PENGANTIN EKSPRES
PENGANTIN EKSPRES (BAB 17)
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 November 2012
Dia sebenarnya mahu berubah, tetapi mesti ada pendamping setia yang sabar menemaninya, iaitu seorang perempuan bergelar isteri. Itulah azam lelaki yang bernama Rayyan. Latar belakang keluarga yang tidak langsung mempedulikan hal-hal agama membuatkan dia menjadi anak yang liar dan suka berpeleseran tetapi dalam hati, dia sebenarnya mahu kembali ke pangkal jalan.
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
22609

Bacaan






Pening juga fikirkan kata-kata Rayyan tadi. Aduhai nasib kenapa lah jadi begini, sudah lah aku kahwin dengan Rayyan pun sudah menjadi isu besar di Kuala Lumpur ini, alih-alih dia cakap dia terlanjur dengan aku pula sebelum kami kahwin. Patut lah mama benci aku kerana tentunya mama tuduh aku mengoda anak lelakinya itu.

Mama tentu tak akan percayakan aku lagi, sebab anak dia yang cakap macam itu. Anak dia sendiri yang mengaku ‘ terlanjur’ dengan aku. Gerunnya ingat perkara ini. Kalau abah dengar macam mana? Sudahlah mak long pun buat kecoh di kampung, di sini pun kecoh juga ke?

Liya, boleh Liya fikir secara tenang tak? Bisik hatinya.

Kenapa?

Rayyan boleh beri alasan lain ke? Keluarga Rayyan sudah lah rumit. Sangat Rumit! Alasan Rayyan tu bukan apa-apa lah, Liya!

Maksudnya apa?

Rayyan cakap macam itu sebab dia nak mama dan papa terima perkahwinan ini lah. Itu saja!

Yup, itu hakikatnya.

Biarpun kau tak suka Aleeya, tetapi Rayyan juga terpaksa. Belajarlah menerimanya kalau masih menyanjungi perkahwinan ini.

“Liya tak masak apa-apa petang ini, abang lapar lah!” tegur Rayyan sambil memeluk Aleeya dari arah belakang. Asyik benar main air paip di singki sampaikan tak sedar Rayyan sudah pulang. Masih berfikir akan hal tadi lah tu. Aduhai, isteri, abang terpaksa. Itu pertama kali abang menipu.

“Awal abang balik hari ini?” tegur Aleeya. Sudah tak jadi marah kepada Rayyan kerana dia sudah ada jawapannya. Jam baru pukul 4.30 petang. Masa kerja pun tak habis lagi lah. Sejak mereka berkahwin, ini kali pertama Rayyan pulang awal, selalunya jangan harap lah hendak balik ketika ini.

“Tak senang duduk, dari buat kerja pun serba tak kena, lebih baik abang balik tengok Liya,”

“Waw, kiranya Liya ni hebat juga lah kan, sampaikan abang tak boleh buat kerja, teringat kat Liya!” Rayyan mengucup pipi Aleeya lalu merungkaikan pelukan. Dia merenggang tali lehernya dan segera mencapai mug. Dituangnya air suam lalu diteguknya perlahan.

“Masih marah kat abang lagi ke?” soal Rayyan kembali. Kalau tak marah aku nak sambung kerja kat bilik. Banyak yang tertangguh tadi kerana kau seorang, Liya!

“Tengok muka Liya macam orang marah ke?”

“Masalahnya sebab Liya pendam dalam hati, jadi susah lah abang nak cakap, Liya marah ke tak?”

“Buang masa kalau Liya marah abang. Kalau sedang bercinta ke, boleh juga minta putus...,” balas Aleeya. Mujur kau tidak pernah menjadi kekasih atau buah hati aku, kalau tidak sudah lama aku minta putus.

“Rugilah kalau Liya minta putus..,” ucap Rayyan sambil merenung ke arah Aleeya.

“Rugi?? Abang lagi lah rugi..”

“Kenapa?”

“Tak dapat Liya..”

“Sebab nak dapat Liya lah abang tipu mama abang sendiri. Abang pun tahu lah berdosa tipu mama.. ingat abang tak tahu ke?”

“Yer ker?”

“Besar pergorbanan abang kat Liya ni, jadi, jangan fikir yang bukan-bukan tentang suami Liya yer?”

Aleeya tersenyum lagi. Aku kena akui juga lah yer. Memang betul pun dia berkorban untuk aku. Aku saja asyik fikir yang bukan-bukan tadi.

“Yang, buat lah cucur udang ke, goreng mihun ke, abang makan sikit saja hari ni, semua ni kerana sikap yang, tau tak?” suruh Rayyan. Wajah Aleeya yang mendung sudah ceria kembali. Fuhhhh.. Lega!

“Tu nak pujuk Liya lah tu..,”

“Tak. Itu tanggungjawab Liya sebagai isteri. Siap nanti, bawa masuk bilik bacaan, abang nak sambung kerja lah!” ingat Rayyan. Ooo, aku ada tanggungjawab berbagai, dia?? Jangan cari pasal lagi lah, Liya!

Aleeya mengangguk saja.

Hendak masak apa petang ini. Dalam peti ais ada udang, tapi tak ada taugeh dan daun kucai. Macam mana nak buat cucur udang. Tetapi ada jagung yang di beli di pasar malam semalam. Buat cucur jagung lah yer. Lagipun Rayyan tu tak cerewet bab masakan, semuanya dia makan. Jangan jadi seperti abah sudah lah.

Tak sampai pun sepuluh minit sebab cucur jagung cicah dengan sos saja. Teh ais Limau, sebab sesuailah untuk hilangkan stress petang ini. Aleeya menolak daun pintu dan melihat Rayyan sedang tekun melakukan kerjanya. Rayyan bab kerja memang tak boleh dipertikaikan.

“Sedapnya bau. Liya suap boleh tak? Tangan abang berminyak lah nanti!” alasan lah tu.

“Liya nak ke kedai lah, barang dapur semuanya dah habis!” jelas Aleeya sambil memasukkan cucur jagung ke mulut suaminya.

“Kat peti ais ada apa?” soal Rayyan sambil memberi isyarat menyuruh Aleeya tuangkan teh ais ke dalam mug kepunyaannya.

“Udang saja lah!”

“Teringin nak makan nasi goreng, selesai solat nanti Liya masak nasi goreng pun jadi lah sebab abang nak keluar jumpa mama malam ini,” beritahu Rayyan. Ooo, betul lah mama kan nak jumpa kami berdua malam ini. Muka Aleeya mula berubah.

“Liya kena pergi juga ke?”

“Tak payah lah, abang boleh selesaikan masalah ini, lagipun ini antara abang dan mama..,” Syukur. Aku pun tak nak pergi lah. Tak bersedia lagi hendak berjumpa dengan mama malam ini. Rasa sakit hati tadi pun tak hilang lagi lah.

“Liya tak nak campur urusan abang dengan mama, boleh tak? Lagipun abang yang cari pasal dengan mama kan? Jadi abang selesaikan sendiri lah yer,”

“Okey, sayang”

“Mama akan ingat sampai bila-bila lah kata-kata abang tu, satu kerja Liya nak kena bersihkan nama Liya?” betul lah tu. Ingat senang ke nak buat pembersihan jiwa dan raga nih. Mama akan cop aku perempuan murahan juga lah.

“Liya..,” jerit Rayyan. Tak habis lagi rupanya. Kata-kata Aleeya berdesing dalam hati tau tak, bukan dalam telinga pun.

“Liya keluar dulu, tadi Liya tak buat apa-apa pun. Basuh baju pun tak!” pinta Aleeya. Pulang tadi dia hanya berfikir persoalan ini, sampai satu kerja pun tak menjadi.

Aduhai hati, kenapa ni? Aku sudah mula sayangkan dia, biar apa saja dia lakukan aku tidak pernah mahu membencinya dia, tetapi kenapalah aku sukar untuk menerima alasan ini dalam hidup aku? Terlanjur?? Walaupun kami tidak melakukannya tetapi pandangan keluarganya kepada aku sudah tercemar? Sudahlah dibenci kerana aku anak kampung, tak setaraf, tak kaya raya seperti mereka, selepas itu buat perkara tidak senonoh pula. Lagilah orang tak suka kepadaku? Huhuhu...,

Makan hati betul lah hari ini. Macam mana aku nak berhadapan dengan ahli keluarganya selepas ini?

“Liya tak solat ke?” tegur Rayyan. Azan mahgrib sudah lama berkumandang, isterinya itu dari tadi, asyik benar mengelamun.

“Dah azan ke? “ soal Aleeya kembali. Tak dengar pun! Nasi goreng tak buat lagi. Aku buat apa pun tak tau hari ini, sampai ke malam asyik fikirkan perkara itu saja, sampai terbuang masa aku. Tak nak fikir lagi?

“Liya ni kenapa? Masih fikirkan perkara tadi ke? Abang minta maaf, okey. Memang salah abang sebab tak fikir panjang masa tu,” pujuk Rayyan. Dah nak kahwin cepat-cepat mana sempat cari idea. Lagi pun dia tidak mahu kahwin sembunyi atau kahwin rahsia dari pengetahuan mama dan papa, walaupun dia tahu mama tak akan menerimanya. Terpaksa sangat-sangat!

“Liya tak buat benda jahat tu!” ujar Aleeya sebak. Selama ini Aleeya jaga nama baik Aleeya dan keluarga Aleeya, abang senang-senang hancurkan nama baik Aleeya. Sedihnya.

Tanpa disedari airmata Aleeya mengalir keluar membasahi pipi. Dingin! Sayu mata Rayyan memandang. Benarlah hati Aleeya terluka hari ini. Hmm, tak cakap nak suruh cakap, bila cakap, jadi begini lah pula.

“Liya, jangan buat abang serba salah, boleh tak?”

“Hati Liya...,” tak sempat habiskan ayat itu kerana takungan air matanya sudah pun pecah. Berhadapan dengan Rayyan membuatkan Aleeya semakin sayu. Anak manja katakan. Hmm.., Selama ini tak pernah menangis pun.

Rayyan memeluk Aleeya dengan erat.

“Abang cakap dengan mama malam ni, abang jumpa mama nak bersihkan nama Liya lah, jangan lah bimbang..,” pujuk Rayyan sambil mengesat air mata isteri kesayangannya.

“Kalau mama tak percaya kata-kata abang, macam mana?” tanya Aleeya tetapi dalam hati, dia memang nak Rayyan bersihkan namanya kepada mama dan papa.

“Mama mesti percaya punya, sebab abang kan anak dia orang!” sambung Rayyan lagi.

Aku berani buat berani tanggung lah. Ingat aku lelaki pengecut ke? Mama kena terima lah kata-kata aku, lagipun apa nak bimbangkan lagi kerana kami telah pun sah menjadi suami isteri. Aleeya sudah sah menjadi hak mutlak aku.

“Abang tak takut mama marah dan mengamuk ke nanti?” soal Aleeya sudah berhenti menangis. Rayyan tersenyum memanjang. Marah dan mengamuk itu perkara biasa lah, aku sudah lali dengan sikap mama yang satu ini.

“Liya nak suruh abang cakap ke tak ni?” pancing Rayyan. Sebenarnya dia baru saja berbual dengan mama, malah dia sudah pun menjelaskan apa yang berlaku antara dia dan Aleeya. Mama siap maki hamunnya di dalam telefon. Oleh kerana mama tidak berpuas hati, jadi mama mahu Rayyan segera ke rumahnya. Hendak pergilah ni tetapi kenalah pujuk Aleeya terlebih dahulu.

“Tak tahu..,”

“Pergilah solat dulu, mahgrib tu sekejap saja. Abang nak keluar jumpa mama sekarang ni..,” gesa Rayyan. Dia tak pernah halang Aleeya bersolat.

“Tak payah cakaplah kalau abang tak berani..,”

“Hahahaha...,”

Kau belum kenal siapa Rayyan lah Aleeya. Kau belum kenal siapa suami kau yang sebenarnya.

“Abang, Liya tak buat lawak lah!”

“Liya kena belajar jadi orang yang tegas di dalam membuat keputusan, jangan lembut hati sangat, nanti orang pijak kepala Liya tahu tak?” tegas Rayyan. Tingginya suara!

“Tapi..,”

“Anak Haji Mohsin ni kenapa lah manja sangat. Cuba ikut perangai macam abah Liya. Abang hormati abah Liya sebab dia tegas, tak macam anak dia, tadi menangis, sekarang macam ni lah pula!” Hah, sudah marah lah tu. Hilang sudah pujuk dan rayu. Tinggal nak telan Liya saja nih.

“Mama abang tu garang, Liya tak beranilah..,”

“Garang pun mama tak pernah makan orang lagilah!”

“Memang dia tak pernah makan orang.. tapi...,”

“Aduhai sayang, kenapa isteri abang teruk sangat ni.. Liya pergi solat dan berdoa banyak-banyak boleh tak? Abang tak dengar alasan Liya lagi...,”

“Okeylah..,”

Masalah Liya dah selesai, masalah mama lah pula. Biar mama marah aku cukuplah, jangan mama cari pasal dengan Liya sudahlah. Aku tak sanggup tengok Liya kena marah dengan mama.

Tak sanggup sebab pedih sangat rasa di hati ini. Kenapa ek?



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku