SAYA TETAP NAK AWAK!
Bab 39
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Ogos 2013
Apakah kesudahannya?.. Adakah Effa bertemu semula Azlan? atau... dia bertemu dengan cinta barunya di Tanah Suci Mekah itu?? Ikuti kesudahannya dengan mendapatkan novel ini di kedai2 buku berhampiran.. Salam Perkenalan...dan..Selamat Membaca!
Penilaian Purata:
(19 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
18445

Bacaan







BAB 39

Meor segera membuka pintu bilik Surya. Demi terbukanya pintu bilik itu, kelihatan Surya sedang duduk di sudut katil sambil memeluk sesuatu. Dia membelakangkan badannya dari mengadap pintu bilik. Namun yang mengejutkan apabila melihat seluruh lantai bilik Surya itu dipenuhi dengan darah merah pekat.

“Masyaallah! Surya..! Apa ni? Darah apa ni??” Jerit Meor.

Mendengarkan jeritan Meor yang lantang itu, Surya yang masih membelakangkan mereka terus menekup telinganya. Namun ‘benda’ yang dipeluknya masih tersimpan kejap dalam pelukannya.

“Tak.. tak… bukan Surya bunuh Azley… bukan Surya Bang!.. Perempuan tu yang suruh..! Bukan Surya Bang..!” Tiba-tiba Surya pula menjerit.

Mendengar Surya berkata begitu, Meor sudah menjadi tidak tentu arah.

“Mana Azley? Mana Azley? Apa yang kau cakap ni? Siapa bunuh anak aku? Siapa? Apa benda yang kau peluk tu? Bak sini aku nak tengok!” Jerkah Meor lantang sambil mara ke arah Surya.

Surya menguatkan pelukannya. Dia seperti tidak mahu orang lain mengambil barang itu dari pelukannya. Azlan merenung baju Surya yang penuh dengan darah. Diamati benda yang dipeluk Surya itu. Seperti ada darah yang mengalir dari barang yang dipeluk oleh Surya itu. Azlan segera menghampiri Surya dengan perlahan.

“Surya… bagi Abang Lan tengok benda tu.. Boleh kan?” Tanya Azlan dalam nada lembut memujuk.

“Tak… tak boleh..! Ni Surya punya.. Semua orang tak leh tengok!” Jerit Surya sambil memeluk erat benda itu.

“Surya… Surya sayang Abang Lan tak? Kan kita nak nikah tak lama lagi.. Takkan dengan Abang Lan pun, Surya nak berkira… Surya.. sayang abang tak?” Dalam nada yang lembut dan memujuk, Azlan cuba mengambil hati Surya.

Mendengar nada suara yang lembut itu, Surya berpaling pada Azlan. Dia tersenyum. Tidak disangkanya Azlan menuturkan kata-kata yang lembut kepada dirinya. Dia teruja.

“Abang Lan sayangkan Surya ehh… Okay.. Abang Lan sorang je yang boleh tengok ehh.. orang lain tak boleh..!” Kata Surya sambil menjeling tajam ke arah abangnya, Meor apabila dia memaksudkan “orang lain” itu adalah abangnya. Meor menggelengkan kepalanya sambil mengeluh.

Dengan berhati-hati, Azlan menghampiri Surya. Surya pula penuh berhati-hati juga merenggangkan pelukannya dan demi terlerai pelukan itu, benda yang dipeluknya tadi tergolek ke arah kaki Azlan.

“Ya Allah…!” Azlan melompat terkejut apabila benda yang bergolek itu adalah kepala kecil milik Azley!

Meor yang berdiri di belakang Azlan cuba mengelak ke belakang apabila menyedari Azlan terlompat terkejut dan hampir tumbang ke arahnya. Namun di waktu yang sama, Meor memerhatikan juga, benda apa yang bergolek di kaki Azlan sehingga menyebabkan Azlan melompat terkejut.

Demi tepandangkan benda yang bergolek itu adalah kepala anaknya sendiri, Meor menjerit terkejut.

“Allah hu akbar…! Astaghfirullahalazim…!” Jerit Meor yang hampir pitam dan rebah ke belakang namun sempat ditarik oleh Azlan dari jatuh ke lantai.

“Ya Allah…Azleyy…!!!!” Jerit Meor sayu. Ditenungnya Surya yang masih berdiri kaku dengan wajah yang kosong.

Dalam masa yang sama, Siti, isteri Meor sudah berada di belakang Meor bersama Effa. Siti menjengah masuk ke bilik apabila mendengar jeritan Azlan dan suaminya itu. Effa juga turut menjengah sama.

Demi terpandangkan keadaan darah yang memenuhi bilik itu, apatah lagi bila melihat kepala anaknya sendiri yang bergolek ke lantai, Siti menjerit bagaikan hysteria memanggil nama anaknya. Effa juga turut terkejut melihat kejadian itu di depan matanya namun masih sempat menangkap tubuh Siti yang sudah rebah pengsan.

“Astagfirullahalazimm…” Berpuluh kali Effa beristigfar di dalam hati.

Azlan dilihatnya sudah tersandar di dinding pintu bilik sambil memegang kepalanya. Manakala Meor pula sudah mula bangun dari rebahnya itu.

“Apa kena dengan kau ni Surya!!?? Kau dah gila ke? Kenapa kau bunuh anak aku? Kenapa?? Ya Allah… Surya!!!” Tempik Meor sekuat hati melepaskan geram.

Dia seperti orang yang kerasukan. Meor lantas bangun dan terus menyerang Surya. Ditamparnya Surya beberapa kali. Ditendangnya badan Surya seperti bola malah kepala Surya dihantukkan ke dinding beberapa kali. Sambil itu mulutnya tidak henti-henti menjerit “Kenapa kau bunuh anak aku!” berulang kali.

Azlan segera meleraikan tindakan Meor itu. Meor benar-benar marah dan seperti orang yang kena rasuk. Yang peliknya, Surya tidak melawan malah tidak juga memberi respon seperti mengaduh kesakitan akibat ditampar, ditendang dan dihantukkan kepala ke dinding. Surya masih dengan reaksinya yang kaku dan tidak berperasaan.

Malah, Surya dengan beraninya membalas dengan renungan yang tajam ke arah Meor. Matanya merah bak saga memandang tepat ke muka Meor.

“Aku dah kata.. bukan aku yang bunuh Azley! Perempuan tuhh..! Kau tak faham ke?” Jerit Surya ke arah Meor sambil menunjukkan sesuatu di katilnya dengan jari telunjukknya.

“Perempuan mana? Ehh.. kau memang dah gila agaknya!” Jerit Meor.

Azlan masih memegang Meor. Azlan sempat menyuruh Meor bersabar. Manakala Effa sudah mula menunjukkan diri di dalam bilik itu.

Demi terpandangkan Effa di situ, Surya sudah mula naik hantu. Matanya bagai terjojol keluar melihat kelibat Effa. Tidak disangkanya Effa tiba-tiba boleh muncul di dalam biliknya.

Azlan menyedari ketidakselesaan Surya apabila Effa muncul di situ. Sempat diraih tangan Effa dan memegang tangan Effa dengan kejap sebagai tindakan berjaga-jaga dalam sebarang kemungkinan.

Namun tindakan Azlan memegang tangan Effa mengundang kemarahan dan memarakkan lagi api cemburu dan benci di hati Surya. Surya sudah meluru mendapatkan Effa. Azlan cuba menghalang. Manakala Effa mengelak dari diserang Surya.

“Celaka kau perempuan! Kenapa kau ada kat sini? Aku benci tengok kau!! Pergi kau dari sini!!” Jerit Surya memaki hamun Effa.

“Surya.. Effa nak tolong Surya… Effa tak ada niat nak ganggu Surya pun…!” Jawab Effa dalam nada tegas namun tetap berwaspada.

“Sudah.. kau tak diperlukan di sini. Lagipun, tak lama lagi aku dah nak kahwin dengan Azlan..! Hahaha… puas hati aku! Kau rasakan bagaimana aku rasa.. sakitnya hati aku dengan sikap kau tu!” Jerkah Surya.

“Tahniah Surya… Effa gembira.. Tapi.. apa yang Effa dah buat sampai Surya benci sangat kat Effa?” Tanya Effa cuba menarik perhatian Surya agar terus berbicara. Sementara itu, Effa memberi isyarat matanya kepada Azlan. Harap-harap Azlan memahaminya.

“Aku benci kau Effa! Aku benci dengan semua orang yang menghalang dan merampas kebahagiaan aku!!” Jerit Surya marah. Surya sudah mula menangis.

“Habis.. apa kena mengena kebahagiaan kau dihalang dengan anak aku Azley?? Sampai kau tergamak nak bunuh anak buah kau sendiri?” Sampuk Meor pula, menahan rasa amarah yang teramat sangat.

Meor sudah mula mendekati Surya. Effa memberi isyarat kepada Meor agar tidak menyampuk kerana takut akan menambahkan lagi kemarahan Surya. Effa tidak mahu pujukannya kepada Surya diganggu oleh pihak lain.

Meor pula merasakan masih belum cukup puas ingin menampar Surya. Tidak dihiraukannya keadaan adiknya yang bagaikan orang tidak siuman itu. Hatinya benar-benar sayu dan hancur melihat kepala anak kesayangannya bergolek di sisi katil. Meor benar-benar tidak sampai hati melihatnya.

Dalam waktu yang sama, Azlan sentiasa berwaspada dalam sebarang kemungkinan. Apatah lagi, dilihatnya sebilah pisau yang penuh darah terletak di atas katil, betul-betul berdekatan dengan Surya.

Dalam situasi panic itu, tiba-tiba satu suara yang lantang menjerit dari arah pintu;

“Jangan bergerak! Sila angkat tangan!”

Kemudian diikuti oleh lima orang polis yang bersenjatakan pistol terus menyerbu masuk ke dalam bilik itu.

Dek kerana terkejut dengan sergahan yang lantang dari pihak polis itu, Surya terkejut dan terus tergamam. Peluang keemasan itu, tidak dilepaskan begitu sahaja oleh Azlan.

Sepantas kilat itu juga, Azlan terus mengambil pisau yang berada di atas katil lalu membalingnya jauh ke bawah katil agar Surya tidak dapat mencapainya. Dalam keadaan tergamam, apabila melihat aksi Azlan yang pantas itu,Surya semakin panic dan tidak tentu-arah. Manakala Azlan pula seberapa pantas, terus memegang tangan kanan Surya dengan kuat lalu ‘dikunci’nya tangan itu ke belakang.

Dua orang pegawai polis itu terus mendapatkan Surya dan dengan pantasnya tangan Surya digari ke belakang. Apa yang peliknya, Surya langsung tidak melawan malah hanya mendiamkan diri dan terus membisu bagai orang yang tidak berperasaan.

“Koperal, bawa suspek ke bawah..!” Arah Inspektor Azam kepada staffnya.

Inspektor Azam mendekati Azlan. Dalam masa yang sama, sempat dia melihat keadaan di sekitar bilik yang penuh dengan darah. Ketika dia melihat di sudut katil, terpandang olehnya sebuah kepala budak kecil telah terpisah dari badannya. Inspektor Azam memandang Azlan. Azlan hanya mengangguk lemah. Inspektor Azam hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja. Sukar untuk ditafsirkan perasaannya ketika melihat mayat Azley yang tidak berdosa itu.

“Tuan.. kami dah hubungi pihak ambulan. Sekejap lagi mereka sampai.” Beritahu Inspektor Azam sambil menabik hormat kepada Azlan.

Inspektor Azam terus berlalu dari situ. Banyak pihak harus dihubunginya. Azlan mengangguk sambil menarik nafas panjang dengan leganya. Nasib baik Azlan sejak awal-awal lagi telah menyusun strategi.

Sebelum dia tiba ke rumah Meor tadi, Azlan telah memaklumkan kepada anggota bawahannya supaya bersiap sedia dan mahu anggotanya mengikutnya dari belakang. Azlan juga telah berpesan agar mereka terus bertindak jika terdapat sesuatu perkara yang mencurigakan dalam waktu yang telah dipersetujui bersama semasa di dalam perbincangan mereka sebelum ini.

Meor pula masih cuba mencari peluang untuk terus mengganyang Surya ketika Surya dibawa keluar oleh pegawai-pegawai polis dari bilik itu. Namun sempat ditahan oleh Azlan.

“Sudahlah tu Meor.. Sudahlah..! Aku sebenarnya, baru nak bagitau kau tadi lagi sewaktu tiba ke rumah ini.. Adik kau si Surya ni.. mempunyai tekanan perasaan. Dia menghadapi masalah tekanan jiwa!” Kata Azlan sambil menahan diri Meor dari terus memukul Surya.

Meor terhenti. Dia memandang Azlan. Sementara itu Azlan mengarahkan dua orang anggotanya membawa Surya pergi dari situ dengan segera.

“Apa maksud kau ni? Mana kau dapat tahu semua ni?” Tanya Meor lemah.

Meor mengharapkan penjelasan lanjut dari Azlan. Badannya menggigil melihat kepala anak kesayangannya itu yang masih berlumuran darah itu. Tidak sanggup pula dia mahu melihat badan anaknya yang baru disedarinya terkulai di sudut katil di sebelah meja solek itu.

“Fail yang aku nak tunjukkan tadi itu adalah hasil pemeriksaan doctor ke atas kecederaan yang dialami oleh Surya. Surya sebenarnya mengada-adakan cerita sehingga sanggup mencederakan dirinya sendiri untuk membuktikan bahawa cerita rekaannya itu seperti benar-benar berlaku. Surya mengalami tekanan jiwa yang parah, Meor..! “ Terang azlan dalam nada sebak. Sebak hatinya bila perkara yang tidak diingini akhirnya berlaku juga. Memang.. keadaan sudah terlambat sekarang..!

Meor terdiam. Dia terduduk di birai katil sambil menangis. Dengan sisa kekuatan yang ada, diraihnya kepala anaknya, Azley lantas didakapnya kepala itu sambil mengongoi menangis hiba. Siti yang telah sedar, masuk ke bilik itu dan demi terpandangkan apa yang berada di tangan suaminya, dia terus rebah dan pengsan sekali lagi sebelum menjerit memanggil nama Azley.

Effa terus mendapatkan Siti yang sudah rebah di muka pintu. Meor tidak menghiraukan isterinya, sebaliknya masih menangis sambil memeluk kepala anaknya.

Azlan hanya mampu menepuk-nepuk bahu Meor, cuba mententeramkan hatinya yang hiba dan sayu. Masih tidak mempercayai dengan apa yang dilihatnya sebentar tadi.

Sempat Azlan memandang wajah Surya ketika pegawainya membawa Surya turun ke tingkat bawah tadi. Surya hanya bereaksi kaku dengan renungan kosong jauh ke hadapan. Tiada berperasaan. Di matanya, Surya yang berada di hadapannya tadi adalah bukan dirinya yang sebenar..

Azlan mengucap dan beristighfar panjang apabila mengingati semula detik-detik cemas kejadian yang telah berlaku di depan matanya tadi. Tiada kata yang dapat mengungkapkan apakah semua ini!

Dari kaca mata sebagai seorang pegawai polis yang banyak berhadapan dengan kes-kes jenayah, pembunuhan dan sebagainya, hatinya tidak pernah merasa apa-apa. Yang ada ialah semangat untuk menyelesaikan kes-kes itu dengan segera dan sempurna.

Namun, bila dia sendiri mengalami dan menjadi saksi dalam kes sebegini, barulah dia tahu perasaan sebenar orang-orang yang terlibat. Sesungguhnya Azlan pasrah, ini juga dugaan dariNYA untuk menguji keimanannya di tahap mana…

Tanpa Azlan sedari, dirinya diperhatikan oleh Effa dari jauh. Untuk kali ini, Effa hanya mampu memandang dan mendiamkan diri. Terlalu banyak perasaan yang bersarang di dalam hatinya. Sukar untuk ditafsirkan dengan kata-kata.

Terlalu banyak persoalan yang ingin Effa bongkarkan terutama mengenai Surya. Terutama juga persoalan mengapa dirinya merupakan salah satu punca utama Surya bertindak begitu. Mengapa dirinya pula menjadi musuh utama Surya.

Effa percaya, apa yang berlaku ini sudah pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku