PENGANTIN EKSPRES
PENGANTIN EKPRESS (BAB 7) - HANTARAN
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 November 2012
Dia sebenarnya mahu berubah, tetapi mesti ada pendamping setia yang sabar menemaninya, iaitu seorang perempuan bergelar isteri. Itulah azam lelaki yang bernama Rayyan. Latar belakang keluarga yang tidak langsung mempedulikan hal-hal agama membuatkan dia menjadi anak yang liar dan suka berpeleseran tetapi dalam hati, dia sebenarnya mahu kembali ke pangkal jalan.
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
18784

Bacaan






Kegusaran dan kebimbangan Aleeya sudah terjawab hari ini. Rayyan datang menjemputnya seawal pagi untuk bertolak ke bandar untuk membeli barang-barang perkahwinan mereka berdua.

“Nah borang kahwin, saya dah isi bahagian saya, Liya isi kat tempat Liya saja. Ini surat doktor, saya dah buat ujian darah pun,” kata Rayyan sewaktu Aleeya berada di dalam kereta. Sampul koko ukuran A4 dicapainya lalu di belek isi di dalamnya. Sah, dia memang nak kahwin dengan aku.

“Bila masa Encik Rayyan buat ujian darah ni?” soal Aleeya ingin tahu. Mujur tak ada HIV. Mana lah tau awak kan suka sangat berkepit dengan perempuan setiap malam.

“Sebaik saja saya lamar Liya terus saya buat ujian darah tu,” jawab Rayyan sambil tersenyum. Tengok dia sudah bersedia lah, awak asyik fikir yang bukan-bukan tentang dia saja. Pengalaman pertama kali kerana dipermainkan oleh Azlan, jadi rasa takut tetap ada kerana dia belum benar-benar mengenali siapa Rayyan.

“Awak memang nak kahwin dengan saya ek?” uji Aleeya.

“Dengan Liya nak sentuh tangan pun tak boleh, nak ajak jumpa pun susah, dengan perempuan-perempuan lain sekali saja saya ajak, terus suka. Jadi, susah sangat saya kahwin dengan Liya, sebab saya kan suka perempuan!” gurau Rayyan, Aleeya menjuih bibirnya. Jawapan yang membuatkan Aleeya mahu saja menumbuk muka Rayyan kalau tidak berfikir panjang. Dia samakan aku dengan perempuan-perempuan lain ke?

“Jadi suka saya sebab saya perempuan lah yer?” ucap Aleeya perlahan. Baru test sikit sudah tidak tahan diuji, macam mana ni, Liya?

“Ini kad jemputan kahwin kita, Liya semak betul tak tarikh dan alamat kampung Liya tu, jangan lupa tengok nama abah dan mak Liya sama,” kata Rayyan menukar topik perbualan. Contoh kad kahwin di tangan Rayyan dicapai oleh Aleeya. Cantik sangat ukirannya. Pandai dia tempah. Warna yang dipilih pun sudah membuatkan Aleeya tertarik. Sebab warna peach itu turut menjadi kesukaan Aleeya.

“Betul!” jawab Aleeya. Di mana dia ambil semua maklumat tentang keluarga aku ni? Cekapnya dia. Mesti sewaktu sedang berbual dengan abah.

“Kalau betul, saya nak tempah. Nak berapa? Seribu?”

“Yup. Seribu cukup lah.”

“Liya beri nombor akaun, saya bank in duit, nanti beri duit tu kat abah, boleh?”

“Liya ada duit sendiri, Liya himpun sebab nak kahwin dulu!” beritahu Aleeya. Duit simpanan untuk kahwin hari itu masih belum terusik.

“Okey, kalau gitu guna duit Liya dulu, kalau tak cukup beritahu saya!” putus Rayyan. Dia memang tak ada masalah tentang duit. Orang berduit katakan!

“Rasanya cukup kut!” balas Aleeya. Abah aku pun tak ada masalah lah bab-bab duit ini. Hahaha, kau ingat aku sengkek sangat ke? Aleeya tersenyum sendirian.

“Liya tahu butik pengantin di Alor setar ni? Saya tak tahu lah nak pergi kat mana? Lain lah KL..,”

“Tahu..,”

“Saya ikut Liya saja nih kat mana kita nak sewa baju pengantin kita yer,”

“Okey, jom ikut Liya!”

Nak ambil balik baju hari itu, sebab Liya memang tempah ikut selera Liya. Jadi Liya memang teringin nak pakai baju pengantin tu. Lagi pun Rayyan dah cakap, dia ikut Liya saja. Baju pengantin dah tempah, hantaran pun tempah juga lah, sebab Liya memang tak sempat nak buat kali ini. Jawabnya memang pakai banyak duit kali ini.

Selesai baju pengantin dan hantaran, sekarang nak beli cincin tunang dan akad nikah pula. Kedai Emas Poh Kong menjadi pilihan, cadang nak pergi Habib Jewel tetapi kat situ lagi lah mahal, nanti apa pula kata Rayyan. Dengan Azlan dulu memang tak ada ini semua, sebab Azlan memang sudah berubah sejak awal lagi. Aleeya saja yang tidak sedar sampai menjadi mangsa tipu daya si Azlan.

“Liya nak apa?" soal Rayyan. Cincin tunang perkara biasa kan, lagi pun aku pernah pakai cincin tunang sewaktu bertunang dengan Azlan dulu. jadi tak nak lah cincin tunang, nak yang lain pula. Mata Aleeya tertancap kepada rantai tangan bertaktha berlian berbentuk hati di dalam almari kaca. Cantiknya!
"Encik Rayyan saya nak yang ini," mahu saja berkata seperti itu kepada Rayyan tetapi apabila melihat tanda harga RM10,000.00 di situ, dia tidak berani bersuara. Mengada-ngadanya kau, Liya. Mahal tu...,
"Liya...," kejut Rayyan dan matanya sejak tadi melihat keasyikan Aleeya memandang rantai tangan tersebut. Liya tu lagi mahal dari rantai berlian itu lah, rayyan!
"Tak tahu!" jawab Aleeya sedikit kehampaan.
"Saya nak rantai tu, tapi tolong letakkan huruf R di hujungnya," beritahu Rayyan kepada Suria, pembantu jurujual di situ. R untuk Rayyan. Semuga hubungan kami berkekalan sampai ke anak cucu. Ini tanda kenangan antara aku dan dia. Tercenggang Aleeya dibuatnya.

“Ambil yang biasa sudah lah!” tolak Aleeya. Aku sudah pakai banyak duit dia hari ini. Baju dengan hantaran tadi pun pakai duit dia juga.

“Ambil yang biasa? Liya sendiri pun bukan perempuan-perempuan yang biasa saya jumpa…,” bisik Rayyan di telinga Aleeya membuatkan Aleeya terkedu saja. Dia ni memang pandai bermain perasaan perempuan lah. Huhuhu.. aku pun sudah dilambung ombak cinta dibuatnya.

“Tapi mahal..,” balas Aleeya tetapi Rayyan buat tak dengar saja. Dia asyik memandang sepasang cincin platinum di dalam peti kaca. Harganya pun sudah membuat Aleeya mahu rebah saja. Jangan lah pilih cincin itu pula.

“Lagi Liya?” soal Rayyan, tidak memandang pun kea rah Aleeya, matanya masih tertumpu kepada cincin tersebut.

“Habis, jom balik!”ajak Aleeya, mahu segera berlalu dari situ. Takut Rayyan membeli cincin itu pula. Membazir saja lah kalau beli macam-macam!

“Cincin kahwin wajib ada lah, Liya!”

“Cincin??” sah memang dia nak beli cincin itu.

“Ya lah sayang. Kena ada cincin untuk abang dan Liya!” waw, panggilan pun sudah bertukar hari ini. Jangan mimpi, selagi tak kahwin, selagi tak jadi suami aku, jangan harap aku nak panggil abang kat awak yer, Encik Rayyan!

“Rantai tangan dah ada, tak payah lah cincin lagi,” ucap Aleeya perlahan supaya tidak didengari oleh jurujual-jurujual yang setia berdiri di hadapan bakal suaminya.

“Rantai tangan tu untuk Liya, tanda pertunangan kita, cincin ini tanda perkahwinan kita,” tegas Rayyan. Dia yang sukakan cincin itu tak cakap, bisik hati Aleeya.

“Okey lah, pilih lah yang mana Encik Rayyan nak!” kata Aleeya.

“Saya nak cincin itu yer!” kata Rayyan sambil menunjuk ke arah cincin tersebut.

Apa lagi yang belum selesai? Borang kahwin dah ada. Baju pengantin dah tempah. Kad jemputan pun dah ok. Semuanya dah ok, tunggu hari nak kahwin saja lagi. Hari ini mereka singgah makan di Pekan Rabu. Setiap kali balik Kedah, Aleeya memang akan singgah makan nasi ayam dan ais kacang yang special di sini. Tak pernah ketinggalan pun!

“Patut lah ajak singgah, Liya suka ais krim rupanya!” usik Rayyan apabila melihat bakal isterinya asyik benar menghirup ais krim di dalam mangkuk kaca.

“Ais krim kat sini saja Liya suka, kat tempat lain tak best lah!” balas Aleeya, dia hanya makan ais krim di sini saja, di tempat lain memang tak setqnding di sini. Tak sedap!

‘Liya ambil cuti berapa hari?” soal Rayyan. Dia kena ambil cuti juga selepas ini sebab nak urus majlis kahwin.

“Liya ambil cuti seminggu, memang cadang nak cuti kat kampung minggu ni,”Hari ini sabtu kan, sabtu depan kami kahwin. Majlis di rumah Rayyan jatuh hari ahad depan.

“Kalau gitu Liya tak payah balik KL lah minggu ni, sabtu dan ahad memang ofis Liya cutikan?”

“Ha, ah. Tapi kenapa ek?”

“Abang balik KL besok, kad jemputan ni biar abang yang uruskan, Liya nak jemput semua kawan-kawan ofis Liya kan?”

“Mestilah, tapi Liya nak jemput sendiri!”

“Kalau gitu kena ikut abang balik KL lah esok. Kena jemput Liya kat kampong lagi besok. Ini yang lecehnya ni!” Sengaja Rayyan berkata seperti itu, mana tahu Aleeya menjemputnya bermalam di rumah mala mini. Boleh juga kan dari tinggal dalam bilik hotel seorang diri.

“Liya boleh balik sendiri lah!”

“Merajuk lah tu!”

“Dah Encik Rayyan tak sudi jemput Liya, Liya balik sendiri lah, apa susah?”

“Jangan cari pasal, Liya ni amanah saya tahu tak?” kuku Rayyan yang tersimpan rapi sudah keluar hari ini. Ooo, awak ada angin juga yer!

“Apa amanah-amanah ni, tak jadi apa-apa lagi kan?” ucap Aleeya perlahan. Aku belum menjadi isterinya, jadi boleh lah lawan bercakap, lain lah dia suami aku. Kena ikut cakap dia lah waktu itu.

“Abah Liya dah serahkan Liya kepada saya, jangan tak tahu tentang itu yer. Secara lisannya Liya memang hak saya pun,” terang Rayyan. Muka Aleeya sudah naik merah menahan malu. Abah dah cakap ke benda ini kat dia?

“Abah cakap macam tu?”

“Mesti lah. Ingat saya berbual kosong ke dengan abah Liya?” lagi satu kuku keluar di jari Rayyan. Tajamnya bila terkena tangan Aleeya.

“Mana lah Liya tahu,” ujar Aleeya sudah mahu mengalah.

“Liya memang tak payah tahu pun semua itu. Itu kan antara saya dengan bakal bapa mentua saya!” kuku tertiga terkeluar lagi.

“Hantar lah Liya balik, nak balik solat!” dalih Aleeya. Aku keluar dari seawal pagi sampai ke petang tak balik-balik lagi. Dasyatnya aku hari ini.

“Borang kahwin tu saya datang jumpa abah sebelum kita balik besok. Saya tak nak abah uruskan hal borang tu, saya nak buat sendiri. Faham tak?” tinggal satu kuku saja tak keluar lagi kan? Angin lelaki ini masih paras bahaya. Tegas dan lantang saja.

“Memang lah saya nak suruh awak yang uruskan, tak kan nak suruh abah pula. Yang nak kahwin kita kan, bukannya abah!” lawan Aleeya. Aku pun ada angin juga lah. Cuma tak pamerkan saja lagi kat kau.

“Liya!” geramnya dengan jawapan Aleeya. Belum berkahwin lagi sudah jadi begini? Aku sengaja lupa pesanan abah sebab antara kami masih tidak ikatan yang sah. Kalau jadi suami aku, memang sah aku makan penampar, betul tak?

“Encik Rayyan pikat perempuan pun tak lulus, sah lah perempuan-perempuan tu nak kat duit Encik Rayyan saja lah sebab perangai Encik Rayyan teruk sangat!” sambung Aleeya ketika mereka berjalan ke kereta. Langkah Rayyan terhenti, terus dia memandang wajah Aleeya di sebelahnya. Di tariknya beg sandang Aleeya supaya Aleeya memberhentikan langkah kakinya.

“Perempuan-perempuan lain tu tak ada masalah pun lah. Sekali saya petik jari, berduyun yang datang, Liya saja yang susah sangat,”

“Hahaha..,” kau mengaku juga yer. Mujurlah kau tak samakan aku dengan perempuan-perempuan yang kau kepit siang malam tu. Tidak apa bezanya aku yer? Hish, aku bukannya mereka! Jadi, aku memang jauh perbezaannya.

“Liya!”

“Jom lah, nanti abah mengamuk kat rumah!” pujuk Aleeya. Rayyan mengelengkan kepalanya. Liya ni memang sengaja cari pasal ek.

Kau jadi isteri aku siaplah nanti. Sekarang memang peluang kau kenakan aku yer, selepas ini memang tak ada peluang lah!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku