PENGANTIN EKSPRES
PENGANTIN EKSPRES (BAB 4)- SABAR
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 November 2012
Dia sebenarnya mahu berubah, tetapi mesti ada pendamping setia yang sabar menemaninya, iaitu seorang perempuan bergelar isteri. Itulah azam lelaki yang bernama Rayyan. Latar belakang keluarga yang tidak langsung mempedulikan hal-hal agama membuatkan dia menjadi anak yang liar dan suka berpeleseran tetapi dalam hati, dia sebenarnya mahu kembali ke pangkal jalan.
Penilaian Purata:
(6 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
18588

Bacaan






Hendak bertunang kan? Jadi keraplah berjumpa sebelum hendak balik mengadap abah di kampung. Lagi pun dia sering menghubungi Aleeya dan ajak berjumpa. Memang lah dasar buaya darat terkenal. Ada saja alasan darinya. Tak boleh ke kalau tak jumpa selalu begini? Sampaikan orang sudah hidu hubungan kami berdua. Zuraida pun sudah syak yang bukan-bukan tetapi yang peliknya Zuraida seperti tidak kisah dengan hubungannya dengan Rayyan tiak seperti kali pertama dia berjumpa dengan Rayyan dulu.

“Liya nak bertunang dengan Rayyan, betul ke ni?” soal Zuraida. Tadi pun sudah banyak soalan tentang itu.

“Tak tahu lagi, kak. Tak jumpa abah dan mak di kampung lagi,” jawab Aleeya. Kali ini dia tidak mengelak. Semua orang sudah cakap dia buah hati terbaru Rayyan.

“Akak macam tak percaya saja,” luah Zuraida perlahan. Aku pun tak percaya lagi nih.

“Hehehe..,”

“Jangan lupa jemput akak kenduri nanti,” ucap Zuraida membuatkan Aleeya terkejut. Dulu marah, sekarang seperti suka pula. Kenapa Zuraida berubah semudah ini? Seperti aku juga yang telah berubah hati, dari tidak suka Rayyan sudah sedang belajar menerima Rayyan. Mungkinkah aku juga sudah lembut hati sekarang?

“Akak tak marah Liya pilih Rayyan?”

“Rayyan pun manusia juga lah, sayang. Awak boleh bimbing dia jadi lelaki yang soleh nanti,” nah, kan aku sudah cakap Zuraida sudah mula sukakan si Rayyan, siap suruh aku bimbing Rayyan pula. Apa dah jadi ni?

“Insya allah,” ah leganya kerana sudah ada seorang penyokong sekarang. Hehehe. Sudah dapat restu dari rakan terdekat, nanti kena berhadapan dengan Puteri Shima dan Akma pula. Dua orang ini memang yang susah. Tetapi saat sekarang aku hanya fikirkan abah dan mak saja, perasaan orang lain aku sudah tidak bimbang lagi.

Tetapi aku kena cakap juga kepada Puteri Shima dan Akma. Mereka kawan serumah, kawan satu universiti, kawan di kala susah dan senang. Tidak boleh berahsia dengan dia orang sebelum aku berkahwin dengan Rayyan. Sekarang yang penting bawa Rayyan jumpa dengan abah dan mak dulu. Kena selesaikan urusan seri paduka baginda terlebih dahulu, barulah boleh mengadap dayang negara, tetapi yang penting restu abah dan mak kan?

“Dia beri bunga lagi ke?” soal Zuraida, bila melihat jambangan bunga mawar di dalam dakapan Aleeya. Azlan tak pernah beri bunga kepada Aleeya, tetapi Rayyan tiap hari ada bunga untuk Aleeya. Bunga memang perkara biasa, tetapi kalau perkara biasa pun tak pernah buat, apa maknanya itu.

“Yup!” tersenyum Aleeya dengan soalan itu. Ada hadiah lain lagi kak, Liya tak berani nak cakap, tetapi memang lah itu caranya lelaki play boy memikat hati perempuan. Tapi Liya dah serah kembali benda itu kepada Rayyan. Rayyan beri cincin dan blackberry.. Liya dah ada benda tu jadi Liya bagi balik lah kat Rayyan. Hahaha.. kalau aku minta kereta sebiji pun mesti dapat. Liya, itu namanya ambil kesempatan.

“Dia sayang kamu lah tu!”

“Bukan lah, dia nak pikat Liya lah!”

“Hmm, jangan tunang lama-lama kali ni, kalau boleh hari ini bertunang, hari ini juga akad nikah. Tunang lama-lama nanti jadi seperti Azlan pula!” ingat Zuraida. Memanglah itu rancangan si Rayyan. Nak tunang dua minggu saja, selepas itu terus kahwin.

“Insya allah!”

“Dah bau bunga rampai kat kamu, Liya!”

“Dulu akak tak cakap pun macam tu?”

“Hahaha... “

Tak sempat nak fikir apa-apa dengan cara layanan Rayyan terhadapnya. Setiap hari ada saja panggilan dari Rayyan bertanya akan dirinya. Tanya khabar, tanya makan atau tidak? Tanya sihat atau tak? Sedangkan setiap pagi kami berjumpa.

Rayyan memang pandai mengambil hati perempuan. Pandai memujuk dan merayu. Kalau Liya tarik muka masam sikit, Rayyan mesti gelabah beruk punya. Liya dah uji Rayyan tempoh hari. Hehehe....,

Petang ini pun nak jumpa lagi. Hendak pergi beli buah tangan untuk abah dan mak di kampung. Esok kan nak balik kampung, jumpa abah. Rayyan itu sudah tidak sabar hendak jumpa dengan bakal ayah mentua. Beria benar dia.

“Liya, saya tunggu depan ofis petang nanti!”

“Liya nak solat asar dulu lah. Lewat sikit boleh tak?”

“ok. Solat lah dulu. Saya tunggu!”

Aleeya sengaja keluar lewat kerana menunggu sehingga semua orang balik terlebih dahulu. Kerap sangat dia berjumpa dengan Rayyan sekarang ini. Semua orang sudah bercakap tentang gadis bertudung sudah tergilakan play boy yang handsome itu. Lagi ada yang menuduhnya, menjual prinsip hidup kerana kemewahan Rayyan. Ah, aku apa peduli. Lagi pun orang kampung tak akan tahu cerita-cerita tentang Rayyan. Anak Bukit dengan Kuala Lumpur ini jauhnya berjuta batu lah. Siapa yang akan bercakap sikap buruk Rayyan kepada orang kampung? Melainkan orang akan cakap tentang Rayyan, Arkitek muda yang berjaya dan kaya saja, kerana sudah banyak kali muka bakal suaminya masuk dalam majalah dan surat khabar.

Jam enam petang barulah Aleeya muncul sedangkan Rayyan sudah lama menanti di hadapan ofis mereka berdua. Kali ini Aleeya lihat wajah Rayyan yang mencuka sedikit. Sudah marah?Kenapa ek, aku baru kenal dia, tetapi seolah aku sudah lama mengenalinya? Pelik, pelik, pelik. Tertiba saja aku selesa dengan play boy ini. Sah, Rayyan memang kaya dengan pengalaman.

“Lamanya Liya solat? “sindir Rayyan. Jam sudah menunjukkan angka enam petang.

“Sorry!” ucap Aleeya perlahan. Rayyan hanya mengelengkan kepalanya. Kena maafkan kesalahan Liya juga, kerana antara kami masih tidak mempunyai ikatan apa-apa. Kalau Liya sah menjadi isterinya, memang Liya sudah kena marah hari ini. Sejam dia menunggu Aleeya dan inilah kali pertama dia menunggu seorang perempuan, selalunya perempuan yang sanggup menunggunya, mengejarnya tetapi dengan Aleeya sudah terbalik.

“Belajar hormati masa, boleh tak? Jangan lenggahkan masa kerana masa itu amat berharga. Kalau hendak berjaya jangan permainkan masa, faham tak?” tegur Rayyan. Aku paling tak suka orang yang tak menghormati masa. Hendak marah takut Liya merajuk dan batalkan rancangan kami pula, jadi kena cakap elok-elok dengan Liya

“Liya ada hal tadi” dalih Aleeya perlahan. Rayyan ketawa dalam hati. Tengok Liya pun tak berani nak balas balik? Sah lah Liya terdesak ataupun Liya pun nak kat aku juga. Semuanya asyik nak turut saja. Hahaha..,

“Jom lah, nanti lewat pula!” ajak Rayyan. Aleeya hanya menurut saja. Kenapa ni Liya? Takut kehilangan Rayyan ke?

Rayyan beli jam tangan untuk abah. Manakala untuk mak pula, Rayyan beli kain ela yang harganya beratus ringgit. Liya sendiri tak pernah beli kain ela yang harganya mahal sebegini.

“Tak usah lah beli apa-apa, abah dan mak saya orang biasa saja lah!” tolak Aleeya sewaktu Rayyan mencapai hasratnya untuk membeli buah tangan kepada abah dan mak.

“Ini kali pertama saya berjumpa dengan abah dan mak awak, jadi saya nak hadiah kan sesuatu kepada mereka berdua. Hadiah dari bakal menantu!” jelas Rayyan.

“Buat susah-susah saja...,” balas Aleeya sambil memandang rantai di tengkuk Rayyan. Kalau suruh Rayyan tanggalkan, nampak sangat aku menipu abah. Jadi, lebih baik abah tahu siapa bakal menantunya yang sebenar. Aku tidak mahu menipu abah dan mak dalam hal ini. Tetapi kalau abah menolak, aku akan cuba memujuk abah agar menerima Rayyan juga. Abah mesti terima Rayyan juga sebab Rayyan saja yang nak sangat berkahwin dengan Aleeya.

“Esok, pukul berapa nak bertolak?”soal Rayyan. Aleeya sudah maklumkan kepada abah dan mak tentang Rayyan. Jadi abah memang sedang menunggu kedatangan Rayyan.

“Lapan pagi boleh?” balas Aleeya. Kalau bertolak sebelah pagi, insya allah sebelah petang kami akan sampai ke kampung.

“Elok juga tu. Boleh sampai awal sikit. Nak mudah kita balik naik Air Asia, lagi cepat sampai,”

“Tak nak lah, kita balik naik kereta sudah lah. Nak jimat lagi kita balik naik bas, nak tak?” tolak Aleeya. Naik kapal terbang? Nak bagi kecoh sekampung lah tu. Aku bawa balik bakal suami naik kapal terbang? Tak pasal orang tuduh aku berlagak lah pula.

“Naik bas? Huish... “

“Kenapa?”

“Naik kereta lah, saya drive!”

“Tahu pun. Bukan apa naik kereta mudahkan Encik Rayyan bila sampai di sana nanti...,” Lepas jumpa abah dan mak, saya nak suruh awak terus balik lah. Kan senang kalau bawa kereta sendiri. Kalau nak Air Asia, awak nak pandu Air Asia ke nak balik nanti. Air Asia bukan ikut kelapangan awak pun. Apa lah Encik Rayyan nih.

“Esok, jangan lewat macam hari ni, saya tak suka!” pesan Rayyan ketika mereka mahu berpisah.

“Baik, bos!”

“Saya bukan bos awak lah tetapi bakal suami awak..,”

“Kenapa Encik Rayyan yakin sangat ni, abah saya belum tentu setuju dan terima Encik Rayyan lah, lagi pun macam mana dengan keluarga Encik Rayyan?”

“Tentang mereka jangan lah bimbang, pandai lah saya urus nanti!” mama dan papa tak ada kat Malaysia, ada di Itali sekarang. Sebab itu dia mahu cepatkan perkahwinan ini, bila dia orang balik, dia sudah berkahwin dengan Aleeya. Jadi, mahu tak mahu, mereka kenalah terima Aleeya sebagai mentu mereka juga. Betul tak?

“Yang nak kahwin saya dengan awak. Bukan keluarga kita pun. Lagi pun abah awak tentu terima saja nanti..,”

“Encik Rayyan tak kenal abah saya..,”

“Esok saya kenal lah!”

Susah hati juga bila fikirkan hal keluarga kami. Abah dan mak suka ke si Rayyan ini? Papa dan mama si Rayyan boleh ke terima aku? Rasa-rasa macam kami kahwin tanpa restu keluarga saja?

Aku lagi lah pelik, bukan aku tak kenal siapa Rayyan tu tetapi kenapa aku tetap nak kahwin dengan dia juga?

Sah-sah aku terdesak. Huhuhu...



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku