Ketika Cinta Memanggil
Bab 36
Genre: Islamik
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Oktober 2013
Mengisahkan seorang pemuda, Ryan dari Indonesia berhijrah ke Malaysia untuk mencari saudara kandung setelah kematian neneknya. Di Malaysia, dia dikagumi oleh penduduk Kampung Batu Limau kerana berjaya menghidupkan rumah Allah, surau di kampung tersebut. Dia telah mengamalkan pelbagai aktiviti masjid untuk mengimarahkan rumah Allah. Di samping itu, penampilan Ryan telah mencuri perhatian Balqis, anak gadis penghulu kampung. Namun, Azman, disyaki pengedar penyeludupan dadah telah menjadi penghalang antara cinta Ryan dan Balqis.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
16

Bacaan






Bab 36

 

Tasha dihiasi bagaikan puteri. Wajahnya berseri-seri dan berhijab lengkap. Hatinya berdegup laju. Inilah hari kegembiraan Tasha yang telah lama dinantikan. Mulutnya yang sentiasa tersenyum manis. Debarannya semakin terasa. Rakan di sebelahnya cuba memberi kata-kata semangat kepada Tasha. Orang ramai mengerumi di ruang bilik Tasha. Datin Faridah masuk ke bilik tersebut dan duduk di katil bersebelahan dengan Tasha. Datin Faridah merenung jauh raut wajah Tasya yang ayu dan berseri.

“Alhamdulillah, wajah Tasya semakin bertambah berseri-seri sejak berhijab,” kata Datin Faridah yang langsung tidak mengelipkan matanya terhadap keayuaan Tasya yang mengubah penampilan sejak tragedi kebakaran yang hampir meragut nyawanya dahulu.

“Syukur kepada Allah. Hidayah milik semua,” Tasya bersuara ringkas. Datin Faridah mengeluarkan kotak kecil berwarna merah dan membuka kotak tersebut. Sebuah cincin bercorak emas membuatkan Tasya kagum melihatnya. Datin Faridah menyarungkan cincin itu ke jari manis Tasya dan mencium dahi Tasya. Datin Faridah berharap agar anaknya, Rizal dapat membahagiakan Tasya dengan penuh kasih sayang. Jurukamara dan juru acara yang bertugas berhempas pulas bertanggungjawab menunaikan tugas yang telah diamanahkan.

Rizal yang berpakaian formal dan kacak tersenyum duduk bersebelahan dengan Tasya untuk acara bergambar.

“Wah, pasangan yang sejoli. Semoga kebahagiaan anda berdua hingga ke jannah,” kata salah seorang jurukamera tersebut.

“Amin….,” jawab Rizal dengan beraninya. Tasya memandang Rizal dengan kesungguhannya untuk menjadi dia sebagai pasangan hidupnya kelak.

 

*

Kompang bunyi bertalu-talu. Upacara perkahwinan pasangan suami isteri untuk naik ke atas pelamin. Balqis menjadi orang yang terpenting dalam upacara tersebut. Dia adalah pendamping pengatin perempuan iaitu rakan baiknya, Yati. Perkahwinan Yati dan Haikal disambut meriah di samping saudara dan rakan-rakan yang hadir.

“Tahniah, Yati! Akhirnya, kau dan Haikal bersatu juga di jinjang pelamin. Semoga rumah tangga kalian kekal hingga ke anak cucu,” kata Balqis sambil memandang rakannya, Yati. Yati yang dihiasai bak puteri mengukir senyuman dan membalas kata-kata terima kasih yang tak terhingga kepada Balqis. Kegembiraan Yati dan Haikal terpancar bersinar di atas pelamin. Tiba-tiba, Balqis teringat sesuatu peristiwa yang tidak boleh dilupakan. Perkahwinannya bersama arwah suaminya dahulu, Azman. Walaupun, pada awalnya dia menganggap Azman itu jahat. Namun, saat ke akhir nyawa Azman, kebaikannya terselah setelah mengaku atas kesilapannya dahulu.

“Ya Allah, aku rindu akan suamiku,” Balqis berbisik dalam hati. Kesedihannya disekat. Dia berusaha mengukir senyuman, dan memadamkan kesedihan di dalam hati. Biarlah kisah silam kekal menjadi sejarah. Kehidupan perlu diteruskan seperti biasa.

 

*

 

Sebelas bulan kemudian……

 

Balqis penat menyandarkan diri ke atas sofa. Kepenatan melakukan kerja di kilang amat terasa. Mohd Ryan munculkan diri dengan tiba-tiba.

“Ibu, ibu masih penat,” Mohd Ryan bersuara. Balqis hanya memandang anaknya. Dia membisukan diri.

“Ibu, permohonan adik ke Madrasah Tahfiz Al-Furqan telah diluluskan. Minggu hadapan sudah boleh daftar,”

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Semoga Adik menjadi seorang yang beriman dan taat kepada perintah Allah SWT,” Balqis mengukir senyuman. Wajahnya kelihatan tenang. Balqis lantas memeluk Mohd Ryan erat-erat kerana kegembiraan tak terkata. Azizah hanya memandang dari jauh dua wajah seorang anak dan ibu yang ternyata air yang ditetak, tidak akan putus.

*

 

Sebenarnya, Mohd Ryan telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah(PMR). Dia telah memohon untuk kemasukan pelajar tahfiz di madrasah tersebut. Impian yang telah sekian lama, akhirnya dimakbulkan oleh Allah. Hari ini adalah hari pendaftaran. Bilangan ibubapa yang mendaftarkan anak mereka ke pusat tahfiz tersebut tidak mempunyai bilangan yang banyak. Tiada telatah yang dilakukan oleh Mohd Ryan ketika dia berada di Tahun Satu dahulu. Apa yang Balqis harapkan ialah anaknya, Mohd Ryan dapat mempelajari ilmu-ilmu agama terutamanya tafsiran ayat suci Al-Qur’an. Buku pertama daripada utusan Allah untuk umat-umat yang taat akan perintah oleh-Nya.

 

*



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku