Cinta Sang Pilot
Bab 6
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 November 2013
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
17024

Bacaan






Bab 6


Dia serba-salah hendak masuk ke bilik pengantin pada malam kedua dia bernikah. Selepas solat Isyak tadi, dia terus keluar dari bilik pengantin tadi. Tidak betah dia berada di dalam bilik itu lama-lama. Rasa menyesal pun ada. Ini kerana mama dan papanya sudah membuat tawaran untuk bermalam di hotel yang berhampiran dari kawasan tempat tinggal Natasya Umaira. Tetapi dia menolak mentah-mentah. Dia menolak dengan pelbagai alasan sebenarnya. Kononnya, dia selesa di rumah keluarga mertuanya ini. Baginya, pernikahan sementara tidak harus diraikan secara berlebihan.

Buat apa nak tinggal di hotel sakan! Lainlah kalau dia bernikah dengan kekasihnya Rozila. Barulah dia akan meraikan pernikahannya secara besar-besaran seperti impiannya. Kemudian mereka akan berbulan madu di Paris seperti permintaan Rozila kekasihnya! Ah, kenapa nasibnya terpaksa bernikah dengan sepupunya pula!

Mereka pun bukan nak buat apa-apa. Dia hanya sekadar menutup malu keluarga mak ngahnya dan malu Natasya Umaira sendiri. Natasya Umaira sendiri yang memintanya begitu. Cukuplah tiga hari dia menjadi suami kepada Natasya Umaira. Itu janji Natasya Umaira yang menyebabkan dia bersetuju sangat-sangat. Apatah lagi pujukan emak Natasya Umaira dan mamanya menyebabkan dia terpaksa akur. Tetapi dari butir cakap mamanya, Natasya Umaira akan menjadi isterinya seumur hidupnya. Itu yang dia bingung. Tetapi dia tidak payah hendak pening-pening. Apa yang penting ialah perjanjian bertulis yang telah dibuatnya bersama Natasya Umaira di depan peguamnya, Encik Rahman.

Dia terbayang wajah gadis yang juga sepupu sekalinya, Natasya Umaira. Gadis yang tinggi lampai tetapi ketinggiannya tidak dapat menyamai ketinggian Rozila kekasihnya. Gadis itu pernah menjadi pramugari di tempatnya bekerja tetapi sekarang sudah menjadi model sepenuh masa. Memang tip-top kekasihnya itu. Siapa yang tidak bangga mempunyai kekasih yang secantik Rozila!

Namun, gadis yang selalu dia sakat kecil mereka masih kecil dulu kini sudah menjadi gadis yang cantik dan ayu. Aduhai! Kenapa pula hatinya memuji-muji kecantikan sepupunya sendiri. Apakah dia sudah jatuh cinta? Ah, tak mungkin! Cintanya kepada Rozila sekukuh cinta tugu Taj Mahal di India. Mana mungkin cintanya runtuh sekelip mata hanya kerana memandang gadis cantik yang sudah sah menjadi isterinya!

Natasya Umaira, si gadis gemuk dan pipinya montel. Si gemuklah gelaran yang sesuai untuk Natasya Umaira. Tidak pernah dia memanggil nama Natasya walaupun mamanya selalu menyebut nama Natasya Umaira di depannya. Meluat dia kalau mamanya menyebut Natasya Umaira. Benci mengingatkan gadis gemuk sewaktu kecil itu.

Tetapi selepas pernikahan mereka pada pukul 11.00 pagi tadi, dia sungguh terkesima. Nak pengsan pun ada. Natasya Umaira yang disangkanya gemuk itu sudah menjadi gadis yang bertubuh kecil dan agak kurus. Hanya pipinya yang masih comel. Matanya yang sederhana besar dan lentik bagai bentuk hujung sirih sungguh mengejutkannya. Natasya Umaira rupanya sudah tumbuh sebagai seorang gadis yang cantik, ayu dan bukannya gemuk seperti sangkaannya sepuluh tahun yang lalu.

Namun, dia sudah terlepas cakap, hendak membenci Natasya Umaira. Ketika dia mengungkapkan kata-kata menyakitkan di telinga Natasya Umaira, dia sendiri melihat wajah gadis itu berubah agak kemerah-merahan dan mungkin juga malu. Mungkin marah, mungkin sakit hati kepadanya. Kasihan Natasya Umaira. Tetapi Natasya Umaira yang baru dikenalinya kini begitu pandai menutup perasaannya. Dia tersenyum manis sepanjang majlis bermakna baginya mungkin!

Dia pula tersenyum manis seolah-olah sangat bahagia bergambar di sisinya. Dan, perasaan bersalahnya ditutup rapat-rapat dengan bergambar dan memberikan kerjasama sepanjang penggambaran selepas pernikahan dan persandingan ringkas mereka tadi.

“Nukman, kenapa termenung depan tv tu, pergilah masuk ke bilik, Natasya dah lama tunggu tu!” nah! Dia sudah tertangkap! Entah apa yang dibayangkannya. Dia tersipu malu.

“Tak ada mak, tengok rancangan kartun eh rancangan sukan ni,” katanya tersasul-sasul. Puan Zurain tersenyum melihat telatah menantunya.

“Pergilah tidur. Esok kita ada aktiviti lagi,” kata Puan Zurain. Dia angguk. Dengan perasaan yang berat dia masuk ke dalam bilik. Dia tahu pasti Natasya Umaira sudah tidur. 

"Ya mak. Nak tengok tv kejap." 

"Tasya tak buatkan kau air Nukman? Nak air apa?" Malu pula dia kepada emak mertuanya. 

"Tak apalah mak, sebentar lagi saya naik, lagipun saya tak haus." kata Nukman Faris. Huhu, perlahan dia naik ke bilik mereka. Perlahan dia naik ke tingkat atas menuju ke bilik mereka.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku