Cinta Sang Pilot
Bab 5
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 November 2013
Penilaian Purata:
(8 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
19731

Bacaan






Bab 5


Mama dan papa kepada Nukman Faris datang ke rumah kami pada petang itu. Aku menyalami mereka. Begitu juga Nukman Faris. Kami kebetulan baru balik dari bertandang ke rumah saudara ayah di kampung.

“Nukman, bawa isteri kamu ke bilik. Dia nak rehat. Mama nak bersembang sikit dengan besan mama ni ha,” emak kulihat tersengih-sengih. Datin Zahara tersenyum manis dengan pakaiannya yang sungguh cantik, mengalahkan baju pengantin.

Sebenarnya aku mahu duduk sendirian di ruang tamu dan menonton televisyen tetapi emak mertuaku pula meminta anaknya membuat sesuatu yang lain. Kami bertentangan mata. Perasaanku gundah. Debaran jantung semakin kuat. Terkenang pula aksinya di bilik pagi tadi. Mahu sahaja aku duduk di ruang tamu sampai esok pagi.

Macam orang bercinta pula aku tetapi aku memang sudah lama jatuh cinta dengan sepupuku yang bertugas sebagai pilot itu.

“Tak apa mak long, eh mama, saya ok.” Kataku cuba berdalih. Aku memang tidak penat sebenarnya. Penat dengan lakonan mantap Nukman Faris!

“Apa pula mak long, panggil mama lah pula sekarang, kan dah jadi isteri Nukman,” kata Datin Zahara tersenyum manis. Nukman Faris hanya mengangguk sambil tersenyum manis.

“Ya lah mama. Saya pun dah mengantuk ni, nak tidur dengan Tasya kan sayang,” jawabnya memegang tanganku. Emak dan mama Nukman Faris sudah tersengih-sengih bahagia memandang kami. Aku buat muka badak.

“Tak apalah Tasya, pergilah rehat,” kata emak yang cukup memahami. Sebenarnya aku tidak selesa. Ini kerana, mama mertuaku baru sahaja datang ke rumah pada petang ini. Ah, apa yang perlu aku buat?

Aku berhabis tenaga cuba menepis tangannya. Aku sangat segan dengan ibu bapa kami yang turut menyaksikan tingkahnya saat ini. Mahu sahaja aku ketuk kepalanya.

“Jangan pegang-pegang macam ni, saya tak suka!” kataku meminta tanganku dilepaskan. Sakit hatiku dengan perbuatannya.

“Jangan nak buat hal tau, tu mama sedang perhatikan kita. Papa tak apa, dia tak kisah,” bisik Nukman Faris yang begitu nakal mengusikku. Mahu sahaja aku mencubit tangannya.

“Awak ni mengada betul tahu! Nanti apa kata kekasih awak!” kataku. Dia sengih sahaja sejak tadi.

“Jangan cerita fasal orang kalau kita sedang berdua. Kita punya kisah, kitalah! Buat apa libatkan orang lain!” katanya. Aku pandang wajahnya dalam-dalam. Apakah aku tidak salah dengar?

“Huh! Awak ni jenis yang tak setia!” kataku menjawab. Dia menggeleng.

“Apa pula awak tuduh macam tu? Kamu yang paksa saya nikah kan? Tak pernah saya minta mama saya pinangkan awak untuk saya! Kalau boleh saya tak nak kahwin lagi! Saya nak bujang puas-puas! Tapi awak yang tak sabar nak nikah dengan saya kan?” mukau sudah merah padam mendengar kata-katanya. Walaupun kami berbisik tetapi ia cukup untuk membuatkan aku malu. Kalau boleh seharian ini aku tidak mahu memandang wajahnya. Malunya!

“Ya lah,kalau memang awak tak nakkan saya, awak ceraikan aje saya lepas tiga hari ni! Saya tak nak menyusahkan awak lagi!” dia ketawa dan kami masih berpelukan sehingga ke tingkat atas. Kami seolah-olah seperti sepasang kekasih yang kononnya sedang bercinta.

“Cerai dalam masa tiga hari?” soalnya. Aku angguk. Walaupun permintaanku pahit tetapi ia memadai. Sepupuku alias suamiku ini sudah melepaskan aku dari derita yang memedihkan sejak sebulan lalu ini. Kami sudah diruang balkoni. Suasana hening seketika.

“Walaupun kita dinikahkan kerana satu alasan yang lain, saya takkan ceraikan awak dalam masa tiga hari ini! Mama saya dan emak awak bukan boleh dibuat main dalam rancangan kita. Saya kenal sangat mama saya.” Katanya panjang. Aku tarik nafas payah.

“Masalah saya sudah selesai selepas tiga hari ini. Awak, terima kasih kerana lepaskan saya dari fitnah. Surat jemputan kahwin sudah diedarkan sebulan lebih awal. Tulah sebabnya emak dan ayah saya kelam-kabut mencari pengganti Amri! Saya difitnah Nukman!” kataku yang sudah teresak-esak dalam pelukannya. Dia menepuk-nepuk lembut bahuku.

“Tak apalah, kita teruskan saja hubungan kita ini. Saya takkan ikut rancangan awak tu! Saya tak mahu mama saya sakit jantung gara-gara kita berdua pula. Harap kita bersabar. Saya takkan ganggu awak, saya selalu fly ke luar negara jadi kita tak kan bertemu lagi lepas ni!” aku angguk. Dalam diam aku kagum dengan sikapnya yang bertimbang rasa dan selalu mendahulukan kedua ibu bapanya. Sekali lagi aku terpesona dengan sikapnya. Sejak dulu aku memang menyayanginya dan menaruh harapan kepadanya tetapi itu dulu, ketika aku masih kecil lagi. Semakin aku membesar dan kami jarang bertemu, perasaan itu bagaikan hilang secara perlahan-lahan.

“Saya ikut awak sajalah. Kalau awak rasa dah nak tamatkan hubungan kita, saya memang sentiasa sedia!” kataku tetapi hatiku sangat sakit. Kenapa ya? Kenapa aku berharap agar hubungan kami berpanjangan sehingga ke akhir hayat kami? Huhu! Kalaulah lelaki di sisiku ini tahu, apakah dia tidak terperanjat?

“Saya tak tahu lagi! Saya takut nak lukakan hati mama saya!” tambahnya. Hatiku bagaikan bernyanyi riang mendengar kata-kata yang sangat membahagiakan aku. Aku angguk dan tersenyum manis kepadanya. Seluruh lukaku terubat dengan kata-katanya. Walaupun dia hanya takut dan hormatkan mamanya tetapi dalam masa yang sama aku juga mendapat untungnya.

“Awak memang anak yang baik!” pujiku. Dia tersengih.

“Tahu tak apa!” aku cubit lengannya.

“Perasan!” kataku dan cuba menjauh darinya. Dia pegang pula tanganku.

“Kita duduk sini sambil menikmati pandangan yang sangat menyegarkan di sini.” Katanya. Dia sudah melalut-lalut pula. Aku bertambah sakit hati tetapi aku tetap senang dengan tindakannya walaupun aku malu-malu.

“Saya nak ke tandas kejap.”

“Awak bohong kan?” aku geleng.

“Tak!”

“Kejap, kita nikmati suasana yang sangat menyenangkan di sini.” Katanya yang masih mahu aku duduk di sisinya. Aku angguk.

“Ya saya memang selalu duduk di sini. Ayah saya sengaja bina balkoni di bilik saya untuk saya melepaskan perasaan saya di sini.” Terangku kepadanya. Nukman Faris kucup tanganku. Berderau darahku. Kami seperti suami isteri yang sebenarnya.

Apakah doaku dalam setiap sembahyang hajatku dimakbulkan? Aku menutup mata dan tersenyum di bawah naungan seorang suami sepertinya.

***

Kedua beradik itu pergi ke bahagian dapur. Suami mereka berbual di ruang tamu.

“Kak long, syukur saya tengok mereka. Mereka sungguh mesra, tak sia-sia kita satukan mereka,” kata Puan Zurain kepada kakaknya Datin Zahara mama kepada Nukman Faris.

“Mesra depan mata awak mungkin, mereka tu pandai berlakon, bimbang saya ni!” kata Datin Zahara. Datin Zahara kenal anak lelakinya yang kuat berlakon itu dan pandai mengambil hati orang tua.

Datin Zahara bagaikan tidak percaya dengan apa yang berlaku di depan mata adiknya. Namun dia tahu anaknya boleh diharap. Dia juga akan bertindak lebih jauh selepas ini.

“Entahlah kak tapi saya nampak mereka cukup mesra di dalam bilik. Macam pujuk memujuk je selalu.” Datin Zahara sudah ketawa mendengar cerita Puan Zurain.

“Kenapa pula kak long ketawa? Tak betulkah cakap saya ni,” kata Puan Zurain kehairan memandang kakaknya Datin Zahara.

“Bukan macam tu, kita kena banyak-banyak mendoakan anak kita berdua itu agar akan saling jatuh cinta sesama mereka. Jangan sampai mereka bercerai-berai. Kak long tak mahu Nukman sampai menikah dengan kekasihnya yang tak cukup kain tu,” kata Datin Zahara. Puan Zurain angguk.

“Ya kak, berdoalah kita. Mudah-mudahan apa yang kita impikan akan jadi kenyataan. Tapi saya risau, sebab bekas tunang Tasya yang sudah berbuat songsang belakang kami, kalau tak, taklah anak kita jadi begitu.” kata Puan Zurain lagi dengan nada sayu. Datin Zahara angguk.

“Tak apalah Ain, apa yang penting anak kita disatukan. Dia dah mengandung, apa yang kita nak buat, takkan nak gugurkan pula. Lagipun Tasya tu kan diperangkap oleh bekas tunangnya tu. Saya tengok Tasya tu gadis baik. Selama ini saya simpan impian hendak bermenantukan Tasya. Alhamdulillah, Allah sudah makbulkan doa saya. Kita terima sajalah seadanya, tak payah nak bising-bising mengenai hal ini!” kata Datin Zahara memujuk adiknya. Terharu Puan Zurain. Kakaknya sungguh memahami walaupun sudah berada di status kehidupan yang agak tinggi. Dia tidak menyangka kakaknya menyenangi anaknya Natasya Umaira.

“Maafkanlah saya kak long, saya tak tahu pula anak saya akan jadi begitu, mungkin saya kurang jagaan selama ini kepada dia.” kata Puan Zurain dengan penuh kesedihan. Datin Zahara menggeleng.

“Sudahlah tu, sabar ajelah. Kita berdoalah agar mereka akan menjadi suami isteri yang sebenarnya dan bahagia hingga ke anak cucu sehingga akhir usia mereka,” kata Datin Zahara. Puan Zurain mengangguk. Bergenang air matanya mendengar doa kakaknya untuk pasangan yang baru dinikahkan itu.

“Bila kak long balik ke rumah kak long semula? Agak lama juga kak long di sini. Saya bimbang kak long tak biasa dengan rumah kampung macam rumah saya ni,” soal Puan Zurain mengubah tajuk perbincangan mereka. Datin Zahara tersenyum.

“Tak tahu lagi. Kalau petang ni atau esok pagi. Kami belum check out lagi. Kalau ada urusan di pejabat kami akan balik awal. Tapi kalau tak, esok pagi lah kami balik. Lama juga kami tak balik ke sini kan. Apa pula tak biasa, saya kan orang kampung!” kata Datin Zahara. Puan Zurain mengangguk.

“Kak long ni membazir wang sajalah. Besar nya rumah saya ni tapi kak long tak mahu nak tidur kat sini,” kata Puan Zurain seperti merajuk.

“Tak apa, Kak Long bukannya apa, Kak Long ni kasihan menyusahkan adik kakak ni, lagipun orang ramai di sini, abang tu yang tak selesa,” kata Datin Zahara yang tidak tidur di rumah adiknya.

“Ya lah saya faham, lagipun kakak mesti nak jaga status kak long tu,” kata Puan Zurain menarik muncung tajam. Datin Zahara menggeleng.

“Janganlah bising mengenai hal ini. Kita akan sentiasa berdoa dan buat rancangan agar mereka saling jatuh cinta antara satu sama lain. Mungkin dua minggu atau sebulan lagi kami akan adakan majlis resepsi di sebelah lelaki pula. Kak long akan tengok jadual penerbangan Nukman nanti. Angah pergi awal sikit ke rumah kak long. Kita aturkan sama-sama, lagipun masa tu dah cuti sekolah, senanglah sikit,” kata Datin Zahara lagi. Bulat mata Puan Zurain. Rupa-rupanya kakaknya mempunyai perancangan yang terperinci kepada anak-anaknya.

“Insya Allah kak long tapi takut besar pula perut Tasya tu kak. Kak makanlah nasi goreng masakan menantu sulung kak long ni,” kata Puan Zurain. Mereka sudah berpindah tempat duduk.

“Abang long, silakan makan.” Kata Puan Zurain mempersilakan abang iparnya Datuk Norman makan.

“Ya lah. Mari kita makan sama-sama,” kata Datin Zahara pula.

“Kami sudah makan tadi dengan menantu baru kami. Kak long yang lambat sikit datang,” kata Puan Zurain. Datin Zahara menyenduk nasi goreng ke pinggan suaminya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku