Cinta Sang Pilot
Bab 17
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 November 2013
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
14943

Bacaan






“Rozy sayang, ya, apa khabar sayang,” sapa Nukman Faris apabila nombor kekasihnya tertera di skrin telefonnya. Berdebar-debar hatinya. Terdengar suara manja kekasihnya itu. namun entah mengapa, rindunya bagaikan terbang entah ke mana. Kalau sebelum bernikah dia hanya mahu bertemu dengan kekasihnya. Kalau boleh setiap malam mereka bertemu. Tetapi kini perasaannya seperti was-was dan tawar. Apa masalah kepada dirinya sekarang ini ya?

“Apa? Nak jumpa?” soalnya berulang kali. Suara Rozaila tidak berapa kedengaran. Sekejap ada sekejap tak ada. Mungkin perbezaan line di luar negara menyebabkan suara Rozaila tidak begitu jelas.

“Jumpa? Rozy sekarang di mana ni?” soalnya pula. Setahunya kekasihnya itu masih di London dan akan terus membuat peragaan pakaian di Paris. Cepatnya pergerakan gadis itu, kenapa dia tidak tahu? Takkan dia tidak tersangkut dengan sesiapa ketika berada di situ?

“Rozy sudah balik di Kuala Lumpur? Jadi, di rumah?” kedengaran suara Rozaila agak manja tetapi seperti kedengaran seseorang di sisinya. Apakah...? Ah, dia tidak mahu berburuk sangka. Sudah lama dia mengenali kekasihnya. Sejak mereka masih di bangku sekolah menengah lagi. Dia tidak yakin jika kekasihnya itu akan menduakannya pula.

“Di mana sekarang ni?” berulang pertanyaannya terhadap kekasihnya. Dia terasa serba-salah pula. jika kekasihnya sudah di Kuala Lumpur dia harus segera keluar dari rumahnya dan membawa isterinya ke rumah keluarganya di Damansara Utama. Dia tidak mahu kekasihnya terluka dengan tindakannya berkali-kali. Sudahlah kekasihnya sangat terkecewa dengan pernikahannya, ini kan pula sedang berkasih-kasihan dengan isterinya. Tetapi dia memang layak mengasihi isterinya. Itu bukan kesalahannya.

“Oh Rozy kat Singapore. Nak saya pergi ke kota Singapore? Bila? Esok?” soalnya. Permintaan kekasihnya agak keterlaluan. Walaupun dia merindui kekasihnya namun dia sudah tidak sebebas sebelum bernikah. Kini dia mempunyai tanggungjawab yang dipikulkan di bahunya. Mamanya tidak akan melepaskannya jika apa-apa berlaku kepada isterinya Natasya Umaira. Itulah yang ditakutkannya. Walaupun dia belum mempunyai apa-apa perasaan terhadap isterinya itu namun dia tetap kasihan akan isterinya yang sedang mengandung itu.

“Tak dapatlah sayang. Saya terpaksa lapor diri ke ibu pejabat esok sebab ada kes kecemasan. Tadi saya sudah dihubungi oleh pihak pentadbir.” Dia mencari alasan. Sedangkan isterinya ada bersamanya. Takkan senang dia hendak meninggalkan isterinya di rumah mamanya dan dia keluar mencari kekasih. Oh tidak!

“Tak percaya?” dia ketawa kecil.

“Sayang kena percaya. Saya mana pernah bohong. Kita pun sudah lama kenal kan sayang,” katanya memujuk Rozaila. Rozaila merengek minta dijenguk di Singapura. Entah apa yang dibuatnya di kota asing itu. dia sendiri kehairanan.

“Sudah jatuh cinta? Jatuh cinta kat isteri?” soalnya pula. Dia sebenarnya banyak bertahan dengan asakan kekasihnya. Wajah comel Natasya Umaira dan wajah malu-malu ketika didakapnya terbayang di ruang matanya. Wajah kekasihnya yang sentiasa penuh dengan mekap itu bagaikan semakin pudar dari ingatannya. Dia tidak tahu kuasa apa yang ada pada isterinya. Tetapi kata mamanya, kalau pandang isteri dan ingat isteri, suami akan dapat pahala.

“Taklah! Saya sayangkan kekasih saya. Takkan ada dua tiganya! Trust me!” Rozaila merengek lagi.

“Betul takkan saya nak bohong awak sayang.” Katanya cuba meyakinkan kekasihnya.

“Bila sayang balik Kuala Lumpur?” soalnya. Dia teringatkan isterinya yang ada kelas pada hari Isnin minggu depan. Mungkin pada masa itu bolehlah dia berjumpa kekasihnya pula. ah, terasa dia berbohong kepada isterinya pula. dia sepertip


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku