-awal lagi mak dah warning aku cukup-cukup.

Cik Andrea aku lihat tersenyum kelegaan.

“Terima kasih, Nurin”. Dia pegang tangan aku sambil tersenyum. Aku rasa terharu pulak. Tak sangka si tepung gomak ini tak adalah sombong sangat. Baik saja.

“Lepas ni I hantar you balik”.

“Eh…tak perlulah. Hantar saya kat stesen LRT Bangsar pun cukup. Saya naik LRT je. Lagipun dekat dah dengan rumah saya”. Balasku. Cik Andrea tidak membalas. Barangkali dia setuju dengan permintaanku.

ANDREA menyanyi-nyanyi kecil saat kaki melangkah masuk ke dalam banglo bertingkat dua itu. Datin Shima yang sedang asyik melihat sinetron pada petang itu pelik melihat tingkah anak kesayangannya itu.

“Happy nampak?”. Tegurnya. Andrea yang asalnya hendak menuju ke bilik sudah melencong ke arah mamanya. Seraya dia duduk di sisi Datin Shima sambil memeluk mesra tubuh gempal mamanya.

“Drea…seronok sangat”. Ucapnya. Datin Shima pandang wajah Andrea sambil kerut dahi.

“Kenapa?”

“Guess?. Siapa yang Drea jumpa tadi”.

“Ala…cakap jelah. Malas mama nak teka-teka”. Datin Shima cubit lembut pipi mulus anaknya.

“Nurin…secretary Luke”.

“What?”. Datin Shima soal terkejut.

“Yup”. Andrea mengangguk laju.

“Cuba cerita. Tak sabar mama nak tahu. Apa yang menariknya?”

“Tak lambat Luke akan kalah juga mama. Luke tu yang bodoh. Terhegeh-hegeh nak mengorat mantan salesgirl tu. Rupanya dia sedikit pun tak ada hati. Katanya kalau Luke suka kat dia tak semestinya dia akan suka Luke. Dia cakap lagi. Drea tak perlu risau. Dia tak akan ada hati pada Luke. Dia tahu batasnya sebagai pekerja”. Terang Andrea ceria. Datin Shima menarik nafas kelegaan. Namun dalam leganya timbul juga rasa cuak.

“Drea jangan yakin sangat. Memanglah dia cakap macam tu. Tapi hati perempuan Drea. Macam kerak nasi. Lama-lama direndam dengan air. Akhirnya lembut juga”.

“Isy..mama ni. Bukan nak bagi Drea happy sikit. Ni menambah yang bukan-bukan pula”. Andrea sudah mula rasa was-was.

“Tak apa Drea. Sekurang-kurangnya Drea dah cuba. Macamana pun mama tetap nak bagitahu Puan Sri. Itu lebih selamat”. Balas Datin Shima sambil menggosok perlahan tangan Andrea. Dia berharap sangat Andrea akan jadi milik Luqman Hakimi akhirnya. Sudah lama dia memasang impian hendak berbesan dengan Puan Sri Khalida. Segala susah payahnya sama-sama bersekongkol dengan rancangan jahat Puan Sri Khalida harus dibalas. Andrea dan Luqman Hakimi harus bersatu.Tekadnya dalam hati.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku