PENGANTIN EKSPRES
PENGANTIN EKSPRES (BAB 11) - KELAB MALAM
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 November 2012
Dia sebenarnya mahu berubah, tetapi mesti ada pendamping setia yang sabar menemaninya, iaitu seorang perempuan bergelar isteri. Itulah azam lelaki yang bernama Rayyan. Latar belakang keluarga yang tidak langsung mempedulikan hal-hal agama membuatkan dia menjadi anak yang liar dan suka berpeleseran tetapi dalam hati, dia sebenarnya mahu kembali ke pangkal jalan.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
24565

Bacaan






DI DALAM FIKIRAN Aleeya hanya mahu menjadi isteri yang baik saja untuk Rayyan. Biar siapa pun Rayyan, Aleeya hanya mahu jadi isteri yang solehah. Tanpa syarat, tanpa perjanjian kerana apabila seorang perempuan sudah bergelar isteri, tanggungjawabnya hanya kepada suami saja. Walaupun Aleeya, perempuan di zaman moden, tetapi ajaran islam menjadi pegangan Aleeya. Lagipun kalau Liya tak tunjukkan ciri-ciri muslimah, bagaimana lah nak pikat hati Rayyan supaya dekat dengan islam. Di dalam hati Aleeya sekarang adalah mahu menarik Rayyan supaya mendekati islam, dan Aleeya harus menjadi model terbaik untuk Rayyan melihatnya.

Lagipun ini jodoh Aleeya. Jodoh bukan hak seorang manusia untuk menentukannya. Hak ALLAH yang satu. Selama ini di dalam hati Aleeya tidak pernah ada hasrat pun untuk berkahwin dengan Rayyan, alih-alih begini jadinya. Kadang-kadang seakan mimpi saja bila Aleeya berfikir semua ini.

Tetapi ini adalah kenyataan dan hakikat yang sebenarnya. Rayyan adalah suaminya, dan cukuplah untuk Aleeya dengan perkahwinan ini. Bagi Aleeya, Rayyan ada lah lelaki yang wajid dia cintai dan sayangi sepanjang hayat ini. Aleeya akan cuba mempertahankan rumah tangga ini biar apa pun caranya.

Suatu hari nanti dia akan merebut cinta dan kasih sayang Rayyan menjadi miliknya seorang saja. Tengoklah nanti.

Aleeya tak pernah engkar biar pun Rayyan masih seperti dulu. Suka ke kelab malam dan ketika Aleeya melihat sendiri dengan mata Aleeya, Rayyan keluar dengan perempuan lain. Tabiat dan hobi ini memang sukar untuk dibuang di dalam diri Rayyan. Hendak kikis semua itu memang susah. Tambahan lagi semua itu sudah lama kekal di dalam diri Rayyan.

Setiap malam Rayyan tetap ke kelab malam dan Aleeya tidak pernah menghalangnya. Pergilah, sebab itu memang kehendak Rayyan pun. Usah bergaduh dan bertengkar, kalau bergaduh juga maknanya tembok kesabaran Aleeya sudah runtuh lah. Tengok lah sejauh mana Rayyan boleh pergi tetapi Aleeya tak akan biarkan perkara itu bertahan lama di dalam diri Rayyan.

“Liya temankan abang ke kelab malam, malam ni yer!” ajak Rayyan sambil memandang ke arah Aleeya yang sedang selesai solat isyak. Aku kena pergi ke kelab malam? Cari apa di situ? Ajak lah pergi dengar ceramah agama ke, pergi solat kat masjid juga dapat juga pahala. Tetapi kalau aku yang ajak Rayyan lagilah sengaja cari pasal. Betul tak?

“Abang pergilah, Liya malas lah!” tolak Aleeya perlahan sambil bangun dari tempat duduknya. Dia menuju ke arah Rayyan, dihulurkan tangan kanannya dan menyambut tangan Rayyan lalu diciumnya. Selalunya selepas selesai solat memang itu yang dia lakukan terhadap Rayyan. Aleeya baru selesai berdoa, dan tapak tangan ini yang ditadahnya tadi, mana tahu doa yang melekat di tangannya terkena tempiasnya kepada Rayyan juga. Mak selalu cium tangan abah selepas selesai bersolat jemaah dengan abah. Apa salahnya Aleeya lakukan perkara itu biar pun Rayyan tidak bersolat. Malah dia rela Rayyan mencium dahinya selepas dia mencium tangan Rayyan. Pahala tu Liya.

“Mana boleh, kawan-kawan abang nak berkenalan dengan isteri abang malam ini. Dah banyak kali Liya tolak permintaan abang,” ujar Rayyan. Betul lah tu, kaki kelab malam ini sudah banyak kali mengajak Aleeya ke sana, malah selesai majlis resepsi di sini, Rayyan telah mengajak Aleeya ke kelab malam untuk meraikan akan perkahwinan mereka tetapi Aleeya memberi alasan dia terlalu letih. Kalau lah abah di kampung tahu, mesti aku kena pancung.

“Jadi Liya kena pergi juga ke malam ini?” soal Aleeya serba salah. Pergi buat apa kat situ? Tidak boleh ke berjumpa di tempat lain? Di kedai makan ke? Di restoran ke? Banyak lagi lah tempat lain.

“Jomlah. Bukan orang lain pun yang ajak, suami Liya sendiri lah. Abang tanggung dosa Liya malam ini,” ajak Rayyan sekali lagi. Dia tanggung dosa aku? Nama pun suami, memang tanggungjawab dia sebagai seorang suami pun untuk menanggung dosa isteri andainya isteri yang membuat salah.

“Tahu pun dosa..,” bisik Aleeya perlahan tidak mahu Rayyan mendengar kata-katanya. Takut Rayyan mengamuk.

“Liya cakap apa tadi? Abang tak dengar!” balas Rayyan sambil menjeling ke arah Aleeya.

“Kejap, Liya bersiap!”

Liya, siapa nak bimbing siapa nih? Sepatutnya kau bimbing Rayyan, ini terbalik pula. Tetapi kalau tak pergi pun masalah lah juga kerana tengok Rayyan berkeras mengajaknya malam ini. Pergi sajalah walaupun di dalam hati Aleeya rasa takut sangat. Seumur hidup tidak pernah pun pergi ke situ.

ALEEYA hanya memakai t-shirt lengan panjang dan seluar jeans saja. Malah siap bertudung lagi. Hehehe.. alang-alang mana tahu, Rayyan melihatnya dan membatalkan hasrat untuk membawa Aleeya ke kelab malam. Akal, akal itu sajakah yang mampu dia lakukan untuk menolak keinginan Rayyan membawanya ke kelab malam.

“Jom lah, mereka sudah lama menunggu kita kat sana!” kata Rayyan sambil menarik tangan Aleeya masuk ke dalam kereta. Liya, kau kahwin dengan dia tanpa cinta dan tanpa mengenali hati nuraninya. Kau tak kenal pun siapa dia yang sebenarnya. Kau hanya kenal dia secara luaran saja, dan luarannya memang ini lah kehidupan dirinya yang sebenar. Sekarang sudah terbukti di depan mata siapa dia, suami kau tu. Ini baru seminggu perkahwinan kau, masih lagi baru, tak kan sudah mahu mengalah dan tarik diri? Soal hati Aleeya sendiri.

“Kenapa diam? Tak Suka?” soal Rayyan sambil memegang tangan Aleeya. Aleeya hanya mampu tersenyum, kalau aku jawab tak suka, belum tentu kau akan hantar aku pulang ke rumah. Jadi, suka tak suka, jawabnya kena suka juga.

“Abang suka tempat macam ni?” soal Aleeya kembali sewaktu sampai di muka pintu kelab malam. Nama pun kelab malam, jadi suasana memang kelam, hanya disinari dengan cahaya lampu neon yang berwarna warni. Rasa kekok untuk masuk ke dalam tetapi pegangan tangan suaminya yang semakin kemas itu membuatkan Aleeya terpaksa melangkah masuk. Rayyan memang sengaja! Jerit Aleeya di dalam hati.

“Inilah tempat abang sejak dulu lagi, tempat abang enjoy lah sayang!” bisik Rayyan di cuping telinga Aleeya kerana bising dengan suara muzik yang semakin rancak. Kelihatan lelaki dan perempuan sedang rancak menari dan berpelukan.

“Tak ada tempat lain ke?”

“Mana ada. Best lah kat sini. Liya tak pernah datang kelab malam?” tanya Rayyan. Aleeya hanya mengelengkan kepalanya. Rayyan tersenyum senang.

“Ini kali pertama..,” jawab Aleeya perlahan.

“Ryan!” panggil suara seorang perempuan. Rupanya semua ahli keluarga dan orang terdekat dengan suaminya memanggil dengan panggilan itu. ‘Ryan’. Janggalnya telinga Aleeya mendengar.

“Hai, mama. Mana papa?” soal Rayyan kembali. Ler, mak mentua aku pun ke sini juga. Kali pertama jumpa mak dan bapa mentua di kelab malam. Memang kelas lah dia orang ini.

“Ada tu!” ucap sambil menunjuk ke arah papa yang sedang menari dengan seorang perempuan muda sebaya Aleeya saja. Sedang menari seperti pasangan kekasih saja yang hairannya mama tak marah dan cemburu pun. Inikah cara kehidupan mereka sekeluarga. Teringat abah dan mak di kampung, hati Aleeya terasa sayu.

“Julia mana?” soal Rayyan lagi mencari adik perempuannya.

“Entah, tadi ada dengan Johan!” jawab mama sambil memandang ke arah Aleeya yang memakai pakaian yang berbeza sekali dengan mereka yang berada di sini. Apa lah menantu aku ini, ada ke pakaian macam ni ke sini? Teruk sungguh gaya penampilannya.

“Mama..,” panggil Aleeya. Tengok jelingan mama pun Aleeya sudah tahu mama tidak sukakan Aleeya. Masa majlis kahwin hari itu pun mama asyik mengelak saja dari berjumpa dengan Aleeya. Tetapi mama dan papa terpaksa menurut kehendak Rayyan sebab kami sudah diijab kabul kan. Pandai Rayyan kenakan mama dan papa, seolah mama dan papa terpaksa menerima juga perkahwinan ini kerana mereka sudah bergelar suami dan isteri. Mama dan papa tidak boleh menghalang atau membantah kehendak Rayyan. Tetapi mama tetap tidak boleh menerima Aleeya menjadi ahli keluarganya. Tidak seperti abah yang menerima kehadiran Rayyan dengan tangan terbuka luas.

“Itulah kahwin lagi dengan orang kampung, memalukan saja!” balas mama sambil berlalu pergi. Kecil hati Aleeya mendengar. Rayyan memandang wajah Aleeya seperti dia tahu perasaan Aleeya ketika ini.

Satu persatu Aleeya diperkenalkan kepada rakan-rakan Rayyan. Semuanya sekepala dengan Rayyan, dia seorang saja yang berbeza. Hmm, macam manalah kami mahu kekal hidup bersama kalau lah begini caranya. Aku kena perkemaskan diri lah jawabnya. Mana tahu sepanjang hayat Rayyan memang hidup begini. Lagipun bukan senang seorang perempuan mahu mempimpin tangan seorang lelaki yang egonya lagi tinggi dari Menara Berkembar Petronas itu. Entah-entah lagi tinggi dari Gunung Himalaya..,

Tidak sampai pun setengah jam, Aleeya merasakan matanya sudah berpinar dan berpusing. Kenapa ni? Lampu neon yang asyik bertukar warna itu seakan menarik mata Aleeya saja.

“Liya!” panggil Rayyan yang sudah perasan keadaan Aleeya.

“Abang, Liya pening lah!” jawab Aleeya sambil menarik tangan Rayyan ke arah satu kerusi. Dia mahu duduk saja. Benar-benar berpusing, jalan pun seperti mahu rebah saja. Terhoyang-hayang. Aleeya segera duduk takut terjatuh terjelempuk ke lantai. Lagilah malu.

“Pertama kali memang lah macam tu, nanti makin lama, akan menjadi satu kebiasaan!” pujuk Rayyan sambil turut duduk di sebelah isterinya. Muka Aleeya mula berubah. Sudah menjadi pucat dan lesu. Pitam!

“Tak boleh, Liya rasa macam Liya nak pengsan sekarang!” jawab Aleeya seperti mahu menangis. Liya nak balikkkk.

“Liya..,” panggil Rayyan. Terdengar suara itu sayup-sayup saja.

“Liya... Liya..,” kejut Rayyan lagi sambil memeluk erat isterinya supaya tidak jatuh ke lantai. Dikendungnya Aleeya lalu dia segera keluar dari kelab malam menuju ke kereta.

“Maafkan abang, sayang!” ucap Rayyan di telinga Aleeya dan Aleeya dapat mendengar ucapan itu dengan jelas sekali. Aleeya tersenyum di dalam hati. Harap-harap ucapan sayang ini sudah melekat di hati Rayyan untuk aku isterinya. Abang kena sayangkan Liya, sebab Liya ini isteri abang lah.

“Rayyan kenapa?” terdengar suara mama dari arah belakang. Aleeya memaut leher suaminya dengan kemas dan dipejamkan matanya rapat-rapat.

“Liya pengsan lah mama!” jawab Rayyan.

“Pengsan?? Apa hal isteri kau tu?” sindir mama tidak puas hati.

“Mana lah saya tahu!” balas Rayyan.

“Leceh lah, masuk kelab malam pun boleh pengsan!”sindir mama lagi.

“Mama beritahu papa dan Julia, saya balik dulu yer malam ni,”

“Tinggal saja isteri kau kat kereta tu, atau pun tinggalkan saja dia kat hotel di sini,” suruh mama. Ingat aku apa? Mana boleh tinggal aku sesuka hati saja. Hendak cari pasal lah tu kalau tinggal aku kat kereta.

“Sorry lah mama, saya kena hantar Liya balik dulu lah malam ni,” pinta Rayyan. Bangganya hati Aleeya mendengar. Hehehe..,

“Kau ni kenapa Ryan? Sebelum ini kau tinggal perempuan tepi jalan sesuka hati saja, dengan isteri kau, tak boleh lah pulak yer,” marah mama.

Itu perempuan yang tiada ikatan dengan saya tetapi Aleeya ini isteri saya lah. Mana boleh tinggal macam itu. Saya nak berpisah satu saat dengan Aleeya pun tak sanggup lah mama.

Rayyan meletakkan Aleeya di kerusi keretanya.

Aleeya ini sudah mengikat hati dan kaki saya lah!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku