Kawan Sampai Syurga
Genre: Islamik
Kategori: Cerpen
Paparan sejak 11 Julai 2013
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)
1249

Bacaan






Zati menari sambil tayang muka sengih kerang depan Kay. Melompat macam budak kecil, kejap ke kiri, kejap putar ke kanan balik. Muka tak lupa senyum sampai ke telinga. Memang jelas, terang lagi bercahaya lampu suluh yang Zati tengah gembira teramat.

“Kay cantik tak? Cantik tak?” kain skirt yang dia pakai di kembang-kembangkan ke kiri ke kanan. Macam tuan puteri lagaknya. Feeling like a princess kejap.

“Mestilah cantik, kau kan kawan aku, ada lah turun sikit kecantikan aku,” Kay melambung puji diri sendiri. Hujung ayat dia dah bantai gelak sakan tapi dalam hati dia mengiakan kecantikan kawan serumahnya.

“huh,” Zati mencebik, geli telinga dengar Kay puji diri sendiri. Dua tiga tapak dia ke belakang dan dia terus pusing dan laju menuju ke arah pintu.

“Kau nak ke mana ni,” Kay spontan menembak soalan.

“window shopping,” mata dikenyitkan ke arah Kay. Kedua belah kaki menyarung sandal kasual dua inci berwarna koko kuning.

Kay laju menarik tangan kanan Zati.

“Kau ni cantik tau, aku sayang kau,” dengan penuh jujur bibir Kay menutur. Zati senyum pelik. Agak hairan dengan pujian Kay.

Kay tarik nafas dalam-dalam. Cuba untuk bertenang. Otak ligat menyusun kata. Ayat yang mudah disusun tersekat kuat di anak tekaknya.

“aku nak berkawan dengan kau sampai syurga, bukan di dunia je,” intonasi Kay dikawal setenang mungkin. Muka ditundukkan, mulutnya berat untuk berbicara.

“Kalau boleh, pakailah stoking atau sarung kaki, kaki pun aurat ti,” lambat-lambat butir bicara Kay ditutur. Penuh berhati-hati. Bukan senang nak tegur, tapi sebab sayang dia beranikan diri menegur.
Apa guna mulut heboh canang satu dunia cakap nak berkawan sampai syurga tapi ilmu yang ada peram sampai lembam sorang-sorang. Apa guna ada ilmu kalau tak kuat nak tegur kesalahan kawan. Nak tegur bukan senang, macam tarik rambut dalam tepung, tepung cantik tak berselerak rambut tak putus dua.

“alaaa, aku tak selesa la, lagipun, sandal ni ada bunga kat depan ni, boleh cover kaki aku, takde la nampak sangat,” laju je Zati mencipta alasan.

“Raina dah sampai tu, aku pergi dulu,” Zati laju menuju ke kereta Raina. Segigih mungkin dia cuba untuk mencari alasan.

******

Kotak hitam atas meja belajar, Zati buka perlahan-lahan. Nafas ditarik dalam-dalam. Kad kecil yang diselit tepi hadiah dicapai.

“aku serious nak kawan dengan kau sampai syurga”

Handsock dan sarung kaki dikeluarkan dari kotak hitam. Zati hanya pandang sepi hadiah yang Kay bagi. Nak kata tersentuh tidak, terasa hati jauh lagi. Feelingless, dia tak tahu nak respons macam mana, bukan boleh paksa benda macam ni.

“Manusia bukan macam plasticin, ketuk terus berubah bentuk”

“Manusia bukan Ultraman, jerit bertukar terus bertukar”

Satu persatu ayat Kay berputar ligat dalam otak Zati. Putar macam radio.

“Perubahan adalah proses dan memerlukan masa”

Lagi satu ayat Kay bermain-main dalam kepala Zati.

*****

“weeii jom teman aku g kedai SoxWorld tu, nak beli stoking jap,” lagak Kay bagi arahan macam cik puan besar.

“baik boss,” Zati tabik macam orang nak berkawad. Dah hampir sebulan dia tak keluar dengan Kay, asyik sibuk berjalan dengan Raina, Kay pun ditinggalkan.

“weeii, mahalnya stoking tu, kau giler ke hape? Stoking je pun,” Muka Zati dah automatik berubah. Terkejut yang teramat apabila tertengok harga dua pasang stoking di tangan Kay.

Kay macam biasa, senyum macam cara mak-mak senyum. Lembut je, tenang tak payah ceritalah.

“aurat ni benda mahal, stoking ni lagi murah dari aurat kita, stoking ni tebal, berbaloi kot” Kay membalas dengan penuh bersahaja.

Dah penat memilih dan membayar harga yang setimpal dengan belian, Kay dan Zati laju mengorak langkah, agenda cuci mata disambung kembali.

“dah azan da ni, meh g solat dulu ti, da dekat da surau tu,” Kay membelek jam ditangan.

“meh meh meh,” Zati yang dah sedia kebudakan laju mengiyakan.

***

“asal tak letak kasut kau kat sini?” nada pelik dilontar oleh Zati. Bebanyak tempat kosng, tempat tersorok tu jugak Kay letak kasut. Dah la tempat tak berapa nak cantik nak simpan kasut.

“aku segan la weeii., aku tengok kasut tu semua memahal, kasut aku murah je,” Kay melontar suara perlahan.

“Kasut kau tu nampak lebih mahal dari kasut yang lain,” intonasi Zati selamba. Tak provoke, tak memberi semangat.

“hah?”

“kasut kau tu cover benda mahal. Even dah tertutup cantik, kau still cover kaki kau, so automatically kasut kau nampak mahal jugak,” Zati karang ayat sesedap rasa. Tangan kanan dia mengalihkan kasut Kay, tersusun rapi sebelah kasut dia dan kasut yang lain.

“Zati,” Kay pandang Zati atas bawah, tepat pada kaki, sepasang mata dia berhenti. Bibir pula automatik tersenyum. Zati dah pakai stoking yang dia beli di Sox World tadi. Mungkin tukar masa pergi tandas tadi. Bahagia, Allah je yang tahu.

“aku pun nak kawan dengan kau sampai syurga,” Zati tersenyum lebar.

_the end_

Apa guna bibir heboh canang satu dunia nak berkawan sampai syurga tapi ilmu yang ada peram sorang-sorang.

Apa guna bibir heboh canang satu dunia nak berkawan sampai syurga tapi amalan tak seiring dengan bicara bibir.

Moga Allah Redha.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku