PENGANTIN EKSPRES
WAJAH MU DI MATA KU (SWEET & ROMANTIK )
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 November 2012
Dia sebenarnya mahu berubah, tetapi mesti ada pendamping setia yang sabar menemaninya, iaitu seorang perempuan bergelar isteri. Itulah azam lelaki yang bernama Rayyan. Latar belakang keluarga yang tidak langsung mempedulikan hal-hal agama membuatkan dia menjadi anak yang liar dan suka berpeleseran tetapi dalam hati, dia sebenarnya mahu kembali ke pangkal jalan.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
23207

Bacaan






RASA TAK SIHAT HARI INI. Biasa lah kalau time lampu merah ni. Tambahan pula hari pertama, sakit rata tempat lah. Sakit kepala, sakit kat perut. Dengan badan semua panas. Perut lagi lah rasa tak selesa. Aduhai, sakit. Rasa hendak balik ke rumah saja.

“Liya, period lah tu!” tegur Zuraida. Pangkat kakak dah dia ni. Kawan satu pejabat yang baik dengan Aleeya.

“Yup, sakit kak!” muka Aleeya sudah naik pucat. Semalam waktu pak long dan mak long ada memang dah rasa semua ni tetapi terpaksa dia menahan kesakitan itu seorang diri. Hari ini dia memang tidak berpuasa tetapi tidak berani hendak memberitahu kepada Rayyan, takut Rayyan juga tidak berpuasa hari ini. Rayyan kan baru mula hendak belajar berpuasa, bukan seperti lelaki lain.

“Perkara biasa dah. Tahan lah. Bukan kali pertama datang period pun!”

“Hehehe...,” memang pun.

“Liya, orang cakap pasal suami Liya macam-macam yer. Sakit juga telinga akak dengar!” beritahu Zuraida. Aleeya hanya tersenyum kerana dia juga mendengar cerita tentang itu. Semua orang sedang memperkatakan tentang dia dan Rayyan yang bagi mereka adalah tidak sesuai langsung. Liya tu cara hidupnya berbeza benar dengan si Rayyan. Bagaimana lah Liya boleh menerima lelaki yang begitu teruk perangainya.

“Tahu kak. Malah ada orang cakap saya kahwin dengan Rayyan kerana harta saja. Hehehe..,” Buat apa dengan harta Rayyan, aku boleh buat apa? Sedangkan Rayyan itu lah harta yang perlu aku jaga. Pesan mak long, jangan tinggalkan Rayyan biar apa pun terjadi. Begitu juga dengan abah.

“Ramai orang cakap macam tu kat Liya.., malah ada juga yang kata Liya sengaja tinggalkan Azlan kerana nak kahwin dengan Rayyan...,”

“Terserah kat dia orang kak, yang penting saya tahu apa yang telah saya lakukan!” putus Aleeya. Ah, aku sendiri dulu pun tidak pernah bermimpi atau berangan untuk kahwin dengan Rayyan. Suatu hari selepas putus tunang, Rayyan ajak aku berjumpa dengannya dan itu adalah kali pertama aku bertemu dengannya. DI situ lah dia melamar aku dan dengan pelbagai syarat yang diberikan. Sekarang, syarat itu tinggal syarat kut. Sebab semua syarat sudah tidak dipakai lagi. Syarat apanya kalau sudah saling jatuh cinta? Kalau saling sayang menyayangi. Cuma rindu saja belum lagi kerana kami sering bersama, jarang berpisah lama.

“Bagus, Liya. Biarlah orang nak kata apa asalkan kita tahu keadaan kita sudah lah. Akak rasa Rayyan tu tak lah teruk sangat kalau hendak dibandingkan dengan lelaki-lelaki lain di luar sana. Ada lelaki yang tidak bertanggungjawab, tidak bekerja dan biar isteri bekerja dan menanggung mereka. Ada juga yang kaki perempuan sampai sanggup lupa anak dan isteri dan bermacam lagi tetapi Rayyan tu okey saja akak tengok!” kata Zuraida dengan panjang lebar. Aleeya hanya tersenyum saja. Alhamdulillah, Rayyan sedang berubah sekarang. Semuga perubahan ini memberi seribu makna kepada kami berdua.

“Terima kasih kak kerana sokong Liya!” balas Aleeya.

Aduhai. Kerja banyak yang tidak beres hari ini kerana terganggu mood yang tidak baik. Sakit kepala dan naik ke tahap migrain dah ni. Period dan Migrain sudah sebati sebenarnya. Ah, hendak balik awal hari ini. Nak balik makan ubat dan tidur saja. Tak mahu fikir pasal menu petang nanti.

“Yang,” memang sedang tunggu panggilan dari dia pun. Nak ajak balik awal.

“Abang, kat ofis kan?”

“Yup. Ada banyak kerja yang perlu diselesaikan. Kita balik lewat hari ini. Mungkin pukul tujuh malam..,” beritahu Rayyan. Aleeya melihat jam di tangan, baru 4.20. Sepatutnya 4.30 petang sudah boleh balik. Kalau balik pukul 7.00 malam, aku boleh pengsan di sini.

“Pukul tujuh, lewat sangat lah..,”

“Tak payah masak. Kita berbuka kat luar,” terus Rayyan mematikan telefonnya sebelum sempat Aleeya memberitahu dia mahu pulang awal hari ini. Aleeya menghantar mesej saja memberitahu kepulangannya bersama Puteri Shima. Tak boleh lah nak tunggu lama-lama hari ini. Tak tahan dah.

Sampai rumah, terus masuk bilik. Telan panadol dan mahu lena saja. Itu rutin setiap bulan pun. Esok baru okey, hari kedua baru boleh pulih. Hari pertama period memang dia sengsara. Jadi, hari ini dia mahu berehat saja. Ingin bermimpi yang indah-indah, tidak mahu berserabut dengan pelbagai persoalan hari ini.

Dia nyenyak terlena apabila dikejutkan dengan suara bising dari suaminya. Mata nak angkat pun malas tetapi telinga boleh mendengar bait-bait bicara Rayyan yang sedang melenting. Malaslah nak layan.

“Abang tunggu Liya kat luar ofis Liya tadi, kalau nak balik awal pun cakaplah. Ini biar abang tertunggu-tunggu kat situ. Liya ingat abang tunggul ke apa? Sudah lah lama abang berdiri kat situ!” bebel Rayyan sedang menukarkan bajunya. Aik.. dia tak terima sms aku ke? Kenapa dia tak baca sms yang aku hantar. Dia yang salah pun nak salah kat orang lagi.

“Susah sangat ke nak beritahu. Telefon bimbit awak tu dah kena potong ataupun telefon ofis awak rosak? Kalau dua-dua tak boleh pakai, awak boleh ke pejabat saya kan?” sambung Rayyan lagi. Kalau sudah berawak tu memang teramat marah lah tu. Aleeya tidak menjawab, hanya melihat ke arah suaminya saja. Sakit kepala tidak hilang, demam pun tak kebah. Sakit pinggang dan sakit perut. Malah tambah sakit, bila kena marah dengan Rayyan.

“Liya memang sengaja nak biarkan abang marah Liya hari ini. Sekarang, bangun lah. Dah nak masuk berbuka nih. Balik awal pun bukannya balik masak pun, tapi balik tidur saja!” sambung Rayyan berlalu masuk ke bilik air. Aleeya menarik kain selimutnya. Sejuk kerana aircond sudah dibuka. Dia kan tengah panas hati dengan aku? Buka aircond tak fikir orang langsung. Tiga minit berlalu, Aleeya baru mahu terlelap kembali.

“Liyaa...,” panggil Rayyan sambil menghampiri Aleeya yang mengalih ke arah lain. Dibiarkan Rayyan menyentuh dahinya. Panas. Muka Aleeya sedikit pucat.

“Kenapa ni?” suara Rayyan sudah kembali lembut. Malah cemas dengan keadaan Aleeya. Dipegang tangan Aleeya dengan erat. Kenapalah aku marah Aleeya. Bukan perkara besar pun. Kalau bengang dengan mama dan papa pun, jangan lah balik lepaskan kemarahan tu kepada Aleeya. Bukan salah Aleeya pun.

“Liya”

“Hmm..,” jawab Aleeya sepatah.

“Cakaplah kenapa?” semakin cemas Rayyan dengan keadaan isterinya. Direnung wajah Aleeya yang jernih itu.

“Abang pergilah berbuka dulu, tak payah risaukan Liya!” suruh Aleeya apabila mendengar azan berkumandang di masjid.

“Demam ke?” soal Rayyan lagi. Hilang selera nak makan. Kalau puasa sampai malam pun boleh lagi kerana melihat keadaan Aleeya yang sedang kesakitan.

“Liya ok lah!” jawab Aleeya. Tangan Rayyan memegang pipi Aleeya.

“Liya tipu abang ek..,”balas Rayyan tidak puas hati dengan jawapan yang Aleeya berikan. Nak kena cakap perkara sebenarlah ni. Kalau tidak memang Rayyan tak akan lepaskannya dengan begitu mudah.

“Liya tak apa-apa lah. Liya ok..,”

“Liya, boleh tak berterus terang dengan abang..,” suara Rayyan sedikit tinggi.

“Period lah.. “ jawab Aleeya perlahan dan tersipu-sipu. Pengalaman pertama kena cakap semua ini kepada Rayyan. Tiga bulan lepas tidak mengapa kerana bukan bulan puasa, jadi kesakitan ini tidak ketara kerana Rayyan sibuk siang dan malam sehingga tidak sempat melihat kesakitan yang dialami oleh Aleeya setiap bulan.

“Oppss.. sorry abang tak tahu!” ucap Rayyan separuh menyesal kerana marahkan Aleeya tadi. Perempuan kalau period.. ha.. walaupun tak pernah alami tetapi kena ambil faham lah selepas ini kerana sudah ada Liya yang dipertanggungjawabkan ke atasnya.

“Kenapa tak beritahu abang tadi..,”

“Liya dah hantar sms lah, abang tak baca ke?”

“Handphone abang habis bateri..,” Patutlah pun.

“Pergi lah berbuka dulu, tak baik melewatkan waktu berbuka. Lagipun Liya nak rehat, nak tidur!” suruh Aleeya. Rayyan mengangguk. Sebelum melangkah keluar dikucup tangan kanan Aleeya dan pastinya ciuman itu singgah juga di dahi Aleeya.

“Abang minta maaf tadi, memang abang tak tahu Liya tak ok!”bisiknya perlahan. Aleeya hanya mampu mengangguk.

Aleeya kembali menyambung tidurnya. Boleh tidur dengan senang hati kali ini kerana suaminya itu mungkin telah pergi membeli makanan di luar sana. Hendak memasak, memang Rayyan tidak pandai hendak memasak pun. Jangan harap lah hendak melihat Rayyan memasak.

Rasa kepala sedikit ringan, tetapi rasa malas nak bangun dari tempat tidur. Kalau zaman bujang, bolehlah berehat dan sambung tidur saja tetapi sekarang sudah ada suami, mana boleh rasa yang segan dan malas itu. Perlu ke dapur untuk melihat apa yang ada di dalam peti ais. Lagipun perutnya juga sudah minta di isi.

“Liya, nak ke mana tu?” tegur Rayyan dari sebelah. Ada rupanya!

“Abang dah makan?” soal Aleeya. Jam sudah pukul 9.00 malam. Lama juga dia tertidur.

“Dah. Liya tunggu sini yer, abang nak ke dapur sekejap!” jawab Rayyan sambil berlalu pergi. Selang lima minit Rayyan muncul semula dengan membawa dulang datang kepadanya. Bubur nasi bersama milo panas. Bubur nasi yang menyelerakan dan masih panas. Beli kedai kut. Tapi dari bau rasanya bukan dari kedai. Rayyan duduk mengadap ke arah Liya. Dibangunkan Liya lalu disandarkan badannya Liya dengan batal.

“Liya bukan sakit teruk pun. Perkara biasa lah!” ujar Aleeya sambil tersenyum kerana diberi layan sebegitu oleh suaminya.

“Liya jangan bantah boleh tak?” marah Rayyan. Diambilnya sudu lalu disuapkan bubur nasi ke mulut Aleeya.

“Sedap. Abang beli kat mana?”

“Masak lah. Ingat abang tak pandai masak ke?”

“Betul ke ni? Abang reti ke memasak?” soal Aleeya. Rayyan menyuapkan Aleeya sekali lagi.

“Untuk Liya abang sanggup lakukan apa saja termasuk dengan belajar memasak!” jelas Rayyan sambil menyentuh rambut Aleeya yang terjuntai terkena di pipinya.

“Malam ini abang masak untuk sahur pulak yer. Liya nak rehat!” arah Aleeya sambil mengambil gelas di sebelah. Dihirupnya seteguk.

“Rehatlah, abang faham keadaan Liya..,” ujar Rayyan sambil tersenyum.

Mestilah. Aleeya memang nak berehat pun. Tangan Rayyan yang sedang menepuk lengannya digenggam erat.

“Terima kasih!” bisik Aleeya.

“Untuk apa?”

“Kerana mengerti akan diri Liya..,”

“Kalau tak mengerti pun boleh buat apa dengan Liya time macam ni.. hehehe..,”

“Ooo.. tak ikhlas lah ni..,”

“Ikhlas tu antara abang dengan tuhan lah.. Liya mana tahu apa yang ada di dalam hati abang!”

“Jangan cakap lah, Liya sakit ni!” kata Aleeya. Tangan suaminya itu mahu dilepaskan tetapi Rayyan mengenggam erat tangan Aleeya.

“Liya manja ek.. kalau macam ni memang susah lah kalau kita ada anak..,” gurau Rayyan. Aleeya mencebik bibir.

Liya tak nak anak, Liya nak abang sajalah.....



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku