Cinta Sang Pilot
Babb 12
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 November 2013
Penilaian Purata:
(5 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
16214

Bacaan






Bab 12

Pintu biliknya diketuk berkali-kali. Baru sahaja dia membayangkan wajah kekasihnya, namun wajah lain pula terbayang. Hampanya dia.

“Apa kau nak?” soal Nukman Faris dengan mata merah apabila pintu biliknya terbuka.

“Tuan muda, mama tuan muda minta tuan turun sekarang,” kata pembantu rumah agak segan. Nukman Faris ingatkan itu Nuraina yang selalu mengganggunya. Dia sudah terkasar bahasa. Namun dia sudah terlajak.

“Nak apa lagi ni mama saya tu bik? Tak habis-habis nak menyusahkan saya lagi ni! Inilah yang saya tak suka! Sudah menjadi-jadi sikap mama saya sejak saya kahwin ni!” kata Nukman Faris memarahi pembantunya. Pembantu rumah mamanya itu serba salah.

“Entah tak tahu, tak tahu tuan muda, mama tuan muda panggil sekarang,” kata pembantu rumahnya ketakutan melihat dia yang sudah membuntangkan matanya.

“Menyusahkan betul,” kata Nukman Faris. Mahu atau tidak, Nukman Faris terpaksa turun ke bawah. Dilihatnya mamanya duduk di sofa sedang menantinya.

“Nak apa mama? Nukman tidurlah mengantuk!” soal Nukman Faris. Dia duduk dengan malas di sisi mamanya. Datin Zahara mempunyai sesuatu yang hendak dikatakannya.

“Takkanlah sampai macam tu sekali! Awak kena ingat yang awak tu sudah ada isteri, jangan nak buat-buat lupa pula! kenalah ada tanggungjawab, jangan buat macam ni! Mama tak suka anak mama dikatakan tak pedulikan isteri! Mama tahulah awak tu pilot dan selalu terbang, tapi mama tak suka awak tak hubungi isteri awak tu!” Datin Zahara mula membebel.

Nukman Faris garu kepala yang tidak gatal. Mata yang mengantuk jadi segar mendengar coleteh mamanya ini. Entah lah kenapa dia mahu menerima rancangan bodoh mengenai perkahwinan ini sebulan yang lalu. Mahu sahaja dia memarahi mamanya namun dia lebih kasihankan Natasya Umaira yang dengarnya difitnah orang kampung. Aduhai, kenapa menjadi-jadi pula kasihannya kepada Natasya Umaira? Apakah dia sudah hmmm, oh tidak!

“Ingatlah mama! Takkan orang nak lupa!” kata Nukman Faris buat muka selamba di depan mamanya.

“Mama dah telefon menantu mama, dia sudah habis mengajar dan dia tunggu awak di rumah sewanya. Dia sudah sedia tu, awak jangan tak ambil pula.” kata Datin Zahara. Nukman Faris garu kepala. Di manakah isterinya tinggal dia pun tidak tahu.

“Err mama, nak tanya,”

“Apa lagi? Awak ni macam-macam ja tahu! Mama tak suka sikap awak macam ni!” kata Datin Zahara yang asyik hendak menasihati anak terunanya itu.

“Boleh tak saya tahu di mana rumah sewa Tasya?” soal Nukman Irfan malu. Dia tidak tahu pun apa nombor telefon isterinya itu. Datin Zahara ketawa.

“Nah, ambil nombor telefon isteri awak ni. Awak ni sudah melampau. Kalau emaknya si Tasya tahu awak tak tahu rumah isteri sendiri, memang naya, nasib baik mak dan ayah Tasya belum sampai lagi,” Nukman Irfan garu kepala. Mamanya memang kuat membebel. Macam manalah papanya tahan dengan sikap mamanya yang suka membebel begini. Fikirnya sesaat. Namun papanya seorang yang sabar.

“Ibu bapa dia pun nak datang sini ke mama?” soal Nukman Irfan. Datin Zahara mengangguk.

“Mestilah, mak dan ayah dia nak tengok juga anak dia nak tempah baju kahwin kat mana. Lagipun kita semua ahli keluarga akan pakai baju sama warna,” kata Datin Zahara. Nukman Irfan tidak hairan. Ibu mereka adik-beradik. Tetapi sebelum pernikahannya, ibu bapa Natasya Umaira jarang sekali datang ke rumah mereka ini. Ini semua kerja mamanya. Dia tahu. Mamanya banyak taktik nak mengenakan dirinya.

“Buat apa nak sanding-sanding lagi ma, bukankah Tasya tu dah mengandung, malulah kalau diketahui orang!” kata Nukman Irfan. Datin Zahara membuntangkan matanya.

“Mengandung tapi masih kecil lagi perutnya,” jawab Datin Zahara.

“Cepat awak hubungi Tasya. Jangan nak marah-marah isteri awak tu. Awak layan dia baik-baik ya, kasihan Tasya tu, mama tak sampai hati nak suruh dia kerja sebenarnya. Tapi dia pun masih nak kerja. Kalau ikutkan mama, biarlah dia tinggal dengan mama di sini.” kata Datin Zahara yang sudah memasang rasa kasihannya. Nukman Irfan hanya angguk dan terbayang-bayang wajah sedih Natasya Umaira. Perlahan dia menyalin nombor telefon itu ke telefon pintarnya.

“Ya mama ku sayang, Nukman akan kotakan apa sahaja yang mama nak!” Nukman Irfan terus naik ke biliknya. Kertas yang diberikan mamanya dicapai.

“Terima kasihlah nak Nukman. Kasihanilah mama dan emak Tasya tu. Mereka tu selalu tanya bagaimana keadaan menantu dan anak mereka. Mama nak cakap apa kalu awak tak datang-datang jenguk anak mereka?” kata Datin Zahara lagi. Membuak perasaan geram Nukman Faris kepada mamanya. Namun ditahannya sahaja.

Datin Zahara berasa gembira dengan sikap anaknya yang tidak membantah itu. Dia mesti memberitahu hal itu kepada besannya iaitu adiknya sendiri.

***

Tiba di biliknya, Nukman faris terus menghubungi isteri kesayangan mamanya itu. Dia pula sejak akhir-akhir ini sering terbayang-bayang akan wajah isterinya itu. Wajah kekasihnya tidak tahu ke mana. Entah apa yang telah berlaku kepadanya. Namun dia berasa sangat ego untuk mengakui perasaannya sendiri. Takkan lah kalau ingat, dah jatuh cinta! Tolaknya dalam hati.

“Helo budak kampung!” sapa Nukman Faris apabila mendengar suara Natasya Umaira. Nukman Faris sengaja menyakiti hati Natasya. Dia cakap aku budak kampung, sampainya hati!

“Assalamualaikum err Nukman,” Natasya Umaira memberi salam.

“Walaikumsalam,” jawab Nukman Faris.

“Ada aapa Nukman?” soal Natasya Umaira terketar-ketar terkejut mendengar suara suaminya di hujung talian.

Walaupun dia sendiri memuja suaminya itu dalam diam namun dia tidak akan sekali-kali memalukan dirinya menghubungi suaminya itu. Dia juga tahu suaminya itu sibuk dan sudah mempunyai kekasih lain, jadi dia tidak mahu mengganggu suaminya itu. Dia akan bahagia jika suaminya itu bahagia.

“Aku nak kau turun ke Kuala Lumpur petang ni, aku tunggu kau kat stesen bas,” kata Nukman Faris. Natasya Umaira berkira-kira sendiri. Jika dia memandu ke Kuala Lumpur, dia bimbang sendiri. Kawan baiknya juga akan balik ke kampungnya pada pagi esok.

“Err Nukman, Tasya rasa tak sempat ni,” kata Natasya Umaira melihat jam. Dia juga tidak biasa dengan keadaan jalan menuju ke Kuala Lumpur.

“Kenapa pula tak sempat?” soal Nukman Faris.

“Dah lewat ni, saya tak rasa ada bas. Saya tak berani naik bas malam. Kalau nak bawa kereta pun saya tak biasa drive jauh!” Nukman Faris garu kepala.

Dia ingat semula pesanan mamanya. Dia harus menjemput isterinya itu dan bukannya menyuruh isterinya naik bas. Dia sudah salah. Kalau mamanya tahu, dia pasti akan dimarahi lagi selepas ini.

“Err, kau tinggal di mana sebenarnya?” soal Nukman Faris. Dia terpaksa bertanya tempat tinggal isterinya.

“Saya di Puchong Nukman,” Nukman Faris ketuk kepala. Dia ingat isterinya tinggal jauh. Rupanya isterinya tinggal di Puchong sahaja.

“Alamat rumah?” soal Nukman Faris lagi.

“Nanti saya teks, err kenapa Nukman?” soal Natasya Umaira pula.

“Aku nak jemput kau,”

“Tak apalah Nukman, saya naik bas esok, awak tunggu saya di Pudu saja,” kata Natasya Umaira menolak pelawaan suaminya.

“Tak boleh, aku tak mahu bersoal jawab dengan mama! Kalau kau nak menjawab pelbagai soalan dari mama, kau cakap dengan dia,” kata Nukman Faris seperti mengugut isterinya. Natasya Umaira kelu. Dia sendiri tidak begitu biasa dengan Datin Zahara.

“Err tak apalah Nukman, nanti saya teks kan alamat rumah saya ni,” kata Natasya Umaira.

“Nanti dua jam saya datang ke rumah kau,” kata Nukman Faris sebelum menekan butang merah. Nukman Faris terpandang-pandang wajah isterinya di setiap sudut biliknya. Dia pantas bangun dan mengemaskan biliknya. Pasti mereka akan disuruh tidur bersama di bilik bujangnya ini. Ke mana lagi dia nak tidur? Dia tahu mamamnya mahu dia beramah mesra dengan isteri yang baru dinikahi dua minggu itu.

“Kenapalah aku asyik nak pandang wajah kau Tasya?” soalnya dalam hati. Inikah cinta? Tak pernah-pernah dadanya berdegup keras sewaktu menghubungi isterinya tadi.

***

Sebenarnya aku berasa gembira kerana dapat bercakap dengan orang yang kurindui sejak akhir-akhir ini. Walaupun lelaki itu asyik marah-marah namun aku tetap bahagia. Dikatakan aku budak kampungpun aku tak kisah. Apatah lagi dapat bercakap dengannya. Walaupun suaranya agak kasar tetapi aku syukur kerana dia tetap juga hendak menghubungi aku. Mungkinkah dia sudah cuti?

“Syukur alhamdulillah, akhirnya aku dapat bercakap juga dengannya. Tapi takkan dia nak jemput aku sekarang?” aku pegang dadaku. Dadaku masih berdebar kencang seperti kencangnya kuda yang berlari dengan laju. Begitulah jantungku ketika ini.

“Tak sangka suami yang telefon,” aku bercakap sendirian. Aku bergegas bersiap-siap hendak bertemu suami dan hendak ke rumah keluarga mertua.

Ini semua rancangan mama mertuaku yang mahu melihat kami bersanding sekali lagi di sebuah hotel yang ternama di Kuala Lumpur. Sebenarnya aku sudah berkali menolak melalui emakku di kampung namun emak juga tidak mampu menolak. Ini semua rancangan Datin Zahara. Emakku pun hanya menurut sahaja.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku