PENGANTIN EKSPRES
PENGANTIN EKPRESS (BAB 5) - RAYYAN MERISIK
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 November 2012
Dia sebenarnya mahu berubah, tetapi mesti ada pendamping setia yang sabar menemaninya, iaitu seorang perempuan bergelar isteri. Itulah azam lelaki yang bernama Rayyan. Latar belakang keluarga yang tidak langsung mempedulikan hal-hal agama membuatkan dia menjadi anak yang liar dan suka berpeleseran tetapi dalam hati, dia sebenarnya mahu kembali ke pangkal jalan.
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
21508

Bacaan






Aku dan Rayyan sampai di kampung dalam pukul empat petang. Rayyan ini bawa kereta terlalu berhati-hati sangat, lagipun katanya dia tidak cekap jalan sebelah utara ini. Kedah dan Perlis pun tak pernah sampai, habis kuat hanya sampai di Perak saja. Itu pun sekali saja katanya. Singapura, Australia dan Itali kerap lah pergi. Paling kerap kota Landon lah, bukannya Kedah Darul Aman.

“Selalu balik kampung naik apa?” soal Rayyan ketika sampai di Pekan Rabu. Aleeya ajak singgah tetapi Rayyan menolaknya. Malam nanti lah datang Pekan Rabu.

“Naik bas lah, nak naik kereta, abah tak benarkan. Kenapa?”

“Jauh lah. Kenapa tak naik kapal terbang? Cepat lagi dari naik bas?”

“Selepas ini Encik Rayyan bayar duit tiket kapal terbang saya yer, saya boleh balik naik kapal terbang!” jawab Aleeya geram. Rayyan hanya tersenggih saja. Harga tiket kapal terbang murah saja lah Aleeya sayang. Dari awak penat-penat naik bas, lebih baik naik Air Asia, jimat masa dan tenaga.

Memang abah sedikit terkejut apabila melihat Rayyan di hadapannya. Pakaian lelaki ini kemas tetapi sewaktu menunduk untuk bersalaman dengan tangan abah, rantai lehernya juga turut terjuntai sama. Tetapi abah bijak mengawal perasaan, pura-pura dan berlagak tenang. Mak pula telah memaling muka ke arah lain. Mak sudah naik marah melihat bakal menantunya yang berbeza dengan anak-anak lelakinya yang lain. Hmm.. sah-sah memang Rayyan tak layak jadi menantu abah dan mak. Aleeya menahan perasaan saja lah.

“Dah lama kenal Aleeya?” soal abah. Aleeya tak cakap apa-apa pun tentang Rayyan. Cuma Aleeya beritahu dia sudah ada penganti Azlan dan mahu memperkenalkan Rayyan kepada abah.

Macam mana lah Aleeya boleh jatuh hati kepada anak muda ini. Jauh benar dengan citarasa Aleeya. Apakah kerana hati Aleeya benar-benar terluka lalu Aleeya menenerima sesiapa saja menjadi suaminya? Aleeya, jangan terburu-buru nak. Hidup Aleeya masih panjang, jangan salah langkah dan salah membuat pilihan. Abah ada bersama-sama mu untuk menghadapi setiap rintangan., jadi jangan mudah mengalah dengan dugaan kehidupan.

“Baru seminggu, tapi sebelum ini kami kerap bertemu cuma tak bertegur sapa saja,” jawab Rayyan Akmal jujur. Betul lah tu, kami kan kerap berjumpa di ofis, ofis kami kan hanya bersebelahan saja.

“Baru kenal seminggu dah nak kahwin?” ujar abah. Terkejut sambil anak mata memandang wajah Aleeya dengan tidak berkelip. Sah lah, Aleeya terpaksa.

“Ya, pak cik. Saya mahu menyunting anak pak cik menjadi isteri saya yang sah!” jawab Rayyan tekad. Aleeya sedikit tersenggih saja. Rahsia yang lain hanya kami berdua saja yang tahu. Aku terpaksa kerana hanya dia saja yang hadir di saat-saat ini. Tiada orang lain yang sudi datang ketika ditimpa kesusahan. Tetapi, dia, lelaki yang penuh dengan warna-warni kehidupan yang sudi menghulurkan tangan memberikan bantuan.

“Kenapa memilih Aleeya?”uji abah lagi. Awak ada pakej lengkap, serba sempurna, tentu ramai gadis yang tergila-gilakan kau, kenapa pula memilih Aleeya untuk dijadikan isteri?

“Aleeya terlalu istimewa kepada saya..,” jawapan Rayyan membuatkan Aleeya tersedak. Air teh diletakkan perlahan-lahan sambil memandang ke arah abah sama ada abah percaya ataupun tidak kata-kata bakal suaminya ini.. Abah seperti setuju saja. Malah senyuman abah membuatkan Aleeya kehairanan. Apakah abah seperti aku, terpaksa menerima Rayyan dalam keadaan terpaksa. Si Rayyan pun satu, dah tak ada jawapan lain ke nak bagi kat abah, marah Aleeya di dalam hati.

“Sebagai seorang ayah, pak cik hanya mahu melihat anak pak cik bahagia. Itu sudah cukup bagi pak cik. Bolehkah Rayyan bahagiakan Aleeya sehingga ke akhir hayat?” soal abah serius. Abah takut hati anak abah terluka lagi. Cukuplah dengan perbuatan Azlan meninggalkan Aleeya di saat-saat mereka berdua mahu disatukan. Tinggal dua minggu saja lagi tarikh perkahwinan Aleeya dengan Azlan, tiba-tiba saja mereka mendapat khabar Azlan berkahwin dengan orang lain. Malah Azlan dengan beraninya datang untuk meneruskan hasratnya dengan meneruskan perkahwinan dia dan Aleeya. Azlan mahukan Aleeya menjadi isteri keduanya. Tetapi dia telah membantah sekeras-kerasnya. Hidup bermadu bukannya indah.

“Saya berjanji, saya akan bahagiakan Liya sepanjang hayat saya!” ikrar Rayyan. Aik, hari itu tak ada pun dialog seperti ini. Rayyan ini mimpi ke apa nih? Pandainya Rayyan karang ayat.

“Okey lah..,”

“Pak cik setuju?”

Abah hanya mengangguk saja tanda setuju. Rayyan memandang wajah Aleeya sambil mengenyitkan matanya. Biar berbetul abah? Kalau abah tak setuju, Liya boleh terima lah. Betul ke Liya? Liya boleh menerimanya kalau abah menolak? Bukan Liya akan berkeras ke? Liya terkejut dengan abah, yang tanpa banyak soal terus setuju saja. Tanya pun soalan yang mudah-mudah saja. Abah tak fikir panjang pun. Sama seperti Aleeya juga. Pandangan mak dan adik beradik yang lain, abah tak minta pun. Abah terus setuju saja hanya sekali pandang saja. Biar berbetul abah ni? Tak perlu lah aku memujuk abah dan mak lagi, dan tak perlu susah hati lagi lah Aleeya. Kau memang bakal berkahwin dengan Encik Rayyan pun.

“Pak cik, nak minta izin Aleeya temankan saya jalan-jalan di kampung ni, boleh?” mohon Rayyan ketika selesai makan laksa air tangan mak. Amboi, indahnya bahasa Encik Rayyan yer, siap minta izin dari abah lagi. Tak sangka pula play boy bandar ni pandai berbahasa. Hehehe.. kau kutuk bakal suami kau, Liya!

“Pergilah!” ucap abah membenarkan permintaan Rayyan. Aih, abah tak kan lah jatuh hati kat mamat handsome ni jugak? Abah ni, Liya seperti tak percaya saja lah.

Mereka berjalan seiringan mengatur langkah di atas batas bendang yang kecil. Rayyan menghulurkan tangan kanannya, mahu berpimpin tangan si bakal tunang. Tetapi Aleeya menolak perlahan. Kami bukan muhrim. Dia bukannya suamiku hanya bakal suamiku. Ada jurang antara kami. Aku kena ingat tentang itu.

“Liya, saya nak tidur sini, boleh juga saya berkenalan dengan abah dan mak awak!” suara Rayyan. Permintaan yang sukar bagi Aleeya. Orang lelaki yang belum ada ikatan nak tidur di rumah? Kalau abah benarkan pun, aku tetap tak setuju yang ini. Tak manislah lelaki yang bukan muhrim tidur di rumah kami yang hanya ada aku, abah dan mak saja. Nanti jadi buah mulut orang lagi.

“Tidur hotel lah, Liya tak nak orang salah faham pula nanti,”

“Liya ni teruk lah. Saya nak kenal dengan bapa mentua pun tak boleh!”

“Encik Rayyan tidur kat hotel, jangan mengada-ngada. Saya tak nak orang cakap yang bukan-bukan tentang kita berdua!” tegas Aleeya.

“Kita dah nak jadi suami isteri lah, hanya seminggu lagi kita nak kahwin!”

“Seminggu? Tak cakap pun tadi kat abah?” Cepatnya. Seminggu aku memang tak payah siapkan apa-apa lah nanti. Mana sempat!

“Saya dah cakap lah sewaktu Liya ada di dapur. Pak cik pun dah setuju!” jelas Rayyan. Ooo, mesti waktu itu aku sibuk berbual dengan mak. Mak yang turut menyoal aku dengan berbagai pertanyaan. Mujurlah boleh menjawab dengan jayanya. Kiranya kami memang sudah lulus lah!

“Tak sempat nak buat persediaan nanti..,” jawab Aleeya perlahan. Aku tidak mahu berkahwin ala kadar saja lah. Nak kena cari baju pengantin dan hantaran. Nak panggil orang lagi. Bunga telur boleh pakai yang hari itu. Alang-alang kahwin, aku hendak majlis ini meriah. Kahwin kan sekali seumur hidup saja, biar pun aku berkahwin dengan play boy tetapi aku tetap mahu majlis ini meriah.

“Sempat lah, esok kita pergi cari baju pengantin. Yang lain saya akan uruskan,”

“Liya nak urus sendiri..,” ucap Aleeya perlahan. Rayyan mengelengkan kepalanya. Dia ni, degil juga lah.

“Kita sama-sama uruskan perkahwinan kita, mahu?” ujar Rayyan. Tak boleh berkeras sangat dengan Aleeya sekarang. Kena juga jaga hati dan perasaan Aleeya.

“Encik Rayyan cakap apa lagi dengan abah?” soal Aleeya ingin tahu. Takut juga dia cakap yang bukan-bukan kat abah.

“Tak cakap apa pun? Kenapa Liya takut ke?”

“Takut apa?”

“Takut saya makan Liya.. hahaha...!”

“Encik Rayyan ni teruk lah..,” ada ke aku takut dia makan aku? Hish...

“Bertenang Liya. Liya tak perlu susah hati lagi, masalah Liya dah selesai. Masalah saya pun dah selesai...,”

“Apa maksud Encik Rayyan ni? Liya tak faham lah!”

“Tak faham sudah..,”

Masalah dah selesai? Maksudnya dia tahu aku ada masalah lah selama ini? Yang dia masalah apa pulak?

“Liya, nak bagi saya balik atau tak ni?” soal Rayyan apabila Aleeya asyik memandangnya dengan penuh minat.

“Jangan lah balik lagi..

“Apa??”

“Maksud Liya tinggal kat hotel lah, kata nak uruskan hal perkahwinan kita?”

“Ler, ingatkan nak suruh saya tinggal di sini!”

“Tak nak lah. Nanti ada gosip lagi!”

“Liya kena fikir tentang diri Liya lah, tentang hal orang, biarlah kan saja!”

“Encik Rayyan cakap senang lah, yang nak menanggungnya saya!”

“Kita tanggung sama-sama lah!” kata Rayyan sambil merenung tajam ke arah Aleeya. Akhirnya aku dapat kahwin dengan Aleeya juga. Yahoo.. bulan sudah jatuh ke riba. Atau pun Aleeya memang sudah ditakdirkan untuk aku.

Kena cepatkan perkahwinan sebelum mama dan papa balik. Paling tidak biarlah mereka pulang sewaktu majlis pernikahanku berlangsung. Waktu itu siapa boleh menghalang hubungan kami lagi.

“Encik Rayyan tidur kat hotel dulu, esok datang jemput saya kat sini, boleh?”

“Itulah saya nak tinggalkan kat sini, tak benarkan, tidak senang, tak payah jemput-jemput dah esok,”

“Tidurlah kat hotel dulu, Encik Rayyan kat suka tidur kat hotel!” perli Aleeya. Hmm.. susahnya budak ni.

Rayyan terpaksa mengalah. Hendak cari hotel di Alor Setar ini satu masalah. Aku bukannya pernah turun kat sini. Kena call Rina, setiausahanya supaya mencari dan menempah hotel di sini untuk dua tiga hari bagi menyelesaikan setiap urusan yang direncanakan.

Perlukan bantuan Rina lah jawabnya yer.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku