PENGANTIN EKSPRES
PENGANTIN EKSPRES - BEST RAYYAN
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 November 2012
Dia sebenarnya mahu berubah, tetapi mesti ada pendamping setia yang sabar menemaninya, iaitu seorang perempuan bergelar isteri. Itulah azam lelaki yang bernama Rayyan. Latar belakang keluarga yang tidak langsung mempedulikan hal-hal agama membuatkan dia menjadi anak yang liar dan suka berpeleseran tetapi dalam hati, dia sebenarnya mahu kembali ke pangkal jalan.
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
18623

Bacaan






Tetapi bagi orang yang tidak pernah berpuasa tentu rasa terlalu sukar dan tidak tertanggung. Lainlah seperti kita yang sudah diajar berpuasa sejak dari kecil lagi. Jadi kita sudah biasa berpuasa, sudah menjadi satu kebiasaan kepada kita, berbeza dengan Rayyan, yang pertama kali berpuasa hari ini.

‘Abang okey ke tak ni?” soal Aleeya sambil duduk di sebelah suaminya yang terbaring di atas sofa. Tadi dalam pukul 11 pagi, tengok Rayyan ok lagi tetapi sekarang sudah terlantar di atas sofa. Baru pukul 2.00 petang. Mujurlah ambil cuti hari ini. Boleh pantau Rayyan. Kebetulan Rayyan juga turut mengambil cuti.

“Pening kepala lah, Liya!” beritahu Rayyan. Sahih angin sudah masuk perut dan singgah di kepala kerana perut kosong. Aleeya memegang dahi suaminya lalu dipicit perlahan. Kasihan abang!

“Kalau tak mampu, abang bukalah!” ujar Aleeya. Kasihan atau tidak sampai hati ni, Liya? Kedua-dua sekali lah.

“Pukul berapa dah sekarang?” soal Rayyan. Lambat lagi ke nak berbuka puasa? Tak tahan lah!. Tapi kalau buka malu lah kepada Aleeya yang berpuasa hari ini. Liya tu perempuan, awak kan lelaki, mana boleh mengalah kepada perempuan.

“Pukul dua!” jawab Aleeya. Lima jam lagi baru nak pukul tujul. Lima jam darab 60 minit darab 60 saat.. hishh.. lambat lagi lah.

“Sayang pula nak berbuka!” jawab Rayyan membuatkan Aleeya tersenyum kecil. Tahu pun sayang!

“Pergilah mandi, nanti kuat lah badan abang!” cadang Aleeya. Kena air nanti kuat lah tu..,

“Okey. Tolong papah abang, abang dah tak larat nak berjalan nih!” ujar Rayyan menghulurkan tangannya kepada Aleeya. Terpaksalah Aleeya memapahnya masuk ke bilik air. Lerr... sampai tak boleh nak jalan. Lucu Aleeya dengan gelagat suaminya hari ini.

“Abang ni manjalah!” usik Aleeya.

“Manja dengan tak larat, sama ke sayang?” usik Rayyan. Dalam tak larat boleh pula kau bergurau dengan aku yer? Aleeya mengelengkan kepalanya sambil tersenyum.

“Pergilah mandi, Liya ambilkan tuala untuk abang!”

“Okey!”

Kasih sayang itu membawa Rayyan erti berpuasa hari ini. Dapat juga sehari walaupun asyik terbaring saja di sofa.

“Waw, Liya masak macam-macam hari ini untuk abang ke?” soal Rayyan sambil menarik kerusi. Ada hidangan yang best-best belaka termasuk dengan pencuci mulut lagi.

“Memang untuk abang pun!” ujar Aleeya. Ini hadiah dari Aleeya untuk abang yang berpuasa penuh hari ini.

“Kenapa?”

“Nikmat orang yang berpuasa adalah ketika berbuka, tak percaya, abang tengoklah nanti!”

“Abang belajar banyak perkara dari Liya hari ini. Thank sebab sudi jadi isteri abang yang jahil ini..,” ucap Rayyan membuatkan Aleeya terharu mendengar.

“Liya adalah tulang rusuk abang, jadi abang adalah jodoh liya yang ALLAH berikan untuk Liya. Jadi, abang adalah yang terbaik untuk Liya!” balas Aleeya. Liya nak hubungan kita berkekalan dan berapa di bawah lembayung ALLAH yang satu, sebab itu Liya akan berusaha untuk mengubah kehidupan peribadi abang. Biarlah Aleeya sakit jiwa dengan sikap abang, atau pun Liya makan hati dengan abang tetapi apa pun terjadi Liya tetap setia di sisi abang. Itu janji Liya!

Memang pun nikmat orang yang berpuasa adalah ketika berbuka kerana itu adalah hadiah yang ALLAH berikan kepada semua hambanya yang menjalani ibadah berpuasa dengan sabar dan redha. Bahagianya melihat Rayyan yang sedang makan dengan enaknya.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku