PENGANTIN EKSPRES
PENGANTIN EKSPRES (BAB 8) - JEMPUTAN
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 November 2012
Dia sebenarnya mahu berubah, tetapi mesti ada pendamping setia yang sabar menemaninya, iaitu seorang perempuan bergelar isteri. Itulah azam lelaki yang bernama Rayyan. Latar belakang keluarga yang tidak langsung mempedulikan hal-hal agama membuatkan dia menjadi anak yang liar dan suka berpeleseran tetapi dalam hati, dia sebenarnya mahu kembali ke pangkal jalan.
Penilaian Purata:
(7 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
18651

Bacaan






DIA SUDAH berjumpa dengan imam merangkap tok kadi kampung kami. Dia pergi dengan abah tadi. Mak yang tak berapa suka dah semakin suka dengan ketegasannya dalam hal menguruskan perkahwinan kami. Nampak ketara sangat dia memang nak kahwin dengan Aleeya pun.

“Berapa hari Liya nak balik KL ni?” soal mak sedikit bimbang.

“Dua hari saja. Petang isnin Liya balik semula kat sini. Kenapa mak?” jawab Aleeya. Balik sekejap saja lah, mak.

“Tak ada apa lah,” balas mak.

“Kami balik dulu, mak cik, pak cik!” pinta Rayyan sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abah. Abah menyambutnya dengan mesra.

“Elok-elok jalan tu, Rayyan!” pesan abah menepuk bahu Rayyan

“Baik, pakcik!’ balas Rayyan.

Perlu balik terlebih dahulu kerana mahu berhadapan dengan Puteri Shima dan Akma. Itu yang penting. Lagipun semua urusan di sini sudah selesai. Kami memang akan berkahwin pun. Jadi perlu cakap dan umumkan perkara ini, ALEEYA BAKAL BERKAHWIN DENGAN RAYYAN, PLAY BOY TERKENAL. Itu tajuk utama. Mesti ramai yang terkejut nanti.

“Liya tinggal dengan siapa?” soal Rayyan. Dia masih belum kenal siapa kawan Liya. Tak sempat nak kenal kan

‘Puteri Shima dan Akma? Kenapa?’

‘Rumah sewa atau rumah sendiri?’

‘Rumah sewa lah!”

“Kalau begitu, kemas barang sekali, nanti lepas kahwin terus tinggal dengan abang!” Betul lah tu, tak kan aku nak tinggal dengan kawan-kawan aku pula tetapi tak fikir pun tadi benda ni. Hmm..

Rupanya Puteri Shima dan Akma memang sedang menunggu kepulangannya. Melihat muka Puteri Shima dan Akma yang pahit dan masam mencuka itu sudah memberikan Aleeya petunjuk kepada keadaan yang sebenar.

‘Kau dah gila ke Aleeya?’ tengking Akma tinggi. Sudah sampai cerita kami barangkali.

‘Kenapa ni?” soal Aleeya cuba untuk berpura-pura.

”Usah berdalih lah Liya, semua orang sudah tahu kau bakal berkahwin dengan play boy terkenal KL ni sabtu ni kan? Kenapa, dah habis lelaki di KL ni yang boleh kau buat suami selain Rayyan tu?”marah Puteri Shima pula. Hmm, mereka sudah tahu rupanya. Rasanya Rayyan sudah menyuruh Rina mengedar kad jemputan perkahwinan kami di sini.

“Kau terkena kut, atau pun sudah dibeli oleh Rayyan?” sambung Akma pula.

‘Astagfirullahalazim, apa ni? Aku tak seteruk itulah!” jawab Aleeya, terus masuk ke dalam bilik. Cadang tadi nak juga beri penerangan tetapi tengok gaya memang tak boleh dibawa berbincang.

‘Kau memang teruk dan memalukan kami lah. Kenapa nak kahwin dengan Rayyan tertiba saja pula tu? Tanpa sebab dan alasan pula. Ramai lagi lah lelaki yang baik kat KL ni?’ tuduh Puteri Shima membuatkan Aleeya tersenyum saja.

‘Dia kaki betina, kaki mabuk. Kau sendiri pun tahu tentang itu kan?” celah Akma. Ah, serangan bertubi-tubi nih. Apa aku hendak cakap semua itu memang betul kan? Jadi diam saja lah!

‘Anggaplah ini jodoh kami, usah fikir yang bukan-bukan, okey?” tenang Aleeya. Rayyan suruh kemas barang. Rasanya nak ambil barang yang penting saja, yang lain biarlah. Kalau ada masa esok boleh juga datang lepak kat sini.

“Liya, apa ni? Rayyan tu jahat lah. Kau tak akan bahagia, derita adalah. Lagipun Rayyan hanya nak mainkan kau!’ marah Akma semakin menjadi-jadi.

‘Jangan lah cakap macam tu cuba doa yang baik-baik untuk aku, boleh tak?” pinta Aleeya. Dipegangnya bahu Puteri Shima dan dia turut mengengam tangan Akma.

‘Kenapa degil sangat ni? Putuskan saja hubungan tu, habis cerita!’ putus Akma. Kalau putus itu namanya kerja gila lah. Tak kan nak buat pisang berbuah dua kali. Nak beri abah dan mak malu lagi ke?

‘Aku tetap akan berkahwin dengan dia lah. Perkahwinan kami sudah ditetapkan!’ pujuk Aleeya. Mohon pengertian dari dua orang rakan baiknya.

‘Jadi betul lah cakap orang kau memang tergoda dengan kemewahan Rayyan sampai sanggup jual diri dan iman!’ kata Akma lagi. Aleeya hanya mengelengkan kepalanya. Sampainya hati. Aku masih ada harga diri lah.

‘Buat lah kenduri tetapi kami tak akan hadir kenduri kau. Malas lah nak layan kau!’ kata Puteri Shima sambil masuk ke dalam biliknya. Begitu juga dengan Akma. Tinggallah Aleeya sendirian.

Aku tak boleh turut kata-kata kalian kerana semuanya sudah sempurna diuruskan oleh kami berdua. Maruah keluarga aku yang penting, bukan kata-kata kalian berdua. Kena fikir perasaan abah dan mak. Kena fikir juga perasaan adik beradik yang lain kat kampung sana. Aku sudah memalukan mereka kerana perbuatan Azlan dulu, jadi kali ini aku tak mereka malu lagi. Cukuplah sekali saja.

‘Ini kad jemputan untuk kau dan Shima, datang lah yer!’ kata Aleeya setelah selesai mengemas. Diletakkan kad jemputan kahwin di atas meja.

Sedikit pun Puteri Shima dan Akma tidak memandang kad jemputan tersebut. Sedihnya hati tetapi Liya simpan kemas-kemas di dalam jiwa Liya. Sebaik mana pun sahabat, mereka tak alami peritnya hidup kita dihina dan dicaci orang. Mereka tak alami apa yang aku alami, ataupun yang pasti mereka tidak berada di tempat aku sekarang. Yang arif dan bijaksana adalah diri aku sendiri.

Tetapi rasa kecewa itu sedikit terubat apabila Zuraida dan Atun gembira menerima kad jemputan darinya. Begitu juga dengan kawan-kawan yang lain. Semuanya mahu turun ke Kedah hari sabtu ini untuk meraikan majlis Aleeya. Malah Zuraida dan Atun mendoakan semuga dia dan Rayyan bahagia sepanjang hayat ini, jadi apa masalah kan kalau Puteri Shima dan Akma tidak merestui perkahwinannya?

“Jom tinggal di rumah abang malam ni, esok terus balik Kedah!” apabila Rayyan datang berjumpa dengannya petang ini.

“Liya tak mahu buat perkara pelik-pelik lah, nanti orang bawa bercakap pula,” tegas Aleeya. Rayyan datang tidak menyoal pun keadaan Liya tetapi seakan dapat menangkap sesuatu apabila melihat Rayyan sudah membawa beg besar berjumpa dengannya.

“Liya ni susah lah. Tak berapa hari lagi kita dah nak kahwin!” rungut Rayyan. Beg pakaian Aleeya dimasukkan ke dalam keretanya.

“Encik Rayyan bawa balik beg saya dulu yer, tak payah dua tiga kali kerja dah nanti,” beritahu Aleeya. Beg itu memang nak bawa pergi rumah Rayyan pun.

“Banyak cantik. Kereta Liya tinggal di rumah saya dulu lah,” suruh Rayyan. Kereta bakal isteri kan, jadi tak salah kalau tinggal di rumahnya.

“Liya cadang nak tinggal kereta kat ofis, senang sikit!” tolak Aleeya. Rayyan seakan boleh memahami hasrat Aleeya kali ini. Orang lihat kereta Aleeya ada di rumah tentu orang fikir yang bukan-bukan, betul tak?

“Ikut Liya lah, malas nak bertengkar dengan Liya tau tak?”

“Hari ni, Liya pakai kereta Liya, esok perlukan bantuan, Liya call!”

“Ikut suka hati Liya, tinggal hotel mana ni?”

“Rahsia lah, nanti kalau tahu Encik Rayyan ganggu saya!”

“KL ni tempat saya lah, sayang!”

‘Tempat Liya juga lah!”

Hmm, sukanya dia melawan cakap aku. Kalau kahwin esok, melawan cakap aku macam mana lah agaknya? Hmm, aku paling tak suka orang perempuan melawan cakap aku, pantang tujuh keturunan.

“Encik Rayyan!”

“Kenapa?”

“Liya nak balik naik Air Asia esok, tolong tempah tiket kapal terbang kat Liya!” nak balik cepat sampai ke rumah. Jadi tak nak buang masa.

“Pukul berapa?”

“Pagilah. Pukul lapan lebih!”

“Okey!”

Aleeya tersenyum senang melihat Rayyan menghubungi Air Asia di hadapan matanya. Dia ini memang boleh diharapkan. Menepati janji dan mengambil berat. Patutlah ramai perempuan tergilakannya. Tentang ini aku tidak boleh menafikannya.

“Jumpa di KLIA esok pagi, abang ada hal jumpa hari ni. Banyak kerja nak kena selesaikan,”

“Pergilah selesaikan kerja Encik Rayyan tu dulu, Liya tak lari lah!”

“Tak ada masalah kalau Liya lari pun, abang boleh cari lah!”

“Hahaha..,” gurau sajalah. Liya yang takut Encik Rayyan tak datang kat kampung nanti.

“Sms atau call yer, setiap langkah Liya abang nak tahu!”

“Tengok keadaan!”

Aduh, geramnya aku dengan kau, Liya!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku