Ketika Cinta Memanggil
Bab 31
Genre: Islamik
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Oktober 2013
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
216

Bacaan






Bab 31

Datin Faridah berjalan tidak tentu hala. Fikirannya tidak menentu. Sejak dia beritahu perkara yang sebenar kepada anaknya Rizal, dia berasa serba salah. Sebenarnya, ada satu perkara yang dia belum jelaskan kepada Rizal. Datin Faridah mendekati laci almari bajunya. Dia melihat sekeliling mengawasi tiada sesiapa yang mengintainya. Dia lantas membuka laci itu. Kelihatan peti kecil. Dia membuka peti itu. Kelihatan sekeping surat bersama gambar perempuan yang bertudung. Sebenranya, Datin Faridah masih menyembunyikan rahsia besar yang belum diketahui oleh anaknya, Rizal.

Imbas Kembali..

Malam semakin melabuh tirai. Cahaya siang semakin lambat menunjukkan sinarnya. Ryan baru selesai menunaikan solat subuh dengan menggunakan isyarat mata. Wudhuknya dibasah dengan baldi di sebelah wad hospital. Walaupun keadaannya yang sakit dan tenat, ia bukannya halangan untuk melakukan perkara wajib oleh perintah Allah. Rasullulah SAW pernah bersabda

“Solatlah dengan berdiri, kalau tidak kuat maka duduklah, kalau (masih) tidak kuat maka berbaringlah dengan posisi miring,”

(Riwayat oleh Imam Bukhari, Tirmizi, Ibnu Majah dan Abu Daud)

Mulut Ryan terkumat-kamit bertasbih kepada Allah. Selepas itu, dia berselawat kepada junjungan Rasulullah SAW. Tidak lama kemudian, air mata Ryan mengalir membasahi pipi. Rindunya semakin terusik.

“Ya Allah, aku rindu Rasullulah. Aku rindu akan dia juga,”

“Allah......Allah........Allah.........Hu Ya Allah........,”

“Sollahu ala Muhammad........Sollahu ala Wasalam,”

Serta merta tanganya yang memegang tasbih itu dilepaskan dan mengambil sekeping gambar seorang wanita yang dicintai sebelum ini. Air matanya bergelumang membasahi pipinya. Entah kenapa perasaan rindu terhadap gadis itu semakin membuak-buak di dalam hatinya. Perasaan sayang dan cinta terhadap gadis itu hanya khayalan sahaja. Datin Faridah tersedar akan tangisan Ryan.

“Ryan, kenapa ini?”

“Ibu, Ryan nak jumpa adik, saudaraku. Ryan khuatir tak sempat...,”

“Jangan fikir bukan-bukan. Pagi nanti ibu dan nurse bawakan, erk?”

“Tapi, Ryan nak sekarang. Tolonglah,” air muka Ryan berubah. Datin Faridah berasa simpati. Dengan usahanya, Datin Faridah memapah Ryan duduk ke kerusi roda sambil membawa alat mesin pernafasan ke bilik wad adiknya, Rizal. Sampai sahaja di bilik wad hospital Rizal. Ryan cuba mendekatinya. Kelihatan kepala Rizal dibalut penuh. Air mata Ryan sekali lagi membasahi pipi.

“Nampaknya, saudara saya lebih tenat daripada saya, ibu. Insya-Allah, dia akan selamat dan akan hidup normal seperti orang lain,” kata Ryan. Datin Faridah menyentuh bahu Ryan.

“Insya-Allah dengan izin-Nya,”

“Ibu tidak kisah kan jika saya berkorban untuk adik,” kata Ryan.

Datin Faridah hanya tersenyum. Gambar yang dipegang oleh tangan Ryan diberi kepada ibunya.

“Gambar siapa ini?”

“Dia tunang saya, ibu. Namanya Balqis. Dia juga bakal isteri saya, tetapi...,” perkatan Ryan terbantut.

“Tetapi apa, Ryan?”

“Perkahwinan kami batal,” Ryan hanya mampu mengalir air mata. Dia tidak sanggup menceritanya lagi. Dia menyerahkan sekeping surat kepada ibunya.

“Insya-Allah, dengan izin Allah. Ibu pasti akan menemui Balqis. Serahkan surat itu kepadanya,” pesan Ryan.

“Kenapa serahkan kepada ibu? Lebih afdal, jika Ryan sendiri yang serahkan kepadanya,” kata ibunya, Datin Faridah.

“Mungkin dia sudah berkahwin dengan orang lain. Ryan tidak sanggup serahkan sendiri. Tolonglah ibu, serahkan kepadanya. Inilah satu-satunya permintaan Ryan,” Ryan merayu. Tangannya menyentuh tangan Datin Faridah. Selepas itu, dua beranak itu berpelukan sambil menangis.

Imbasan Ryan ketika berada di wad hospital sebelum menghembus nafas terakhir pada keesokan harinya membuatkan Datin Faridah sedar. Hati Datin Faridah tertanya-tanya. Adakah gadis yang muncul dalam mimpi Rizal adalah Balqis?

“Ya Allah, sungguh besaranya, cinta Ryan dan Balqis,”

*

Azman ditahan oleh pihak polis. Balqis kaget. Walaupun baru sahaja lepas berpantang, suaminya tiada lagi di sisinya. Anak yang baru dilahir, Mohd Ryan amat memerlukan seorang ayah. Azman berhadapan kes perbicaraan Mahkamah Majistret atas tuduhan mengedar dadah dan melakukan penjualan atau sindiket haram di kawasan persembunyian Kampung Batu Limau beberapa tahun sebelumnya. Azman juga direman sekali lagi atas kesalahan tindakan licik beliau lari dari pejara sebelum ini.

Yati, kawan rapat Balqis melawat melihat Mohd Ryan. Yati suka akan kanak-kanak kecil.

“Comelnya. Nanti rindu kat auntie, yer,” kata Yati sambil memicit pipi Mohd Ryan yang comel dan gebu. Yati beralik ke arah Balqis.

“Qis, kau okey?”

Balqis hanya tersenyum. Jawapan Yati tidak dijawab. Balqis seperti memendamkan sesuatu. Pandangannya beralih ke wajah anaknya. Balqis mahu melupakan kesedihan yang ditimpa olehnya.

“Aku kawan kau,Qis. Aku kenal kau. Kenapa kau tidak pergi ke mahkamah pagi tadi?” tanya Yati.

Balqis masih membisu. Mulutnya dikunci.

“Qis, aku harap kau tabah atas ujian yang ditimpa oleh kau,” Yati memegang tangan Balqis.

“Bagaimana keputusan mahkamah, Yati?” Balqis mengeluarkan suaranya.

“Aku harap kau kena kuat atas keputusan ini. Suami kau, Azman dikenakan hukumandi bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” Yati menjawab.

“Maksudnya?”

“Azman dikenakan hukuman gantung,”

“ Ya Allah, Aku tak sanggup menerima keputusan ini”

Jantung Balqis seperti mahu menikam diri sendiri.Suaminya, Azman yang mula menerima cinta kembali menerima hukuman atas kesalahan yang dilakukan pada masa lalu.Mohd Ryan yang tersenyum dan ketawa, masih belum mengetahui ujian yang ditimpa oleh ibunya, Balqis.Air mata Balqis mula mengalir membasahi pipi. Yati terus memeluk Balqis.Kata-kata semangat terus dilontarkan oleh Yati supaya Balqis terus tabah dan menerima ujian Allah.

*

Kawasan gelap. Ditemani tirai-tirai besi yang amat menyeramkan. Azman keseorangan dalam penjara. Keputusan mahkamah telah termaktub. Azman perlu menerima keputusan dengan hati yang redha atas tindakan yang telah dilakukan pada masa lampau. Azman masih membongkok diri, bersujud di atas sejadah. Air matanya tidak putus-putus membasahi pipi. Biarpun kakinya baru beransur pulih, Azman merasakan kebahagian di dalam dirinya. Dia telah bertaubat dan berkelakuan baik selepas bergelar menjadi seorang ayah. Dia juga telah mendapat kemaafan kepada seorang isteri dan mereka yang telah Azman bertindak jahat kecuali Ryan.

“Ya Allah, benarkah aku nampak Ryan ketika hari solat jumaat? Adakah dia? Aku ingin memohon maaf kepadanya. Aku mahu dia menjadi isteri Balqis,” Azman meratapi seorang diri. Rasa serba salah bergelumang di dalam dirinya. Azman telah banyak melontarkan fitnah atas tindakan Ryan. Sesungguhnya, dosa fitnah itu lebih besar daripada dosa membunuh.

“Ya Allah, tunjuklah kebenaran....,” Selepas itu, Azman membaca doa penutup.

*



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku