PENGANTIN EKSPRES
PENGANTIN EKSPRES (BAB 1) - JATUH HATI
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 November 2012
Dia sebenarnya mahu berubah, tetapi mesti ada pendamping setia yang sabar menemaninya, iaitu seorang perempuan bergelar isteri. Itulah azam lelaki yang bernama Rayyan. Latar belakang keluarga yang tidak langsung mempedulikan hal-hal agama membuatkan dia menjadi anak yang liar dan suka berpeleseran tetapi dalam hati, dia sebenarnya mahu kembali ke pangkal jalan.
Penilaian Purata:
(14 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
40177

Bacaan






“Apa?? Aleeya putus tunang?” soal Rayyan. Terkejut dan sekali gus gembira dengan khabar berita ini. Semangat yang hilang sejak dua bulan lalu datang sejuta. Wajah Rayyan berubah seribu. Memang dia tahu Aleeya tunangan orang sewaktu dia memandang Aleeya kali pertama, namun dia masih berani untuk menawan hati perempuan milik Aleeya. Malangnya Aleeya tak layan pun permintaan Rayyan untuk berkawan. Susahnya hendak menawan hati Aleeya. Aleeya bukannya perempuan-perempuan yang sekali petik saja sudah berada di hadapan mata. Petik sehingga tercabut jari pun, Aleeya buat tidak endah saja. Melalui Atun dia mendengar akan cerita perihal Aleeya. Atun, perempuan yang sudah beranak lima itu sudi menjadi orang tengahnya dan penyampai segala cerita tentang Aleeya. Dia berusaha tetapi hampa. Aleeya bukan calang-calang orang. Berkenalan pun Aleeya tidak sudi apa lagi mahu berkawan dengannya.

Sehingga lah dia terpaksa mengalah apabila dua bulan lagi hari bersejarah milik Aleeya akan berlangsung. Waktu itu hidupnya terasa suram dan gelita. Banyak Perempuan yang datang silih berganti di dalam hidupnya kerana terlalu kecewa. Siapa yang tak kecewa apabila gadis impian bakal berkahwin dengan pilihan hati tidak lama lagi.

“Betul, Encik Rayyan. Aleeya putus tunang dan tak jadi kahwin. Azlan telah berkahwin dengan Mirla, kekasih barunya!” terang Atun panjang dan lebar membuatkan Rayyan mahu melompat saja. Senyuman sudah mula terukir di bibirnya. Yahoooo.... jerit Rayyan di dalam hati. Liya tunggu saya, saya akan masuk meminang Liya tak lama lagi...,

“Aleeya macam mana okey ke tak okey?” soal Rayyan. Mesti Aleeya frust tahap gaban sebab tak boleh kahwin dengan Azlan, kekasih hatinya itu. Sahih menangis siang dan malam kerana kecewa. Orang perempuan kalau tak boleh kahwin dengan lelaki pilihan, sahih haru-biru. Makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah. Patut lah tengok muka Liya tidak berseri seperti selalu, rupanya tak jadi kahwin. Kenapalah aku lambat sangat dapat berita nih?

“Saya tengok dia sedih saja..,” jawab Atun perlahan. Kalau orang lain di tempat Aleeya pun mesti macam tu juga. Menanggung kerugian satu cerita, malu usah cakap lah. Sekarang pun dengar kata riuh satu kampung tuduh Aleeya yang bersalah sampaikan Azlan kahwin dengan perempuan lain.

“Terima kasih Atun kerana sudi bercerita dengan saya yer!” ucap Rayyan. Di dalam kepala otak sudah ada rancangan sendiri. Liya kan terdesak, tentu Liya tak menolak kali ini. Aku tak akan lepaskan peluang di hadapan mata.

“Sama-sama. Kalau Encik Rayyan nak suruh saya merisik Aleeya sekarang pun, saya sanggup!” beritahu Atun dengan rela hati. Rayyan tersenyum saja. Aku nak buat sendiri lah kali ini, tanpa pertolongan sesiapa pun.

“Tak mengapa Atun. Pandai lah saya nanti!”

“Jangan tunggu lama-lama Encik Rayyan, takut terlepas nanti!”

“Hahahaha.. Atun nih, ke situ pula..,”

“Aleeya tu semua orang berkenan lah, Encik Rayyan!”

“Tahu!” Aku pun sekali memandang saja sudah jatuh hati. Dia perempuan yang bersopan santun. Ayu dengan tudungnya dan ada prinsip hidup. Dia bukan mata duitan. Tidak seperti perempuan lain yang dengan mudah boleh dibeli dengan kemewahan dan wang ringgit.

“Okey lah, saya balik dulu. Apa-apa hal Encik Rayyan beritahu saya nanti. Saya akan cuba tolong Encik Rayyan!” ucap Atun meminta diri. Sudah lama dia berada di bilik Encik Rayyan petang ini, takut juga rahsia terbongkar ataupun tak pasal orang tuduh dia ada hubungan dengan Rayyan pula. Ada hubungan??? Silap cakap kut. Rayyan tu sebelah mata pun tak pandang kau lah, Atun. Rayyan tidak suka isteri orang walaupun dia kaki perempuan. Itu Rayyan!

“Okey Atun!”

Atun berlalu pergi.

Rayyan terpaku sendiri. Hendak terus melamar Aleeya? Boleh ke? Tidak terburu-buru ke? Ah, aku peduli apa orang nak cakap, yang penting Aleeya menjadi milik aku walaupun mama dan papa tidak setuju. Papa tidak ada masalah, boleh di bawa berbincang, mama yang susah. Mama kan memang tidak suka perempuan yang pakai tudung seperti Aleeya.

Nombor telefon Aleeya di dailnya. Nombor pejabat bukannya nombor telefon bimbit Aleeya. Aleeya penakut kalau melihat nombor kepunyaannya. Lagipun Aleeya tidak pernah menyahut panggillan, jadi telefon lah pejabat. Aleeya bukannya tahu.

“Hello. Syarikat Seri Bina di sini. Boleh saya bantu?” ucap Aleeya perlahan. Sayu saja suara Aleeya.

“Aleeya...,” panggil Rayyan perlahan.

“Siapa ni?” soal Aleeya yang kemungkinan merasa pelik kerana pemanggil teus menyebut namanya.

“Rayyan!” perkenal Rayyan. Aleeya ni kacang saja lah. Aku sudah biasa memikat perempuan. Tak susah mana pun untuk berhadapan dengan perempuan.

“Ya Encik Rayyan, boleh saya bantu?” soal Aleeya cuba beramah dengannya.

“Saya nak jumpa awak petang nanti. Boleh?” lancar pertanyaan dari Rayyan. Jumpa terus lah, buat apa pakai orang tengah.

“Untuk apa Encik Rayyan?”

“Ada hal penting saya nak jumpa awak!”

“Hmmm..,”

“Saya nak jumpa awak juga. Untuk kali ini jangan menolak!”

“Kalau saya menolak juga, macam mana?”

“Saya akan terus ganggu awak!”

“Okey, kita jumpa petang nanti!”

“Okey, saya tunggu awak kat hotel istana nanti!”

“Jangan lah kat hotel. Jumpa kat restoran sebelah ofis kita jadilah!”

“Orang nampak nanti..,”

“Encik Rayyan kita jumpa di tempat terbuka, itu pun kalau Encik Rayyan nak jumpa saya lah!” tegas Aleeya. Rayyan tersenyum sendiri. Hahaha, Aleeya, Aleeya, awak memang perempuan yang saya cari selama ini.

“Okeylah, saya ikut awak!”

Kali ini mudah kan? Sebelum-sebelum ini hendak bercakap pun tak sudi. Memang lah Aleeya sekarang tidak boleh berfikir secara rasional lagi. Jangan tuduh Aleeya yang macam-macam ek, awak pun sama juga kan, masa tahu Aleeya nak kahwin hari tu kan? Sampai ambil cuti dan terus melarikan diri ke Australia, kerana tidak sanggup menerima perkahwinan Aleeya. Awak lagi teruklah, Rayyan!

Pertemuan pertama yang membuatkan hati aku bergoncang kuat. Ini kali pertama kami berhadapan dari muka ke muka. Dari hati ke hati. Berdebar dada aku saat Aleeya duduk di hadapan aku.

“Duduk lah!” kata Rayyan sebaik saja menarik kerusi untuk Aleeya. Cara Aleeya duduk pun sudah membezakan antara Aleeya dengan perempuan-perempuan yang menemaninya setiap malam.

“Terima kasih!” jawab Aleeya membuatkan hati Rayyan semakin tertawan.

“Aleeya nak minum?”

“Tak payah lah. Kita jumpa sekejap saja kan?” pintas Aleeya membuatkan Rayyan rasa sedikit tercabar. Jual mahal yer awak nih. Nak minum pun tak sudi.

“Aleeya, sudikah awak jadi isteri saya?” soal Rayyan tiba-tiba membuatkan mulut Aleeya tergangga. Biji mata membesar seperti mahu terkeluar saja. Tergaman.

“Encik Rayyan cakap apa nih?” soal Aleeya. Muka Aleeya sudah merah.

“Saya ikhlas nak kahwin dengan awak!” terang Rayyan lagi. Kali ini Aleeya sudah menarik senyuman. Lucu. Aku kenal dia pun tak, dia lagi lah tak kenal aku, tertiba saja ajak aku kahwin. Mentang-mentang lah aku baru putus tunang dan kahwin tak jadi, dia ingat aku ni apa hah?

“Mimpi ke apa nih? Encik Rayyan tak kenal saya lah,” balas Aleeya tetapi saya sudah tertarik dengan lamaran ini. Terbayang wajah mak long yang menghinanya habis-habisan hari tu. Macam-macam pula kata kesat yang muncul dari bibir mak long. Sanggup mak long tuduh aku perempuan sial kerana tak jadi kahwin dengan Azlan. Aku dengan Azlan sudah tidak ada jodoh. Itu yang sebetulnya. Apakah jodoh aku dengan Rayyan?? Grrrr...,

“Awak belajar di mana, kenal dulu baru boleh berkahwin?” soal Rayyan. Betul lah kan, aku sudah lama kenal Azlan, tup-tup Azlan kahwin dengan Mirla, tak kahwin pun dengan aku. Itu lelaki yang aku amat kenali. Tetapi lelaki di depan ku secara dasarnya memang tak layak untuk dijadikan calon suami. Aku sering melihat dia berkepit dengan banyak perempuan. Malah kata orang, dia juga suka minum wain, sedap sikit sebut wain dari arak kan? Yang ini aku tak pernah lihat, Cuma dengar orang cakap saja lah. Mungkin betul. Mungkin tidak!

“Tapi Encik Rayyan...,” macam mana ni? Rayyan bukannya lelaki soleh. Alang-alang nak cari suami pun, cari lah yang boleh sembahyang, Liya. Rayyan ni masjid pun tak pernah pergi. Huhuhu... Diakah calon suami untuk aku?

“Kenapa awak tak sudi ke?” pancing Rayyan. Aleeya tentu menerimanya kali ini, sebab keadaan Aleeya yang terdesak. Rayyan yakin kali ini Aleeya tidak akan menolak mentah-mentah. Mesti Aleeya berfikir juga akan lamaran darinya. Hehehe..

“Beri saya masa boleh?”

“Dua hari saja, boleh?”

“Okey, selepas sini saya beritahu Encik Rayyan!”

“Beres!” mudahnya. Aleeya memang tak ada pilihan ataupun tuhan memang mahu memberi dia untuk aku. Mungkin sudah jodoh kami. Betul tak?



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku