PENGANTIN EKSPRES
PENGANTIN EKSPRES (BAB 16)
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 November 2012
Dia sebenarnya mahu berubah, tetapi mesti ada pendamping setia yang sabar menemaninya, iaitu seorang perempuan bergelar isteri. Itulah azam lelaki yang bernama Rayyan. Latar belakang keluarga yang tidak langsung mempedulikan hal-hal agama membuatkan dia menjadi anak yang liar dan suka berpeleseran tetapi dalam hati, dia sebenarnya mahu kembali ke pangkal jalan.
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
22562

Bacaan






Pilihan Rayyan mestilah makan kat hotel. Sengkek sungguh lah kalau asyik makan kat hotel. Aleeya menyuapkan mee kari ke dalam mulutnya. Makan mee kari kat hotel harga berpuluh ringgit dah, suaminya itu hanya makan mee goreng saja. Buang duit sungguh lah suami aku hari ni.

“Puan, untuk Puan!” beritahu seorang anak muda yang muncul di tepi meja mereka. Sejambak bunga mawar merah dihulurkan kepada Aleeya. Aleeya terkejut tetapi mata memandang kepada Rayyan yang tersenyum saja. Mesti kerja dia. Sempat lagi yer..,

“Terima kasih!” ucap Aleeya sambil menerima bunga mawar merah.

“Sama-sama, puan!” balas pemuda itu sambil berlalu pergi.

“Abang punya kerja kan?”

“Mana ada, Liya ada peminat ke? Cemburunya abang!”

“Abang jangan main-mainkan Liya ek?”

“Siapa lah nak minat kat Liya selain suami Liya nih..,” Aleeya menepuk lenggan Rayyan dengan manja.

“Abang memang pandai pikat hati perempuan kan? Beri bunga lah, beri hadiah lah, beri duit lah!” ucap Aleeya. Minum jus belimbing dihirup perlahan. Sejuk tekak.

“Liya suap mee kari tu sikit!” pinta Rayyan, tidak peduli pun dengan kata-kata isterinya. Aleeya mengambil sudu yang diletakkan tadi lalu disuapkan mee kari miliknya ke dalam mulut Rayyan.

“Kenapa tak habis kan? Ingatkan tak sedap tadi sebab Liya makan sikit sangat!” tegur Rayyan setelah merasa mee kari tersebut. Sedap pun!

“Liya kenyang dengan perangai abang hari ni..,” jelas Aleeya. Rayyan play boy ni pun pandai merajuk juga rupanya. Mentang-mentang semua perempuan suka dan berkenan kat dia, dengan aku pun dia nak aku pujuk juga. Huish.. Geramlah macam ni..,

“Nak cari pasal lah tu..,”

“PA abang cakap abang mengamut kat ofis pagi tadi, kenapa?”

“Oo. Sudah ada penyampai maklumat sekarang?” balas Rayyan. Alamak terlepas cakap lah pula. Rayyan menjeling ke arah Aleeya. Hishh, aku ni kenapa tak kawal mulut tu sikit!

“Hehehe..,” Aleeya tersenyum mengawal debaran di dalam hati. Takut kena marah lagi.

“Call abang kat ofis lah tadi setelah abang tak angkat telefon kan? Tunjuk lagi perangai buruk Liya kat abang, itu baru sikit abang merajuk..,” balas Rayyan menghabiskan mee kari kepunyaan Aleeya. Membazir saja lah makan tak habis.

“Liya nak dapat redha suami, sebab itu Liya cari abang,” jawab Aleeya luhur. Nak ikut perangai seperti mak yang begitu sabar dengan karenah abah. Abah yang tegas dan ada ketika naik angin juga. Tetapi bab masakan, abah memang cerewet, sebab Mak pandai memasak, dan Aleeya pun kena pandai masak juga, sebab mak memang mengajar anak perempuan yang seorang ini habis-habisan tentang bab masak memasak ini.

“Yer ker?” duga Rayyan. Hendak teman Aleeya shoping pun, sekarang sudah masuk waktu kerja. Dia mesti ada kat ofis sekarang. Dia memang tak suka masuk lewat walaupun dia bos di situ.

“Yup!” balas Aleeya. Rasa resah dan gelisah tadi telah pun hilang kerana Rayyan sudah tidak marah kepadanya lagi.

“Liya nak terus balik ke?” soal Rayyan ketika Aleeya mengambil tas tangannya. Bunga digengam erat.

“Kenapa? Abang nak suruh Liya tunggu abang ke?” jawab Aleeya. Jangan lah itu yang diminta oleh Rayyan. Keras aku di ofis Rayyan nanti.

“Ooo, di sini rupanya Ryan yer, patut lah mama cari kat ofis tak ada,” ujar mama yang sudah diberi di sebelah Rayyan. Matanya bulat memandang ke arah Aleeya yang gugup dengan kehadiran mama. Apa lah nasib jumpa mama kat hotel ini pula?

“Mama cari saya ke? Kenapa tak call dulu?” balas Rayyan sambil bangun berdiri rapat dengan Aleeya.

“Call? Dah berpuluh kali mama call kau, kau yang tak mengangkatnya!” marah mama semakin menjadi. Rayyan meraba handset di dalam poket seluar, tiada. Aduh, mesti tertinggal di atas meja kat ofis tadi.

“Sorry mama, saya tertinggal handset lah!” balas Rayyan.

“Kau sejak ada betina ni semua kau lupa, termasuk dengan mama kau sendiri ke Ryan? Hei betina, berapa banyak duit anak aku kau kikis hah?” jerkah mama membuatkan Aleeya rasa terpukul dan malu saja. Ada mata sedang memandang ke arah mereka bertiga. Tersirat darah Aleeya tiba-tiba. Pedihnya mendengar sebutan ‘betina’ itu yang datangnya dari mulut mama.

“Mama ni, tak elok lah bergaduh kat sini, mama tu sudah lah orang terkenal, nanti apa pula kata orang,” pujuk Rayyan. Dia memandang wajah mama yang pucat lesi. Aleeya ini keturunan baik-baik lah mama, lebih baik dari keturunan mama lah. Jadi, jangan tuduh sebarangan kepada Aleeya.

“Mama nak jumpa kau di rumah malam nanti, dan kalau boleh bawa betina ini bersama kau,” arah mama sebelum melangkah meninggalkan mereka berdua. Betul juga kata Rayyan, malu lah kalau orang tengok orang besar seperti aku mengamuk di dalam hotel lima bintang ini. Mana aku nak letak muka aku kalau masuk paper nanti.

“Liya, sorry!” ucap Rayyan sambil memegang tangan Aleeya. Aleeya pura-pura tersenyum saja. Mereka berjalan keluar, kerana semua mata melihat ke arah mereka berdua.

“Liya tanya sikit, boleh?” soal Aleeya kepada Rayyan. Mujurlah air mata tidak mengalir keluar walaupun aku sudah menangis di dalam hati. Pedih juga hati dibuatnya. Siapa tak sakit hati kalau mak mentua bercakap sebegitu kepada kita. Tuduh yang bukan-bukan pula. Cakap yang tidak sepatutnya.

“Apa sayang?”

“Abang cakap apa kat mama supaya mama tidak menghalang perkahwinan kita tempoh hari?” soal Aleeya. Perkara ini sudah lama terlintas di dalam fikirannya. Hari ini baru ada kesempatan untuk bertanya. Hairan juga apabila melihat kelibat mama dan papa di kampung tempoh hari. Malah mama turut berada di majlis sebelah Rayyan. Biar pun mama pura-pura menerimanya tetapi hairan dengan sikap mama, wal hal mama tak suka pun kepada Aleeya. Tetapi mengada dan kenapa mama tidak menghalang anaknya dari terus berkahwin dengan Aleeya. Mesti ada sesuatu kan?

“Agak-agak Liya, apa?” balas Rayyan sambil tersenyum, kalau Aleeya tahu mesti Aleeya mengamuk besar nanti, tetapi aku terpaksa lah. Itu saja cara yang ada.

“Liya tanya abang lah!”

“Dengan syarat Liya janji Liya tak marah abang?” ucap Rayyan. Sahih dia buat sesuatu yang tak baik, kalau tidak masakan dia berkata begini.

“Okey, Liya janji!” ucap Aleeya.

“Janji nih?” soal Rayyan sekali lagi. Aleeya mengangguk!

“Liya janji Liya tak marah abang, Liya hanya nak tahu saja lah!”

“Abang percaya janji Liya..,” hendak cakap atau tidak tetapi tidak sampai hati pula biarkan Aleeya lama menanti.

“Cakaplah!” gesa Aleeya.

“Jom masuk dalam kereta dulu, abang takut Liya mengamuk nanti,” ucap Rayyan sambil menarik pintu kereta untuk isterinya. Buatnya Aleeya histeria tengah jalan nanti, lagi lah haru. Lagilah malu!

Rayyan duduk di sebelah Aleeya. Digenggamnya kedua belah tangan Aleeya, lalu dia mengucup tangan Aleeya dengan penuh kasih sayang.

“Abang..,”

“Abang cakap lah ni..,”

“Abang cakap apa kepada mama dan papa supaya terima perkahwinan kita,” ulang Aleeya sekali lagi.

“Abang cakap kita dah terlanjur lah, habis cerita..,”

“Apa?” jerit Aleeya nyaring. Bergegar kereta. Mujur sempat tutup semua cermin kereta kalau tidak habis semua orang dengar. Patut lah mama macam nak telan aku hidup-hidup. Dan tentulah mama sudah salah anggap kepada aku? Huhuhu...., macam nak menangis sungguh-sungguh kali ini.

“Mujur abang hanya cakap kita dah terlanjur, kalau abang cakap abang dah buntingkan anak dara orang macam mana? Lagilah parah!” ulang Rayyan sekali lagi. Dia ingat main-main ke? Ini melibatkan soal maruah dan harga diri lah.

Aleeya menjenggilkan anak matanya. Hah, mana janji tak nak marah tadi? Tapi rasional lah Rayyan, semua orang akan marah lah sebab kau dah cemarkan maruah dia.

“Boleh abang cakap macam tu dengan mama? Patutlah mama tak suka Liya? Silap haribulan mama suruh Liya buka tudung, sebab perangai Liya teruk, tau tak?” ucap Aleeya. Liya, rayyan tentu ada sebab yang lain, dia sengaja tak beritahu kau saja. Rayyan tersenggih. Liya memang pegang kepada janjinya.

“Abang terpaksa lah, sayang!” ucap Rayyan. Enjin kereta dihidupkan. Nak hantar Aleeya lah dulu. Selepas itu baru masuk ke ofis.

“Abang tak ada cara lain ke nak cakap. Terlanjur tu perkara berat lah!”

“Liya, asalkan kita tahu hal yang sebenar sudah lah. Abang pun kenal Liya lah!” hah, tengok, dia boleh marah aku pula wal hal dia yang buat salah. Rayyan dengan egonya memang tak boleh nak dipisahkan.

Aleeya terus diam, kalau cakap juga mesti semua salah aku nanti. Lebih baik aku diam kan saja.

“Liya!”

“Liya tak nak cakap boleh tak?”

“Abang memang tipu mama, tetapi abang tak tipu Liya lah!” rasanya semua kuku harimau Rayyan yang tersimpan rapi, yang kadang-kadang digunakan apabila tengah marah, muncul semula. Rasa macam nak cakap, berdosa abang tipu mama, tetapi Aleeya rasa takut, takut kereta ini meletup ke apa ke nanti.

“Kenapa abang buat macam tu? Apa alasan abang?” soal Aleeya lagi. Aku tak boleh terima lah alasan Rayyan tu. Malulah aku, macam aku murah sangat.

“ikut suka hati abang lah?” Perangai pagi tadi datang semula.

“Abang, Liya tak nak gaduh dengan abang lah..,” ucap Aleeya sambil memegang lengan suaminya.

“Okey, kalau gitu tutup cerita ni, jangan tanya lagi, mahu?” pinta Rayyan, sebenarnya dia tidak mahu memberitahu kepada Aleeya akan hal selanjutnya. Biarlah dia saja yang tahu akan hal itu. Hendak kahwin dengan anak dara orang dalam masa dua minggu, nak kahwin cepat-cepat pula tu, bukan itu saja, mama dan papa pun tak kenal siapa Aleeya, tertiba cakap nak kahwin dengan Aleeya, kalau bukan ‘terlanjur’ lah alasannya, apa lagi caranya untuk aku beritahu kepada keluarga aku?

Aleeya menjeling tajam!

“Abang memang tak suka Liya sejak dari awal lagi kan?” soal Aleeya. Apa beza aku dengan perempuan-perempuan lain kalau sudah terlanjur? Sama lah kan?

“Alasan Liya kenapa?” balas Rayyan. Sengaja nak perang dengan Aleeya, sebab dia tahu Aleeya mesti mengalah dengannya sebab Aleeya adalah isteri yang ada pegangan agama.

“Alasan apa?”

“Kenapa Liya kahwin dengan abang?” soal Rayyan kembali.

Apa alasan aku yer semasa menelefon abah dan mak kali pertama untuk bercakap tentang Rayyan.

“Liya dah jumpa seseorang dan Liya nak kahwin dengannya,” jujurnya jawapan dari Aleeya. Itu yang Aleeya beritahu kepada abah sewaktu ingin membawa pulang Rayyan ke rumahnya untuk berjumpa dengan abah.

“Hahahaha...,” ketawa Rayyan. Hilang perasaan tidak senang hati tadi.

“Usah gelakkan Liya, boleh tak?” bencinya.

“Abang nak siapkan kerja dulu, Liya pergi balik kat rumah,” pesan Rayyan ketika sampai di ofis. Kerja dia dan perempuan lain yang lebih penting, bukan aku pun.

Aku memang tak penting pun dalam hidup dia kan? Sebab dia macam tak kisah pun dengan semua ini? Tak suka.. tak suka.. tak suka.....



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku