Cinta Sang Pilot
Bab 14
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 November 2013
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
15891

Bacaan






Bab 14

Kereta BMW warna kelabu itu kemudiannya berhenti di depan sebuah hotel yang gah dan agak besar. Aku yang tertidur tadi rupanya tidak menyedari lokasi kami di mana. Aku tidak kenal sangat akan nama bangunan itu. Tetapi aku tahu dia hendak membawa aku minum atau makan di mana-mana. Aku menjadi tidak selesa pula. Takkan dia nak bawa aku menginap di hotel ini? Eh, tak nak aku! Kalau boleh aku nak balik ke rumah sewaku malam ini jika dia bawa aku menginap di hotel besar dan tinggi mencakar langit ini. Tetapi kata emak, tak baik engkar cakap dan arahan suami, berdosa besar. Tapi, kami bukan suami isteri yang sebenarnya. Kami ada perjanjian. Bolehkah aku engkar cakap dan arahan Nukman Faris yang kacak dan segak di sisiku ini.

Rasa macam aku ni tak layak pula duduk di sisinya di kereta mewahnya ini. Eh, macam mana ni? Aku ni lain rasa saja!

“Kita buat apa kat sini?” soalku apabila dia tidak bersuara dan membukakan pintu untukku. Kunci keretanya sudah diserahkan kepada pekerja di hotel itu. Dia menarik tanganku perlahan. Aku terpinga-pinga dan cepat-cepat menurutinya.

“Ikut sajalah! Kenapa nak degil! Mari ikut saya!” katanya agak kasar. Namun wajah kacak tetap memperlihatkan auranya yang tersendiri di hatiku. His, takkan dia hendak marahkan aku pula. Hairan sungguh dengan lelaki ini.

“Awak nak buat apa kat sini?” soalku tidak puas hati. Mukanya masam. Tetapi aku tetap menuruti langkahnya menuju ke sebuah restoran. Aku memaniskan mukaku. Para pekerja di kafe tersebut sudah memerhatikan kami. Aku seperti kuda yang dipaksa untuk masuk ke premis yang tidak aku sukai ini. Dia sudah menarik kerusi pula untukku. Kemudian dia duduk semula.

“Kita nak minum kejap.” Jawabnya yang sudah duduk di sebuah kerusi. Bunyi muzik yang berirama romantik kedengaran membelai telingaku.

“Minum pun kat sini?” soalku yang tidak puas hati. Bukan apa, aku tidak suka membazir. Dia kerut dahi memandang wajah ku yang nyata tidak puas hati dengan tindakannya. Ibu bapaku tidak membiasakan aku membazir. Sejak kecil aku terdidik begitu. Minum kopi atau teh boleh sahaja dibuat di rumah. Buat apa hendak minum kopi sehingga singgah di restoran bertaraf mewah begini. Aku protes dalam hati.

“Suka hati akulah! Kau nak minum kat mana? Kedai mamak kan?” aku memasamkan muka. Dia sedang menghina aku. Merah mukaku. Aku menundukkan wajahku ke lantai. Kemudian aku mendapat idea untuk membalas cakapnya pula.

“Eh, jangan menghina kedai mamak tahu! Selama ini saya memang suka masuk kedai mamak!” kataku perlahan. Dia ketawa kecil. Dia memberikan isyarat kepada seorang pekerja perempuan agar mengambil tempahan makanan. Dia seolah-olah berbisik sahaja dengan gadis itu. Gadis itu menulis sesuatu. Aku hanya memerhatikan gadis itu menulis sesuatu di atas kertasnya.

“Bukan nak menghina sesiapa, tapi kalau awak nak pergi masuk kedai mamak, lepas ni saya bawa awak ke situ ya.” Katanya sungguh-sungguh. Aku diam. Aku tidak tahu hendak membalas apa pula selepas ini. Aku dan dia hanya mendengar muzik dengan satu perasaan yang sukar diterangkan. Masing-masing dengan perasaan sendiri. Masing-masing mempunyai kenangan tersendiri. Dulu, Amri per nah membawa aku makan di sebuah restoran yang agak mahal juga. Ah, aku tidak mahu mengingati lagi kenangan yang sangat menyakitkan itu.

“Kenapa diam, terkenang tunang?” soalnya. Aku tersentak. Dia sedang merenung aku. Oh Tuhan, kenapa tindakannya semakin menjadi-jadi sekarang ini.

“Tak ada, kenapa tanya, awak terkenang kekasih?” jawabku. Aku menundukkan wajahku kembali. Entah apa lagi yang akan dijawabnya.

“Jadi, kenapa macam termenung panjang!” katanya pula. aku sengih. Malu sebenarnya. Malu kerana aku tertangkap tetapi aku tidak mahu mengaku.

“Saya terkenang kan awak!” mahu tidak terkejut dia mendengar ungkapanku. Aku senyum geli hati memandang wajah melopongnya. Baru dia tahu!

“Awak selama ini terkenang saya? Jadi, sekarang dah hilang rindu awak memandang wajah saya?” soalnya. Aku sengih. Aku geleng. Mukaku membahang. Siapa suruh berani sangat membuat pengakuan! Tak berani aku buat pengakuan berani mati!

“Perasan!” kataku perlahan. Dia pula sengih.

“Ha! Tadi kata terkenangkan saya kenapa pula sekarang tak mengaku! Awak rindukan saya kan?” katanya tidak mahu kalah. Aku menggeleng. Kalau pun aku rindukan dia, sampai bila-bila biarlah menjadi rahsia bagiku. Tidak perlu aku berterus terang kepadanya.

“Taklah, tak berani saya! Saya tak kenang siapa-siapa! Saya tak tahan sebenarnya sampai bila kita macam ni!” kataku berterus-terang. Hidup berpura-pura menyebabkan aku menjadi tidak pernah tenang. Hati menangis dan keluh kesah selalu. Biarlah aku seorang yang menanggungnya. Aku tahu apa yang aku rasa ini tidak sama dengan apa yang dia rasa. Huhu! Aku pandang wajahnya. Kelat wajah itu! haruskah aku berasa gembira?

“Saya pun sebenarnya tak tahu sampai bila kita macam ni!” katanya dengan wajah yang sedih. Aku diam. Rupanya kami sama-sama dalam dilema.

“Kalau macam tu awak beritahulah mama awak tu agar kita putuskan saja hubungan kita! Awak dan saya buat hal masing-masing! Kalau awak ada di sini pun, tak perlu awak nak tunjuk muka kat saya!” kataku memberikan cadangan. Aku pun tidak mahu dia tertekan. Biarlah aku tertekan.

Aku seorang guru, memang biasa dengan tekanan-tekanan. Tetapi aku tidak mahu dia tertekan. Tugasnya sebagai pilot yang sentiasa memerlukan fokus dalam tugasnya, membuatkan aku tidak mahu dia tertekan dengan hubungan kami yang aneh ini.

“Saya tak berani nak beritahu mama saya. Kalau awak berani awak beritahulah dengan emak awak, saya ikut saja!” ah, memang aneh hubungan kami. Baru sahaja lebih dua minggu kami bernikah kami sudah masing-masing membincangkan mengenai perpisahan. Bergegar arasy. Sakit hatiku bagaikan seluruh dagingku dicarik-carik dengan benda tajam. Tahukah dia betapa aku tidak rela berpisah dengannya? Tetapi aku tidak mungkin mengaku perasaanku sendiri!

“Saya pun tak berani nak berterus-terang dengan mak ayah saya. Ayah saya ada sakit tinggi darah. Saya takut ayah saya akan terkejut dengan tindakan yang akan kita ambil.” Ujarku cuba memberitahunya hal yang sebenar. Sebenarnya dari hati yang paling dalam sedalam lautan Atlantik ini, aku tidak sanggup hendak berpisah. Ah, kenapa aku rela kalau dia madukan kelak, madukan aku dengan kekasihnya! Kasihannya aku!

“Jadi bagaimana sekarang?” soalnya pula. Aku serba-salah pula.

“Saya hanya tunggu tindakan awak. Jika awak muka mulut hendak berpisah dengan saya, ahli keluarga saya tidak akan membantah sebab memang itu perjanjian kita dulu. Mereka terpaksa terima, antara kita tak ada jodoh! Tapi jangan minta saya beritahu dengan ibu bapa saya, saya tak akan buat!” aku dengar dia mengeluh. Wajahnya sayu.

“Saya pun susah nak cakap.” Aku diam. Kenapa pula dia susah hendak bercakap kepada ibu bapanya. Dia ada kuasa menceraikan aku. Talak di tangannya. Kenapa dia rasa susah pula? Kekasihnya pun sudah sedia menunggunya. Aku pejam mataku membayangkan tindakannya nanti!

“Awak buatlah keputusan, saya tunggu dan terima apa saja keputusan awak!” kataku perlahan. Aku pejam mataku.

“Jadi, bagaimana dengan orang kampung awak?” aku pandang lapis meja. Kenapa dia perlu teringatkan orang kampung aku. Biarlah kalau mereka tahu. Antara kami sudah tidak ada jodoh. Orang kampung hanya tahu bercakap dan ia tidak ada kena mengena dengan mereka.

“Itu tak perlu risau. Saya akan uruskan. Apa yang penting awak sudah selesaikan masalah saya kena fitnah hari tu! Lagipun orang kampung tak ada kena-mengena dengan urusan awak!” kataku memberikan laluan mudah kepadanya. Dia pula memikir panjang.

“Tak boleh!” bulat mataku. Apahal pula tidak boleh? Aku mengerutkan keningku.

“Apasal pula tak boleh? Kuasa di tangan awak, awak boleh buat apa pun keputusan! Awak takut mama awak kan?” dia geleng. Aku tidak percaya dengan jawapannya.

“Entah, saya tak berani nak buat keputusan buat masa ni! Biarlah kita begini dulu! Saya betul-betul tak berani!” mahu sahaja aku memberontak dan menghentak meja kalau di kedai makan mamak. Nasib baik di sebuah hotel. Kalau tidak, hancur harapan.

“Kenapa pula begitu?” dia bulatkan matanya memandang aku. Aku cepat-cepat tunduk. Aku tidak kuat memandang sepasang matanya itu. ah, buang masa! Datang ke sini hanya hendak bertekak!

“Tak boleh!” katanya. Aku kerut kening.

“Kenapa tak boleh?” soalku tidak puas hati.

“Kalau aku cakap tak boleh, jangan nak degil!” katanya. Aku angguk. Takut mungkin dengan kata-katanya.

“Awak seharusnya lebih berani! Lainlah aku ni orang perempuan! Talak di atas kuasa awak!” kataku cuba memaksa dia. Wajarkah aku bersikap demikian? Sedangkan dia baik-baik menjemput aku dari rumahku. Tetapi aku memang tidak tahan dengan apa yang berlaku kepada kami. Lebih baik kami berpisah sahaja daripada aku menanggung rindu dan cinta seorang diri. Jika kami bercerai, tentu dia tidak akan mengetahui apa yang kualami ini. Biarkanlah aku pendamkan semuanya.

“Taklah saya tak boleh buat semua tu!” katanya perlahan. Sayu pula kurasakan saat ini. Wajahnya kulihat sedih. Apakah yang berlaku kepada dirinya selebih lebih seminggu kami tidak bertemu? Sewaktu selepas nikah hari itu bukan main lagi bersemangat hendak menceraikan aku selepas urusan nikah kami selesai.

Dia menarik nafas berat. Matanya tunduk ke lantai. Kehairanan aku melihatnya. Tadi bukan main dia ceria. Aku sudah membunuh rasa cerianyakah pada petang ini? Serba-salah aku jadinya. Aku jahatkah pada petang ini? Huhu!

“Kenapa awak tak yakin? Takut dengan ayah saya?” dia tidak menjawab. Aku pun diam. Ketika itu datang pula pelayan membawa dua gelas jus oren dan membawa fun fries untuk kami berdua. Ada juga speggetti carbanora untuknya. Aku? Cukuplah fun fries untukku. Dia pandang wajahku. Apakah aku tidak tersilap pandang? Dia pandang aku dengan penuh perasaan yang menenangkan. Akukah yang perasan?

“Saya takkan melakukan perkara yang tidak disukai mama.” Katanya perlahan. Kudengar suaranya sangat syahdu sekali. Kenapa dia begitu kudengar romantik sekali?

“Awak anak manja kan?” dia renung aku. Makanan yang baru sampai dan masih panas-panas tidak disentuhnya. Wajahnya masih sayu seperti tadi. Aku tidak melihat lagi wajahnya yang ceria sewaktu baru tiba di rumahku tadi.

“Bukan sebab anak manja atau tidak. Tak ada kaitan tu! Saya anak lelaki mana boleh nak manja-manja! Lainlah awak!” jawabnya berdolak-dalik denganku. Dia hamparkan kain putih itu di atas pangkuannya.

“Huh! Betulkah? Awak anak baikkan?” aku seperti mempersendakannya. Sudahlah selama ini aku telah mendapat pertolongannya. Dia memang baik hati. Aku rasa terharu pula.

“Tak tahu?” aku sengih.

“Baguslah!” kataku.

“Bagus kalau awak sedar Tasya! Kalau awak tak sedar tak tahulah!” katanya. Aku jeling dia. Aku sedar dia memang anak yang baik. Jika dia tidak baik, dia tidak akan menurut kata-kata mamanya. Dia anak yang penurut. Aku yakin Datin Zahara begitu pandai mendidik anaknya ini sehingga menjadi seorang anak lelaki yang baik.

“Err, maafkan saya! Saya tak sepatutnya ganggu emosi awak!” kataku yang mula menyedari diriku.

“Tak apalah! Saya sedar kedudukan awak! Maafkan saya, mungkin kita mangsa keadaan.” Katanya. Aku pandang kentang goreng di depanku. Memang sedap. Kalau sudah sejuk tak ada rasa yang istimewa lagi.

“Boleh tak minum?” soalku memandang jus oren yang enak dipandang mata.

“Silakan minum. Maafkan saya, tak sengaja!” katanya. Ketika ini dia menjadi lelaki yang sangat beradab sopan di depanku. Aku bersyukur jika mempunyai seorang suami yang baik dan soleh sebenarnya. Aku tidak mahu menjadi lelaki macam Amri yang lalai kepada tanggungjawabnya. Aku angguk dan terus sisip minuman itu. Sebenarnya aku haus. Setelah bangun tidur aku biasanya minum segelas air untuk menjaga kesihatan.

“Sudah, marilah kita balik!” kataku tidak sabar hendak bertemu dengan mama mertuaku.

“Saya tak balik rumah malam ni! Saya nak bawa awak ke rumah saya.” Aku tidak salah dengar? Soalku sendiri.

“Buat apa? Bukankah mama awak nak jumpa saya?” soalku tidak puas hati. Dia geleng.

“Esokkan masih ada?” aku angguk tetapi masih terkejut dengan kenyataannya. Memang esok masih ada, tetapi aku tidak mahu dibawa ke mana-mana. Walaupun kami sudah menjadi suami isteri yang sah, tetapi kami berbeza dengan kedudukan orang lain!

“Ya masih ada. Tapi saya nak jumpa mak saya dan mama awak! Ada benda nak kongsi dengan mereka!” kataku perlahan.

“Awak nak pergi ke klinik kan? Klinik orang mengandung tu dekat dengan rumah saya,” jawabnya. Aku buntang mata.

“Saya tak mahu ke klinik! Saya dah pergi pun minggu lalu!” jawabku. Bagai hendak terkeluar semula air di leherku.

“Saya mahu pastikan awak dapat penjagaan dari doktor yang terbaik!” katanya. Berdebar jantungku. Perlukah aku berterus-terang kepadanya sekarang? Ah, tidak! Tak mungkin!

“Tak apalah Nukman. Saya boleh jaga kesihatan saya sendiri,” aku semakin takut. Takut hendak berterus-terang.

“Apa salahnya kalau saya temankan awak pergi klinik sesekali. Bukan selalu!” katanya. Aku geleng.

“Tak perlulah!” aku sisip minuman lagi. Aku tunjukkan wajahku. Apa alasan yang hendak kuberikan lagi?

“Baiklah kalau awak tak mahu. Saya takkan paksa!” katanya seperti merajuk. Aku tidak mahu dia terkejut. Aku sebenarnya tidak mengandung. Apa katanya nanti, aku pembohong? Oh tidak! Aku bimbang sekali, bimbang akan dituduh yang bukan-bukan!

“Ya terima kasih!” kataku perlahan. Aku lega. Kemudian kami menikmati makanan masing-masing. Selepas selesai makan malam itu, kami pun bergerak ke kereta.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku