PENGANTIN EKSPRES
PENGANTIN EKSPRES (BAB 18)
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 November 2012
Dia sebenarnya mahu berubah, tetapi mesti ada pendamping setia yang sabar menemaninya, iaitu seorang perempuan bergelar isteri. Itulah azam lelaki yang bernama Rayyan. Latar belakang keluarga yang tidak langsung mempedulikan hal-hal agama membuatkan dia menjadi anak yang liar dan suka berpeleseran tetapi dalam hati, dia sebenarnya mahu kembali ke pangkal jalan.
Penilaian Purata:
(9 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
20632

Bacaan






Rayyan kalau jumpa mama mestilah di kelab malam. Bukan di rumah. Mama sejak dari dulu memang kaki kelab malam. Sama lah dengan papa, dengan Julia. Keluarga kami memang macam ni sejak dari dulu lagi. Rayyan hanya melihat mama meneguk wain yang paling mahal itu sekali lalu saja, lalu mama tuangkan lagi air yang memabukkan itu ke dalam gelas kepunyaanya.

Papa tak datang malam ini kerana papa ada urusan perniagaan di Singapura. Mama datang ditemani oleh Julia, adik Rayyan!. Julia mestilah sedang rancak menari dengan Johan. Bergelek sakan kat depan tu.

“Mama tak kisah kalau kau tidur dengannya sebelum kahwin pun, yang mama tak suka isteri kau tu pakai tudung. Bencinya mama lihat tudung isteri kau tu,” ucap mama masih separa sedar. Rayyan mengelengkan kepalanya. Bezanya pandangan mama dan Aleeya. Aleeya sampai tak senang duduk kerana fikirkan persoalan ini tetapi mama tak kisah pun. Perkara biasa lah kan, sebab Julia memang hidup bebas macam tu, sudah berapa kali Julia hamil luar nikah, mama tak peduli pun.

“Kau tak minum malam ni?” soal mama. Dihulurkan gelas kosong kepada Rayyan tetapi Rayyan menolaknya. Teringatkan Aleeya di rumah keseorangan malam ini.

“Kenapa?? Dah berhenti minum kerana betina tu?” tengking mama. Rayyan tersenggih saja.

“Sebut nama dia lah mama, nama menantu mama tu Aleeya, boleh tak?” tegur Rayyan kembali. Mata mama naik merah dengan teguran dari Rayyan. Kau memang suka lawan cakap aku dari dulu lagi lah, tetapi sejak kau berkahwin, suara kau tak meninggi lagi kalau berhadapan dengan aku. Kalau tidak satu kelab malam ini boleh mendengar suara kau?

“Tak ingin aku dapat menantu macam tu, tak suka aku!”

“Mama kalau tak suka Aleeya, jangan ganggu hidup Aleeya boleh tak? Ryan tak suka lah mama maki hamun anak perempuan orang alim ni, takut terkena sumpahan abah dia di kampung pula,” ugut Rayyan. Jangan main-main, doa orang seperti abah, mudah termakbul lah, mama! Tak pasal kita yang kaya raya ini hidup dalam papa kedana pula.

“Aku apa peduli? Mama boleh terima betina tu dengan syarat dia kena hidup cara kita, Ryan”

“Saya kahwin dengan dia, sebab hidup dia yang berbeza dari kita. Saya tak nak anak saya hidup seperti saya lah mama,”

“Ooo, macam tu, kau tengok lah nanti, aku akan buat kau cerai berai dengan dia. Kau tak akan bahagia lah, Ryan!”

“Doa Aleeya akan melindungi rumah tangga kami lah mama!” balas Rayyan sambil melangkah keluar dari kelab malam.

Balik bergaduh dengan Aleeya pun lagi bagus dari bergaduh dengan mama. Alang-alang boleh juga bermanja dan bermesra dengan isteri sendiri. Di sini, apa pun tak dapa. Nak sentuh perempuan lain pun sudah tidak sanggup sejak Aleeya ada, seperti buat satu kesalahan pula apabila menyentuh perempuan yang bukan isterinya.

“Liya buat apa?” telefon Rayyan.

“Tengok tv!”

“Dah masak atau belum?”

“Abang tak cakap pun nak balik makan tadi..,”

“Liya bersiap, setengah jam nanti abang sampai!”

“Nak ke mana?”

“Bersiaplah, kita pergi shoping malam ni,”

“Kejap, Liya bersiap!”

Malam ini baru ada kesempatan bawa Aleeya shoping. Kali pertama mereka keluar shoping sebagai suami isteri. Sebelum ini tak sempat lah.

“Tak best ke kelab malam tu?” uji Aleeya sambil membelek beg tangan. Tak kan nak beli beg tangan, sebab beg tangan sebagai hantaran kahwin masih ada di dalam almari. Tak guna pun lagi!

“Papa tak ada sebab tu abang balik awal!” kalau papa ada memang tak boleh balik lagi lah. Papa memang mahukan Rayyan menemaninya di kelab malam itu. Berhibur sambil berbual dengan rakan perniagaannya.

“Atau kena marah cukup-cukup dengan mama?”

“Marah lah abang apa peduli?”

“Abang kena taat dengan mama abang lah, jangan jadi anak derhaka pula!”

“Taat pun jangan membabi buta lah, Liya!”

“Encik Rayyan!” panggil seorang jurujual yang berjalan ke arah mereka berdua. Jurujual itu menghampiri Rayyan dan Aleeya. Aleeya memandang name tag yang dipakainya.

“Kak Mar!” panggil Rayyan mesra. Nama dia Marlia.

“Isteri Encik Rayyan ke?” tegur seorang gadis lain pula. Kali ini seorang gadis india bersama seorang gadis melayu menghampiri mereka berdua.

“Yup. Liya kenalkan Kak Marlia dan Puspa. Dan ini, Ana!” beritahu Rayyan memperkenalkan Aleeya. Gadis-gadis ini mengenalinya kerana dia kerap bertandang ke sini dengan buah hati-buah hatinya. Aleeya tersenyum ke arah mereka bertiga.

“Hari itu kami datang, tapi tak sempat nak jumpa Encik Rayyan dan Puan Aleeya, ramai sangat tetamu yang datang!” jelas Marlia. Rayyan mengangguk. Dia buat kenduri besar, habis semua kenalan yang dijemputnya. Hendak kahwin sekali saja lah. Bukan banyak kali. Lagipun boleh kahwin dengan Aleeya seperti boleh kahwin dengan Bidadari dari Syurga pun.

“Terima kasih kerana datang, saya pun tak sempat nak jumpa kau orang bertiga,” ujar Rayyan ramah dan mesra. Dia dengan semua orang peramah. Kalau tidak mana ada gelaran play boy.

“Terkejut hari tu apabila tengok isteri Encik Rayyan,” sampuk Puspa.

“Kenapa terkejut pula?” tanya Rayyan.

“Sebab kahwin dengan perempuan yang pakai tudung. Perempuan baik-baik pula tu. Aleeya jangan tak tahu Encik Rayyan ni hidung belang lah,” jawab Marlia membuatkan Rayyan tersenyum saja. Semua orang terkejut tengok Aleeya hari tu. Cantik tu satu pasal. Tetapi yang paling mengejutkan sebab Aleeya pakai tudung dan pakaiannya tidak mendedahkan aurat, tertutup rapat!

“Yer ker?” duga Aleeya. Rayyan memegang tangan kanan Aleeya dan merangkul pinggang Aleeya.

“Play boy Kuala Lumpur, pantang nampak perempuan berdahi licin sikit mula lah nak perayat!” jawab Marlia lagi.

“Hahahaha.. sudah Kak Mar. Takut balik rumah nanti, saya tak boleh masuk ke dalam rumah pula!” balas Rayyan. Aleeya mencubit lengan suaminya.

“Tapi best lah tengok Encik Rayyan dan Puan Aleeya, sama cantik, sama padan..,” celah Ana yang sejak dari tadi hanya mendiamkan diri.

“Best?? Kenapa pula??” duga Rayyan ingin tahu. Aleeya hanya tersenyum saja. Sakit hati pun tak gunalah.

“Encik Rayyan pun ada jawapannya kan?” balas Marlia. Rayyan mengangguk. Aleeya memandang anak mata suaminya.

“Apa pun tahniah dari kami, semuga bahagia sampai ke akhir hayat!”

“Terima kasih..,”

Patutlah semua orang memandang ke arah mereka berdua sejak dari tadi, rupanya Rayyan memang suka berkunjung ke pasaraya yang terkemuka di Kuala Lumpur ini.

“Liya tak cemburu ke tadi?”

“Cemburu??”

“Ha, ah. Perempuan tu semua suka kat abang!”

“Uweek.. nak termuntah Liya dengar!”

“Dengki lah tu!”

“Kahwin dengan abang kena buang sifat cemburu lah, sebab abang memang banyak perempuan pun. Abang ingat Liya tak tahu ke abang nie banyak simpan mak we sampai sekarang? Buang lah tabiat abang tu, takut bila kita ada anak nanti, anak tak kenal mama dia sendiri pula?” nasihat Aleeya lembut saja. Mereka masuk ke butik pula. Mata Aleeya terpandang tudung yang sedia tergantung. Tangan Aleeya sudah mencapainya. Nak beli lah, suruh cek abang bayar nanti. Aleeya sudah pun menyambar dua helai tudung yang dia berkenan dan menghulurkan kepada jurujual kat situ.

“Ada anak nanti abang berubah lah!”

“Ada anak baru nak berubah? Kenapa tak berubah sekarang!”

“Berubah untuk Liya? Liya jangan mimpi boleh tak?” jenggil Rayyan. Aku nak kau berubah dulu baru nak anak lah. Boleh??

“Abang tahu apa Liya fikirlah!”

“Apa?”

“Jangan lah fikir soal anak lagi, abang tak nak kita ada anak sekarang. Besar tanggungjawab abang..,” jelas Rayyan. Aku pun tak nak ada anak lagi lah selagi kau tak berubah. Aleeya tersenyum. Kita sependapat ek?

“Liya kalau senyum manis lah. Nie sikit-sikit tarik muka masam? Tak belajar ke. Isteri tak boleh muka masam depan suami?” soal Rayyan ketika mereka sedang menyeberangi jalan. Nampak ais krim kat kedai runcit. Lapar lah ais krim walaupun baru saja selesai makan.

“Abang belanja Liya ais krim boleh?” Aku cakap soal lain, kau cakap perkara lain pula.

“Tutty Fruitty nak?”

“Tak nak.. solero jadi lah, boleh makan kat dalam kereta nanti..,”

“Lerr.. ais krim seringgit tu?”

“Kenapa?”

“Jom lah, nanti merajuk pula!”Dia ni memang suka ais krim ke? Abang boleh beli kedai ais krim tu kat Liya lah kalau Liya minta? Liya boleh tak minta benda yang mahal dari ais krim ni?

Tak nak fikir macam-macam dah hari tu. Cukuplah apa yang berlaku tadi. Harap semuanya selesai. Buat sakit jiwa raga saja fikirkan yang bukan-bukan.

Tambahan lagi kalau yang ada kaitan dengan suami aku ni?

Aduhai...,



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku