PENGANTIN EKSPRES
PENGANTIN EKSPRES (BAB 22)
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 November 2012
Dia sebenarnya mahu berubah, tetapi mesti ada pendamping setia yang sabar menemaninya, iaitu seorang perempuan bergelar isteri. Itulah azam lelaki yang bernama Rayyan. Latar belakang keluarga yang tidak langsung mempedulikan hal-hal agama membuatkan dia menjadi anak yang liar dan suka berpeleseran tetapi dalam hati, dia sebenarnya mahu kembali ke pangkal jalan.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
18359

Bacaan






CARA pendidikan yang berbeza ini memberi perubahan besar kepada gaya kehidupan masing-masing. Teringat abah dan mak di kampung dan Aleeya merasa betapa bersyukurnya dia menjadi anak kepada abah dan mak yang memberikan didikan agama kepadanya dengan cukup baik sekali. Alhamdulillah. Sehingga ke saat ini dia tidak pernah meninggalkan kewajipannya kepada ALLAH walaupun sesibuk mana sekali pun.

Terbayang wajah abah sekarang. Betapa abah akan merotan mereka adik beradik kalau tidak bersolat. Malah setiap petang mereka belajar mengaji al quran dengan abah. Abah memang cukup tegas dalam hal seperti ini. Dia pernah kena rotan dengan abah kerana ponteng kelas yang abah ajar setiap hari. Ponteng pun bersebab, kerana hari itu dia perlu ke sekolah, kerana ada latihan membaca puisi untuk pertandingan peringkat sekolah. Cikgu kelas meminta mereka berkumpul tepat pukul lapan malam di sekolah dan kerana hendak cepat, dia ponteng belajar mengaji al quran. Sebaik saja pulang malam itu, abah memang sudang menunggunya dengan rotan.

Alhamdulillah, kerana ketegasan abah lah yang membuatkan dia jadi seperti sekarang. Dunia Aleeya dan Rayyan memang jauh berbeza. Tadi, dia sempat berbual panjang dengan Julia. Kata Julia, mama dan papa memang tidak kisah tentang kehidupan mereka adik beradik. Mereka bebas untuk melakukan apa saja termasuk tidur dengan pasangan masing-masing. Mama tidak pernah membantah atau menyekat hak peribadi mereka adik beradik. Hebat kan? Begitu juga dengan papa yang kehidupannya terlalu sosial.

“Liya kat mana?” soal Rayyan. Ini baru pertama kali Rayyan menghubunginya setelah seharian berada di Sabah. Sekarang pun sudah masuk pukul sembilan malam. Aleeya sedang berehat di dalam bilik kepunyaan adik iparnya, Julia. Dan ketika ini Julia sedang asyik benar menonton tv.

Julia memandang ke arah Aleeya apabila telefon kepunyaan Aleeya berbunyi. Siapa?

“Abang kat mana?” soal Aleeya balik. Tidak mahu menjawab pertanyaan suaminya. Takut kena marah.

“Dengan papa kat bilik hotel. Jangan fikir yang bukan-bukan tentang abang, okey?” Hahaha, mestikah kau cari perempuan lain malam ini? Kata Julia.. ah.. sikit-sikit kata Julia. Kau kena yakin kepada diri sendiri lah.

“Kenapa?”

“jawab pertanyaan abang, Liya kat mana. Kata Ju, Liya kat rumah mama, betul ke?” sudah bertukar nada suara Rayyan saat ini. Panas telinga! Mesti dia marah sebab aku telah mengengkari arahan suami sendiri.

“Liya kat rumah mama..,”

“Apa?? Gila ke?? Sekarang abang nak Liya balik ke rumah kita!” jerkah Rayyan berdesing di telinga. Perit kedengaran kerana dijerkah oleh Rayyan. Terkejut dan tergaman di buatnya.

“Tapi...,”

“Liya balik sekarang. Itu arahan abang. Faham???” jerit Rayyan sambil mematikan talian telefon. Aleeya cuba menghubungi suaminya semula tetapi Rayyan sengaja tidak mengangkat telefon tersebut. Berkali-kali tetapi hampa.

“Abang angkat lah telefon!” mesej Aleeya yang ke lima kali. Tetapi masih tidak dibalas. Beginikah caranya Rayyan melepaskan amarahnya terhadap Aleeya?

Baju dan barang-barangnya sudah dikemas semula. Dia harus segera pulang ke rumah ketika ini.

“Nak ke mana kak?” soal Julia. Tadi mama marah dan maki, malah mama usir pun tak berganjak. Sekarang, Abang Rayyan cakap sekali, terus ikut.

“Nak balik!” sebab Rayyan sudah mengamuk. Biar pun jauh, tetapi Aleeya perlu patuh kepada arahan suaminya.

“Tak jadi bermalam di sini?” soal Julia.

“Takk..,”

“Ju temankan akak, boleh?”

“Tak usah lah. Akak boleh balik sendiri,”

Sepanjang perjalanan dia menghubungi Rayyan tetapi suaminya tidak mengangkat. Malah sms dari Aleeya pun tidak di balas. Macam manalah nak berkomunikasi, nak jelaskan keadaan yang sebenar kalau abang buat perangai macam ini?

Sikap Rayyan benar-benar membuatkan Aleeya keresahan. Bingung dan sedih kerana layanan Rayyan malam ini. Serba tidak kena Aleeya rasakan. Malah dia tidak boleh lelapkan matanya. Aku telah berdosa kerana tidak patuh kepada suami walaupun aku sudah menghantar sms memberitahunya sebelum melangkah pergi ke rumah mama tadi. Tetapi sebelum sempat dia memberi jawapan, aku sudah pun membuat keputusan. Macam mana yer?

“Beri Liya peluang untuk jelaskan keadaan!” mesej Aleeya lagi. Entah mesej keberapa puluh, dia sendiri tidak pasti. Tetapi sekarang sudah pukul 4.00 pagi, matanya masih segar kerana rasa bersalah dan kebimbangan yang teramat sangat. Kalau lah sesuatu berlaku antara kami malam ini, aku sudah derhaka pada suami sendiri. Malah tidak aku mencium bau syurga kerana kekhilafan aku siang tadi. Bagaimana? Andainya abah tahu tentu abah akan memihak kepada Rayyan bukan kepada aku yang menjadi anaknya.

“Liya minta ampun dan maaf tetapi janganlah layan Liya macam ni..,” sekali lagi Aleeya menghantar mesej. Pun tidak dibalas oleh Rayyan walaupun sudah sepuluh minit Aleeya menunggu. Abang kuat merajuk yer atau pun sengaja nak uji Liya?

Liya tak boleh tidur lah dengan cara abang nih...,

Hampa dan kecewa. Malah malam yang sepi ini semakin membuatkan hatinya sayu dan beku. Jangan menangis, Liya. Pujuk hatinya sendiri.

“Ok lah, kalau abang tak nak balas sms Liya juga, Liya nak balik kampung, nak mengadu kat abah bahawa suami Liya abaikan Liya..,” ugut Liya. Bersungguhkah mahu pulang ke kampung? Balik kampung nak bagi abah marah lagi ada lah. Cari nahas lah tu.

“Balik lah, Liya kan suka buat perangai macam tu,” balas Rayyan tak sampai pun sepuluh saat. Cepatnya. Aduhai cek abang sayang kenapalah uji sayang awak nih sampai begitu sekali.

“Abang, call Liya sekarang jugak!”

“Tak nak. Abang nak tidur. Bukan macam Liya sejak dari tadi asyik hantar sms dan buat miss call saja. Liya memang tak ada kerja ke malam ini?”

“Liya minta maaf, okey?”

“Kenapa Liya buat perkara yang paling abang tak suka? Kan abang dah cakap jangan jumpa mama, ataupun pergi ke rumah mama..,”

“Nak berkenalan dengan ibu mentua..,”

“Tak usah. Kalau abang suruh Liya datang sini besok, tentu Liya tak buat kan...,” cabar Rayyan.

Mesej dari Rayyan benar-benar mencabar minda Aleeya. Jangan cabar Liya lah, Sabah bukan jauh sangat pun...

“Kenapa diam?” soal Rayyan menguji hati Aleeya lagi.

“Liya...,”

“Liya kerap sangat buat salah la.. hari-hari Liya buat salah. Kalau abang tak sabar, macam mana ni sayang?” soal Rayyan. Lega. Terubat rindu kepada suaminya itu. Boleh berbual pun jadi lah.

“Liya lagi sabar dari abang lah.. Cuma Liya tak mengamuk seperti abang saja..,” ucap Aleeya sambil mengambil batal lalu diletakkan kepalanya. Berbual sambil baring di atas katil.

“Sabar?? Liya cemburu dan cepat salah sangka tu adalah. Sabar kat mana, abang tak nampak pun!” perli Rayyan. Apa liya nak cakap ni kalau abang dah tuduh Liya macam tu? Hmm..,

“Pergilah tidur. Jangan lupa mimpikan abang nanti,”

“Tidur apanya, dah dekat nak masuk subuh lah!”

“Awal lagi lah. Baru nak masuk pukul lima. Ada sejam lagikan? Atau Liya tak boleh tidur tanpa abang kat sebelah Liya?” soal Rayyan. Abang pun rindu kat Liya juga lah.

“Mana ada!” nafi Aleeya.

“Tidurlah, abang temankan Liya. Letak telefon ni kat telinga, abang nyanyi kat Liya..,” kata Rayyan. Aleeya melekap kan telefon kat telinga. Kalau lah dia pandai mengaji al quran, lagi best, boleh juga dia mengaji kat telinga aku.

“Sedap ke suara abang?” soal Aleeya.

“Liya mana pernah dengar abang menyanyi lagi kan?” soal Rayyan kembali.

“Yup!”

“Keindahan wajah mu, jadi sumber ilham ku

Suara mu yang merdu, menghiburkan hatiku

Terpancar cahaya hidupku

Kau janji bersumpah setia,

Walaupun ribut melanda kan bersama

Selagi masih ada, sinaran mentari

Selagi ada getar dijiwaku.....” alunan suara Rayyan menyentuh perasaan. Lunaknya di telinga Aleeya.

“Lagu kumpulan Terra Rossa kan?” soal Aleeya.

“Liya suka lagu ni?”

“Mesti lah suka..,” jawab Aleeya. Mata sudah mula terlelap.

Tetapi Rayyan masih setia menemani isteri kesayangannya itu.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku