PENGANTIN EKSPRES
PENGANTIN EKSPRES (BAB 19)
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 November 2012
Dia sebenarnya mahu berubah, tetapi mesti ada pendamping setia yang sabar menemaninya, iaitu seorang perempuan bergelar isteri. Itulah azam lelaki yang bernama Rayyan. Latar belakang keluarga yang tidak langsung mempedulikan hal-hal agama membuatkan dia menjadi anak yang liar dan suka berpeleseran tetapi dalam hati, dia sebenarnya mahu kembali ke pangkal jalan.
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
19219

Bacaan






Andainya Siti Aisyah boleh bersabar dengan Raja Firaun yang kejam dan zalim itu, awak pun kena bersabar juga lah Liya. Lagi pun kalau hendak dibandingkan Raja Firaun dengan Rayyan, Rayyan jauh lebih baik dari Raja Firaun. Jadi, banyakkan sabar. Satu lagi Raja Firaun selalunya lembut hati dengan Siti Aisyah yang pandai menuturkan kata-kata kepada suaminya itu. Aleeya tersenyum lagi. Aku pun kena buat Rayyan lembut hati dengan aku.

Aleeya merenung wajah suaminya yang masih terlena. Hmm.. kahwin dengan lelaki pujaan ramai dan idaman semua perempuan ni risikonya amat tinggi, tambahan lagi kalau Rayyan sendiri tidak mahu berusaha untuk berubah. Apa faedahnya dia hendak berubah kerana aku kan? Tentu buang masa saja.

“Abang!” kejut Aleeya sambil mengerakkan tubuh Rayyan sekali lagi.

“Kenapa?” soal Rayyan sambil membuka matanya perlahan-lahan. Wajah Aleeya di renung lama. Kasih sayang untuk Aleeya sudah lama mekar di dalam hati, malah ketika Aleeya menjadi tunangan orang lagi. Sewaktu dia mengetahui Aleeya milik Azlan, dia begitu kecewa dan hampa. Tetapi dia hanya pendamkan semua itu di dalam hati sehinggalah suatu hari dia mengetahui Azlan berkahwin dengan orang lain dan Aleeya mahu dijadikan isteri kedua. Mujurlah Aleeya menolak permintaan Azlan...,

‘Abang tak kerja ke hari ini?” soal Aleeya. Pukul 8.30 pun tak bangun lagi. Tadi sewaktu dikejutkan untuk bangun solat subuh pun, tidak berganjak juga.

“Tak tahu lagi, rasa malas pula nak masuk ofis hari ini.,” malah lah pula nak pergi ofis hari ni. Tambahan lagi papa baru balik dari Singapura. Teringat mama lagilah gundah gulana, takut mama datang cari pasal dengan Aleeya di rumah pula. Mama tu bukannya peduli dengan kata-kata aku pun.

“Jangan beri alasan, papa abang dah banyak kali call suruh abang pergi kerja hari ini..,”

“Liya pun batal lah cuti Liya tu, pergi kerja macam biasa, tak lah abang risau sangat tinggalkan Liya seorang diri kat rumah”

“Liya dah janji dengan Puteri Shima hari ini, nak pergi shoping baju raya!” Tak lama lagi nak masuk bulan ramadhan, macam mana lah dengan suami aku agaknya. Bimbang juga bila fikirkan tentang Rayyan yang tidak ada didikan agama ni. Mesti tak pernah puasa sebelum ini kan?

Kahwin dekat dengan bulan puasa, jadi beginilah. Atau pun ada hikmah di bulan puasa nanti. Dulu kan memang rancang nak sambut bulan puasa dengan Azlan dan sambut raya dengan Azlan, sebab itu rancang kahwin dekat dengan bulan puasa. Sekarang bertukar orang saja. Dapat suami yang lagi banyak cabaran.

“Lambat lagilah nak raya, esok nak raya, hari ini baru beli baju raya. Abang tak pernah raya pun, best ke raya tu?” balas Rayyan kembali. Mata Aleeya terbeliak mendengar kata-kata dari Rayyan. Tak pernah meraikan hari yang penuh bermakna untuk umat islam yang diberikan oleh ALLAH atas kesabaran sebulan berpuasa di bulan ramadhan. Tengok apa aku cakap tadi, raya pun tak pernah, macam mana nak berpuasa?

“Selalunya kalau time raya, abang pergi mana?” sengaja Aleeya menyoal. Tak kan masuk kerja kat ofis hari raya, semua orang bercuti.

“Tahun lepas kami satu family pergi Australia, pergi bercuti di situ. Tahun ini Julia ajak makan angin di Itali. Abang dah tempah tiket untuk kita berdua, boleh lah kita pergi bulan madu nanti,” Tudia... tak pernah raya rupanya tetapi pergi makan angin di negara orang puteh. Hish.. hish.. ruginya. Nikmat hari raya ini lebih bermakna dan berharga dari pergi makan angin di negara orang lah.

“Boleh tetapi selepas kita balik beraya di kampung, Liya nak beraya dengan family Liya dulu..,” aku ada abah dan mak lah, kena lah beraya dengan dia orang dulu kan?

“Tak. Kita pergi seminggu sebelum raya. Abang dah siapkan semuanya, Liya jangan beri alasan yang bukan-bukan pula!” suara Rayyan tegas sekali kedengaran. Siap dengan menjeling lagi. Aleeya sendiri mula rasa tawar hati dengan keputusan Rayyan. Pagi ini tak nak gaduh lagi. Isu semalam pun biarkan saja berlalu. Tentang mama dan terlanjur itu, terima atau tak aku sudah berada di sisi si Rayyan. Tanggungjawab aku sebagai isteri yang lebih penting. Hari ini isu raya lah pula. Kalau timbul isu ni memang lagi teruk lah jawabnya.

Nampaknya raya kali ini aku beraya di negeri orang putih? Yang jauh sekali untuk mendengar betapa indah dan syahdunya suara takbir berkumandang. Apatah lagi dengan masakan-masakan mak yang sedap itu. Suasana hari raya di kampung dengan luar negara tentu jauh berbeza. Tentu tidak sama. Sudahlah hari raya saja dapat berkumpul dengan adik beradik yang lain. Huwaa.. Liya sudah menangis di dalam hati. Kalau menangis di luar, mesti lagi teruk aku kena.

“Liya kena dengar cakap suami dari cakap mak. Syurga Liya bukan di bawah tapak kaki mak tetapi di bawah tapak kaki Rayyan.” Pesan mak membuatkan Aleeya rindu kepada mak dan abah di kampung. Nampak lambaian tangan mak mengajak Liya pulang ke kampung saja. Hmm... Liya sudah terikat dengan suami sekarang lah mak.

“Abang tak bincang dengan Liya dulu? Abang buat keputusan tanpa pengetahuan Liya pun,” ujar Aleeya sambil memegang tangan kanan Rayyan. Dicium tangan Rayyan setulus hati. Aleeya sedang belajar menjadi seperti Siti Aisyah, isteri Raja Firaun. Rayyan tersenyum penuh makna. Nak pujuk aku lah tu.

“Kenapa?”

“Sekurang-kurangnya Liya boleh ambil cuti sebulan, berpuasa di kampung dan sambut raya siap-siap dengan mak dan abah. Selepas tu boleh lah kita pergi bercuti di Itali..,” jawab Aleeya turut tersenyum penuh makna kepada suaminya. Senangkan. Tinggal terus di kampung bulan ramadhan ini. Ambil cuti tanpa gaji. Duit bukan masalah sekarang, sebab dia sudah bank in duit kepada ku. Duit dah ada lah.

“Abang macam mana? Liya nak tinggalkan abang ke?” Nak balik kampung dan tinggal dengan pak mentua yang rajin bersembahyang dan kuat agama itu? Tak mahulah. Bagi aku berpuluh juta pun aku tak mahu. Tinggal dengan ayah Liya tentu hidup aku merana dan tidak bebas. Papa dan mama mana pernah kongkong hidup aku selama ini? Kami bebas untuk menentukan arah kehidupan kami selama ini. Tinggal dengan abah, bukan setakat kutu saja yang mati, silap hari bulan aku boleh gila meroyan. Liya sengaja nak cari pasal pula lah tu.

“Abang ikut lah sekali, Liya tak akan tinggalkan abang lah!” ajak Aleeya. Hendak melihat apa jawapan Rayyan yang bijak ini.

“Abang nak pergi kerja lah, malas nak berbincang dengan Aleeya!” jawab Rayyan terus bangun dari katil. Hehehe, malas lah tu nak bergaduh dengan aku.

“Ikut suka hati abang lah!” balas Aleeya.

Semangat untuk membeli baju raya hari ini sudah terbang entah ke mana. Puteri Shima dan Akma saja yang banyak membeli, dia apa pun tidak dibelinya. Kata-kata Rayyan menganggu fikirannya. Rasa seperti tidak seronok saja untuk sambung bulan puasa tahun ini. Kalau beraya di rumah mak mentua boleh terima lagi, ini hendak pergi beraya di Itali, buat apa? Ataupun paling tidak sambung raya di kota mekah, kalau dia ajak aku pergi umrah di bulan puasa dan sambut aidil fitri di sana, sekarang juga aku pergi.

“Liya!” panggil Puteri Shima tiba-tiba mengejutkan Aleeya. Kami tetap berkawan baik biar pun tidak lagi sependapat tentang Rayyan. Mereka tak kenal siapa Rayyan sebenarnya, jadi mereka belum tahu erti budi Rayyan lagi. Jadi, usah berkecl hati atau pun merajuk diri.

“Kenapa?” soal Aleeya. Nampak apa pula ni? Tengok gaya macam cemas sangat.

“Cek abang kau!” jawab Puteri Shima. Terpandang Rayyan sedang berjalan dengan perempuan lain. Malah mama dan papa turut ada sekali. Mesra dan bahagia. Siapa perempuan itu? Calon pilihan hati mama dan papa ke? Baru teringat, sudah berada di depan mata, siap berpegangan tangan. Hmm, lagilah buruk mata Akma dan Puteri Shima yang memandang.

“Tengok lah Liya, kau ada mata kau tengok sendiri. Kami cakap kau tak nak dengar!” tempelak Akma menambah sakit di hati.

“Sepupu dia lah. Apa lah kau orang berdua nih. Jom kita pergi makan, aku lapar lah!” kata Aleeya sambil menarik tangan Akma dan Puteri Shima. Jangan tengok lama-lama, nanti lagi kecoh keadaan. Malah, keika berjalan, Aleeya sengaja berjalan berhampiran Rayyan, terlalu hampir sehingga terlanggar bahu Rayyan yang memandangnya dengan rasa begitu terkejut. Aleeya meneruskan langkah tidak mempedulikan renungan mata suaminya.

“Hendak sabar lagi ke? Sampai bila? Kami takut kesakitan di hati kau terikat dengan zuriat dia nanti. Waktu itu kau nak berpisah pun tak boleh sebab ada anak dengan dia!” sambung Akma ketika jalan masuk ke dalam kereta. Kami tak akan ada anak lah buat masa sekarang, usah lah bimbang tentang perkara itu.

“Kau berdoa aku berpisah dengan dia ke? Kau suka rumah tangga aku musnah ke?” balas Aleeya kembali. Aku perlukan kekuatan dan sokongan, jangan lah serabutkan lagi kepala otak aku hari ini. Pagi tadi dengan kisah hari raya, petang ini dia berkepit pula dengan perempuan lain. Itu kau orang berdua tak tahu tentang semalam, tentang cerita aku yang terlanjur sebelum kahwin. Kalau tahu, memang tsunami lah jawabnya.

Liya itu kan perangai semula jadi Rayyan lah. Rayyan kan kaki perempuan, kaki mabuk, jadi apa yang hendak kau hairankan lagi? Rayyan sendiri dah cakap, dia tak akan berubah biar pun sudah ada kau. Tak usah rasa janggal lah Liya. Rayyan tak akan tinggalkan hobinya itu kerana kau. Betul tak?

“Kami nak lihat kau bahagia lah!” jawab Puteri Shima. Kawan tetap kawan dan kami mahu melihat kawan kami bahagia sampai ke syurga.

“Kalau begitu, tolong doakan aku. Boleh tak?” balas Aleeya. Doa saja yang boleh membantu aku.

“Tapi Liya..,” balas Akma tidak senang hati. Liya kena bendul sangat? Dulu dengan Azlan tak macam ni pun. Sekarang terlalu taat kepada suami pula. Kalau baik tu tak mengapa lah juga. Ini jahat sangat si Rayyan tu!

“Doa-doa kalian akan memayungi aku, percayalah!” lafaz Aleeya sambil cuba tersenyum.

Rayyan yang pulang awal dari Aleeya. Ketika Aleeya sampai Rayyan sudah berada di dalam rumah. Malah sudah bertukar pakaian dan sedang menonton tv. Jam baru enam setengah petang, awalnya balik. Selalunya tengah malam baru nak balik. Tapi sejak akhir-akhir ini Rayyan memang sudah belajar balik awal pun. Atau pun tidak berpuas hati kerana pertemuan tak dirancang petang tadi.

“Awal abang balik hari ini..,” tegur Aleeya. Aku kena sedar, dia berkahwin dengan aku bukan atas dasar cinta pun, kalau lah aku masih merasa betapa sakitnya dilukai oleh Azlan tentu dia pun merasa begitu payah untuk meninggalkan hobi dan tabiatnya. Tangan Rayyan dikucupnya dan seperti selalu Rayyan akan mengucup dahi Aleeya.

“Liya..,” panggil Rayyan. Tentu Aleeya berjauh hati dengan sikap aku tadi?

“Liya tak nak dengar apa-apa tentang tadi. Itu hak abang!” jawab Aleeya. Urusan peribadi Rayyan mana boleh masuk campur. Itu syarat yang Rayyan berikan, tetapi kalau urusan aku? Semua tak boleh!

“Tapi Liya...,” kata-kata Rayyan terhenti di situ.

“Liya tahu abang tak cintakan Liya. Abang kahwin dengan Liya sebab mahu menyelamatkan maruah keluarga Liya saja...,” rajuk Aleeya sudah muncul. Rayyan tersenyum. Aleeya memang tak pandai nak berpura-pura atau pun menipu. Semua sudah jelas di wajah Aleeya.

“Liya cakap apa ni? Liya isteri abang lah..,” tegas Rayyan mahu memberi keyakinan kepada Aleeya.

“Tahu pula abang ada isteri di rumah? Ingat lupa isteri dah tadi?” balas Aleeya.

Rayyan tersenyum lagi. Bertuah kahwin dengan anak pak alim ni. Marah pun suara lembut saja. Tak berani nak tinggikan suara dengan suami sebab itu berdosa, sedangkan perempuan lain mesti sudah jadi singa sebab melihat suami berkepit dengan perempuan lain.

Tengok Aleeya tenang sajalah. Hehehe...



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku