PENGANTIN EKSPRES
PENGANTIN EKSPRES - RAYYAN BELAJAR BERPUASA
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 November 2012
Dia sebenarnya mahu berubah, tetapi mesti ada pendamping setia yang sabar menemaninya, iaitu seorang perempuan bergelar isteri. Itulah azam lelaki yang bernama Rayyan. Latar belakang keluarga yang tidak langsung mempedulikan hal-hal agama membuatkan dia menjadi anak yang liar dan suka berpeleseran tetapi dalam hati, dia sebenarnya mahu kembali ke pangkal jalan.
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
18154

Bacaan






RAYYAN BELAJAR BERPUASA

Pukul empat pagi, dia bangun masak untuk sahur. Masakan yang terlalu ringkas. Goreng kacang panjang dengan daging dan telur masin. Siap dihidangkan dia terus kejutkan Rayyan. Perlu mengajak Rayyan agar berpuasa dengannya. Terpaksa!

“Abang, bangunlah!” kejut Aleeya sambil menepuk bahu suaminya itu. Liatnya hendak bangun. Tetapi semalam lelaki ini tidak pergi ke kelab malam. Menghormati bulan puasa barangkali.

“Awal lagilah nak masuk ofis!” tolak Rayyan. Ofis apanya, abang tak tengok jam ke? Awal lagi lah.

“Bangunlah, bersahur!” ujar Aleeya sambil menepuk bahu Rayyan.

“Liya pergilah makan, abang tak mampu nak puasa!” terang Rayyan tanpa silu. Mana boleh, abang kena belajar demi Liya.

“Tak kira, abang nak puasa atau tak, abang kena temankan Liya bersahur juga,” tekan Aleeya sambil menarik tangan Rayyan agar bangun.

“Hahaha..,”

‘Cepat lah, tak payah dok gelak lagi. Nanti habis pula waktu sahur!”

“Okey sayang, kejap abang basuh muka dan berus gigi dulu ek!”

“Ok, Liya tunggu kat meja makan!”

Pertama kali kena bangun sahur demi Aleeya, isteri kesayangannya itu. Tak kan nak biarkan Liya bersahur seorang diri pula. Sudahlah tadi muka tu asyik monyok saja kerana terkenangkan kampung halamannya. Macam lah aku tak tahu. Liya sudah berkorban untuk aku, aku pun kena berkorban untuk Aleeya juga. Baru adilkan?

“Abang niat puasa sama lah, temankan Liya berpuasa!” ucap Aleeya sambil mencedok nasi ke dalam pinggan milik suaminya. Puasa tanpa niat, tak akan ada maknanya. Buat apa pun yang penting adalah niat, andainya niat itu ikhlas dan baik, tentu dapat balasan yang baik juga.

“Tapi abang tak pernah puasa lah sayang, takut abang pengsan nanti!” terang Rayyan jujur. Puasa ni kena berlatih dari zaman budak-budak lagi, kalau tak pernah berpuasa, teruk juga tu. Tapi sampai bila kalau bukan hari ni?

“Cuba lah dulu, nanti kalau betul abang pengsan, abang bukalah puasa tu!” pujuk Aleeya. Betul lah kan, bila sudah pengsan, maka puasa pun terbatal, boleh lah berbuka dan makan.

“Liya memang banyak songgeh!” ujar Rayyan. Aleeya tersenggih.

“Hehehe..,” Abang sudah mengucap dua kalimah syahadah, rukun pertama sudah tertunai. Tetapi solat, rukun kedua tertinggal pula. Tak mengapa lah kita langkau, buat rukun ketiga dulu, iaitu berpuasa di bulan ramadhan. Semuga dengan itu akan tergerak hati abang untuk bersolat pula selepas ini. Siapa tahukan, kerana hidayah itu milik ALLAH saja, ALLAH yang berhak memberi hidayah kepada insan-insan yang terpilih saja. Selebihnya biarlah aku yang berusaha demi rumah tangga kami berdua.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

SEDUTAN INI MEMANG KENA DENGAN TAJUK PENGANTIN EKSPRES

“Liya dulu dengan Azlan lama mana bercinta hah?” korek Rayyan lagi. Mentang-mentang lah kami berdua saja, dia boleh bertanya di ruang tamu, manakala Aleeya berada di dapur sedang bertungkus lumus untuk memasak.

“Kenal di kolej lah. Lama juga lah bercinta, dekat lima tahun,” jawab Aleeya jujur.

“Mak ayah Azlan setuju hubungan Liya?” soal Rayyan lagi. Aleeya tidak disukai oleh mama dan papa kerana cara kehidupan Aleeya. Aku pula memilih Aleeya kerana perwatakan Aleeya yang tegas dan berprinsip. Tidak goyah dengan cabaran dan ujian kehidupan.

“Mestilah, dia orang sayangkan Liya. Kenapa?” masalah kami bukan dari family Azlan tetapi Azlan yang tiba-tiba berubah. Berkahwin dengan kawan satu ofisnya. Mak dan ayah Azlan menangis kerana tindakan Azlan yang berkahwin dengan gadis lain di saat-saat akhir lalu mengecewakan Liya. Tetapi kerana rasukan dari mak long, tidak sangka bekas mak mentua tak jadinya itu berubah sikap dan perangai. Mula memperburukkan Aleeya kepada masyarakat kampung.

“Liya tu isteri abang, abang nak tahu juga lah sejarah silam Liya,” jawab Rayyan selamba saja. Sejarah silam aku? Hish, biar betul.

“Abang boleh tak beri jawapan yang logik sedikit dari tu, kalau nak siasat tentang Liya pun!”

“Dulu tak sempat nak siasat sebab Liya yang terburu-buru ajak abang kahwin. Tunang dua minggu terus kahwin,”

“Hai, terbalik fakta ni.. abang yang nak kita kahwin cepatkan?”

“Hahahaha.. “ memang lah. Aku takut kau jatuh ke tangan lelaki lain. Sebab itu hendak segera berkahwin.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku