PENGANTIN EKSPRES
PENGANTIN EKSPRES (BAB 24) - KUNDASANG
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 November 2012
Dia sebenarnya mahu berubah, tetapi mesti ada pendamping setia yang sabar menemaninya, iaitu seorang perempuan bergelar isteri. Itulah azam lelaki yang bernama Rayyan. Latar belakang keluarga yang tidak langsung mempedulikan hal-hal agama membuatkan dia menjadi anak yang liar dan suka berpeleseran tetapi dalam hati, dia sebenarnya mahu kembali ke pangkal jalan.
Penilaian Purata:
(8 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
20011

Bacaan






Angin Kundasang menyapa perlahan.Dingin!. Mereka berdua berjalan berpegangan tangan merasa keindahan Gunung Kundasang yang cukup indah. Kata penduduk di sini, suhu di Gunung Kundasang sudah meningkat dan berubah. Sepuluh tahun yang lalu, Gunung Kundasang pernah mencapai tahap beku. Maksudnya lagi sejuk dari keadaan sekarang. Sekarang pun sudah sejuk, macam mana lah agaknya sepuluh tahun yang lalu? Dan bagaimana pula 10 tahun yang akan datang. Masih kekal beginikah atau sudah hilang rasa sejuknya.

Sejak petang kelmarin sampai lah pagi ini, dia hanya diam seribu bahasa kerana mahu melihat kemarahan Rayyan sejuk dan tenang. Pagi ini barulah dia berani bersuara kerana kemarahan suaminya sudah pun reda.

“Abang pernah ada anak tak?” soal Aleeya berani. Biarlah apa nak jadi pun. Aku sanggup menanggungnya.Rayyan tidak pun terkejut dengan soalan itu. Dia tahu suatu hari nanti Aleeya akan tahu juga hal ini. Biarlah apa nak jadi pun. Aku akan bertanggungjawab. Rayyan memandang tepat ke anak mata Aleeya. Mahu berlaku jujur atau simpan saja rahsia ini sepanjang hayatnya.

“Maksud Liya, Liya mengandung ke?” seloroh Rayyan menyembunyi debaran di hati.

"Abang jangan ubah topik boleh tak? Liya tanya abang, abang pernah ada anak sebelum kita kahwin?” ulang Aleeya sekali lagi. Aku mahu percaya kepada suami sendiri bukan dari orang lain terutamanya Puan Rahimah itu. Mungkin dia juga salah sangka!

“Kalau ada anak, itu adalah anak abang dengan Liya!” jawap Rayyan dengan penuh yakin. Rayyan tidak tipu, itu kebenarannya. Selama ini kalau ke kelab malam sekali pun Rayyan bercakap benar, berada dengan perempuan lain pun Rayyan masih sanggup bercakap benar. Rayyan tak akan menipu aku biar apa pun yang terjadi.

“Abang pernah kahwin dengan perempuan lain sebelum abang kahwin dengan Liya?”soal Aleeya lagi. Rayyan mencuit hidung Aleeya. Bahagia dengan soalan itu. Cemburu itu tandanya sayang kan? Jadi, Liya ini terlebih sayang lah kat aku yer? Sanggup datang semata-mata kerana cemburu?

“Mana ada. Liya seorang saja isteri abang!” yakin Rayyan membuatkan Aleeya bingung.

“Abang pernah tidur dengan perempuan lain sebelum kita kahwin?” soal Aleeya lagi. Mengaku lah kalau ada pun, Liya boleh terima abang.

“Abang memang jahat, kaki mabuk, kaki perempuan, tapi abang tak pernah bawa masuk perempuan yang bukan isteri abang masuk ke bilik untuk tidur sekali, faham tak? “ jelas Rayyan sambil merangkul bahu isterinya. Habis tu? Macam mana nih? Hendak kata Rayyan penipu, hati aku masih percaya kepada kejujurannya. Aku tidak boleh untuk menafikan kata-kata Rayyan kerana aku percaya akan dirinya.

“Abang tak tipu Liya?”

“Liya datang cari abang semata-mata persoalan ini ke? Bukan sebab Liya rindukan abang?” soal Rayyan kembali. Papa sudah pulang hari ini, meninggalkan dia untuk menguruskan hal syarikat. Kalau sambung berminggu-minggu pun tak ada masalah, asalkan Liya ada bersamanya. Tetapi Liya hanya ada cuti tiga hari lagi selepas itu kena masuk bekerja semula.

“Memang Liya datang kerana rindukan abang tetapi selepas Liya dengar cerita ini.. Liya jadi..,”

“Jadi apa sayang? Benci kat abang?” tuduh Rayyan membuatkan wajah Aleeya berubah. Benci?? Subhanallah, aku tidak akan membenci suami sendiri selagi dia menjadi suamiku. Aku tidak mahu menjadi isteri yang berdosa!

Mereka meneruskan perjalanan sehingga sampai ke gerai-gerai yang sedang menjual bunga-bunga dan buah-buahan yang segar. Perbualan mereka terhenti walaupun ada banyak perkara yang perlu dibincangkan. Sedikit buah strawberry yang baru dipetik dibeli oleh Aleeya dan Rayyan tidak membeli apa-apa. Hanya suka melihat isterinya yang begitu leka dengan sayur-sayur segar di sini. Seperti kanak-kanak saja lagaknya. Asyik benar!

“Sepanjang abang tak ada di rumah, Liya buat apa?” soal Rayyan. Tiga hari berpisah sudah jadi macam-macam sedangkan perjalanan hidup kami masih berliku. Antara aku dan Aleeya memang jauh berbeza cara kehidupan kami. Aku memang insan yang jahil tidak seperti Aleeya yang putih dan suci dari noda dan segala maksiat. Aku lelaki yang bertuah kerana mendapat seorang perempuan seperti Aleeya.

“Tak buat apa pun!” jawab Aleeya sambil cuba tersenyum. Rayyan hanya mampu tersenggih. Kelmarin aku mengamuk kerana Liya ke rumah mama. Hari Aleeya pula mengamuk kerana cerita itu. Adil lah kan? Tetapi mengamuk Aleeya jenis cool saja, tidak melenting dan mengamuk atau menjerit-jerit seperti perempuan lain. Aleeya tenang! Itu yang membuatkan aku semakin suka kan Aleeya.

“Siapa datang jumpa Liya semalam?”

“Puan Rahimah..,”

“Ooh..,”

“Abang kenal dia?”

“Kenal!”

“jadi..,”

“Tutup lah buku. Abang tak nak Liya fikirkan hal ini lagi. Hal ini tak ada kaitan dengan Liya!”

“Tapi abang suami Liya kan?”

“Liya, lelaki kalau sudah berkahwin memang orang gelar suami pun, tak kan lelaki orang panggil isteri pula!” usik Rayyan sambil duduk di atas bangku gerai makan. Berehatlah. Penat sudah berjalan kaki.

“Abang jahat!”

“Bila pula abang cakap abang baik?”

“Aduhai Encik Rayyan, janganlah menguji hati hamba ini dengan persoalan yang tidak ada jawapan..., “

“Hahaha.. bersastera nampak!”

Hmmm... ingatkan boleh tutup rahsia ini sampai bila-bila. Kalau boleh sampai ke akhir hayat tetapi siapa sangka ini yang berlaku. Takdir aku barangkali. Dapat jodoh dengan anak pak imam. Siap pakai tudung, ada pegangan agama yang teguh dan tetap pendirian. Malah berani dan degil. Itu yang menakutkan. Bukan seperti aku yang tiada pegangan, malah bab-bab agama kosong langsung. Tetapi siapa pun aku, dia tetap isteri yang sabar, tidak pernah sekali pun bantah ataupun melawan cakap. Walaupun kadang kala dia naik angin dan marah.

Sepatutnya Puan Rahimah datang mencari aku, bukan jumpa Aleeya dan menyusahkan hati dan perasaan Aleeya pun. Aleeya tak tahu apa-apa dalam hal ini. Ini tidak, pergi jumpa Aleeya dan menyusahkan hati dan perasaan Aleeya saja. Kasihan Aleeya.

Mujurlah abah call memberitahu kepadanya hal ini dan dia terus menghubungi Puan Rahimah. Puan Rahimah sendiri tidak tahu bahawa bayi yang dihantarnya 2 tahun yang lalu bukanlah zuriatnya tetapi adalah zuriat Julia adiknya. Zuriat yang lahir tanpa ikatan yang sah antara Julia dan teman lelakinya. Anak Julia yang dibenci oleh Julia sendiri. Malah mama dan papa juga turut membenci keturunan mereka itu. Mama hanya memberi dua pilihan, bunuh ataupun beri saja kepada rumah anak-anak yatim. Setelah dia memujuk mama, barulah mereka mengambil keputusan untuk menyerahkan bayi itu ke rumah asuhan.

Ini adalah kehendak mama dan papa yang menyuruh Rayyan menghantar bayi tersebut ke rumah asuhan kepunyaan Puan Rahimah dan dia dengan rela hati memikul tanggungjawab itu. Sejak dia menghantar anak itu, dia membiayai sepenuhnya perbelanjaan rumah asuhan tersebut.

Sekarang Liya sudah tahu akan rahsia ini. Perlukah aku ceritakan semuanya kepadanya ataupun aku menanggungnya seorang diri?



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku