PENGANTIN EKSPRES
PENGANTIN EKPRESS (BAB 6) - DOAKAN LIYA
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 November 2012
Dia sebenarnya mahu berubah, tetapi mesti ada pendamping setia yang sabar menemaninya, iaitu seorang perempuan bergelar isteri. Itulah azam lelaki yang bernama Rayyan. Latar belakang keluarga yang tidak langsung mempedulikan hal-hal agama membuatkan dia menjadi anak yang liar dan suka berpeleseran tetapi dalam hati, dia sebenarnya mahu kembali ke pangkal jalan.
Penilaian Purata:
(11 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
18471

Bacaan






ALEEYA berjalan perlahan menghampiri abah yang sedang memberi anak-anak itiknya makan petang. Dia baru saja menghantar Rayyan tadi. Rasanya bakal suaminya sedang bertolak ke Alor Setar. Itu pun selepas dia berkeras menyuruh lelaki itu bermalam di hotel. Ada ke hendak bermalam di sini?

Anak-anak itik berebut-rebut makanan yang abah masukkan ke dalam bekas khas yang diperbuat dari tempurung kelapa. Pohon-pohon keladi di sebelah kolam itik melambai perlahan. Mata Aleeya mencari-cari wajah mak, selalunya mak akan turut serta bersama abah memberi anak-anak itik ini makan di sebelah petang. Tetapi mak tidak ada di situ.
“Abang Rayyan dah balik ke?” gurau abah membuatkan Aleeya tersenyum. Tahukah abah apa yang terdetik di hatiku sekarang?
“Apa lah abah ni..,” ujar Aleeya tersipu malu. Hendak panggil abang dekat Encik Rayyan, mesti mamat tu ketawa sampai terguling-guling nanti.
“Itu panggilan seorang isteri untuk lelaki yang bergelar suaminya!” kata abah sambil tersenyum. Wajah Aleeya sudah naik merah. Aku bertuah kerana mendapat seorang abah yang memahami. Saat aku dicaci dan dihina oleh orang kampung kerana dipermainkan oleh Azlan, abah lah yang berdiri di sisiku memberi kata-kata semangat dan sokongan yang jitu. Kata Abah, bukan jodoh Aleeya dengan Azlan, jadi usahlah gundah gulana dan mengamuk memarahi Azlan, relakan perpisahan itu dan biarlah Azlan bahagia dengan Mirla yang telah menjadi isterinya. Tetapi orang kampung tetap menyalahkan aku dan menuduh yang bukan-bukan. Malah maruah keluarga kami sudah tercemar kerana perbuatan Azlan, yang pedih dan sakit hati apabila melihat mak menitiskan air mata apabila melihat perkahwinanku hancur di tengah jalan. Itu yang tidak sampai hati Aleeya melihat. Tangisan seorang ibu yang mengluluhkan seluruh jiwa dan raga.
“Anak dara kau jadi anak dara tak lakulah selepas ini Dejah. Anak kau tu bawa sial, sebab itu kahwin tak jadi!” kata-kata mak long masih segar di dalam ingatan.
“Liya tak salah lah, kak long. Dah tak ada jodoh antara Liya dan Azlan,” bela abah.
“Itu kata kau, bukan kata orang kat kampung kita nih..,” tempelak mak long sebelum melangkah pulang. Kenduri kahwin Aleeya bertukar menjadi kenduri kesyukuran saja. Abah sengaja teruskan majlis kenduri tersebut kerana tidak sempat membatalkan tempahan makan dan yang lain-lainnya. Peristiwa ini tetap bermain di fikirannya sampai sekarang.

Kata-kata ini lah yang memberi cabaran kepada Aleeya untuk menerima Rayyan sebagai calon suaminya. Risikan yang membuatkan Aleeya hampir pengsan seminggu yang lalu. Rayyan itu mimpi ke kena sampuk? Tiba-tiba merisik Aleeya dan mahu berkahwin dengan Aleeya secepat yang mungkin. Minggu depan saja kami bakal bertunang dan serentak dengan itu terus berkahwin. Cepatnya.
“Abah restu pilihan Liya?” soal Aleeya masih tidak berpuas hati. Mana tahu abah menyimpan perasaannya di dalam hati.
“Liya dah buat solat istikharah dan solat hajat?” soal abah tanpa jawapan. Aleeya mengangguk.
“Dah abah!”
“Tentu dia yang menjadi jawapannya kan?” soal abah lagi. Aleeya hanya mengangguk. Tiga malam turut-turut dia mendapat jawapan yang sama sebab itulah dia memberanikan diri membawa Rayyan berjumpa dengan abah.
“Abah akan merestui sesiapa saja yang menjadi pilihan anak-anak abah termasuk dengan Liya sendiri. Abah nak lihat anak-anak abah bahagia dengan pilihan mereka,” ucap abah sambil tersenyum. Lihat wajah Rayyan boleh diharap untuk menjaga Aleeya sepanjang hayat ini. Walaupun Rayyan kurang didikan agama. Pakai rantai yang melanggar hukum sebagai seorang lelaki muslim tetapi dia menghormati orang tua. Di dunia ini tidak ada orang yang sempurna. Mungkin ini kelemahan Rayyan, tetapi kelemahan ini boleh diperbaiki. Mana tahu Aleeya boleh mengubah kehidupan Rayyan. Lagi pun di mata Rayyan kelihatan bunga-bunga cinta yang begitu ketara untuk Aleeya. Ah, aku orang tua, Rayyan. Sudah arif tentang perasaan orang lelaki. Kalau tidak kerana cinta masakan sanggup kau datang berjumpa dengan aku.
“Terima kasih abah,”
“Tetapi ingat...,”

“Kenapa Abah?”

“Liya kena banyak bersabar. Tanggungjawab seorang isteri ini berat, Liya!” pesan abah membuatkan Aleeya resah . Terbayang wajah segak Rayyan di ruang matanya. Lagi berat kalau jadi isteri lelaki segak seperti Rayyan. Aku perlu tempuh banyak cabaran selepas ini. Lagipun kami belum berbincang tentang hal ini. Apa pun aku tetap nak kahwin juga dengan dia. Perkahwinan ini boleh menyelamatkan maruah keluarga aku.

“Liya akan cuba menjadi isteri yang baik, abah!” ucap Aleeya perlahan. Takutnya, ini semua tinggal omongan kosong saja nanti. Aku ke mana, Rayyan ke mana. Aku mahu jadi isteri yang soleh biarpun perkahwinan kami tidak bermula dengan perasaan cinta. Biarpun aku tidak cinta kepadanya tetapi aku tetap menjadi isteri yang terbaik. Lupa kan Azlan dan cerita lama, dan aku mahu membina hidup baru bersama Rayyan.

“Bukan senang hendak menjadi isteri yang baik, Liya. Mak takut Liya tak sanggup nanti,” celah mak dari arah belakang. Tentu mak sudah mengintai perbualan antara Aleeya dan abah. Aleeya memandang wajah mak sepenuh hati. Mak tak suka ke dengan Rayyan tu? Tadi mak tak cakap pun.

“Kenapa mak?”

“Rayyan jauh berbeza dengan Azlan!” jawab mak membuatkan hati Aleeya pedih.

“Tetapi Azlan bukan jodoh Liya,” jawab Aleeya lembut. Walaupun perbuatan Azlan amat menyakitkan hati. Kami bercinta dan bertunang. Malah saling mengenali. Bukan setahun dua kamu menjalinkan perhubungan, tetapi hampir lima tahun kami bersama. Akhirnya? Azlan memilih Mirla tetapi bukan berkahwin dengan aku.

“Aleeya..,” panggil mak sayu. Anak oh anak. Rayyan itu amat jauh berbeza dengan kamu lah, Aleeya. Tengak gaya Rayyan pun mak sudah tahu bagaimana cara kehidupan Rayyan. Mak takut Rayyan mengecewakan hati mu, nak!

“Mak setuju tak dengan pilihan Liya kali nih?”

“Kalau mak tak setuju, Liya turut cakap mak tak?” balas mak kembali. Tiba-tiba Aleeya seperti mahu menangis mendengar pertanyaan itu. Kenapa perlu menangis Liya? Awak dengan Rayyan bukannya ada apa-apa hubungan pun. Belum jatuh cinta kan?

“Perangai kamu masih tak berubah rupanya, Liya” kata mak perlahan. Mak menghampiri Aleeya yang sedang berdiri di sisi abah. Ditariknya Aleeya ke dalam pelukannya. Diciumnya dahi Aleeya dengan penuh kasih sayang.

“Mak akan doakan kebahagiaan Liya doa dan akhirat. Kalau Rayyan lah sudah jodoh kamu, mak akan doakan semuga kalian berdua bahagia, sayang!” sambung mak membuatkan Aleeya terharu. Alhamdulilah, kedua orang tua Aleeya merestu hubungan yang bakal di bina nanti. Aleeya sudah tidak perlu bimbang dan takut lagi tentang hal perkahwinan ini.

“Liya, jadi isteri yang terbaik untuk Rayyan. Apa pun sikap Rayyan, Liya kena bersabar. Syurga Liya di bawah kaki Rayyan. Hubungan suami dan isteri ni bukan seperti hubungan pasangan kekasih sedang bercinta. Dunia bercinta tak sama dengan dunia suami isteri. Liya kena ikut cakap suami, walapun Liya tak suka, ingat tu!” celah abah sambil menghampiri Aleeya dan isterinya. Takut Aleeya hilang sabar dengan karenah Rayyan nanti.

“Abah dan mak macam tak yakin dengan Liya saja? Dulu dengan Azlan tak ada pun pesanan penaja?” gurau Aleeya. Abah dan mak ni risau sangat lah. Buat Liya lagi bimbang tau tak?

“Rayyan Liya tu berbeza tahu tak? Abah takut Liya tak sabar dengan Rayyan, nanti asyik bergaduh saja. Liya tu anak manja abah!”

“Hahaha..,” gelak Aleeya pun semakin tidak menjadi. Kata abah itu ada benarnya. Tetapi Liya tak boleh tarik diri lagi di saat-saat begini.

Lagi banyak lah pesanan abah dan mak tentang tanggungjawab Liya sebagai seorang isteri. Buat Liya kecut perut saja bila abah kaitkan dengan dosa dan pahala.

“Liya kena banyak mengalah bila jadi isteri orang nanti. Jangan diikut sangat kepala angin Liya yang tak betul tu. Anak abah ni bukannya boleh harap sangat. Degil!”

“Abah ni..,”

“Betul tu Liya, jadi isteri ni kena banyak mengalah!” sambung mak pula.

“Abah nak Liya ikut contoh mak Liya, sabar memanjang!” ah. Mak tak pernah lawan cakap abah sepanjang perkahwinan mereka berdua. Mak lain lah abah, dia penyabar, bukan macam Liya.

Aku tak fikir apa-apa lagi tentang ini, sebab semuanya masih dalam keadaan terkejut. Terkejut dengan lamaran Rayyan dan tambah terkejut apabila abah dan mak menerima Rayyan. Malah merestui hubungan kami. Tetapi aku tak tahu bicara Rayyan dengan abah yang membuatkan abah setuju. Mungkin ada rahsia antara Rayyan dan abah. Sebab waktu perbincangan itu, aku berada bersama mak di dapur. Mesti ada rahsiakan. Kalau tidak masakan abah terus setuju.

Malam itu abah terus menghubungi anak-anak abah memaklumkan akan perkahwinan Aleeya pada minggu depan. Anak-anak abah terima berita ini dengan gembira. Nampak abah tersenyum saja masa bercakap dengan adik beradik abah yang lain.

“Syukur, alhamdulillah. Jodoh Liya lah tu, abang ngah!”

“Alhamdulillah. Kamu datang lah tolong apa yang perlu yer!”

Aleeya memejamkan matanya rapat. Terbayang wajah Puteri Shima dan Akma. Sahabat baiknya itu belum tahu lagi akan perkara ini. Tidak tergamak dia beritahu mereka kerana sudah tahu mereka tidak akan setuju dengan pilihannya. Tentu mereka akan menghalangnya. Kalau begitu tak payah beritahu lah, dekat majlis nak sampai baru cakap semua ini.

Abah dan mak rancak berbual di luar, sedang berbincang akan hal ini. Harap semuanya berjalan lancar. Kalau Rayyan buat perangai macam mana, Liya? Boleh percaya ke si Rayyan tu?

Tiba-tiba hati Aleeya terasa rimas saja. Kalau Rayyan sengaja nak mainkan aku macam mana? Hishh.. tak kut!

Dunia sekarang macam-macam boleh berlaku lah Aleeya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku