PENGANTIN EKSPRES
PENGANTIN EKSPRES (BAB 9) - SYARAT
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 November 2012
Dia sebenarnya mahu berubah, tetapi mesti ada pendamping setia yang sabar menemaninya, iaitu seorang perempuan bergelar isteri. Itulah azam lelaki yang bernama Rayyan. Latar belakang keluarga yang tidak langsung mempedulikan hal-hal agama membuatkan dia menjadi anak yang liar dan suka berpeleseran tetapi dalam hati, dia sebenarnya mahu kembali ke pangkal jalan.
Penilaian Purata:
(10 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
28306

Bacaan






Perkahwinan tanpa dirancang tetapi tetap berlangsung dengan lancar. Dalam masa seminggu saja mereka sah menjadi pasangan suami isteri. Perkahwinan segera. Walaupun di sebelah keluarga Rayyan seperti tidak dapat menerima pilihan anak kesayangan mereka. Dengar kata Rayyan, mama dan papa akan datang esok hari.

Apa sudah jadi? Rayyan sudah buta barangkali kerana memilih perempuan sederhana dan bertudung itu sebagai isterinya? Aleeya dengan Rayyan jauhnya berela-ela, berjuta batu. Berapa harikah Rayyan dan Aleeya dapat mempertahankan mahligai indah ini. Takut sekadar indah dari rupa saja.

“Liya kena banyak bersabar. Bukan sedikit kesabaran yang perlu ada di dalam diri Liya, tetapi seribu kesabaran perlu ada di dalam diri Liya. Ingat tu!” pesanan abah benar-benar memakan diri sendiri. Rayyan bukanlah lelaki yang diimpikan. Rayyan benar-benar menguji dan mencabar keimanan dirinya. Sabar Liya. Di dalam dunia ini, ada empat jenis kumpulan suami dan isteri. Kumpulan pertama adalah seperti Nabi Muhammad S.A.W dan isterinya Siti Khadijah, iaitu pasangan yang amat baik. Suami penyayang, isteri pula pengasih. Kumpulan kedua adalah seperti pasangan Abu Lahab dan isterinya Hindun, iaitu suami pun jahat, isteri pun jahat. Kumpulan ketiga seperti Nabi Noh dan isterinya, iaitu suami yang baik tetapi malangnya mendapat isteri yang berhati busuk dan jahat dan kumpulan terakhir adalah seperti Raja Firaun dan isterinya Siti Aisyah, iaitu suami jahat tetapi isteri berhati mulia. Ingat, Liya perlu jadi seperti Siti Khadijah, ataupun paling tidak jadilah seperti Siti Aisyah, isteri kepada Raja Firaun. Hish, Liya, mana boleh samakan Rayyan dengan Raja Firaun. Rayyan tidak sejahat itulah.

“Liya, Rayyan nak masuk sarung cincin!” beritahu kak ngah, kakak iparnya. Tunang pagi tadi, akad nikah sebelah tengah hari. Hari akad nikah pun sudah bertukar. Abah minta akad nikah hari jumaat, sabtu sibuk sangat, kata abah. Rayyan turut saja, Aleeya pun tidak membantah.

Aleeya memandang wajah suaminya yang sudah berdiri di hadapannya. Mereka bertukar cincin, dah sebuah ciuman singgah di dahi Aleeya. Hari ini sahlah, Aleeya milik Rayyan, dan Aleeya sudah tidak boleh melawan cakap Rayyan lagi. Kena taat kepada suaminya.

“Tak sabar nak peluk Liya nih!” bisik Rayyan di telinga Aleeya ketika jurukamera sibuk mengambil gambar mereka berdua.

“Abang ni..,”

“Sedap pun Liya panggil macam tu,” seloroh Rayyan. Kena panggil lah, sebab abah pun dah tegur banyak kali. Mak pula asyik membebel saja apabila mendengar sebutan ‘Encik Rayyan’ dari Aleeya. Lagipun dah nekad nak panggil pun sebab sudah jadi suami isteri. Alhamdulillah, kami sudah berkahwin hari ini, esok majlis kenduri saja lagi. Jadi rasa bimbang Rayyan lari sudah hilang.

Selesai acara penting, hari ini memang sibuk gila sebab esok majlis besar untuk diri Aleeya juga. Jadi, Aleeya kena buat sendiri hal-hal yang lain. Kena susun bunga telur dan hantaran dan sebagainya lagi. Sesekali saja Liya jenggah keluar tengok betapa sibuknya saudara maranya di ruang tamu dan di dapur.

“Liya, cukuplah, dah lewat ni!” tegur Rayyan sambil duduk di sebelah Aleeya di atas katil. Dapat juga aku kahwin dengan Aleeya yer. Hehehehe.., rasa lapang di dada dan di hati. Rasa bahagia dan gembira sangat-sangat!

“Abang dah makan?” soal Aleeya. Bunga telur di letakkan di sebelah.

“Dah. Dengan abah tadi!” jawab Rayyan sambil mengambil sesuatu di dalam beg lap topnya. Lap top ni memang penting sangat dalam hidup Rayyan, tak pernah tinggal.

“Apa ni?” soal Aleeya apabila Rayyan memberikan sekeping kertas kepadanya. Surat perjanjian seperti dalam drama atau novel tu? Hai, dah buang tabiat ke? Aku tak suka surat perjanjian macam ini lah.

“Baca lah!” suruh Rayyan. Aleeya melihatnya. Atas tu tertulis tajuk surat perjanjian.

1. Tidak boleh melawan cakap suami, kena turut semua kemahuan suami.

2. Tidak boleh halang suami ke kelab malam.

3. Jangan masuk urusan peribadi suami.

4. Jangan berleter atau bertanya ke mana suami nak pergi.

5. Tapi Liya kena ikut semua kemahuan suami (ini yang penting)

6. Jangan bercakap soal cinta dan kasih sayang, kerana saya memang tak ada perasaan kat awak pun – habis buat apa kau kahwin dengan aku? Liya, Rayyan kan dah cakap dia kahwin dengan awak sebab awak pun perempuan. Dia kan suka perempuan. Tetapi aku kahwin dengan dia pun bukan kerana cinta dan kasih sayang tetapi kerana keadaan yang terdesak.

7. Jangan ajar suami, kalau nak hubungan kita berpanjangan.

Ada banyak lagi kat bawah tu tetapi Liya malas nak baca. Sudah jadi suami isteri kalau baca pun buat sakit hati saja lah. Baik tak usah membacanya.

“Liya tak baca sampai habis pun,” ucap Rayyan apabila melihat Aleeya membaca sambil lewa saja. Dia ini tak peduli pun dengan setiap syarat aku.

“Nah, abang simpan lah surat perjanjian abang ni, liya nak tidur lah!” balas Aleeya sambil menghulurkan surat itu kepada Rayyan kembali. Mata pun sudah mengantuk mahu tidur saja lah. Jam sudah menunjukkan ke angka dua pagi. Semua orang sudah tidur waktu ini lah.

“Liya tak marah?” soal Rayyan membuatkan Aleeya seperti mahu ketawa saja. Betul lah kata mak dan abah dulu, aku kena banyak bersabar untuk berhadapan dengan play boy ini.

“Liya tahu abang kahwin dengan Liya kerana kasihan kat Liya, kan?”

“Tak kasihan pun kat Liya tapi abang kahwin dengan Liya sebab...,”

“Sebab apa?”

“Sebab nak tidur dengan Liya, nak sentuh Liya, nak peluk Liya...,” Muka Aleeya naik cuka. Ini sudah membangkitkan kemarahan yang maha hebat nih. Sabar lah Liya.

“Kenapa, dengan perempuan lain abang tak kahwin?”

“Dengan perempuan lain semuanya abang boleh buat lah, dengan Liya saja susah. Kan abang dah jelaskan semua itu hari tu!”

“Betul lah juga!” Encik Rayyan, mai sini Puan Liya nak terangkan, apabila kita sudah menjadi suami isteri, Encik Rayyan memang bebas buat apa saja kat isteri Encik Rayyan kerana sudah tertulis dalam al quran begitu. Jadi memang saya kena ikut kemahuan Encik Rayyan selepas ini, dan saya kena taat kepada Encik Rayyan sebab Encik Rayyan sudah menjadi suami saya. Saya tahu tanggungjawab saya sebagai isteri Encik Rayyan. Jadi apa masalah saya dengan perjanjian yang sudah ada tertulis antara hubungan seorang suami dan isteri. Itulah Encik Rayyan tak faham hukum islam saya rasa. Cinta dan kasih sayang tu hal lain lah, yang penting tanggungjawab. Kalau saya tulis perjanjian saya mesti Encik Rayyan pengsan.

“Liya tak ada syarat apa-apa ke?” soal Rayyan. Tengok Liya turut saja tak membantah pun.

“Buat apa syarat, kita sudah jadi suami isteri lah. Lainlah kalau sebelum kita kahwin,” jawab Aleeya. Buat pening kepala saja lah syarat-syarat tu.

“Liya setuju lah syarat abang?”

“kalau tak setuju Liya boleh buat apa? Nak lari? Nak mengamuk?” ucap Aleeya perlahan saja. Rayyan mengambil tangan kanan Aleeya lalu dikucupnya. Liya memang lain dari yang lain. Hehehe..,

“Kalau begitu Liya jadi milik abang sepenuhnya lah malam ini,” kata Rayyan. Aleeya tidak terkata apa-apa saat Rayyan mengucup dahi Aleeya.

Kena belajar agama lah Encik Rayyan ni, ilmu saja belum mencukupi. Tetapi lelaki seperti Rayyan memang tak makan saman. Hendak tegur pun tak boleh. Hendak mengajar pun tak boleh. Bukan kerana syarat yang diberikan tetapi seminggu ini Aleeya memang mengenali siapa diri Rayyan. Lelaki ini memang mempunyai ego yang tinggi. Memang tidak suka perempuan menegur dan melawan cakapnya. Kalau buat juga memang perang besar lah rumah tangga kami.

Liya kena guna cara lembut dan penuh dengan emosi. Mesti pandai memujuk dan yang penting mesti pandai mengambil hati suami. Barulah rukun rumah tangga kami.

Ah, Liya pun ada cara juga hendak tawan hati Rayyan. Kalau tidak jangan panggil nama Aleeya lah kan?



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku