PENGANTIN EKSPRES
PENGANTIN EKSPRES (BAB 13) - CEMBURU
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 November 2012
Dia sebenarnya mahu berubah, tetapi mesti ada pendamping setia yang sabar menemaninya, iaitu seorang perempuan bergelar isteri. Itulah azam lelaki yang bernama Rayyan. Latar belakang keluarga yang tidak langsung mempedulikan hal-hal agama membuatkan dia menjadi anak yang liar dan suka berpeleseran tetapi dalam hati, dia sebenarnya mahu kembali ke pangkal jalan.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
23084

Bacaan






“ABANG, Liya nak jumpa kawan-kawan petang nanti, boleh tak?” pinta Aleeya. Seharian berada di rumah hari ini kerana tersilap mengambil cuti. Rasa rugi pun ada. Dia saja bercuti, Rayyan bekerja seperti biasa.

Sudah naik boring dibuatnya. Asyik menonton tv saja. Kebetulan Akma dan Puteri Shima mengajaknya berjumpa petang ini, ada hal penting kata mereka. Walaupun Akma dan Puteri Shima tidak hadir pada majlis perkahwinannya tempoh hari dia tidak marah pun kepada mereka. Memang dia kecil hati tetapi hubungan persahabatan antara mereka masih berkekalan. Dia tahu mereka tidak suka kepada suaminya kerana sampai sekarang pun Rayyan masih tidak berubah. Perangai Rayyan masih seperti dulu.

“Hendak ke mana? Tengok wayang?”soal Rayyan di hujung talian. Rayyan tak pulang makan tengah hari kerana ada mesyuarat penting dengan papa. Kalau tidak mahu juga menyuruh Aleeya masak untuknya kerana Aleeya kan tidak buat apa-apa hari ini, boleh bermanja dengan isteri itu. Tetapi papa pula ajak berjumpa. Tak boleh lah balik makan di rumah.

Jadi, tidak perlu menyusahkan diri untuk menyediakan makanan. Cukuplah masak untuk diri sendiri. Senang sungguh Aleeya hari ini.

“Nak tengok wayang pun mana ada cerita best lah!” jawab Aleeya. Vanila Coklat pun masih dalam perbikinan, lambat lagilah nak keluar kat pawagan. Mungkin tahun depan baru boleh tengok Aiman Mentor dan Izara Aishah tu. Kenapalah hubungan aku dengan Rayyan tidak seperti Amir dan Zara seperti dalam drama yang top kat tv tu. Kan best! Hehehe, berangan lah tu.

“Habis nak ke mana sayang?”

“Karaoke kut!” jawab Aleeya menguji hati Rayyan. Kalau dia boleh ke kelab malam aku pergi karaoke saja pun jadi lah. Tetapi pernah ke kau pergi Aleeya? Sekali sekala itu ada lah juga.

“Kelab malam lagi best!”balas Rayyan sengaja menduga hati Aleeya. Sudah tahu Aleeya membenci kelab malam dan dia sengaja berkata seperti itu. Pergi karaoke boleh buat apa kalau sekadar hendak menyanyi saja. Boringlah Aleeya. Kelab malam lagi best.

Nanti, pastinya dia akan mendengar suara Aleeya menjerit memarahinya. Dia sebenarnya suka buat Aleeya marah! Muka Aleeya yang merah dan matanya bulat itu membuatkan Rayyan senang hati memandangnya. Hehehe...,

“Tak ada tempat lain ke selain tempat macam tu?” jerit Aleeya geram. Hahaha. Dah agak pun!

“Pergi lah abang izinkan. Tapi jangan balik lewat sangat!” pujuk Rayyan manja. Aleeya tersenyum senang.

“Terima kasih yer!”

“Sama-sama sayang!”

Lepas Asar dia terus ke rumah Puteri Shima, kerana mereka berjanji untuk berjumpa di rumah Puteri Shima saja. Bukan hendak ke mana-mana pun. Dan kalau berjumpa di rumah tentunya ini adalah perkara yang terlalu sulit dan rahsia kerana hanya diperbincangkan di rumah saja. Apa lagi agaknya. Mereka berdua kan tidak setuju dia memilih Rayyan menjadi suaminya. Tentu ada hal yang berkaitan dengan Rayyan. Mereka berduakan Pembangkang nombor satu.

Hidangan petang sudah pun hampir selesai. Hanya berborak kosong saja sedangkan sejak dari tadi dia kerap melihat Akma dan Puteri Shima bermain mata saja. Ada hal lah tu tetapi tidak berani untuk memberitahu kepadanya.

“Cakap lah, aku boleh menerimanya!” gesa Aleeya. Sudah hampir pukul enam petang, dan dia mahu pulang sebelum pukul tujuh.

“Nah, kau lihat sendiri!” kata Akma sambil mengeluarkan sampul surat berwarna koko kepada Aleeya. Aleeya menyambutnya dan sedikit gambar telah keluar dari sampul tersebut. Di keluarkan perlahan-lahan lalu terpampang lah gambar-gambar Rayyan sedang berpelukan dengan beberapa orang perempuan di sebuah kelab malam. Perempuan yang cantik, seksi dan mengoda. Subhanallah.

Aku pun sudah banyak kali melihatnya sejak aku jadi isterinya. Sabarlah, beri aku sedikit masa untuk mengubah pendirian Rayyan tu. Jangan paksa Rayyan, dan jangan desak Rayyan, nanti dia rasa terkongkong dengan tindakan aku. Kalau lah perkara itu yang aku lakukan tentu dari perasaan mahu mendekati aku dan belajar jatuh cinta kepada aku menjadi marah dan benci. Andainya itu yang berlaku, sudah tidak bermakna lagi hubungan aku dengannya.

“Ini gambar lama kan?” soal Aleeya menyejukkan hati sendiri walaupun Aleeya tahu mukanya sudah pun berubah. Entahlah, dia rasa terpukul tiba-tiba. Mesti mereka akan menempelaknya nanti.

“Gambar selepas kau kahwin lah. Tengoklah tarikh. Kau ni kenapa? Rayyan tak diciptakan untuk kau lah. Andainya Azlan tidak baik, Rayyan lagilah tidak baik untuk kau. Sekarang masih tidak terlambat untuk kau menarik diri, jangan sampai ada anak pinak baru kau menyesal nanti!” marah Akma sudah naik berang dengan sikap Aleeya. Berkeping-keping gambar dan perempuan-perempuan di dalam gambar pun bersilih ganti. Bukan seorang tetapi berorang-orang. Aku tahu akan itu. Rayyan tidak pernah berjanji kepada aku untuk berubah malah memberi amaran jangan mencampuri urusan peribadinya. Ingat tu Aleeya.

“Kawan perniagaan dia lah!” perlahan saja Aleeya membela. Kawan perniagaan apa kalau macam ini? Tak sanggupnya untuk terus melihat. Aleeya menyusun kembali kepingan gambar lalu dihulurkan kepada Puteri Shima. Puteri Shima tidak pula menyambutnya dibiarkan saja di atas meja bulat. Marah sangat lah tu.

“Liya kenapa susah sangat kau hendak sedar nih? Hairan lah dengan sikap kau? Kau ada berhutang apa-apa ke dengan Rayyan si buaya darat tu?” pintas Puteri Shima pula. Muka Puteri Shima kelat seperti buah pria saja. Hutang apa? Hutang budi? Mana aku ada berhutang dengan Rayyan.

“Kau perempuan baik, dan perempuan-perempuan baik selalunya akan mendapat lelaki yang baik. Masih belum terlambat untuk kau putuskan hubungan kau dengan dia lah!” sambung Akma menyokong kata-kata Puteri Shima. Kali ini Aleeya tersenyum pula. Kau ingat kahwin ini perkara main-main ke? Aku perlu takut kepada ALLAH dan kedua aku perlu jaga maruah dan harga diri abah dan mak di kampung. Aku berkahwin dengan Rayyan bukan untuk bercerai setelah tahu segala macam tentang dirinya. Sebelum kahwin pun aku sudah tahu siapa Rayyan kan? Tetapi dia satu-satunya lelaki yang berani datang melamar aku setelah aku putus tunang. Biar pun apa alasan Rayyan untuk berkahwin dengan aku, aku bersedia menerimanya menjadi suami aku biarpun aku tahu dia seorang play boy. Suka main perempuan, suka kelab malam dan suka minum minuman yang memabukkan itu.

“Terima kasih kerana bagi tahu aku tentang hal ini. Rayyan perlu masa untuk berubah!” ucap Aleeya memujuk hatinya lagi. Tidak perlu aku menangis sekarang kerana perkahwinan kami baru masuk dua minggu? Dua minggu masih terlalu awal, sedangkan Siti Aishah setia di sisi Raja Firaun sepanjang hayatnya. Raja Firaun yang zalim itu mendapat seorang isteri yang menjadi ahli syurga. Aku??

Tidak perlu aku naik angin dan mengamuk-gamuk seperti isteri-isteri yang lain yang cemburukan suami mereka yang mempunyai hubungan dengan wanita lain kerana Rayyan belum benar-benar jatuh cinta dan sayang kepada aku? Usia perkahwinan yang awal ini belum boleh membuktikan apa-apa kerana kami berkahwin bukan atas dasar cinta dan sayang. Andainya dia benar-benar sayangkan aku, tentu dia akan tinggalkan tabiat buruk ini? Betul tak?

Jadi, tidak cemburukah aku dengan sikapnya sekarang? Mestilah aku cemburu kerana dia suamiku dan aku hanya perempuan biasa saja. Cuma aku tidak mahu terlalu beremosi dan aku tidak mahu menunjukkan rasa cemburu itu kala ini.

Aleeya simpan lah dalam hati rasa cemburu itu, ingat pesan abah dan mak di kampung. Banyak-banyak bersabar, Aleeya!

“Kalau Rayyan tak berubah juga macam mana, Liya? Kau mahu teruskan perkahwinan yang tidak bahagia ini? Kau ni, macam tak ada lelaki lain lah untuk kau jadikan suami? Frust sangat ke tak dapat kahwin dengan Azlan tu?” berang Akma semakin menjadi-jadi apatah lagi apabila melihat perangai Aleeya begitu. Sabar tidak kena pada tempatnya. Kalau kami tak inginlah lelaki seperti Rayyan tu, makan hati saja lah.

“Rayyan tu jodoh aku...,” jawab Aleeya dengan penuh yakin. Dia memang jodoh aku, kalau tidak mesti aku tak kahwin dengannya. Sudah tertulis antara aku dan dia tentang ini.

“Kau ni sudah terkena kut dengan ubat guna-guna Rayyan ataupun kau gilakan kemewahan si Rayyan tu?” tuduh Akma. Gilakan kemewahan si Rayyan??? Yer ker? Kalau aku cakap pun siapa nak percaya, sebab Rayyan memang hidup dalam kemewahan pun, dan kemewahan itu turut dirasai oleh aku yang menjadi isterinya.

“Aik, sudah lain bunyinya. Aku balik dulu lah, nanti tak pasal kerana suami aku tu kita bertiga pula bergaduh lagi!” balas Aleeya segera bangun. Tidak mahu lagi mendengar kata-kata teman rapatnya yang menyakitkan hati. Aku bukan perempuan yang pentingkan kemewahan. Abah aku kat kampung pun orang senang lah, cuma dia tinggal kat kampung saja. Jadi, orang tak nampak kesenangan abah aku.

“Jadi apa-apa kat kau, kau tanggung lah seorang diri, Liya,jangan datang mengadu susah kau tu kat kami pulak,” pesan Akma lagi. Tersentuh hati Aleeya mendengarnya. Selepas ini aku kena mengadu kat suami aku saja lah, sebab kawan-kawan sudah menyingkirkan aku di dalam kehidupan mereka.

Air mata mahu mengalir. Tiba-tiba terasa pedih di mata. Kata-kata Akma dan Puteri Shima menusuk ke jantung dan hati. Pedih juga menikam ke sukma ataupun kerana perangai Rayyan yang masih tidak mahu berubah walaupun sudah menjadi suaminya.

Entah lah, bila berfikir untuk apa dia menangis hari ini? Sedih kerana apa? Kerana Rayyan? Atau kerana sahabatnya yang tidak mengerti akan dirinya? Atau pun kerana terluka dek perbuatan Rayyan atau kerana apa? Sakit hati? Sakit hati pada siapa? Tentulah kepada Rayyan, betul tak?

Rasanya dia cemburu dengan Rayyan yang dikelilingi oleh ramai perempuan-perempuan cantik? Habis kalau sudah ramai perempuan begitu kenapa tidak berkahwin dengan dia orang saja? Kenapa ajak aku kahwin? Kahwinlah dengan mereka? Ini datang melamar aku pula? Hish, Liya kau waras ke tak? Tadi cakap Rayyan tu jodoh kau, sekarang kerana kata-kata kawan-kawan kau, kerana gambar-gambar suami kau, kau sudah hilang akal, menyoal yang bukan-bukan, cuba bawa bertenang dan beristifarg banyak-banyak.

“Sayang, abang balik lewat malam ni, ada hal!” beritahu Rayyan ketika dia sudah masuk ke garaj rumah Rayyan. Cari perempuan lain di kelab malam lagi ke? Itu saja terlintas di fikiran Aleeya kala ini.

“Tak balik pun tak mengapa lah!” jawab Aleeya bengang. Geram sudah bercampur dengan perasaan sakit hati dan marah saja.

“Liya, kenapa ni? Abang buat salah apa lagi hari ni?” soal Rayyan yang hairan dengan kata-kata Aleeya. Naik angin pasal apa pula ni?

“Abang peluk dengan ramai perempuan, ingat Liya tak cemburu ke? “ terluah juga isi hati Aleeya. Tak boleh nak sekat lagi apa yang ada di benaknya sekarang

“Hahaha.. peluk saja lah, bukan tidur sekali pun. Liya saja yang tidur dengan abang. Perempuan lain tak pernah lah. Lagipun tak rosak lah badan abang nih setakat kena peluk dengan perempuan-perempuan tu,” balas Rayyan sambil ketawa mengekek. Sakitnya Aleeya mendengar. Tetapi betul juga alasan Rayyan tu, dia kan lelaki.

“Ooo.. kalau Liya buat macam tu?” duga Aleeya. Kau marah atau tak kalau aku buat seperti kau?

“Buat lah kalau nak makan penampar abang!” talian sudah dimatikan.

Tahu pun marah.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku